Sempat tengok MHI kejap pagi tadi sebelum pergi meeting kat Putrajaya.
Ada seorang penulis daripada UiTM, En. Zahir Ismail yang menulis buku tentang kejayaaan dan kebahagiaan yang semuanya dalam kawalan kita.
Tertarik dengan definisi beliau tentang ikhlas iaitu lebih kurang begini..ikhlas ialah
KITA MENUNAIKAN HAK UNTUK ORANG LAIN TANPA KITA MEMINTA ATAU MENUNTUT(DEMAND) HAK KITA DITUNAIKAN.
Entah kenapa lama jugak aku fikirkan tentang perkara-perkara berkaitan tentang keihklasan ni. Ikhlaskan aku tentang apa yang aku lakukan selama ini? dan macam-macam lagi yang tak semena-mena aku mula fikirkan.
Mungkin dalam kehidupan...apa yang dilakukan tanpa sebarang syarat atau unconditional itu jugak aku boleh tafsirkan sebagai ikhlas dalam perbuatan kita. Bagaimana ayah dan mak aku yang tak pernah tetapkan apa-apa syarat ketika aku mereka besarkan sampai sekarang. Macam mana pun kekurangan yang perlu aku lalui dulu, aku tetap yakin itulah yang terbaik yang mampu mereka lakukan untuk aku.
Begitu jugalah sampai sekarang...memang sudah sampai masanya aku tunaikan pula tanggungjawab aku pada mereka walalupun mereka tak pernah meminta.
Pernah aku nyatakan kepada hampir semua insan yang aku sayangi dan amat penting dalam hidup aku...
Aku akan lakukan semampu kudrat aku untuk mereka dan mereka punya hak untuk tidak atau tidak melakukan perkara yang sama pada aku. Itu pilihan mereka dan aku tak akan tetapkan apa jua syarat atas apa yang aku lakukan...
Apa yang boleh aku fikirkan cuma mengharap tetapi lumrah kehidupan kita...harapan mungkin akan cuma tinggal harapan terutamanya jika tiada apa yang kita lakukan agar ianya jadi kenyataan.
Ikhlaskah aku....
mungkin aku tak mampu menjawabnya dengan jawapan tidak akan dipertikaikan langsung...
yang penting bagi aku...
aku bahagia dan gembira dengan setiap apa yang aku lakukan untuk sesiapa pun. Aku bahagia bila aku dapat lihat dan rasakan yang keluarga aku bahagia. Aku bertambah bahagia bila insan-insan yang aku sayangi menghargainya aku selama ini. Ada masanya aku rasa tak dihargai tapi kesedihan disebabkan perkara-perkara seperti itu tak pernah melemahkan aku untuk terus tunaikan tanggungjawab aku.
Dipenghujungnya, apa yang kita lakukan akan beri perbezaan ke arah kebaikan atau keburukan...kata-kata mungkin hanya sedap atau benci untuk didengar tentang kebaikan mahupun keburukan yang kita nyatakan tetapi yang memberikan perbezaan sebenar ialah apa yang sebenarnya kita lakukan.
Kita mungkin boleh mempertikaikan tentang keihklasan selamanya tetapi bagi aku cukuplah sekadar hanya aku yang tahu niat dan apa yang sebenarnya aku lakukan.
Kita boleh menyayangi atau menyintai seseorang begitu hebat atau dalam tetapi hakikatnya adakah kita dapat kawal tahap cinta dan sayangnya pada kita. Itu adalah hak mutlak hati dan perasaannya. Kita boleh lakukan yang tebaik atau sediakan yang paling sempurna untuk anak-anak kita tetapi pada akhirnya...adakah kita akan ada kawalan mutlak tentang apa yang akan mereka pilih untuk hidup mereka dan bagaimana mereka akan layan kita pula suatu hari nanti?
Jika kita ikhlas dan selalu mengharap pada manusia untuk menghargai keikhlasan kita , selalunya akan mengecewakan...malah kadang-kadang menyiksakan.
Pernah aku dengar seorang ustaz berceramah.....andai kita ikhlas lakukan sesuatu perkara..ikhlaslah kerana Allah kerana itulah tanggungjawab yang Allah telah amanahkan untuk kita kerana Allah takkan mengecewakan. Andai kita rasakan kita tidak dihargai secara yang kita nampak...pastinya Allah menghargainya kita dalam banyak cara lain di dunia mahu pun diakhirat nanti.
Pastinya kita selalu rasa kecewa bila apa yang kita lakukan tak dihargai atau seolah-olah tidak dipedulikan ...malahan dipertikaikan pula kadang-kadang...
lapangkan hati...redha dengan balasan yang kita dapat sesama manusia...
Kesimpulan aku sendiri tentang apa yang aku fikirkan tentang keikhlasan hari ni ialah....
1.Jangan ragu keihklasan diri kita sendiri
2. Ikhlas dalam hidiup ialah kita menunaikan setiap tanggungjawab yang ada untuk kita tanpa terlalu mengharapkan balasan baik kerana ia mungkin mengecewakan....
3. Jadikan kekecewaan atau balasan tak baik yang kita dapat untuk buat lebih banyak kebaikan seikhlas yang mungkin...