"Apa yang mencetusnya?"
"Bagaimana saya lakukannya?"
"Apa rahsianya?"
"Apa rahsianya?"
Seperti biasa, ada yang akan mula bertanya atau mula kisah bila sudah nampak di depan mata. Memang betul, bila berat sudah kurang daripada 88kg pada awal tahun 2015,lebih kurang 73kg pada bulan September 2015 dan kemudian mencecah 70kg pada bulan Disember 2015 serta jatuh ke 68+ kg pada Januari 2016, mata sesiapa pun akan nampak perbezaan. Jika saya menoleh kebelakang lagi, berat tertinggi yang pernah saya capai ialah 98kg dalam tahun 2014.
Ada yang bertanya secara terus dan ada yang secara diam-diam one to one atau gunakan personal message dalam FB dan Whatsapp.
Yang biasa ditanya ialah...
"Macam mana saya buat?"
"Ada saya makan apa-apa produk ke?"
"Bagaimana saya mulakan?"
"Apa motivasinya?"
Saya rasa saya akan mulakan perkongsian pengalaman saya di sini dengan menceritakan apa yang saya lalui dan bagaimana saya melakukannya satu per satu.
Saya juga berharap agar ianya boleh memberi manfaat juga kepada sesiapa yang hanya orang biasa seperti saya yang mahu jadi lebih sihat tetapi terhenti atau terhalang hanya kerana masalah-masalah atau alasan-alasan yang anda cipta sendiri.
Saya juga berharap agar ianya boleh memberi manfaat juga kepada sesiapa yang hanya orang biasa seperti saya yang mahu jadi lebih sihat tetapi terhenti atau terhalang hanya kerana masalah-masalah atau alasan-alasan yang anda cipta sendiri.
Secara
jujurnya, saya rasa saya bukanlah rasa sebelum ini saya tergolong dalam
kelompok orang yang boleh dikategorikan sebagai overweight atau gemuk.
Saya tidak merasakan begitu dan tiada sesiapa pun pernah mengatakan saya
begitu. Cuma
ada sesekali bila saya lihat semula sesetengah gambar-gambar yang saya
(saya memang suka bergambar dan mengambil gambar untuk merakam
perjalanan hidup saya), ada ketika saya merasakan ada bahagian-bahagian
badan saya yang agak ketara berisi sedikit berbanding yang lain.Seperti
biasa pada bahagian perut,pangkal lengan, leher dan pipi saya.
Walau
bagaimana pun saya tak ambil kisah semua tu.Sebab semuanya rasa macam
biasa dan tak apa yang nampak peliknya.Lagi pun ramai lagi kawan-kawan
yang seusia saya dan orang-orang lain yang saya jumpa ketika berkerja
lebih boroi atau lebih nampak gemuk daripada saya.
Saya teringat pernah pada satu masa dalam tahun 2014, berat saya pernah mencecah 94kg ketika saya timbang di penimbang di komplek membeli belah. Saya cuma pejamkan mata dan hati saja bila tengok bacaan itu walaupun dalam hati terdetik juga dan berkata "This is not good!".
Saya teringat pernah pada satu masa dalam tahun 2014, berat saya pernah mencecah 94kg ketika saya timbang di penimbang di komplek membeli belah. Saya cuma pejamkan mata dan hati saja bila tengok bacaan itu walaupun dalam hati terdetik juga dan berkata "This is not good!".
Mei 2014 |
Mac 2015 |
Mac 2015 |
Mei 2015 |
Februari 2015 |
April 2015 |
Ketika
bekerja pun, bila saya memakai kot yang kebiasaannya berwarna gelap,
perut saya yang makin ke depan dan pinggang saya yang semakin kembang
lagilah tidak nampak langsung.Sekali lagi, antara sebab saya langsung
tidak kisah, semua itu biasa di kalangan khalayak yang saya jumpa
ketika bekerja.Jadi tiada apa yang perlu difikirkan sangat.
April 2015 |
April 2015 |
Senaman atau apa-apa aktiviti riadah.
Saya
juga ada bersenam.Pernah satu masa dulu ketika baru pindah ke rumah,
saya amalkan jogging pada pagi atau petang di laluan yang di sediakan di
taman permainan di kawasan perumahan yang saya tinggal. Ia jadi rutin
setiap pagi Sabtu dan Ahad.Ada ketikanya saya bawa juga keluarga ke
taman-taman yang berhampiran rumah pada pagi hujung minggu sebelum kami
semua pergi bersarapan. Kebiasaannya di kedai mamak dengan menu biasa
yang kebanyakannya kita makan iaitu roti canai/telur atau mee goreng.
Bila
anak-anak makin besar dan selalunya saya merasakan kerja pun makin
bertambah.Tambahan pula bila saya sudah mula bekerja sendiri sejak tahun
2012.Akhirnya jogging atau apa-apa aktiviti riadah fizikal menjadi
terkeluar daripada keutamaan yang mesti saya akan buat dalam rutin hidup
saya.
Jogging
pun saya sudah tinggalkan dan kekerapannya sudah berubah daripada
seminggu sekali kepada beberapa bulan sekali.Kasut jogging pun berubah
tempat dari tempat kasut di depan rumah ke dalam setor simpanan barang
di bawah tangga.Ada ketikanya saya pernah berkata kepada isteri saya.
"Abang rasa dah hampir setahun abang tak jogging kan sayang? Rasa macam
lembab sungguh badan abang sekarang ni" Isteri saya dengar dan akui kata-kata
saya.Namun ia hanya tinggal sebagai kata-kata.Hati saya kadang-kala akui
yang saya perlu buat semula tetapi tiada apa-apa tindakan juga selepas
itu.
Apa pencetusnya?
Permulaannya sebenarnya tercetus dalam fikiran saya sejak pertengahan tahun 2014. Ketika saya bekerja dan apabila saya sudah mula rasa tidak berapa selesa dengan
diri saya sendiri terutamanya dari segi kelancaran pergerakan dan tahap
kecergasan saya bila melakukan sesuatu yang melibatkan banyak
pergerakan. Ia terasa agak dan semakin
ketara ketika saya pergi bekerja setiap hari.
Walaupun pekerjaan saya tidak memerlukan saya melakukan tugas-tugas fizikal yang berat atau intensif tetapi ia memerlukan saya banyak bergerak dan berjalan setiap masa. Lama-kelamaan kepala saya selalu terasa pening.Badan saya rasa berat dan tidak selesa.Saya nak bergerak pun rasa tidak senang seolah-olah sendi-sendi saya bergitu ketat dan badan saya berat sangat.
Saya pun makin kerap demam dan batuk dan pastinya semua tu mengganggu kelancaran kerja dan aktiviti perniagaan saya yang masih baru nak dibangunkan.Saya perlu buat semua daripada pemasaran untuk mencari projek-projek, menyampaikan perkhidmatan dan juga mempastikan semuanya dalam keadaan yang teratur.
Saya juga sedar ketika keadaan ekonomi yang tidak berapa sihat ketika itu,
lagi banyak cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang yang
baru dalam perniagaan.Semua itu juga memberi tekanan dalam fikiran dan
akhirnya memberi kesan kepada emosi dan fizikal saya ketika menghadapinya.
Saya cuba hadapi semua ketidakselesaan itu dengan macam-macam cara. Pada masa yang sama saya juga sedar yang pemakanan saya makin tidak teratur terutama sekali bila saya semakin kerap berkerja di luar kawasan dalam tempoh beberapa hari pada satu-satu masa.
Saya sedar bahawa senaman atau aktiviti-aktiviti yang berpeluh akan melegakan serba-sedikit sebagaimana saya menghadapi perkara-perkara begitu sepanjang masa saya bekerja selama ini.Namun pada masa yang sama fikiran saya tetap memberi alasan yang ianya bukanlah satu keutamaan.
Kebiasaanya saya akan tetapkan niat untuk beriadah atau jogging pada hujung minggu tetapi bila sampai hujung minggu, keinginannya hilang dengan badan saya yang terasa amat lesu dan kurang bermaya walaupun wajah saya masih boleh nampak ceria.Saya tangguh dan tangguh dengan niat untuk buat lagi pada hujung minggu berikutnya yang akhirnya akan ada juga sebab yang tiba yang saya akan abaikan niat saya itu.
Pada masa yang sama, bila bersendirian, saya dapat melihat sendiri keadaan fizikal saya.Dengan hobi saya yang suka melihat gambar-gambar lama di album-album dan yang paling kerap di Facebook saya, saya dapat melihat semua perubahan itu dengan jelas. Terdetik dalam hati saya yang betapa makin naiknya badan saya.Betapa mata saya sendiri ada kalanya tidak seronok melihat keadaan fizikal saya sendiri.
Ketika menjalankan program latihan, saya makin cepat terasa mengah ketika bercakap dan berkomunikasi dengan para peserta.Jika sebelum itu saya hanya perlukan masa minum pagi,petang dan makan tengahari sahaja untuk duduk dan berehat, saya mula terpaksa membuat taktik agar saya boleh duduk ketika bercakap dalam sesi-sesi latihan yang saya kendalikan.
Ujian darah
Pemeriksaan kesihatan dan ujian darah terakhir yang saya buat sebelum itu ialah sekitar tahun 2011-2102. Saya buat sekali lagi pemeriksaan kesihatan dan ujian darah pada bulan Mac 2015. Saya pergi buat setelah beberapa minggu saya rasa kurang selesa dan rasa lesu yang saya makin rasa.
Bacaan
yang paling menakutkan saya ialah bacaan tekanan darah saya yang sudah
mencecah 148/98.Kecuali bacaan gula yang normal, bacaan-bacaan
parameter yang lain seperti kolesterol tidak baik dan asid urik sudah
melepasi aras normal walaupun sedikit sahaja. Antara kata-kata doktor ketika saya mengambil keputusan ujian darah itu ialah...
"Jika bacaan BP awak masih tinggi lagi bila kita check selepas ini, saya amat cadangkan awak mula ambil ubat darah tinggi"
Ketika saya "mempertahankan" diri saya yang kononnya saya masih rasa sihat dan saya bukannya gemuk sangat pun.
"It is not about you are fat or not En. Zaini.The question is are you fit?"
Kata-kata itu masih terdengar-dengar di telinga dan minda saya sampai sekarang.
Apa yang saya ubah selepas itu?
Kata-kata doktor itu dan keputusan ujian darah itu sebenarnya yang telah menjadi wake-up call yang paling kuat untuk saya berubah jadi lebih sihat. Sebelum
saya bermula, saya tahu dan saya sudah fikirkan sedalam-dalamnya yang jika
saya ingin ubah hidup saya agar lebih sihat dan rasa lebih cergas, saya
mesti jelas apakah motivasi utama atau faktor pendorong saya.Ini adalah
kerana saya mesti sihat untuk sepanjang hidup saya jika boleh dan bukan
hanya kerana sekarang saya tidak selesa dan tertekan kerana tidak dapat
bekerja dengan lebih baik dengan keadaan fizikal dan kesihatan saya.
SAYA TIDAK MAHU MAKAN UBAT DARAH TINGGI! Sedangkan supplements pun saya tak makan meskipun selalu diminta oleh isteri saya bila dia selalu dengar saya cakap yang badan saya rasa lesu dan lemah. Inikan pulak nak makan ubat darah tinggi sepanjang hidup saya.
Betul cakap-cakap doktor saya itu. Memang saya rasa kurang cergas yang sebab-sebabnya saya pun tahu sendiri. Saya tak jaga apa yang saya makan sangat. Main telan saja asalkan kena dengan selera.Bersenam pun hampir sudah tak ada langsung.
Memulakan aktiviti-aktiviti fizikal untuk membina kecergasan
Akhirnya saya buat keputusan untuk mencari satu aktiviti yang saya akan buat dengan penuh komitmen dan disiplin agar saya akan jadi lebih sihat dan cergas. Saya telah pertimbangkan beberapa pilihan yang saya ada.
Antara pertimbangan-pertimbangan saya tentang apa yang saya akan buat ialah...
1. Saya boleh buat sendiri dan tak perlu bergantung kepada sesiapa untuk buat
2. Saya boleh kawal bila dan di mana saya nak buat
3.Sesuatu yang mudah dan straight forward tetapi memberi impak yang menyeluruh
4. Saya nak buat secara jangka masa panjang
Antara aktivti-aktiviti yang saya pertimbangkan
1.Futsal
Saya memang tidak berapa pandai bermain bola atau futsal tetapi sekadar untuk suka-suka dengan kawan-kawan saya tidak ada masalah.Lagi pun seronok juga bila berjumpa dengan kawan-kawan sesekali bila berkumpul. Kebetulan juga saya dah mula sertai kawan-kawan sama sekolah di STJ Kuala Pilah dulu sejak 2014.Bila difikirkan balik, kami hanya bermain futsal dalam 1-2 kali sahaja sebulan dan kebanyakan masa pada sebelah malam mengikut kelapangan.
Selain daripada itu juga,perlu ada yang kena kena booking court,dapatkan cukup players untuk main dan kemudian kena memandu untuk sampai dll.
2.Badminton
Saya
boleh bermain agak baik tetapi sudah lama sangat tidak bermain dan sama juga urusan-urusan lain yang kena dibuat sebelum boleh bermain macam
futsal iaitu kena juga dapatkan orang yang nak main,booking court dll.
3.Cycling
Tak
pernah cuba tetapi nampak macam menarik bila tengok dah makin jadi
trend lately ini.Tapi saya juga kena beli basikal dan semua aksesori keselamatan
yang perlu.Masih perlu kawan-kawan untuk jadikan rutin.Setiap kali kena ambil
basikal, pasang atau masukkan pada kereta, cari track yang sesuai dll.
4.Running
Saya biasa jogging dulu walaupun masa sekolah saya bukanlah wakil sekolah atau rumah sukan sekali pun.
Ada
kawan sebaya saya Hj. Nazir yg sama sekolah dulu yang selalu share yang
dia mula sertai acara-acara larian dalam Whatsapp group dan Facebook.
Dia pun mula berlari lepas buat pembedahan lutut.Doktor dia nasihatkan
kurangkan berat badan supaya dia lebih cergas dan untuk elakkan
kecederaan lututnya berulang tetapi tak digalakkan untuk menyertai
aktiviti sukan yang terlalu melibatkan fizikal secara intensif.
Nasihat dia mudah saja, pakai kasut, pakai track suit dan lari.Dia pun dah sertai beberapa acara larian sebelum itu.
Setelah mempertimbang semua faktor dan kesesuaiannya dengan rutin seharian kerja dan keluarga saya,akhirnya
saya pilih running dan sebagai permulaan saya hanya perlu gunakan
apa-apa yang saya ada dulu untuk berlari semula. Ia lebih menepati
kebanyakan perkara-perkara penting yang telah saya tetapkan pada
awalnya.
Pemakanan
Cara dan rutin pemakanan saya sebelum ini
Sarapan pagi
Jika
sempat, saya akan bersarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan
rumah.Menu? Macam biasa dan antaranya roti canai, roti telur dan ada
kalanya mi goreng dan maggie goreng atau sup. Minuman kebiasaanya air
barli suam atau teh-O suam.
Selalunya
saya akan berhenti di stesen petrol.Saya akan beli 2-3 bungkus roti
Gardenia seperti Twiggies dan roti berinti perasa vanilla, coklat,jagung
dan ikan bilis.Air pula saya akan beli air soya atau teh lemon botol.
Ada
juga saya singgah di RnR di lebuh raya dan menu kesukaan saya
ialah nasi lemak campur mi goreng dan lauk paru dan telur mata
kerbau.Kadang-kadang saya makan juga lontong.
Makan tenghari
Sejak
saya mula kerja sendiri.Tiada apa yang tetap dan saya hanya ambil apa
yang buatkan saya rasa cepat kenyang.Menu saya bercampur-campur daripada
nasi campur biasa kepada makanan-makanan segera seperti KFC dan
pizza.Ikut mana mana sempat dan bergantung kepada apa yang saya buat dan
di mana saya berada ketika itu.Kebiasaannya saya akan makan nasi agak
banyak dengan lauk-lauk yang biasa seperti ayam goreng,gulai dan sayur
masak. Airnya seperti biasa, kegemaran saya ialah 1-2 gelas teh-O ais limau.
Makan malam
Saya
makan apa saja yang isteri saya sediakan.Kebiasaanya, jika terasa lapar
atau ada keinginan nak makan apa-apa lagi saya akan keluar ke kedai
mamak juga biasanya. Menunya tetap yang biasa.Roti telur atau canai, mi
goreng atau maggie goreng.
Kalau
makan bersama keluarga di luar(kebiasaannya pada hari-hari hujung
minggu), menunya makanan-makanan laut Thai seperti tomyam,paprik,sup
tulang atau ekor dan lain-lain lagi.Jika tidak pun makanan-makanan di
restoran makanan segera.
Selain daripada itu, saya juga suka makan ketika lewat malam sama ada ketika di luar rumah atau ketika menonton TV di rumah.
Selain daripada itu, saya juga suka makan ketika lewat malam sama ada ketika di luar rumah atau ketika menonton TV di rumah.
Secara
ringkasnya,pertimbangan dengan makanan-makanan yang sihat ialah yang
terakhir sekali. Cuma di antara pemakanan sihat yang biasa saya amalkan
ialah saya tidak suka makan makanan atau minuman yang terlalu manis dan
saya juga suka makan buah-buahan di luar atau di rumah.
Pemakanan saya sekarang
Pemakanan saya sekarang
Ia bukanlah satu perubahan yang mudah. Mind set saya sebelum itu ialah saya mesti makan nasi setiap kali masa makan tengahari dan malam. Berdasarkan pembacaan saya, saya mula kurangkan pengambilan nasi pada sebelah siang dan kurang atau tidak ambil langsung pada sebelah malam. Selain daripada kurangkan makanan-makanan yanh banyak lemak, saya juga terus hentikan makan lewat malam. Saya akan cuba elakkan makan apa-apa selepas jam 9 malam.
Minuman pula, saya mula kurangkan minuman yang bergula atau yang terlampau manis.Saya elakkan minuman-minum berkarbonat dan minuman-minuman yang manis yang lain yang saya selalu beli dalam tin atau botol sebelum ini.
Pada masa saya mula-mula berlari, saya langsung tidak buat perubahan pada diet saya sangat. Saya cuma kurangkan makanan-makanan yang doktor nasihatkan untuk baiki bacaan-bacaan yang tinggi sebelum ini. Maksudnya saya, tidak ada diet yang akan bantu saya dalam larian atau aktiviti-aktiviti fizikal saya.
Minuman pula, saya mula kurangkan minuman yang bergula atau yang terlampau manis.Saya elakkan minuman-minum berkarbonat dan minuman-minuman yang manis yang lain yang saya selalu beli dalam tin atau botol sebelum ini.
Pada masa saya mula-mula berlari, saya langsung tidak buat perubahan pada diet saya sangat. Saya cuma kurangkan makanan-makanan yang doktor nasihatkan untuk baiki bacaan-bacaan yang tinggi sebelum ini. Maksudnya saya, tidak ada diet yang akan bantu saya dalam larian atau aktiviti-aktiviti fizikal saya.
Kemudian saya mula buat sedikit kajian di internet.
Mula melihat anggaran kalori setiap jenis makanan.Seterusnya saya mula mencuba makanan-makanan lebih sihat yang saya tidak pernah makan sebelum ini sebab macam tak menyelerakan saya.
Kemudian mula menyesuaikan diet harian untuk persediaan sebelum menyertai acara-acara larian. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum larian, saya amat berkira dengan apa yang saya makan kerana antara objektif setiap acara larian yang saya sertai ialah untuk memperbaiki prestasi saya berbanding sebelumnya.
Saya juga kongsi cara pemakanan saya di Facebook kerana selepas melihat perubahan saya, ada juga kawan-kawan yang bertanya.Tak sangka ada juga banyak anggapan yang kadang-kadangnya lucu juga. Ada kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa saya ingatkan saya sudah kurus sebab saya sakit macam kencing manis dan sebagainya.
Ada yang ingat saya ambil pil atau makan makanan tambahan yang tertentu untuk kurus.Tak kurang juga ingat saya ni memang dah jadi hantu diet dan langsung tak makan dah benda-benda yang biasa kita makan.
Mula melihat anggaran kalori setiap jenis makanan.Seterusnya saya mula mencuba makanan-makanan lebih sihat yang saya tidak pernah makan sebelum ini sebab macam tak menyelerakan saya.
Kemudian mula menyesuaikan diet harian untuk persediaan sebelum menyertai acara-acara larian. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum larian, saya amat berkira dengan apa yang saya makan kerana antara objektif setiap acara larian yang saya sertai ialah untuk memperbaiki prestasi saya berbanding sebelumnya.
Saya juga kongsi cara pemakanan saya di Facebook kerana selepas melihat perubahan saya, ada juga kawan-kawan yang bertanya.Tak sangka ada juga banyak anggapan yang kadang-kadangnya lucu juga. Ada kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa saya ingatkan saya sudah kurus sebab saya sakit macam kencing manis dan sebagainya.
Ada yang ingat saya ambil pil atau makan makanan tambahan yang tertentu untuk kurus.Tak kurang juga ingat saya ni memang dah jadi hantu diet dan langsung tak makan dah benda-benda yang biasa kita makan.
Salah satu cara menyampaikan mesej-mesej cara hidup sihat saya dengan senaman dan pemakanan yang diseimbangkan kepada kawan-kawan saya di Facebook |
Bagaimana running mengubah cara hidup saya?
Apa yang saya lakukan pada mulanya ialah saya tetapkan apakah motivasi saya untuk mula berlari dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin.
Secara mudahnya ialah....kenapa saya berlari?
Adakah saya mahu atau saya terpaksa berlari selepas ini?
Saya rasa saya mesti jawab dulu soalan-soalan itu dari dalam hati saya sendiri kerana saya memikirkan saya mahu jadi lebih sihat untuk lebih lama dan bukan sekejap-sekejap sahaja.
Saya saya jelas tentang semua jawapan untuk persoalan-persoalan itu, saya tetapkan dalam hari saya yang THIS FOR REAL and I WANT TO MAKE THIS CHANGE LAST LONG IN MY LIFE!
Permulaan untuk berlari
Laluan atau track larian saya yang pertama ialah di Dataran Nilai. Sebelum itu, ia hanya menjadi tempat berehat santai dengan keluarga sahaja pada hari cuti atau hujung minggu.
Saya mula berlari lebih kurang pada bulan Mei secara rutin dan terancang dalam tahun 2015.Sejak penghujung bulan Mac saya mula berlari sedikit demi sedikit selepas mendapat keputusan pemeriksaan perubatan dan sebab utamanya kerana bacaan tekanan darah saya yang agak tinggi. Saya lakukan secara santai dengan ditemani keluarga.Ketika itu saya masih dalam proses mempertimbangkan pilihan-pilihan aktiviti fizikal yang ada untuk menjadi rutin saya seterusnya.
Saya mula berlari lebih kurang pada bulan Mei secara rutin dan terancang dalam tahun 2015.Sejak penghujung bulan Mac saya mula berlari sedikit demi sedikit selepas mendapat keputusan pemeriksaan perubatan dan sebab utamanya kerana bacaan tekanan darah saya yang agak tinggi. Saya lakukan secara santai dengan ditemani keluarga.Ketika itu saya masih dalam proses mempertimbangkan pilihan-pilihan aktiviti fizikal yang ada untuk menjadi rutin saya seterusnya.
Mac 2015: Dataran Nilai.Larian santai bersama keluarga |
Masa larian pada mulanya ialah pada sebelah petang pada hujung minggu.Bila halangan-halangan yang sama sebelum ini perlu saya hadapi lagi dan bila saya telah tetapkan berlari sebagai langkah saya untuk jadi lebih sihat seterusnya,saya ubah masa larian saya kepada waktu sebelum pergi bekerja. Saya mula berlari lebih kurang pada pukul 7.00 pagi selepas menghantar anak-anak ke sekolah dengan pakaian untuk berlari yang lengkap dari rumah.Pada mulanya semua ahli keluarga saya tengok dan rasa semacam saja tetapi saya buat-buat tak tahu saja.
Saya tetapkan saya mesti habiskan larian pada pukul 7.30 pagi dan akan keluar rumah untuk mula bekerja selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.
Sebelum itu saya terus bertolak ke tempat kerja atau pejabat saya di Kota Damansara selepas menghantar anak-anak saya ke sekolah.Kami biasanya bertolak dari rumah pada lebih kurang jam 6.30-6.45 pagi.
Satu pusingan dataran Nilai lebih kurang 400 meter dan pada awalnya saya hanya mampu berlari hanya sehingga 4-5 pusingan sahaja setiap kali.Itu pun sampai sesak-sesak nafas untuk habiskan setiap pusingan.
Mula-mula rasa sakit dipergelangan kaki semasa dan selepas berlari. Selepas 2-3 minggu saya mula rasa sakit-sakit pada betis dan pergelangan kaki masih terasa sakitnya. Ada ketikanya saya rasa tak mahu berlari dah sebab sakitnya terasa juga bila saya bergerak untuk bekerja.Tapi cuma saya yang tahu dan diamkan saja.
Perlahan-lahan saya mula boleh berlari di dataran Nilai sebanyak sekurang-kurangnya 6 pusingan setiap kali pada kadar laju yang sama. Saya juga masih boleh mengekalkan masa saya habiskan larian dan masa untuk bersiap-siap untuk pergi bekerja.
Saya tetapkan sasaran untuk berlari sekurang-kurangnya 3 kali pada hari-hari bekerja dan sekurang-kurangnya 1 kali pada hari Sabtu atau Ahad.Pada hujung minggu saya tetapkan saya akan berlari 2 kali ganda daripada jarak biasa harian saya pada hari-hari bekerja.
Pada peringkat ini, saya masih tidak ada ramai kawan yang sama-sama berkongsi aktiviti berlari ini.Saya hanya berbalas pertanyaan dengan kawan saya Nazir dan kawan-kawan lain yang masih aktif bersukan bila saya rasa sakit-sakit pada kaki saya masih tidak hilang selepas 3-4 minggu berlari. Mereka ada beri beberapa tip untuk hilang rasa sakit berdasarkan pengalaman mereka.Saya juga sudah mula lebih banyak mencari maklumat daripada internet tentang sakit-sakit begitu dan apa yang perlu saya buat.
Antara perkara pertama yg saya ubah ialah saya cuba dapatkan kasut berlari yang baru.Rupa-rupanya anggapan saya bahawa semua kasut sukan yg saya ada selama ini sesuai untuk berlari adalah salah.Kaki kita sebenarnya berlainan dan pemilihan kasut yang betul akan membuatkan kita boleh berlari dengan lebih selesa dan juga mengelakkan rasa sakit dan kecederaan ketika berlari. Saya juga temui ada online tools untuk memilih kasut mengikut tinggi, berat, kategori pelari baru atau yang sudah lama,cara kaki kita mencecah permukaan dan lain-lain lagi.
Saya gunakan panduan itu untuk mula mencari kasut yang baru. Saya kasut baru, jenama Puma dalam RM200++.Budak yang jual tu kata kasut tu ringan dan ramai orang yang baru mula-mula berlari beli. Betul, kasut tu memang ringan dan rasa macam selesa masa cuba tetapi selepas saya berlari lebih daripada 3km, sakit kaki saya mula terasa balik selepas saya cuba dalam 3-4 kali sesi berlari.
Julai 2015: Berlari semula sebaik sahaja selepas balik cuti Hari Raya Aidilfitri.Dengan kasut baru tetapi masih terasa sakit kaki dihujung dan selepas larian. |
Seterusnya saya cari lagi kasut yang lain dan kali ini saya habis masa yang lebih lama bertanya kepada budak yang jual tu dan cuba beberapa jenis kasut. Dia cadangkan saya ambil kasut Asics dengan tapak gel untuk kurangkan hentakan masa berlari.Dengan harga diskaun, saya beli kasut tu dengan harga lebih kurang hampir RM300.
Masa beli kasut-kasut tu juga saya nampak dan sedar yang harga kasut untuk berlari yang high end ni pun mahal sungguh rupanya. Kiranya yang saya beli tu pun antara yang lower end atau termurahlah tetapi itu bukan masalahnya. Saya rasa berbaloi untuk saya mula melabur demi kesihatan yang lebih baik selain banyak perkara-perkara lain yang saya telah berbelanja lebih banyak sebelum ini sepanjang hidup saya.
Selepas itu saya rasa lebih selesa berlari dan saya sudah kurang memikirkan tentang kaki ketika berlari. Saya mula tumpukan kepada larian saya dan bagaimana saya mahu menyelesakan diri saya ketika berlari.
Julai 2015:Ketika mula berlari dengan kasut baru yang buatkan saya rasa lebih selesa |
Hasilnya?
Nampak jelas. Berat saya turun bawah sedikit daripada 80kg pada penghujung bulan Julai.Pada masa yang sama saya dapat rasakan yang saya makin cergas dengan pergerakan yang lebih selesa.
Hasil-hasil inilah yang telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi lebih sihat berbanding apa yang telah saya capai kerana saya yakin, banyak lagi yang saya boleh capai jika saya teruskan usaha saya.
Perbandingan ketika saya masih pada berat 88++kg pada Feb 2015 dan ketika sudah mencapai 75++kg pada Okt 2015 |
Pada masa yang sama, keadaan fizikal badan saya juga telah dapat dilihat berubah dengan agak ketika dengan pakaian bekerja dan juga dengan pakaian santai atau sukan.Saya sudah mula perlu membeli seluar dan baju yang baru yang bersaiz lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz badan saya yang baru.
Ketika ini juga ahli-ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan mula bertanya apa yang telah terjadi kepada saya. Kebanyakan nada pertanyaan mereka juga seolah-olah mereka berfikir yang saya sedang ada masalah atau ada penyakit yang membuatkan berat badan saya turun dengan begitu mendadak sekali.
Setelah saya jelaskan, mereka mula faham matlamat saya dan semuanya memberi galakan dan ada yang juga kagum dengan apa yang saya telah lakukan dan capai. Antara yang mengkagumkan mereka ialah disiplin dan komitmen saya menetapkan rutin dan sasaran larian saya setiap minggu ketika hari-hari bekerja.
Mengukur prestasi untuk meneruskan motivasi
Pernah ada kawan-kawan yang berpesan yang lama-lama saya akan jadi bosan jika berlari bersendirian lama sangat. Saya setuju dan saya bimbang juga saya akan jadi begitu dan berhenti untuk kembali dengan cara hidup yang lama.
Saya perlu mencari sesuatu yang boleh saya lakukan untuk terus memberi motivasi agar saya terus berlari.
Kawan saya cadangkan saya menyertai acara-acara larian. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir akan saya lakukan kerana first impression saya tentang itu ialah tentang perlumbaan dan saya bukannya mahu berlumba dengan sesiapa.
Akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba dan acara larian yang dicadangkan oleh kawan saya Hj. Nazir ialah One Asean Unity Run 2015 di Kuala Lumpur. Saya daftar lebih kurang sebulan sebelum larian itu bermula.Rasa berdebar-debar tetapi tidak berapa ada orang-orang terdekat yang saya boleh kongsi debaran saya.Saya sertai 10km dan setelah daftar baru saya sedar yang seelok-eloknya bagi permulaan, saya sepatutnya cuba jarak 5km dulu.
Persediaan latihan larian
Saya cuba cari dan cipta laluan sendiri untuk berlatih berlari di atas jalan raya.Saya masih berlari di Dataran Nilai pada hari-hari bekerja dan mula berlari di laluan yang saya tetapkan pada hujung minggu.Saya akan mula berlari seawal jam6.30 atau 6.45 pagi.
Anggaran masa larian pertama saya untuk jarak 5km iaitu satu pusingan laluan itu ialah selama lebih kurang 45 minit. Saya rasa macam dada saya nak pecah untuk tamatkan larian itu.Namun saya yakin, keadaan akan jadi lebih baik bila saya sudah biasa.Jarak 5km itu saya tamatkan tanpa saya berjalan dan minum air langsung sehingga tamat. Saya hanya berlari perlahan jika saya rasa sudah tidak larat sangat.
Secara jujurnya, memang saya sangat berdebar untuk sertai larian 10km pertama saya.Seingat saya ketika itu,kali terakhir saya menyertai pertandingan sukan yang rasmi ialah ketika saya mewakili pasukan bola tampar sekolah U18.Itu sudah lebih 20 tahun dulu.
Pada masa yang sama saya rasa teruja juga.
Persediaan Pemakanan
Saya dapatkan panduan makanan sebelum larian di internet.Saya cuba ikut diet yang dicadangkan untuk 2 minggu sebelum larian.Pada peringkat inilah saya mula mendapatkan maklumat dan mempelajari lebih lagi tentang cara pemakanan yang lebih sihat untuk saya yang seterusnya.
Acara larian pertama yang saya sertai ialah One Asean Unity Run 2015 pada9 Ogos 2015 yang bermula dan berakhir di Padang Merbok Kuala Lumpur.
Saya sampai di tempat larian lebih kurang jam 5.30 pagi bersama anak lelaki sulong saya.Dia saya minta temankan saya dan juga tolong mengambil gambar-gambar sekali.
Saya perlu mencari sesuatu yang boleh saya lakukan untuk terus memberi motivasi agar saya terus berlari.
Kawan saya cadangkan saya menyertai acara-acara larian. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir akan saya lakukan kerana first impression saya tentang itu ialah tentang perlumbaan dan saya bukannya mahu berlumba dengan sesiapa.
Akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba dan acara larian yang dicadangkan oleh kawan saya Hj. Nazir ialah One Asean Unity Run 2015 di Kuala Lumpur. Saya daftar lebih kurang sebulan sebelum larian itu bermula.Rasa berdebar-debar tetapi tidak berapa ada orang-orang terdekat yang saya boleh kongsi debaran saya.Saya sertai 10km dan setelah daftar baru saya sedar yang seelok-eloknya bagi permulaan, saya sepatutnya cuba jarak 5km dulu.
Persediaan latihan larian
Saya cuba cari dan cipta laluan sendiri untuk berlatih berlari di atas jalan raya.Saya masih berlari di Dataran Nilai pada hari-hari bekerja dan mula berlari di laluan yang saya tetapkan pada hujung minggu.Saya akan mula berlari seawal jam6.30 atau 6.45 pagi.
Anggaran masa larian pertama saya untuk jarak 5km iaitu satu pusingan laluan itu ialah selama lebih kurang 45 minit. Saya rasa macam dada saya nak pecah untuk tamatkan larian itu.Namun saya yakin, keadaan akan jadi lebih baik bila saya sudah biasa.Jarak 5km itu saya tamatkan tanpa saya berjalan dan minum air langsung sehingga tamat. Saya hanya berlari perlahan jika saya rasa sudah tidak larat sangat.
Secara jujurnya, memang saya sangat berdebar untuk sertai larian 10km pertama saya.Seingat saya ketika itu,kali terakhir saya menyertai pertandingan sukan yang rasmi ialah ketika saya mewakili pasukan bola tampar sekolah U18.Itu sudah lebih 20 tahun dulu.
Pada masa yang sama saya rasa teruja juga.
Julai 2015: Laluan larian untuk latihan acara larian yang dipilih |
Persediaan Pemakanan
Saya dapatkan panduan makanan sebelum larian di internet.Saya cuba ikut diet yang dicadangkan untuk 2 minggu sebelum larian.Pada peringkat inilah saya mula mendapatkan maklumat dan mempelajari lebih lagi tentang cara pemakanan yang lebih sihat untuk saya yang seterusnya.
Acara larian pertama yang saya sertai ialah One Asean Unity Run 2015 pada9 Ogos 2015 yang bermula dan berakhir di Padang Merbok Kuala Lumpur.
Saya sampai di tempat larian lebih kurang jam 5.30 pagi bersama anak lelaki sulong saya.Dia saya minta temankan saya dan juga tolong mengambil gambar-gambar sekali.
Larian One Asean Unity Run ini akan saya ingati sampai bila-bila pun dalam hidup saya.Saya Berjaya tamatkan larian dan membuktikan kepada diri saya sendiri bahawa saya boleh menghabiskannya. Dengan tempoh masa yang tidak dikira sebagai teruk dan saya tidak tergolong dalam kelompok yang tercorot juga dalam penyertaan pertama. Larian ini banyak memberi saya pengalaman yang amat bermakna bermula daripada persediaan hingga ke tamat larian.
Saya memang terasa amat berdebar-debar selama lebih kurang sepanjang 1-2 minggu sebelum tarikh larian ini. Ada perasaan yang pelbagai seperti segan dan sebagainya jika saya gagal menamatkan larian atau berada ditempat yang tercorot di kalangan yang peserta. Semua itu baru bagi saya memandangkan saya bukanlah seorang yang biasa dengan apa-apa acara sukan kompetitif sejak zaman sekolah hingga sekarang.
Hendak bertanya pun tidak ramai kawan-kawan yang saya boleh rujuk untuk dapatkan panduan. Saya simpulkan persediaan saya adalah hampir 100% berdasarkan kajian saya di internet dengan melihat laman-laman web larian untuk mendapatkan tips.
Dua perkara yang paling saya tumpukan ialah tips kecergasan dan pemakanan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu sebelum larian.
Antara yang saya pelajari ialah carbo loading untuk persediaan tenaga daripada makanan sebelum larian, cara-cara memanaskan badan sebelum memulakan larian seperti Mattock Dynamic Warm-Up Workouts, strategi pernafasan ketika berlari, anggaran pace atau jumlah km per minute bagi pelari baru seperti saya dan lain-lain lagi.
Walau bagaimana pun rasa debaran tetap tidak hilang sepenuhnya dan pada masa yang sama saya mula berkongsi perasaan tentang persediaan saya dengan kawan-kawan di Facebook. Mereka hampir semua memberi sokongan moral dan ada yang menyatakan rasa kagum dengan semangat saya untuk menyertai larian dan persediaan-persediaan yang saya buat dan kongsi dengan mereka.
Saat-saat yang paling manis dan mengesankan ialah sebaik sahaja saya sampai ke garisan penamat, dihulurkan medal dan seterusnya merakam gambar di tempat penamat itu.
Satu perkara lagi yang paling menarik ialah saya dapat bertemu dan berbual dengan kawan-kawan yang baru yang lebih muda, lebih kurang sebaya dan yang lebih tua daripada pelbagai bangsa.Rupa-rupanya ramai juga yang menyertai acara-acara larian mempunyai tujuan yang sama macam saya iaitu atas sebab-sebab mahu lebih sihat dan cergas.
Keputusan dan masa larian rasmi saya dalam kategori terbuka 10km dalam lebih kurang 1600 lebih peserta lelaki dalam One Asean Unity Run 2015. |
Larian kedua yang saya sertai ialah Larian Amal USIM. Larian yang saya daftar sebelumnya ialah pada minggu sebelum tetapi gagal saya sertai kerana terpaksa bertugas di Johor Baru pada hari yang sama iaitu Larian Hari Malaysia di Putrajaya.
Larian Amal USIM ialah larian yang pertama saya memakai seluar tight panjang.
Lama saya memikirkan sebelum memakai seluar untuk berlari begini |
Ini ialah sesuatu yang pada masa dahulu saya tidak akan terfikir akan memakainya dan saya juga ada mengata dalam hari mereka yang berpakaian macam itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk sahaja. Selepas acara larian yang pertama saya dapat rasakan sendiri bagaimana bila memakai seluar track yang biasa menyukarkan saya untuk berlari sejauh 10km.
Rupa-rupanya ketika saya berlari, air peluh daripada badan saya akan mula berkumpul di bahagian bawah seluar track itu dan ia akan menambah berat dan menjejaskan setiap langkah saya ketika berlari terutamanya saya sudah mula terasa amat penat di penghujung 3-4 km larian.
Selain daripada itu, saya padankan seluar tight saya dengan running short yang rupa-rupanya ada tempat letak kunci juga ketika berlari.Ketika membeli running short, saya juga terpengaruh dengan jurujual untuk beli juga baju ketat dalam hitam. Katanya ia akan buatkan peluh kita tak diserap oleh t-shirt larian dan akan buatkan kita rasa lebih selesa ketika berlari.Saya beli saja dan cuba pakai semua itu ketika larian ini.
Memang amat terasa perbezaannya bila saya memakai outfit yang berbeza ketika larian Amal USIM sejauh 7km itu. Saya rasa lebih selesa walaupun tahap kecergasan saya masih belum cukup baik untuk saya berlari lebih laju.Larian ini juga memberi pengalaman yang berbeza kerana ia dilepaskan lebih kurang jam 7.30-8.00 pagi dan ketika itu sinaran matahari sudah agak kuat berbanding permulaan pada masa matahari belum terbit ketika larian pertama saya.
Semakin lama, saya semakin belajar daripada pengalaman-pengalaman menyertai larian-larian sebelumnya. Pada masa yang sama, saya mula terasa biasa dan mula terasa seronok setiap kali saya berlari walaupun ketika larian-larian rutin keseorangan.
Menyertai acara-acara larian menjadikan aktiviti berlari saya menjadi seronok. Setiap kali menyertai acara larian saya akan mula menjadi teruja sebaik sahaja saya mendaftar menyertainya.
Seterusnya tidak sabar menunggu untuk mengambil race pack yang biasanya mengandungi t-shirt rasmi larian, running bib atau nombor dan barangan-barangan cenderahati sampingan yang lain. Sesetengah acara pula,para peserta juga mendapat baucar istimewa untuk produk-produk larian daripada para penaja.
Selain daripada itu, yanag paling mengujakan ialah saya mendapat kawan-kawan baru melalui media sosial dan ketika menyertai acara-acara larian. Saya diperkenalkan oleh salah seorang peserta selepas larian One Asean Unity Run tentang kumpulan Facebook Running Kaki Malaysia.
Sejak October 2015, saya juga mula gunakan applikasi mudah alih untuk merekod larian Nike Running.Ia merekod setiap jarak,km/minit, kalori yang dibakar, laluan dll yang memboleh saya melihat dan menilai prestasi peribadi saya dengan lebih baik.
Pada masa yang sama, yang paling ketara sekali ialah saya rasa makin selesa dengan keadaan fizikal dan pergerakan-pergerakan anggota badan saya serta dengan diet lebih sihat yang saya sudah mula amalkan setiap hari.
Pengekalan prestasi dan penambahbaikan
Selepas menyertai acara-acara larian saya mula menetapkan sasaran untuk larian-larian seterusnya.Penunjuk-penunjuk prestasi yang saya telah tetapkan ketika menyertai acara-acara larian ialah:
Selepas menyertai acara-acara larian saya mula menetapkan sasaran untuk larian-larian seterusnya.Penunjuk-penunjuk prestasi yang saya telah tetapkan ketika menyertai acara-acara larian ialah:
1.Masa yang saya akan rekodkan pada setiap larian dan pace (min/km) yang dapat saya capai;
2. Bagaimana "susahnya" saya ketika larian dari segi pernafasan dan ketika saya melangkah serta membuat stride ketika berlari;
3.Adakah saya rasa lebih selesa iaitu kurang rasa sakit-sakit otot atau sendi selepas larian.
Setelah acara larian pertama, saya telah tetapkan sasaran sertai sekurang-kurangya satu acara larian setiap bulan.Ia bermula sejak bulan Ogos 2015 dan hingga sekarang.
Saya juga mula menjadikan berlari sebagai salah satu rutin yang wajib dalam seminggu dengan memantau prestasi berat dan larian saya dengan applikasi Nike Running di telefon pintar saya.
Mempelbagaikan masa dan tempat larian
Saya juga mula memikirkan bahawa saya akan mula berasa bosan dan terlalu selesa berlari di tempat-tempat yang sama.Daripada pembacaan-pembacaan dan perkongsian di kalangan runners di internet, saya mula menambah variasi kepada tempat,masa dan cabaran larian-larian secara perlahan-lahan.
Saya juga mula menjadikan berlari sebagai salah satu rutin yang wajib dalam seminggu dengan memantau prestasi berat dan larian saya dengan applikasi Nike Running di telefon pintar saya.
Mempelbagaikan masa dan tempat larian
Saya juga mula memikirkan bahawa saya akan mula berasa bosan dan terlalu selesa berlari di tempat-tempat yang sama.Daripada pembacaan-pembacaan dan perkongsian di kalangan runners di internet, saya mula menambah variasi kepada tempat,masa dan cabaran larian-larian secara perlahan-lahan.
Laluan 5km Taman Rimba Riang,Kota Damansara, Petaling Jaya |
Laluan 10km |
Ada ketikanya saya cuba berlari pada waktu malam bermula pada jam 9.00 malam |
Jadi, setiap kali saya mencari hotel untuk menginap di luar kawasan, saya juga akan cuba cari laluan larian yang sesuai agar saya boleh berlari pada masa-masa yang mahu dan boleh berlari.
Tepi pandai tidak jauh dari Banda Hilir di Melaka |
Tepi Sg. Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, Lembah Sireh Kota Bharu |
Taman Hutan Bandar Johor Bahru |
Lembah Sireh Kota Bharu |
Tepi pantai Batu Burok, Kuala Terenggganu |
"Saya akan berlari di mana-mana saja!""
Untuk itu saya sentias perlu bersedia.Jadi saya telah sediakan satu set lengkap pakaian dan lain-lain benda untuk saya berlari di dalam kereta saya. Ini membolehkan saya mencuba mana-mana tempat atau terus berlari secara spontan dalam ketika bila-bila masa mengizinkan.Ada ketikanya, saya terus mencari tenpat untuk berlari apabila saya tahu saya akan membazirkan masa di dalam kesesakan lalu-lintas ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.
Mula mencari latihan-latihan fizikal untuk menambah kecergasan selain daripada berlari
Saya banyak merujuk dan mendapatkan panduan di internet.Antara yang saya berikan tumpuan ialah bagaimana saya boleh mengempiskan perut saya dan bagaimana mahu membakar lemak dengan lebih cepat di bahagian itu bila melakukan senaman badan.
Dengan penurunan berat badan saya yang sudah nampak dan terasa agak ketara, kulit saya pun mula mengendur pada sesetengah bahagian badan yang lemaknya sudah tiada atau semakin kurang. Saya dinasihatkan oleh kawan-kawan yang ada pengalaman dalam menurunkankan berat badan agar muka membina otot-otot dengan senaman-senaman fizikal yang lain selain berlari.
Abs workouts untuk membakar lemak lebih cepat pada bahagian perut |
Core workouts untuk menguatkan otot-otot utama seperti perut yang akan memberi kekuatan dan kestabilan ketika berlari dalam jarak yang jauh dalam jangka masa lama |
Sentiasa mengikut aturan yang betul seperti panduan-panduan dalam daripada internet tentang sebelum dan selepas larian dan bila melakukan latihan-latihan fizikal
Warm-up
Mengamalkan Mattock Dynamic warm-up sebelum setiap larian lebih kurang selama 5 minit.
Abs fat burning and core workouts
Mula mengamalkan beberapa gerakan untuk membakar lemak dengan lebih cepat pada bahagian perut selepas setiap larian atau ketika saya tidak berlari pada mana-mana hari.
Salah satu workout yang baru bagi saya dan agak sukar pada mulanya ialah untuk melakukkan plank yang paling baik untuk menguatkan otot-otot core pada badan. Saya hanya dapat bertahan selama 60 saat untuk full plank dan mula variations plank yang lain selepas lebih kurang 3-4 bulan melakukannya secara berterusan selama 4-5 kali seminggu.
Namun semua itu berbaloi kerana saya dapat merasakan perbezaan ketika setiap kali saya berlari dan hasilnya larian saya menjadi semakin pantas.
Pada masa yang sama, saya juga ada mencuba teknik-teknik larian yang lebih baik dengan mempertimbangkan elemen-elemen sains daripada kajian-kajian sains sukan yang saya temui di internet.
Aplikasi teknik-teknik larian yang betul dengan maklumat kajian-kajian sains sukan |
Peringkat seterusnya ialah saya mendapat tips daripada internet dan cadangan kawan-kawan yang pernah menjalani proses menurunkan berat badan ialah saya perlu juga membina otot-otot saya agar penurunan berat badan dan pengurangan lemak akan nampak lebih seimbang dengan bentuk fizikal tubuh saya. Jika tidak, kulit saya akan menjadi semakin kendur dengan pengurangan jumlah lemak berbanding sebelum ini.
Itu juga satu halangan minda pada saya pada mulanya kerana mereka mencadangkan saya pergi ke gym.Mereka juga agak hairan dan ketawakan juga saya bila saya kata saya memang tidak pernah pergi ke gym untuk bersenam sebelum itu.
Isteri dan anak-anak saya pun pernah pergi ke gym tetapi saya memang tidak pernah dan memang tidak pernah berminat.
Selama ini saya memang telah ada sedikit alat asas untuk bersenam di rumah yang telah agak lama saya tidak sentuh seperti dumb bell dan exercise mat.
Jadi, akhirnya saya pergu juga ke gym dengan ditemankan oleh isteri saya. Memang saya rasa janggal. Yang pertama memang suasananya memang baru dan yang kedua ialah saya tidak tahu menggunakan dengan betul peralatan-peralatan senaman yang ada.Semuanya selama ini saya cuma tengok atau tonton orang di gym dalam majalah atau TV saja. Senang cerita memang saya rasa gayat la bila masuk gym buat pertama kali dalam hidup saya untuk bersenam.
Membina persekitaran sihat dan cergas dengan sistem sokongan sosial
Keluarga terdekat
Ketika permulaannya, saya terangkan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya isteri saya kenapa dan apa yang akan saya lakukan agar mereka faham dan menyokong saya sepanjang saya lakukan perubahan.
Saya suka kongsikan setiap perkembangan dan aktiviti kecergasan dan pemakanan saya.Semua mereka menyokong walaupun ada kawan-kawan yang merasakan agak janggal pada mulanya untuk berkongsi perubahan-perubahan fizikal saya.Walau bagaimana pun kata-kata semangat dan sokongan moral yang kebanyakan mereka berikan mengubah persepsi saya.
Kemudian saya mula mendapatkan idea untuk menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam telefon pintar untuk berkongsi setiap pencapaian saya dengan pelbagai cara yang berbeza. Mungkin memang kena dengan sikap saya yang memang selama ini suka mengambil dan mengumpulkan gambar-gambar dalam aktiviti-aktiviti biasa dan kerjaya saya.Bila idea datang, gambar-gambar yang ada memang saya boleh manfaatkan untuk membentuk cerita-cerita yang berkaitan dengan apa saja yang saya lakukan termasuk transformasi kesihatan dan kecergasan saya ini.
Bila kita berkongsi cerita daripada pengalaman sebenar, mungkin tanpa kita sedari perubahan-perubahan positif yang kita tunjukkan akan memberi inspirasi atau semangat kepada orang lain untuk mencuba juga.
Rasa seronok dan teruja bila jumpa kawan-kawan baru secara in-person pada setiap acara larian setelah berkongsi cerita perubahan masing-masing secara maya dalam media-media sosial.
Rasa terkejut juga bila ada penganjur acara larian yang menggunakan cerita pengalaman saya yang saya kongsi di page FB Running Kaki Malaysia tentang bagaimana saya menjadi lebih sihat dan menurunkankan berat badan dengan berlari.
The Biggest Losers Challenge(TBLC)
Pada masa yang sama, secara kebetulan ada sekumpulan kawan-kawan lama semasa belajar di UKM Bangi dulu membuat satu kumpulan untuk mengurang berat badan untuk mereka yang berminat. Mereka juga menbuat satu kumpulan Whatsapp untuk berkongsi tips , memantau berat dan memberi semangat di antara satu sama lain.
Mereka namakan inisiatif sesama kawan-kawan itu The Biggers Losers Challenge dan bermula pada 8 Oktober 2o15.Saya di jemput menyertainya dan tempoh yang mereka tetapkan ialah selama lebih kurang 1 bulan di mana setiap peserta perlu self declare berat masing-masing dan timbangan yang akan disaksikan oleh semua peserta dibuat pada akhir bulan yang ditetapkan.
Banyak lagi nak share pasal TBLC ni sebenarnya tetapi kisahnya amat panjang untuk dikongsi dalam entry ini dan saya rasa saya akan tulis satu entry yang berasingan untuk TBLC kerana ia banyak juga menyumbang dalam memberikan sokongan moral dalam transformasi kesihatan dan kecergasan yang saya cuba lakukan untuk diri saya.
Saya menyertai TBLC ketika berat saya sudah mencecah 75+kg dan dalam TBLC, saya telah diamanahkan secara tidak rasmi memainkan peranan sebagai coah untuk berkongsi apa yang telah lakukan dan panduan-panduan yangs amalkan berdasarkan pengalaman saya sendiri menurunkan berat badan dengan berlari.
Menyertai running community
Untuk tujuan berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman.Mula-mulanya saya diperkenalkan oleh kawan-kawan baru yang saya kenal ketika acara larian kepada FB Running Kaki Malaysia.Seterusnya saya dijemput sertai pula FB Anonymous Runner.
Kedua-duanya menyediakan manfaat yang sama kepada saya yang berfungsi sebagai support groups kepada saya secara tidak langsung dengan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti dan perkongsian sesama mereka di FB masing-masing.
The best part is...saya telah meluaskan lingkungan kenalan saya yang sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan berlari.
Dengan Abang Salman yang sudah berusia hampir 60 tahun yang menyertai saya ketika larian awal pagi di sekitar kawasan taman perumahan kami |
Perubahan sebelum dan selepas saya kurangkan berat badan |
Rasa seronok dan teruja bila jumpa kawan-kawan baru secara in-person pada setiap acara larian setelah berkongsi cerita perubahan masing-masing secara maya dalam media-media sosial.
Rasa terkejut juga bila ada penganjur acara larian yang menggunakan cerita pengalaman saya yang saya kongsi di page FB Running Kaki Malaysia tentang bagaimana saya menjadi lebih sihat dan menurunkankan berat badan dengan berlari.
The Biggest Losers Challenge(TBLC)
Pada masa yang sama, secara kebetulan ada sekumpulan kawan-kawan lama semasa belajar di UKM Bangi dulu membuat satu kumpulan untuk mengurang berat badan untuk mereka yang berminat. Mereka juga menbuat satu kumpulan Whatsapp untuk berkongsi tips , memantau berat dan memberi semangat di antara satu sama lain.
Mereka namakan inisiatif sesama kawan-kawan itu The Biggers Losers Challenge dan bermula pada 8 Oktober 2o15.Saya di jemput menyertainya dan tempoh yang mereka tetapkan ialah selama lebih kurang 1 bulan di mana setiap peserta perlu self declare berat masing-masing dan timbangan yang akan disaksikan oleh semua peserta dibuat pada akhir bulan yang ditetapkan.
Banyak lagi nak share pasal TBLC ni sebenarnya tetapi kisahnya amat panjang untuk dikongsi dalam entry ini dan saya rasa saya akan tulis satu entry yang berasingan untuk TBLC kerana ia banyak juga menyumbang dalam memberikan sokongan moral dalam transformasi kesihatan dan kecergasan yang saya cuba lakukan untuk diri saya.
Saya menyertai TBLC ketika berat saya sudah mencecah 75+kg dan dalam TBLC, saya telah diamanahkan secara tidak rasmi memainkan peranan sebagai coah untuk berkongsi apa yang telah lakukan dan panduan-panduan yangs amalkan berdasarkan pengalaman saya sendiri menurunkan berat badan dengan berlari.
Menyertai running community
Untuk tujuan berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman.Mula-mulanya saya diperkenalkan oleh kawan-kawan baru yang saya kenal ketika acara larian kepada FB Running Kaki Malaysia.Seterusnya saya dijemput sertai pula FB Anonymous Runner.
Kedua-duanya menyediakan manfaat yang sama kepada saya yang berfungsi sebagai support groups kepada saya secara tidak langsung dengan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti dan perkongsian sesama mereka di FB masing-masing.
The best part is...saya telah meluaskan lingkungan kenalan saya yang sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan berlari.
Pencapaian setakat ini
i) Penurunan berat badan
Berat badan saya telah turun dengan
agak ketara cuma dalam masa enam bulan sahaja.Kesan-kesannya agak ketara
daripada segi rupa fizikal saya dan juga meningkatkan tahap kepantasan and
agility saya dalam melakukan aktiviti-aktivi fizikal seperti
berlari.
Secara keseluruhannya, sehingga penghujung tahun 2015, saya telah berjaya melebihi sasaran yang telah tetapkan iaitu kepada 70kg. Saya telah berjaya mencapai berat bawah 70 kg iaitu sehingga 68.7 kg.
ii) Prestasi Larian
Pada acara larian pertama pace
yang saya rekodkan ialah lebih kurang 8 minit 30 saat untuk setiap kilometer. Pada acara larian kedua, saya
berjaya kurangkan kepada lebih kurang 7 minit lebih bagi setiap km.
Sebelum itu saya hanya bergantung
kepada catatan rekod masa rasmi daripada penganjur dan secara manual dengan jam
digital biasa yang saya pakai ketika berlari. Bermula pada lebih kurang awal
bulan Oktober 2015, saya mula menggunakan aplikasi Nike Running untuk memantau
tempoh masa dan jarak larian saya setiap kali berlari.
Secara keseluruhannya saya telah pun berjaya berlari dengan pace di bawah 7 minit dengan selesa menjelang tamatnya tahun 2015.Ada ketikanya pace saya telah pun hampir kurang daripada 5 minit per km.
Acara-acara larian dan jumlah jarak larian yang sempat saya sertai dan rekodkan dalam tahun 2015. |
Dengan apa yang telah saya capai sehingga berakhirnya tahun 2015, saya telah bertekad akan teruskan usaha-usaha dan komitmen saya untuk kekal sihat dan cergas untuk sepanjang masa hidup saya yang akan datang.
Saya membuat satu azam dalam diri saya tentang apa yang saya akan lakukan sepanjang tahun 2016 untuk kekal sihat dan cergas.
Jadi, to stay healthy and fit in
2016, apa yang akan saya lakukan ialah...
1. Berlari sekurang-kurangnya
20km seminggu dan 500km dalam tahun ini;
2. Menyertai sekurang-kurangnya 1
acara larian setiap bulan;
3. Jika cukup persediaan, akan
menyertai sekurang-kurangnya satu acara larian half marathon dan satu larian
5km-10km trail(off road);
4.Teruskan dengan menu
makanan-makanan yang lebih sihat;
5. Menyertai apa-apa acara atau
aktiviti sukan dengan kawan-kawan sekolah lama dan jiran-jiran yang santai
seperti futsal, badminton dan boling;
6. Mempastikan ahli-ahli keluarga
saya juga mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan cergas secara beransur-ansur.
Jadi untuk memulakan dan
menyambut kedatangan tahun baru 2016, saya telah membuat sesuatu yang saya
langsung tidak terfikir akan buat selama ini.
Untuk ucapan tahun baru kepada
semua kawan saya dimedia-media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, saya
sertakan juga gambar-gambar transformasi diri saya hasil daripada cara hidup
saya sepanjang tahun 2015.
Semuanya menjadi lebih lancar,
mudah, seronok dan yang paling mengujakan ialah saya rasa semakin yakin dari
segi dalam dan luaran kerana kerjaya sebagai seorang pakar perunding dalam
bidang saya, saya memang amat-amat memerlukan semua itu.
Saya menyertai acara larian pada hari pertama tahun baru 2016.KL New Year Run 2016 yang bermula dan tamat di Dataran Merdeka.
Impak peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan saya ke atas kerjaya dan tugas-tugas yang saya lakukan seharian
- Semuanya menjadi lebih lancar, mudah, seronok dan yang paling mengujakan ialah saya rasa semakin yakin dari segi dalam dan luaran kerana kerjaya sebagai seorang pakar perunding dalam bidang saya, saya memang amat-amat memerlukan semua itu.
The Way Forward...
Saya takkan berhenti setakat ini saja! Itu satu cabaran yang lebih besar selepas ini.Kesihatan dan kecergasan bukanlan satu projek yang saya mahu nikmati pada masa-masa tertentu saja.Saya ingin menikmatinya sepanjang hidup saya jika boleh tetapi ia perlukan komitmen dan usaha saya sendiri yang berterusan.
Saya tidak mahu kembali semula kepada cara hidup saya yang ada banyak yang tidak berapa sihat sebelum ini.Perubahan dan pencapaian kesihatan dan kecergasan yang saya telah nikmati sekarang telah menyedarkan dan membuka mata saya tentang banyak lagi perkara yang telah saya sama-sama nikmati from this newly found health and fitness level.
Saya berazam untuk teruskan.Bagi tahun-tahun seterusnya saya telah merancang...
1.Menikmati lebih lagi larian-larian 10km saya dan akan meningkatkan jarak acara yang saya akan sertai berdasarkan prestasi saya yang seterusnya;
Mencapai masa larian 10km dalam 1 jam atau kurang dalam acara larian dalam tahun 2016 (pencapaian terbaik sehingga November 2015 ialah 1 jam 8 minit)
Mencapai masa larian 10km dalam 1 jam atau kurang dalam acara larian dalam tahun 2016 (pencapaian terbaik sehingga November 2015 ialah 1 jam 8 minit)
Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan kecergasan yang maksimum ialah satu nikmat yang tidak ternilai dan ia merupakan cara hidup yang menyeronokkan sebenarnya.
Pada 7 Januari 2016, sesuatu yang agak memeranjatkan saya juga kerana saya telah berjaya mencapai tahap BMI dan berat ideal untuk sihat bagi diri saya.
Perjalanan dan cabaran untuk kekal sihat dan cergas akan tetap saya teruskan kerana ia adalah antara cara yang sebaik-baiknya kita menghargai nikmat kehidupan yang masih dianugerahkan oleh Allah Yang Satu di dunia ini.
Untuk kita terus meneroka kehidupan agar dapat memberi dan membuat lebih banyak kebaikan dengan memaksimakan potensi-potensi dan kehebatan yang setiap daripada ada memilikinnya. Bezanya, semua itu mungkin terhalang atau tersembunyi dengan keadaan dan tahap kesihatan kita yang kita tidak pedulikan sama ada benar-benar sihat dan cergas selama ini.
Kesihatan dan kecergasan itu milik semua tetapi hakikatnya kedua-duanya tidak akan datang bergolek atau melayang kepada kita pada bila-bila masa kita mahukannya.
Hanya kita yang mampu menjadikannya milik kita dan ianya bermula dengan langkah dan tindakan kita yang pertama. Walau bagaimana perlahan pun kita melangkah pada mulanya, kita masih tetap mendahului mereka yang langsung tidak berbuat apa-apa dan masih leka.
Kononnya masa mereka masih ada pada esok hari untuk mengubahnya walaupun pada hakikatnya tiada sesiapa yang boleh menjamin apa-apa pada esok hari kecuali Dia.
Kononnya masa mereka masih ada pada esok hari untuk mengubahnya walaupun pada hakikatnya tiada sesiapa yang boleh menjamin apa-apa pada esok hari kecuali Dia.
TIDAK BOLEH ialah cara yang paling selalu kita gunakan untuk menyatakan kepada diri kita dan orang yang lain secara tidak langsung yang sebenarnya kita TIDAK MAHU melakukannya sebenarnya.Malah untuk mencubanya sekali pun.
Menjelang hari jadi saya yang ke-42 dan padapada 10 Februari 2016, saya telah pun melengkapkan transformasi diri saya untuk menjadi lebih sihat dan cergas dengan mencapai dan melebihi semua matlamat yang telah saya tetapkan iaitu:
1. Berat badan saya telah berada pada lingkungan ideal iaitu antara 68-70kg dengan bacaan BMI bawah daripada 25 sejak bulan November 2015.
2. Secara fizikal saya telah menjadi lebih sihat dan cergas.
3. Pencapaian prestasi larian saya juga telah jauh lebih baik pada masa yang lebih awal daripada yang saya jangkakan.
Saya telah berjaya memecahkan tembok masa bawah 1 jam untuk larian 10km dalam acara larian Shah Alam Night Run pada 17 Januari 2016. Tempat ke-14 daripada lebih kurang 70 lebih pelari-pelari dalam kategori veteran juga satu pencapaian yang memeranjatkan saya sendiri.
Keputusan rasmi masa larian saya dalam kategori veteran 10km dalam Shah Alam Night Run 2016. |
Saya juga telah berjaya mencapai pace di bawah 6 minit/km untuk larian rutin 5km dalam masa kurang 30 minit pada pagi hari hari ulang tahun kelahiran saya.
The following photos show how my 10th February this year started and unfolded in totally more healthy and different ways where I feel much better than years before.
To be healthier and fit,running has been my best way to do it.
NO EXCUSES, JUST DO IT!
PERUBAHAN UNTUK JADI LEBIH SIHAT DENGAN CERGAS BERMULA DENGAN TINDAKAN ATAU LANGKAH PERTAMA DAN BUKANNYA HANYA DENGAN HARAPAN DAN KATA-KATA.
BUATLAH ATAU MULAKAN SESUATU SEKARANG SEBELUM ANDA KEHILANGAN PELUANG-PELUANG UNTUK BERBUAT SESUATU ATAU MEMULAKAN APA-APA BILA KITA SUDAH SAKIT ATAU LANGSUNG TIDAK SIHAT LAGI NANTI MACAM SEKARANG.