18 Januari 2016
Bersama-sama dengan
isteri saya Wahyu Akmal Hussein pergi hantar Nur Aini Sofiyya Zaini mendaftar di sekolah baru dia di Pedas, Rembau hari Isnin nanti.
Dua minggu,3 Januari 2016 lepas hantar abang Zaim untuk tinggal di asrama SMA Nilai.
Teringatlah pulak zaman saya pergi daftar di STJ Kuala Pilah masa nak
masuk Form 1 tahun 1987 dulu.Ayah saya tak dapat hantar sebab dia
kerja.Naik kereta sewa dengan mak saya je.Masa sibuk2 nak packing dan
dalam kereta masih selamba je sebab tak tau lagi apa sebenarnya duduk
asrama ni.Buat tak tau je sebab masa tu manalah ada sapa2 nak beritahu
macam mana.
Bila emak saya nak balik, barulah rasa nak menangis
sebab rupanya dah nak kena tinggalkan sorang2 kat situ.Emak pulak tak
boleh datang selalu dan tak boleh janji bila pulak dia nak datang lagi
lepas daftar tu.Masih dapat control air mata bila emak peluk dan
lambaian tangan mak dari dalam kereta sewa masa nak balik tapi akhirnya
saya tewas juga.Walaupun selama ni rasa macam dah hero je dan takkan
menangis.Hampir 2 minggu juga lepas tu saya menangis sendirian setiap
malam dalam kelambu sebelum tidur.
My preference? I have made it
very clear to all my kids that I would prefer for them to stay with me
at home until they finished their Form 5.Saya sedar betapa banyak
kebaikan yang saya telah dapat dengan belajar berdikari di asrama selama
5 tahun namun pandangan saya telah berbeza dengan zaman yang telah
banyak berubah.
Antara yang paling ketara ialah daripada kemudahan pembelajaran dan suasana untuk belajar.Datang daripada keluarga yang miskin dan tidur hanya beralaskan tikar mengkuang dan bantal serta membaca buku hanya bertemankan pelita hingga saya darjah 6, peluang belajar di asrama memberi banyak beza daripada segi keselesaan utk belajar ketika itu.
Jurang kemudahan dan pembelajaran di antara
sekolah kampung seperti di kampung saya dan sekolah berasrama penuh amat
jauh bezanya pada ketika itu.Jadi saya amat bersyukur bila peluang itu
diberikan kepada saya oleh Allah dan ayah dan mak saya buat keputusan
yang sukar itu untuk melepaskan saya untuk berpisah dengan mereka pada
awal usia saya untuk jadi remaja.
Jadi kenapa saya tak mahu sangat anak saya ikut jejak saya tinggal di asrama?
Mudah saja, pertama dengan keadaan zaman sekarang saya lebih suka
melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya dan saya boleh
terlibat dalam pembangunan sikap dan sahsiah mereka secara terus.Dengan
pengalaman saya tinggal di asrama di sekolah dan di kampus, saya yakin
saya mampu membawa elemen-elemen tinggal di asrama yang telah membentuk
sikap saya dengan baik ke rumah saya sendiri agar anak-anak saya boleh
melalui proses yang hampir sama.
Bagi saya,di rumah juga boleh belajar berdikari asalkan mereka melalui proses belajar menguruskan diri dengan rejim disiplin yg saya tetapkan sebagai ayah di rumah.
Bagi saya,di rumah juga boleh belajar berdikari asalkan mereka melalui proses belajar menguruskan diri dengan rejim disiplin yg saya tetapkan sebagai ayah di rumah.
Kedua, saya rasa saya mampu menyediakan kemudahan-kemudahan yang suatu
masa dahulu mustahil untuk ayah dan mak saya sediakan untuk saya untuk
anak-anak saya tanpa mereka perlu berada di asrama.
Ketiga, saya
yakin saya dan isteri saya mampu menerapkan asas-asas disiplin yang saya
bentuk dalam diri saya di asrama di rumah seperti mempastikan
anak-anak saya mengikut masa belajar yang kami tetapkan, uruskan
kelengkapan dan keperluan peribadi mereka seperti pakaian, tempat tidur
dan sampai ke bilik air mereka sendiri.Alhamdulillah, mereka selama ini
mampu juga melakukan semua itu mengikut peraturan2 yang saya tetapkan
dan antara hasil yang amat jelas, saya sudah tidak memerlukan pembantu
rumah ketika anak saya yg ke-3 mencecah usia 2 tahun dan abang dan kakak
telah masuk ke sekolah rendah.
Yang terakhir, saya yakin mereka juga
mampu mendapat keputusan akademik yang baik juga dan saya dan isteri pun
boleh memainkan peranan kami secara terus.Ini juga telah anak-anak saya
buktikan selama ini.
Berbanding saya, isteri saya agak lebih
terbuka dalam perkara ini namun semua anak saya sedia maklum tentang
preference saya dan mereka juga nampak selesa dengan cara yang telah
saya tetapkan.
Jadi kenapa sekarang saya izinkan mereka tinggalkan di asrama?
It's very simple.Akhirnya mereka sendiri menyatakan kepada saya yang mereka mahu mencuba pula tinggal di asrama. Mereka mahu merasai sendiri pengalaman sebenar tinggal di asrama.
It's very simple.Akhirnya mereka sendiri menyatakan kepada saya yang mereka mahu mencuba pula tinggal di asrama. Mereka mahu merasai sendiri pengalaman sebenar tinggal di asrama.
Walaupun berat hati saya,
saya akhirnya perlu hormati keinginan dan permintaan mereka.Jika itu
yang betul-betul mereka nekad inginkan, sudah pastilah sokongan daripada
sebagai ayah boleh mereka harapkan dalam apa juga situasinya.
Sofiyya menyatakan keinginan dia selepas di tinggal di asrama selama
beberapa hari untuk latihan pusat pertandingan ketika dia di tingkatan
dua dan Zaim Nur pula meminta izin mahu mencuba juga bila dimaklumkan yang dia boleh tinggal di asrama sekolahnya ketika masuk ke tingkatan 5.
Walau bagai mana pun saya tegaskan dan berikan mereka syarat-syarat
saya yang jelas jika mereka mahu tinggal di asrama. Mereka perlu terima
hakikat untuk hadapi pengalaman tinggal di asrama yang macam saya
tetapkan.
Antaranya saya tidak mahu hanya secara fizikal mereka
tinggal di asrama tetapi pada masa yang sama, di sebabkan kemudahan dan
kemampuan yang saya ada sekarang berbanding ayah dan mak saya dulu,
mereka boleh minta apa saja agar hidup mereka lebih mudah di asrama.
Saya jelaskan, if you want to learn how to be independent like how I
have learned it, you must go through it in the hard way and if things
will become more difficult,you also need to learn how to deal with it.
Saya jelaskan juga, jangan sesekali nanti membandingkan bagaimana
layanan saya daripada segi komunikasi dan supports saya dan isteri saya
nanti dengan ibubapa kawan-kawan mereka yang mungkin berbeza cara
mereka.
Mereka bersetuju dengan syarat-syarat saya dan selepas
saya minta mereka sendiri buat solat istikharah, nampaknya mereka jelas
dengan apa yang mereka mahukan.Akhirnya saya redha dan menyokong
keputusan dan permintaan mereka.
Dan bermula pada hari Isnin akan
datang ini, 18 Januari 2016 ini, akan hanya tinggal kami berempat
sahaja di rumah pada kebanyakan masa berbanding berenam selama lebih
kurang hampir 17 tahun.Secara emosinya, akan banyak perkara perlu kami
sesuaikan selepas ini kerana ia nampak amat ketara bila Zaim sudah pun
mula tinggal di asrama sejak sesi persekolahan bermula tahun ini.
Adik-adik mereka nampak jelas terasa kehilangan seorang abang dan
pemimpin yang selalu boleh mereka harapkan dan bergantung dalam urusan
sesama mereka di rumah pada setiap hari selama ini.Semuanya perlu
menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin dengan sesetengah rutin yang
akan berbeza di rumah dan macam-macam lagi tanpa Zaim dan Sofiyya di
rumah setiap hari selepas ini.
Semoga perubahan ini ialah untuk
kebaikan mereka dan keluarga saya.Satu proses biasa dalam mana-mana
keluarga dalam bergerak bersama ke hadapan.Semoga kedua-dua mereka dapat
pengalaman-pengalaman yang mereka mahu sendiri alami di asrama untuk
menjadikan mereka manusia yang baik untuk menongkah cabaran masa depan
mereka pada peringkat hidup mereka yang seterusnya kelak.Semoga Allah
permudahkan, lindungi dan berikan kekuatan dan kesabaran untuk mereka
menghadapi dugaan-dugaan yang akan datang menyapa.Amin!
Hakikatnya pada suatu hari nanti mereka akan terbang jua meneroka dunia
dan kehidupan masing-masing.Realiti yg semua ibubapa akan hadapi dalam
kitaran hidup mereka di mana-mana ceruk pun di dunia ini.