Tuesday, 24 April 2018

2018 BSP 12km RUN


22 April 2018(Sunday)
Venue: SK Bandar Seri Putra(BSP)
Category: 12km(me), 5km(my wife and kids)




Did not plan to join this event but my wife registered it for me when my running schedule was empty on the date and my kids were available to join.It is also nearby our house.
I was told it was organised in 2016 and made a return this year.It is a charity running event for the PTA of SK Bandar Seri Putra.
To me, I have realistic expectations for charity events especially organised by schools or universities.
Only two factors are my main concerns and I must say that both almost satisfied all my expectations for this event. Number 1 the traffic control and arrangement was good and number 2, two water stations were sufficient to me although 3 would be better.
The event tee design and material from Ultron is nice and what really amazed me was the bib.It was properly designed and labelled with the timing chip for 12km run which I did not expect for an event organised by a primary school based on my previous experiences.


Arrived with my family to run
We were also told, the organiser had some problem with the Customs to clear the medal to be delivered today.However they took the effort to give a temporary medal to runners today before they send the actual medal later by post.What a commitment to take care of runners' feeling after finishing their run!
The arrangement and setup at the event venue for FO and after the FL was also spacious enough for all for the warming up and to mingle before and after the run.


With Sukri and Fazrin
Only the FO was a little bit late at almost 8a.m. instead of 7.30 a.m. for 12km as initially stated.So, we ran and at about 5km, the scorching hot sun already hit us to make the run tougher to all.
Glad to see fairly good crowd to support the event from all over Klang Valley for the charity purpose.
The route was also nice and well marked with traffic policemen and crews were available to control the traffic and to guide runners all the way at all junctions and turns.
The route is also quite flat with only some areas with slight uphill circulating BSP covering the housing areas mainly and the lakeside.It was on Sunday morning and the traffic when we were running at the main road as not so busy as well.

I had a pretty nice run too. No big target such as to get another PB or whatsoever and just had the idea of  using this event to try some speed training. I have not been able to run at pace 5 for short distance(10-15km) since Jan and attempted it today under the hot sun. Achieved that today and finished my run in 1 hour 6 minutes for the 11.30km according to my GPS watch. 
My wife and kids and also her friends from Nilai who ran in the 5km fun run finished their run comfortably and had some fun too.
Officially I finished the run in 1 hour 6 minutes, average pace of 5:31min/km, ranked 17th out of 32 Men veteran runners and 37th out of 143 finishers in 12km category.

It was also very exciting at about 1.5km from the finish line where I was able to cheer and made a group of children to run together with me when they were just walking and looked already exhausted to finish their run.We ran and finally 'flying' to cross the finish line together.It was also very fortunate that one of my running friends was there and captured that moments.


To the finish line with children
It was quite lively at the event venue with the free favourite Milo truck for all to enjoy and other payable F&B stalls and booths for sponsors available.
Ikmal who snapped the photos of me running to the FL

Q for Milo and with the temporary medal
I am from Nilai but today I finally met runners from Putra Nilai Running Crew although I met few of them before at previous events.It has been unfortunate that I am not able to join for their regular runs at Nilai itself. You are awesome guys! Hope to see you again more often.


With PUTRA NILAI RUNNING CREW

Kudos SK BSP! In sha Allah I will come and support the event again in the future.A very good example for other schools to emulate in organising running events for the public to participate.
It was another nice and healthy Sunday morning activity for  family.I feel so happy and blessed to see that my whole family members now are also enjoying running as one of routines to spend time together other than just regular outing for weekends.






Healthy family is a happy family.We did it 

Friday, 20 April 2018

MARATHON KE-7 DI STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2018

Acara larian terbesar di Malaysia Standard Chartered KL Marathon(SCKLM) datang lagi untuk edisi yang ke-10!
Disertai lebih kurang 38 ribu pelari dengan 10 ribu lebih untuk acara marathon penuh sahaja. Penyertaan tahun ini lebih istimewa kerana saya dan disertai juga oleh anak perempuan sulong kami Sofiyya yang akan berlari bersama isteri saya dalam kategori 10km leisure.

Jadi, satu lagi masa hujung minggu yang mengujakan bersama keluarga dan kebetulan anak sulong lelaki saya juga dapat balik dari kampus UIA Kuantan pada hujung minggu ini.


Persediaan saya untuk SCKLM kali ini agak lancar. Sempat  berehat, merawat dan memulihkan semula badan selepas menamatkan cabaran berturut-turut pada hujung minggu ke hujung pada bulan Mac.
Sempat menghabiskan jumlah larian sejauh 202km pada bulan Mac dan tiada sebarang kecederaan yang saya alami pada masa yang sama. Sempat juga membuat larian jarak jauh perlahan 30km 2 minggu sebelum sebagai persediaan penting untuk menyediakan dan menguji tahap kecergasan yang memadai untuk menghabiskan satu lari larian marathon penuh.Hasilnya adalaha agak positif dan menjelang seminggu sebelum acara, secara umumnya saya rasa agak selesa walaupun agak padat dengan jaduan kerja. Cuma satu rutin yang tak dapat saya lakukan seperti dirancang iaitu untuk membuat latihan-latihan untuk kekuatan otot-otot bahagian bawah badan di gimnasium seperti yang biasa saya lakukan di dalam minggu santai (taper week) sebelum acara.

Dalam masa seminggu sebelum acara, saya buat keputusan untuk membuat percubaan untuk mencapa masa lima jam atau kurang pada larian kali ini. Saya rasa tidak ada masalah atau rugi apa-apa jika mencuba. Ianya agak mustahil memandangkan prestasi 2 larian marathon sebelum ini agak jauh daripada lima jam kerana sekurang-kurangnya jika saya gagal sekali pun, saya pun boleh tahu had, kekuatan dan kelemahan saya dalam larian marathon.Saya juga boleh putuskan selepas percubaan ini sama ada akan terus mencuba atau hanya terus berlari marathon saja tanpa memikirkan sangat tentang sasaran masa terbaik setiap kali menyertai acara.

Sebagai persediaan untuk itu, saya membuat beberapa latihan-latihan tambahan untuk meningkatkan kelajuan saya agar dapat mengekalkan kelajuan dalam  pace 6.30-6.45min/km sepanjang larian saya dan sekurang-kurangnya pace 7 sepanjang larian. Saya tahu ia bukanlah mudah kerana kebiasaannya pace saya adalah dalam linkungan 8-9 min/km selepas jarak 25 km atau 30km. Daripada segi pemakanan pula, saya mula ikut tip-tip yang diberikan oleh kawan-kawan dan panduan-panduan yang saya baca badan saya mempunyai tenaga yang cukup semasa larian saya. Jadi dengan menilai semula daripada pengalaman-pengalaman enam marathon yang sudah habiskan, saya rasa ada sedikit keyakinan dan motivasi untuk mencabar diri saya mencapai sasaran 5 jam itu.

Untuk membantu saya, saya juga cetak sasaran masa(pace band) setiap 5km daripada rujukan di internet yang saya akan pakai pada tangan saya sebagai rujukan ketika saya berlari. Pada mulanya saya hanya menjadikan sasaran 5 jam ini hanya untuk diri saya saja tetapi 2 hari sebelum larian, saya kongsikan dengan kawan-kawan dalam media-media sosial.Tujuannnya untuk mendapatkan sedikit motivasi tambahan daripada mereka yang pastinya akan berfikiran positif  dan menggalakkan saya dengan kata-kata semangat agar saya boleh mencapainya.

Pace band untuk sasaran 5 jam saya
Lagi pun apalah salahnya saya kongsi dengan mereka kerana pada setiap acara larian, pasti setiap pelari akan ada sasaran masing-masing dan perbezaanya ialah ada yang berkongsi sasaran mereka dengan orang lain dan ada yang tidak. Pada saya, pada usia 44 tahun, tiada apa sangat yang perlu saya malu atau segan walaupun saya gagal bila berlari selama ini pun hanya untuk kekal sihat dan cergas sahaja. Satu perkara lagi, rasanya sudah agak lama juga saya tidak menetapkan apa-apa sasaran masa selepas larian marathon pertama saya pada Januari 2017 di Twincity Marathon.

Pengambilan pek larian(Race pack), 6 April
Kebetulan saya ada urusan di Kuala Lumpur pada sebelah pagi dan saya buat keputusan untuk terus ke KL Convention Centre untuk mengambil race pack saya, isteri dan anak saya serta kawan-kawan isteri saya.

Sampai di sana lebih kurang jam satu tengahari lebih.Keadaan memang lancar dan tiada sebarang kesesakan mungkin sebab hari pertama daripada 3 hari untuk mengambilnya. Memang amat lancar dan saya selesaikan semua urusan pengambilan dalam masa kurang daripada 10 minit. Seperti yang dijangkakan, urusan mengambil race pack memang teratur dan dilaksanakan dengan amat cemerlang oleh pihak penganjur. Saya beri lima bintang untuk pengambilan race pack.

Selepas itu, saya mencari dan membeli stok gel tenaga dan kayu garam di gerai yang ada di situ kerana stok yang ada sudah hampir habis.Tidak ramai kawan-kawan yang saya kenal saya jumpa selepas itu. Cuma terserempak Redz Ismail yang sedang bertugas dan seterusnya saya terus keluar mencari dinding kemahsyuran marathon KL yang terletak di luar.Dinding ini memang istimewa kerana hanya nama-nama pelari marathon penuh yang berdaftar saja akan tertulis di sana setiap tahun.

Setiap kali saya melihat dinding itu saya akan berasa lucu dan ketawa sendirian semula. Ini kerana pada tahun 2016 ketika penyertaan pertama saya di KL Marathon, selepas mengambil race pack, saya pun dengan gigihnya mencari nama saya di dinding itu tetapi sedang saya meneliti dengan tekun satu persatu nama, tiba saya terdengar perbualan di belakang saya yang mengatakan yang hanya nama pelari marathon penuh saja yang ada di situ. Saya pun tersipu-sipu malu dalam hati dan perlahan-laha  tinggalkan dinding itu kerana saya hanya mendaftar untuk marathon separuh saja.

Setelah saya jumpa nama saya di dinding itu dan mengambil gambar, saya terserempak dengan Jamal Zabari yang baru sampai. Sempat juga bergambar dengan dia. Kemudian saya terserempak juga dengan kawan perniagaan saya Ir. Phang yang juga baru sampai sebelum saya tinggalkan KLCC.




Debaran dan kemeriahan SCKLM 2018  mula apabila mengambil race pack 

Redz Ismail yang sedang bertugas

Laluan 42km

Laluan 10km


Jamal Zabari.Seorang jurugambar dan juga pelari marathon dan ultra marathon





Nama di dinding kemahsyuran SCKLM 2018.Hanya untuk peserta marathon penuh



Ir. Phang kawan sesama industri


7 April 2018
Kebetulan pada hari ini juga ialah hari jadi anak lelaki saya yang paling bongsu yang baru mencecah umur setahun.Saya adakan sambutan ringkas di rumah bersama keluarga pada malam 6 April kerana saya perlu pergi ke pejabat untuk selesaikan beberapa perkara penting pada pagi itu.  Sebelum ke pejabat, saya terfikir untuk membuat larian perlahan dalam 2-3km untuk mengaktifkan otot-otot badan untuk berlari pada esok paginya tetapi hujan rintik-rintik yang turun membantutkan hajat saya awal pagi itu selepas solat Subuh.

Sambutan hari jadi ringkas anak bongsu saya yang baru setahun sehari sebelum berlari di SCKLM

Pagi sebelum saya pergi kerja sebelum berlari esoknya.
Ambil semangat dan motivasi daripada anak-anak

Dengan kawan sepejabat BJ Teoh yang juga pacer 4:30 di SCKLM 2018


Selepas selesai utusan di pejabat, saya jemput anak-anak di Nilai saya untuk terus bertolak ke KL. Pada hari yang sama, isteri saya kena berkursus di sebuah hotel sepanjang hari di KL dan dia akan sertai saya dan anak-anak selepas itu. Seperti tahun-tahun sebelumnya,saya sekeluarga bermalam di Hotel Presscot di Medan Tunku,KL pada malam itu supaya lebih mudah untuk menyertai larian pada pagi esok harinya. Hotel ini memang sudah jadi tempat biasa kami menginap setiap tahun untuk larian tahun baru dan ketika membeli-belah persiapan Hari Raya.

Dapat endaftar di hotel agak awal pada tengahari.Selepas bawa anak-anak saya makan tengahari di Jalan TAR, kami kembali ke bilik.Selepas saya tidur dan saya minta anak-anak saya untuk kejutkan saya pada jam 5 petang. Pada petang itu saya bercadang untuk ke Dataran Merdeka untuk mengambil gambar dan berjumpa kawan-kawan jika ada.

Jalan-jalan dan makan-makan dengan anak-anak di KL

Lebih kurang jam 5 petang lebih sikit saya pergi ke Dataran Merdeka.Anak-anak tak nak ikut. Fareesya nak siapkan kerja sekolah dia, Zakwan nak main game dan Sofiyya dan Zaim nak berehat  saja. Dalam perjalanan saya ke Dataran Merdeka dan sebaik saja saya sampai ke Jalan TAR, saya terserempak dengan isteri saya yang baru saja sampai selepas kursus dia di Hotel Seri Pacific.Saya terus ke Dataran Merdeka dan dia terus ke bilik hotel untuk berehat sehingga saya balik semula untuk keluar makan malam bersama sekeluarga.


Dengan isteri yang baru saja sampai selepas berkursus sehari di KL pada Sabtu
Saya teruskan berjalan ke Dataran Merdeka. Ketika melalui ke pengujung Jalan TAR  ke Dataran Merdeka, saya berlari-lari anak untuk menggantikan larian yang tak dapat saya buat pada awal pagi. Bila saya sampai di Dataran, berpeluh jugak badan. Sampai sahaja di dataran, saya dapati acara Kids Dash sedang berlangsung. 

Saya rasa ralat pulak sebab anak saya Zakwan 8 tahun tak ikut saya  kerana jika dia ikut, mesti dia pun rasa teruja dan tengok budak-budak dalam umur dia berlari dan  berlumba. Ada berlari dengan ibu bapa masing-masing sekali. Acara Kids Dash diadakan pada sebelah petang pada tahun ini berbanding sebelah pagi pada tahun lepas. Ada kawan-kawan saya yang anak mereka sertai acara Kids Dash itu juga pada petang itu. Serta-merta saya terfikir untuk daftarkan Zakwan untuk acara itu tahun depan. In sha Allah.

Saya terus sertai kawan-kawan yang saya kenal yang sudah ada di sana sama-sama bersorak untuk anak-anak yang sedang berlari ketika itu.Meriah juga bila ramai kawan yang jumpa di situ.



Jumpa kawan-kawan di Dataran sambil tengok kanak-kanak berlari di Kids Dash



Kemudian saya bergerak ke tempat acara utama di tempat mula-tamat marathon. Tujuannya untuk ambil gambar dan jumpa kawan-kawan macam tahun-tahun lepas. Rasa seronok bila ada lagi kawan-kawan yang saya kena sudah ada di sana dan ada lagi yang datang selepas itu untuk sama-sama mengambil gambar dan bersembang.



Dengan jurugambar larian tersohor daripada Action Pix Malaysia
Capt Rozmi Yunus yang juga seorang pelari marathon yang hebat.


Ceria dengan kawan-kawan sebelum berpeluh di KL pada awal pagi esoknya
Kawan-kawan marathoners/fathers 




Selepas bergambar dan bersembang dengan kawan-kawan, saya terus sambung larian sekejap dari Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara dan buat pusingan semula ke Dataran Merdeka. Bila saya tengok jumlah jarak larian perlahan dan berjalan saya dari hotel tadi sudah mencecah lebih kurang 3km, saya rasa itu sudah memadai untuk menggantikan larian untuk mengekal otot saya aktif untuk berlari pada awal pagi esoknya. Selepas terserempak dengan beberapa lagi kawan lama larian dan jumpa kawan-kawan baru di dataran, saya berjalan dan berlari-lari anak semula kembali ke hotel di Medan Tunku.




Ketika berjalan di Jalan TAR itu juga, saya terserempak lagi dengan beberapa orang kawan yang sudah sampai di KL untuk larian esoknya.



Lepas solat Maghrib, kami sekeluarga keluar untuk makan malam di sebuah restoren di Jalan TAR. Saya tahu saya perlu berhati-hati agar tidak makan sesuatu seperti yang pedas dan berempah yang boleh memberi masalah kepada perut saya ketika berlari dalam tempoh 6-8 jam sebelum larian bermula. Saya hanya ambil  lebih makanan yang tidak pedas dan berempah walaupun pilihan tempat makan malam kami pada malam itu ialah masakan padang! Saya cuma jamah sedikit sahaja lauk ayam gulai yang disediakan walaupun dalam hati saya berdebar-debar juga.

Selain daripada itu seperti biasa, saya sudah mula minum lebih banyak air kosong, tambah pengambilan garam dan makanan lebih karbohiddat  sejak 2-3 hari sebelumnya.



Happy hours  di Jalan TAR dengan keluarga sebelum lelapkan mata yang
susah mahu lelap pada malam sebelumnya

Selepas makan, kami berjalan-jalan sebentar ambil angin di sekitar Jalan TAR dan tidak selama selepas itu kami balik semula ke bilik kerana saya mahu tidur awal. Pada esoknya saya ingin bangun seawal jam 2 pagi untuk bersiap-siap ke Dataran Merdeka,. Anak dan isteri saya pula akan memulakan larian mereka di Jalan TAR depan Kompleks Sogo yang amat dekat dengan hotel itu.
Saya dapat lelapkan mata lebih kurang hampir pukul 11 malam.

Hari Larian, 8 April 2018
Kebetulan pula pada malam sebelummya ada perlawanan bolasepak pasukan kegemaran saya sekali lagi seperti ketika di Kuantan ketika Pahang Marathon. Jika dulu menentang musuh utama Liverpool, kali ini menentang Manchester City yang jika mereka menang, mereka akan menjuarai EPL dan Manchester United akan kekal di tangga kedua.

Jika bulan lepas, MU kalahkan LFC, bila saya tengok berita atas talian bila saya bangun pada lebih kurang jam 2.15 pagi, saya amat teruja bila mengetahui MU kalahkan MC dengan 3-2 di tempat lawan dan setelah ketinggalan 2-0 pada babak pertama. GGMU!

Seperti biasa, setelah saya bersiap, saya meminta anak saya ambilkan gambar saya sebelum saya pergi dan isteri dan anak-anak ucapkan selamat berlari dan berjaya kepada saya.




Saya berjalan dari hotel lebih kurang jam 2.45 pagi dan nampak beberapa orang pelari juga sudah mula berjalan ke arah Dataran Merdeka melalui Jalan TAR. Pada ketika ini, jalan TAR di hadapan Sogo telah di tutup sepenuhnya.

Saya berjalan pada mulanya dan setelah melepasi panggung wayang lama, saya mula berlari perlahan ke Dataran Merdeka.Bila saya sampai di sana, badan saya pun sudah mula panas dan sedikit berpeluh seperti baru memanaskan badan.






Saya sampai di Dataran Merdeka lebih kurang jam 3 pagi dan pada masa itu kelihatan para pelari sudah mula berbondong-bondong sampai. Ada yang baru sampai dan ada yang sudah mula memanaskan badan dengan pelbagai cara. Kawan yang pertama sekali saya nampak ialah Zulhafizy sedang memanaskan badan.



Zulhafizy Ahmad

Kemudian saya terus berjalan ke tempat permulaan yang sudah kedengaran riuh rendah dengan bunymuzik,  suara para pelari yang semakin ramai sampai dan pengacara-pengacara majlis melalui pembesar-pembesar suara yang ada.


Sebaik saja sampai ditempat permulaan, saya terempak dengan ramai lagi kawan-kawan yang juga baru sampai. Seperti biasa kami tidak melepaskan peluang untuk berganbar bersama kerana tidak semua akan berada dalam kumpulan pelepasan yang sama.

Semasa mendaftar, saya disahkan akan berada PEN 2 untuk bermula berbanding PEN4 pada tahun lepas.Tahun  ini ada sehingga PEN dengan 10 lebih pelari kesemuanya yang mendaftar.Tujuan saya ialah agar saya tidak bersesak-sesak terlalu lama di kelompok ribuan pelari selepas dilepaskan seperti yang saya alami pada tahun lepas.Walaubagaimana pun saya baru perasan pada pagi yang pada bib saya tertulis PEN 4.Agak terkejut juga macam mana ia boleh berlaku kena sehingga pengesahan pendaftaran yang saya terima, saya tersenarai di PEN 2.

Memandangkan tiada apa lagi yang boleh saya lakukan, saya hanya bergerak ke PEN 4 sahaja.Lagi pun, apa sangatlah bezanya pun.Cuma akan lebih lambat sedikit saja dalam beberapa minit untuk melepasi garisan permulaan daripada masa pelepasan sebenar.











Setelah saya masuk ke PEN 4, berjumpa lagi dengan kawan-kawan yang saya kenal.Saya terus sapa mereka dan kami pun terus berbual.Kali ini saya berjumpa juga sekali lagi dengan kawan-kawan dari Pulau Pinang yang saya jumpa mereka di sini juga pada tahun lepas buat kali pertama.

Kawan-kawan dari Nilai

Yoe Nizam

Prof Yang Farina @ KY dan kawan
Kawan-kawan dari utara

Seperti yang dijangkakan, suasana memang semakin sibuk, sesak dan juga meriah bila pengacara-pengacara majlis mula memberi arahan agar para pelari mula masuk ke kumpulan PEN masing-masing.Sukar nak digambarkan dengan kata-kata setiap kali berada dalam suasana ini pada setiap tahun. Teruja, berdebar-debar, seronok dan segala macam lagi perasaan ada dalam hati saya.Cubalah bayangkan bila  berada di tempat permulaan acara larian terbesar di Malaysia dan dengan jumlah pelari marathon yang terbesar juga pada tahun ini juga.
Jadi, saya tak lepaskan kesempatan ini untuk merakam suasana ketika itu dengan kamera telefon saya.






Saat-saat kemeriahan di garisan permulaan sebelum dilepaskan

Tag panduan masa untuk sasaran bawah 5 jam saya





LARIAN SAYA
Pada tahun ini laluan marathon merupakan laluan yang agak berbeza berbanding laluan tahun lepas. Bila laluan rasmi dikeluarkan secara atas talian, kelihatan banyak komen daripada para peserta tentang tahap kesukaran laluan baru itu.Yang paling banyak diperkatakan ialah tentang laluan selepas 32km dan sehingga 37km yang meliputi jalan berbukit di sebelah PWTC dan seterus jalan menaiki bukit lagi ke Bukit Tunku.

Perancangan saya seperti biasa. Cuba berlari dengan agak tenang dalam pace 6 sejauh yang mungkin dan sekurang-kurang pace purata 7 untuk keseluruhan 42km jika saya mahu mencapai sasaran bawah 5 jam yang amat sukar bagi saya itu.

Ada di adakan sesi memanaskan badan dalam masa kurang 30 minit sebelum pelepasan. Seperti biasa, saya tidak pedulikan sesi itu kerana lebih seronok berborak dengan kawan-kawan saya pada masa  yang sama.

Para peserta mula dilepaskan tepat pada jam 4 pagi.Seperti yang dijangka, saya memerlukan beberapa minit selepas kumpulan pelari-pelari elit PEN 1 dilepas sebelum kumpulan PEN 4 pula boleh mula bergerak melepasi garisan permulaan.

Pada peringkat awal juga agak berbeza pada tahun ini. Daripada tempat permulaan, para pelari terus menuju ke Jalan Sultan Azlan Shah  melalui Jalan Raja Laut. Kemudian memasuki Jalan Pahang dan membuat pusingan U di Bulatan Pahang.Seterusnya memasuki kawasan Kg. Baru melalui Jalan Raja Muda Aziz dan Jalan Raja Abdullah hingga ke 5km. Pada lebih kurang 2km, saya dapat potong kumpulan pacers 5:00 dan selepas itu saya cuba kekalkan diri saya di hadapan mereka sedikit.

Seterusnya ialah melalui Jalan Sultan Ismail, Jalan TAR, Jalan Dang Wangi keluar di Jalan Ampang.  Ketika membelok dari Jalan TAR ke Jalan Dang Wangi di hadapan Sogo, tiba-tiba saya perasan yang seorang jurugambar yang saya kenal Fiz Said sedang mengambil gambar. Kemudian terus berlari melalui Jalan P. Ramlee sehingga 9km dan seterusnya membelok ke Jalan Raja Chulan hingga 10km dan terus ke Jalan Bukit Bintang dan sampai ke 11km selepas itu. Laluan seterusnya ialah melalui Jalan Kg. Pandan dan akhirnya membelok ke Jalan Tun Razak untuk sampai ke 13km


Ganbar oleh Fiz Said

Larian saya bermula agak lancar seperti di rancang dan saya berjaya mengekalkan pace 6 sehingga 12km. Kemudian tiba-tiba sebaik sahaja memasuki Jalan Tun Razak, saya terasa mahu terkencing. Ini saya tidak jangka kerana saya sudah merancang sejak hari sebelumnya lagi pengambilan air dan garam saya dengan harapan saya tidak akan perlu kencing sebelum saya solat Subuh seperti dua tahun sebelum ini. Walau bagai mana pun saya cuba tahan kerana rasanya belum berapa kuat lagi. Namun rasa nak terkencing semakin kuat bila saya sampai ke jarak 14km. Saya terpaksa berhenti di salah satu tandas bergerak yang disediakan tetapi saya lihat sudah ada 3-4 orang beratur di setiap tandas.

Kemudian saya teringat ada dua stesen minyak di hadapan bangunan TH di Jalan Tun Razak. Saya teruskan larian dengan lebih laju dan cepat-cepat saya masuk ke kawasan stesen minyak Petron. Ketika tu pun sudah ada 2 orang beratur. Saya pun  beratur dengan mereka. Entah kenapa, agak lama juga saya rasa  ketika itu bila pintu tandas masih tidak terbuka dan kami mula melihat antara satu sama lain sambil mengeleng-gelengkan kepala menahan rasa nak terkencing.

Saya tak larat lagi nak tunggu dan saya cepat-cepat berlari ke stesen  minyak Caltex  di sebelahnya. Ada 2 orang sedang beratur  dan bila saya sampai orang yang sebelum sudah keluar tandas. Saya rasa lega dan dalam beberapa minit saja saya akhirnya dapat  masuk dan kencing tapi bukan itu saja. Saya terpaksa habiskan masa lebih lama. Saya tak pasti berapa  lama masa saya habiskan ketika itu tetapi saya rasa amat lega dan boleh berlari macam biasa semula selepas itu.

Ketika hentian itu, saya sudah sampai ke jarak lebih kurang 15km. Selepas itu saya rasa lega dan pada masa yang sama saya agak pasti saya sudah pun terlepas kumpulan pacers 5:00 itu. Saya dengan tergesa cuba berlari agak laju untuk mengejar mereka dari Jalan Tun Razak dan membelok ke Jalan Ampang semula.

Di Jalan Ampang dan ketika sampai ke jarak 16km, saya mula nampak kumpulan pacers itu di hadapan saya dan saya mula cuba mengejar mereka. Dalam kegopohan saya untuk mengejar mereka, saya rasakan mereka semakin jauh meninggalkan saya setiap kali saya cuba memecut. Pada masa yang sama saya juga terus lupakan cara saya berlari dan mula termengah-mengah ketika saya cuba memecut lagi hinggalah saya melepasi jarak 17km dan mula memasuki Jalan Jelatek.Lagi saya desak diri saya untuk lebih memecut, lagi mengah pula saya rasa dan langkah saya akhirnya menjadi semakin perlahan.

Jika selepas 15km tadi saya masih mampu berlari dengan pace 6 lagi, pada jarak 18km, pace saya sudah mula menurun ke pace 7 tetapi kumpulan pacer itu masih lagi tak mampu saya kejar. Jarak antara 18km dan 19km sebelum sampai ke 20km juga adalah merupakan laluan yang menaik sedikit. Ini juga memerlukan lebih tenaga dan kekuatan untuk mengekalkan rentak larian berbanding laluan mendatar sebelum itu. Rupa-rupanya niat saya untuk membayar semula masa yang saya habiskan semasa berhenti di tandas tadi dengan cuba berlari sambil mengejar kumpulan pacer itu memberi kesan yang negatif kepada saya selepas itu.Ia menjadikan saya rasa penat dan kehilangan tenaga lebih awal sangat daripada yang saya rancangkan agar saya boleh mengekalkan pace 6 lebih lama dan lebih jauh lagi jaraknya.

Akhirnya saya menyerah kalah untuk mengejar kumpulan pace 5:00 apabila saya mula merasa agak kepenatan menjelang sampai ke jarak 20 km  di Jalan Setiawangsa sebelum memasuki Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang(DUKE). Saya tidak mahu memaksa lagi diri saya kerana memikirkan jarak yang mesti saya habiskan selepas itu ialah separuh lagi jarak larian saya. Selepas 20km ini ialah satu lagi pusingan U dan saya sempat melambai dan berkata Good Bye Sub 5! kepada kumpulan pacer 5:00 itu bila bertembung dengan mereka dalam arah yang bertentangan pada ketika itu. Pada jarak 20km juga para pelari diberikan gelang getah oleh para petugas di checkpoint  untuk melayakkan mereka mendapat baju penamat dan medal untuk larian kali ini.Pada tahun lepas, jarak dan checkpoint dengan Cut Off Time (COT) untuk mendapat baju penamat dan medal ialah 30km.

Selepas saya buat keputusan untuk tidak memikirkan tentang kumpulan pacers 5:00 itu lagi selepas bertembung mereka itu, saya cuba mengekalkan pace larian saya untuk mengekalkan masa yang saya sasarkan setiap 5km seperti yang saya rancangkan sebelum ini. Dalam kepenatan yang saya terpaksa hadapi lebih awal daripada yang dirancang itu, saya masih ada keyakinan kerana pada jarak 5km, 10km,15km dan 20km masing-masing, saya masih lagi mempunyai buffer beberapa minit lebih awal daripada sasaran. Jadi saya masih masih cuba untuk sekurang-kurangnya mengekalkan larian saya pada pace 7 selepas pace 6 yang terakhir saya ialah pada jarak 17km. Namun saya hanya mampu mengekalkan pace 7 sehingga jarak 23km sahaja selepas itu ketika berlari sepanjang DUKE. Selepas itu saya sudah rasa tidak mampu lagi untuk mendesak diri saya lagi. Menjelang sampai ke jarak 25km, suasana mula berubah kerana saya nampak para pelari separuh marathon mula memasuki DUKE dari sebelah kiri.

Pada jarak 25km, saya sudah melepasi lebih kurang 6 minit daripada masa sasaran saya iaitu 2 jam 57 minit tetapi dalam hati saya, saya masih  ada sisa-sisa semangat untuk terus mencapai sasaran bawah 5 jam itu walaupun terasa gunung yang perlu saya daki untuk mencapainya terasa semakin curam dan tinggi.

Keadaan di laluan juga  agak sesak apabila para pelari marathon penuh dan separuh marathon bertemu sebelum sampai ke penanda jarak 25km. Makin lebih mencabar bila cuba mengekalkan momentum larian dalam suasana yang berbeza begini. Pada selepas sampai ke jarak 25km ini dan selepas itu juga, kebanyakan peserta sudah mula berjalan dan mereka yang mahu terus berlari perlu mencelah-celah di antara para peserta.

Pada peringkat selepas itu ini juga saya nampak kebanyakan peserta hanya berjalan dalam  keadaan yang agak sesak itu dan hanya sebahagian kecil saja yang meneruskankan larian secara perlahan. Seperti biasa, ramai juga para pelari yang berbual-bual sambil berjalan dan ada juga yang sibuk bergambar di tengah-tengah DUKE yang ditutup sepenuhnya pada masa itu. Pace saya juga telah turun ke pace 8 pada 24km dan seterusnya turun ke pace 9 pada 25km.


Akhirnya saya juga sertai mereka untuk mula merakam gambar dan video selepas melepasi gerbang untuk mencecah jarak 25km dan seterusnya saya masih mencuba untuk meneruskan larian saya. Dapat juga saya saya kembali berlari pada pace 7 di 26km termasuk ketika menuju ke plaza tol DUKE ke Jalan Kuching tetapi gagal mengekalkan momentum kerana sudah kepenatan untuk terus mendesak badan saya. Turun ke pace 10 pada 27km dan cuba lagi desak dan hanya dapat kembali ke pace 8 semula pada 28km  dan pace 9 pada 29km sebelum membelok ke Jalan Kuching.



Jarak di mana para pelari marathon penuh dan separuh marathon bertemu


Tol DUKE menuju untuk membelok ke Jalan Kuching

Jalan Kuching arah ke KL juga ditutup sepenuhnya pada masa itu dan saya dapat melihat satu pemandangan yang amat menakjubkan dan juga mengujakan sebaik sahaja memasuki Jalan Kuching. Pada masa ini saya dapat melihat di hadapan saya ialah cuma lautan pelari separuh marathon dan marathon penuh memenuhi ke seluruhan Jalan Kuching  dari jalan masuk DUKE menuju ke Bulatan Segambut.

Saya juga tahu selepas itu ialah masa untuk saya membuat keputusan yang akan menentukan anggaran masa akhir saya untuk menamatkan larian pada hari itu. Dalam keadaan yang amat sesak dengan ramai pelari itu juga secara mentalnya juga, saya sudah mula kehilangan motivasi untuk mendesak lagi diri saya untuk berlari dengan lebih laju.

Saya cuba teruskan larian dengan kelajuan yang saya selesa dan akhirnya saya sampai ke jarak 30km sebelum simpang  jalan membelok ke Bulatan Segambut dan terus ke arah  sedikit lagi untuk membelok ke Lebuh Raya Sultan Iskandar sebelum membelok lagi PWTC.

Jarak 30km ialah penentu segalanya.Apabila jam saya menunjukkan masa 3 jam 39 minit sebaik saja mencecah jarak itu di tengah-tengah Jalan Kuching, saya rasa saya boleh lupakan saja terus sasaran bawah 5 saya sepenuhnya kerana saya sudah melepasi hampir 20 minit daripada masa sasaran saya. Ini kerana jarak 12km berikutnya ialah laluan berbukit yang paling mencabar sekali yang perlu dilepasi bermula daripada laluan di tepi PWTC dan seterusnnya menuju ke Bukit Tunku.

Ada juga saya terfikir untuk sekurang-kurangnya mencuba untuk mendapatkan masa terbaik peribadi  tetapi secara jujurnya, saya sudah tiada lagi motivasi untuk itu sebaik saja keputusan untuk melupakan sasaran  bawah 5 jam itu saya buat. Jadi, secara emosi dan fizikalnya pendekatan saya untuk berlari selepas itu juga berubah dengan secara semulajadinya.


Masa yang dicatatkan ketika saya mencecah jarak 30km dan saya buat keputusan untuk lupakan sasaran bawah 5 jam 
Jadi selepas itu, saya hanya memikirkan untuk menamatkan sahaja larian saya tanpa apa-apa lagi tekanan  secara mental tentang sasaran masa. Jika masa terlama saya sebelum ini ialah 6:29 ketika Miri Marathon 2018, sekurang-kurangnya saya masih yakin yang masa saya di KL Marathon kali ini akan jauh lebih baik daripada itu. Jadi selepas itu saya hanya berlari perlahan dan berjalan saja bila-bila saja saya rasa saya mahu rasa lebih santai dan berehat sedikit.

Ketika berlari itu, saya ada juga terfikir yang mungkin sasaran bawah 5 jam itu mungkin terlalu sukar untuk diterima oleh badan saya. Dengan cara persediaan saya yang kebanyakan hanya secara berseorangan, saya juga rasa mungkin sasaran itu juga adalah di luar kemampuan saya sendiri dan tidak realistik untuk saya capai.

Secara jujurnya juga, tanpa disebabkan oleh saya berhenti tanpa diduga untuk terkencing pada peringkat awal itu dan apa-apa pun yang berlaku sebelum jarak 30km itu juga, saya masih rasa belum yakin yang saya sebenarnya mampu untuk mencapai sasaran bawah 5 jam itu.


Teruskan larian di Jalan Kuching menuju ke PWTC

Seterusnya saya teruskan larian dan berjalan sepanjang Jalan Kuching. Selepas jarak 30km itu, para pelari separuh marathon dan marathon penuh mula berpecah mengikut laluan masing-masing. Para pelari separuh marahon menuju ke bulatan Segambut manakala para pelari marathon penuh terus melalui Jalan Kuching.
Saya juga mengambil beberapa gambar dan membuat video pendek lagi juga selepas jarak 30km itu.

Antara hiburan untuk para pelari sepanjang  laluan
Selepas jarak 30km, perancangan saya hanya untuk cuba berlari pada setiap laluan rata dan menurun dan hanya mahu berjalan saja bila melalui laluan yang mendaki atau berbukit. Laluan-laluan mendaki yang saya lalui selepas itu ialah ketikan membelok ke Lebuh Raya Sultan Iskandar dari Jalan Kuching dan seterusnya melalui jalan melepasi PWTC di 33km. Jarak dari 32km ke 37km ialah laluan yang sudah dijangka sejak awal lagi sebagai laluan yang paling mencabar kali ini. Bermula selepas melewati  PWTC dan Sunway Putra ialah cuba laluan yang mendaki sahaja dan yang paling tinggi sehinggalah laluan menuju ke Muzium Bank Negara yang menurun.

Ketika mendaki ini saya mula membuat sedikit suasana dengan menjerit kata-kata semangat sambil bertepuk tangan kepada semua yang sedang melaluinya ketika itu. Ada menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menjerit dan saya cuma senyum ke arah mereka. Ada yang membalas senyuman saya, ada yang menyahut jeritan semangat saya dan bertepuk tangan membalas dan ada yang hanya diam sambil teruskan. Pada ketika itu juga saya dapat katakan yang hampir semuanya cuma berjalan dalam satu jajaran yang panjang  yang tiada penghujungkan ke atas yang mata saya boleh nampak.

Kebetulan saya terserempak dengan kawan saya Azmir yang sudah agak lama juga saya tidak jumpa di acara-acara larian sejak 2017. Kami sempat juga berbual-berbual tentang perkembangan larian, kerja dan keluarga masing-masing semasa menaiki  jalan  yang berbukit itu.


Ketika sampai di satu tempat puncak bukit di laluan itu juga ada seorang jurugambar.Seperti biasa, semua menjadi teruja semula dalam kepenatan itu dan memberikan gaya masing-masing di hadapan kamera.

Gambar oleh Running Kaki Malaysia

Selepas itu laluannya ialah mendaki semula di hadapan Muzium Bank Negara dan seterusnya menurun semula melewati banguna Bank Negara. Selepas itu, membuat pusingan U di hadapan Bank Negara sebelum sampai ke jarak 37km di hadapan bangunan-bangunan JKR. Pada laluan ini juga, saya nampak dengan jelas yang hampir semua pelari sedang menghadapi masa-masa yang paling mencabar secara mental dan fizikal sama seperti saya setelah sampai di peringkat ini. Saya cuba untuk menghidupkan suasana agar semula kembali bersemangat semula untuk meneruskan larian ke penamat dengan membuat bising dengan jeritan-jeritan semangat dan bertepuk-tepuk tangan lagi.

Ada juga saya nampak pelari-pelari yang tiba-tiba mula berlari semula bila saya berbuat begitu sambil tersenyum memandang saya bila saya melepasi mereka ada bila ada yang melewati saya. Ada juga yang terus berjalan dengan wajah yang jelas amat-amat kepenatan tetapi masih meneruskan cabaran untuk menamatkan larian pada hari itu.

Pada jarak lebih kurang  selepas 38km ketika melalui Jalan. Sultan Salahuddin, tiba-tiba seorang pelari lelaki jatuh di hadapan saya. Saya nampak ada seorang pelari wanita yang berhenti untuk membantu tetapi seolah-olah tidak berapa pasti untuk buat apa. Saya pun berhenti serta-merta dan bertanya kenapa . Kejang otot katanya sambil terbaring kesakitan.

Dengan segera saya buat rawatan kejang otot cepat yang saya tahu dengan memegang tapak kaki beliau dan menolak ke arah dia sambil suruh dia luruskan kaki. Saya suruh dia capai tangan kanan saya dan cuba berdiri dengan kekalkan kaki yang lurus. Cubaan kali pertama gagal kerana dia masih dalam kesakitan yang amat sangat dan saya suruh dia bernafas dengan tenang dulu selepas itu.

Alhamdulillah, cubaan kedua berjaya membuatkan dia bangun dan berdiri sendiri semula. Setelah dia kata dia sudah OK dan boleh kekal berdiri, saya pun teruskan larian saya selepas itu untuk memasuki Lebuhraya Sultan Iskandar semula sebelum memasuki Jalan Parlimen untuk membuat satu lagi pusingan U. Saya harap pelari yang kejang otot dapat  menamatkan larian kerana amat-amat mengecewakan jika dia gagal setelah sampai ke jarak itu.

Ketika membelok dan berlari melalui jalan Parlimen ini juga ada seorang lagi jurugambar yang saya kenali iaitu Rany Tan bila ada pelari di hadapan saya yang menyebut nama dia ketika dia mengambil gambar. Sempat juga saya "beraksi" di depan dia. He he he he...

Gambar oleh Rany Tan

Selepas membuat pusingan U di Jalan Parlimen, beberapa puluh meter dari situ, saya nampak para pelari di hadapan saya sedang sibuk dan meriah beraksi juga di hadapan seorang lagi jurugambar. Kebetulan ketika itu, saya sedang berlari beriringan dalam satu kumpulan dengan beberapa orang pelari lain.

Secara spontan saya mendapat idea dan mengajak mereka berlari dalam satu barisan agar jurugambar boleh mengambil kami semua satu persatu. Saya terfikir jika gambar kami diambil dalam kumpulan mungkin ada yang akan ditutup antara satu samal lain  daripada lensa kamera. Mereka hanya membalas dengan spontan juga dan serta-merta  mula mengambil kedudukan di belakang saya dalam satu barisan sambil berlari dengan lebih perlahan menuju ke arah jurugambar itu.

Bila sudah betul-betul hampir dengan kamera ketika saya sedang melakukan aksi dan gaya depan kamera saya, baru saya perasan yang jurukamera itu ialah KU Wong yang saya juga kenal dia.

Saya rasa rancangan spontan kami itu amat berjaya kerana gambar-gambar yang saya tengok selepas itu memang jelas setiap daripada kami mendapat gambar masing-masing yang jelas yang dapat diambil oleh KU Wong.



Gambar oleh KU Wong

Sebelum sampai ke penanda jarak 40km, tiba-tiba seseoran menegur saya dari belakang iaitu Zaly Millipede yangs sama-sama pergi dan berlari di Miri Marathon  tempohari. Bila ada lagi kawan pada pada masa itu, saya pun mula berlari dan berjalan bersama-sama dengan dia sambil bersembang. Setiap  kali kami nampak jurugambar di hadapan kami, kami juga sama-sama menceriakan suasana dengan aksi-aksi depan kamera masing-masing. Sempat juga saya dan Zaly ambil gambar bersama pada penanda jarajk 40km.


Gambar oleh David, MYRUNNERS


Gambar oleh Malacca Skyhawk

Saya dan Zaly berlari bersama-sama sehingga jarak lebih kurang 400 meter lagi ke garisan penamat. Selepas itu dia teruskan lariannya di hadapan saya hingga dia hilang dari pandangan mata saya selepas itu di kalangan semua yang berpusu-pusu menuju ke garisan penamat.


Gambar oleh Lensa smg
Selepas melewati ibu pejabat Pos Malaysia, saya pun menyertai kemeriahan dan keriuhan sorakan oleh mereka yang ada di kiri dan kanan laluan ke garisan penamat. Memang perasaan yang sukar juga digambarkan oleh para pelari yang sudah pun dapat melihat gerbang garisan penamat yang semakin hampir di hadapan dengan pandangan mata masing-masing.

Pada saat-saat inilah kebiasaaannya segala kepenatan, kesakitan dan apa juga halangan yang telah dilalui sebelum itu akan tiba-tiba boleh hilang. Debaran, keraguan dan ketakutan untuk menamatkan larian yang mencengkam sebaik sahaja dilepaskan dan sepanjang larian akan tiba-tiba bertukar  menjadi keterujaan dan pembakar semangat untuk mencapai satu lagi kejayaan.

Pada ketika ini jugalah minda akan secara autmatik menguasai badan dengan saki-baki kekuatan dan tenaga fizikal yang ada untuk berlari, berjalan, mengheret kaki atau merangkak untuk menamatkan larian.

Menjelang lebih kurang 200m terakhir saya mula mengatur stategi untuk mendapatkan posisi agar jurugambar-jurugambar yang ada dapat mengambil gambar-gambar saya dengan jelas jika saya bernasib baik.

Pada tahun-tahun sebelum ini memang ada gambar-gambar saya sedang berlari ke garisan penamat diambil oleh jurugambar-jurugambar rasmi dan tidak rasmi seperti oleh KU Wong pada tahun 2016.Saya juga terpaksa membayar untuk gambar-gambar daripada jurugambar rasmi dalam versi digital dan resolusi tinggi.

Namun pada kali ini, penganjur menyediakan lebih banyak gambar yang diambil oleh jurugambar-jurugambar rasmi dalam versi digital dengan percuma.

Gambar-gambar yang diambil secara automatik seperti kamera AES  diambil pada setiap checkpoint oleh Checkpoint Spot dan boleh dimuat turun di muka FB mereka dan gambar-gambar ketika mahu merentasi garisan penamat pula dimuatnaik secara automatik pada Aplikasi mudah alih SCKLM berdasarkan akaun setiap pelari yang dikesan melalui nombor bib.

Saya juga rasa amat bertuah dan bernasib baik kali ini kerana banyak juga gambar saya yang dapat diambil oleh Fiz Said yang kebetulan berada di tepi laluan beberapa puluh meter terakhir menuju ke garisan penamat untuk mengambil gambar-gambar para pelari yang sedang dalam langkah-langkah terakhir mereka untuk menghabiskan larian masing-masing.


Gambar oleh Fiz Said

Gambar dari Aplikasi SCKLM

Gambar oleh Checkpoint Spot

Gambar dari Aplikasi SCKLM

Jika pada tahun-tahun sebelum ini saya mengangkat kedua-dua lengan dan tangan saya ke udara ketika mahu merentasi garisan penamat, kali ini saya cuba beraksi dengan gaya helang terbang pula bermula sejak larian tahun baru pada 1 Januari 2018 lepas di Dataran Merdeka juga.


Gambar dari Aplikasi SCKLM

Akhirnya saya dapat nikmati lagi sekali langkah-langkah ketika berlari ke garisan penamat di SCKLM buat kali yang ke tiga sejak tahun 2016. Perasaan puas dan keterujaanya tetap sama seperti sebelumnya. Saya berjaya juga menghabiskan larian saya sekali lagi. Yes! Yes! Yes!

Gambar-gambar di bawah menerangkan tentang perasaan saya sebaik sahaja saya melepasi garisan penamat SCKLM 2018 dan perasaannya hanya mereka yang baru saja menghabiskan larian sejauh 42km dapat memahaminya. Perasaan sebagai salah seorang daripada finishers pada tahun ini!







Saya ada rasa kecewa juga sedikit kerana tidak mampu mencapai apa-apa yang lebih baik sangat daripada segi masa.Walau bagaimana pun saya tetap rasa saya tidak gagal apa-apa sangat walaupun sasaran bawah lima jam nampaknya masih belum mampu saya capai pada kali ini. Gagal memperbaiki catatan masa saya pada tahun lepas juga iaitu 5:41 kerana saya hanya mampu mencatatkan 5:46 pada tahun walaupun saya tidak menetapkan apa-apa sasaran pada tahun lepas juga. 
Gambar di bawah ialah perbandingan di antara sasaran masa setiap 5km untuk mencapai bawah 5 jam dan prestasi sebenar saya secara rasmi yang direkodkan oleh penganjur.



Namun ia masih lebih baik daripada masa yang saya catatkan iaitu 5:57 dan 6:29 pada Pahang Marathon dan Miri Marathon masing-masing pada bulan Mac.

Saya rasa agak baik juga kerana saya juga tidak hadapi apa-apa masalah juga yang melibatkan kecederaan dan kejang otot seperti larian-larian marathon penuh saya sebelum ini.

Saya juga rasa amat-amat berpuashati kerana dapat menghabiskan larian marathon  penuh saya yang ke empat daripada sepuluh yang saya rancang pada tahun 2018 tanpa sebarang insiden atau perkara-perkara yang tidak saya ingini.






Selepas mengambil medal dan baju penamat saya, saya terus menghubungi isteri saya dan saya terus menunggu dia dan anak saya  yang sudah pun tamatkan larian mereka di meeting point 1 di mana terdapat booth rasmi yang disediakan oleh penganjur untuk bergambar. Sementara menunggu mereka sampai saya juga terserempak dengan beberapa orang kawan yang dan mengambil gambar bersama mereka.







Syukur Alhamdulillah kerana isteri dan anak perempuan saya juga dapat tamatkan larian mereka tanpa sebarang masalah. Dalam hati saya, pada tahun akan datang, saya menyimpan harapan agar kami sekeluarga semuanya akan sama-sama berlari pada acara larian terbesar di Malaysia ini. Jika semua agama ada perayaan masing-masing, rasanya agak menarik juga jika kami dapat 'berhari-raya' setahun sekali juga meraikan kesihatan dan kecergasan yang kami nikmati daripada cara hidup sihat yang kami amalkan.

Selepas bergambar dengan isteri dan anak saya, saya minta mereka balik ke hotel dulu dan saya akan balik kemudian selepas saya berjumpa kawan-kawan larian saya yang lain untuk bersembang dan bergambar bersama-sama.









Dengan kawan-kawan larian daripada Anonymous Runners
















Secara keseluruhan dan seperti yang dijangkakan, acara ini telah dianjurkan dengan amat baik pada tahun ini. Terdapat beberapa perubahan seperti laluan yang berbeza tetapi tetap mencabar. Perubahan lain pada tahun ini yang saya kurang setuju ialah tentang kelayakan untuk mendapatkan medal dan baju penamat bagi para peserta marathon penuh. Jika tahun sebelumnya, para pelari mesti memenuhi COT pada jarak 30km untuk layak dengan mendapatkan gelang getah, pada tahun ini COT yang mesti dicapai hanya pada lebih kurang 19km sahaja. Ini bermakna, tidak perlu habiskan separuh jarak 42km pun untuk layak.

Pada tahun ini juga selepas larian tamat, komuniti pelari digemparkan dengan pada mulanya seorang peserta yang 'ditangkap' oleh kamera-kamera di beberapa checkpoints telah menipu untuk menamatkan larian. Kemudian seorang lagi ditangkap juga bila masa yang dicatatkan meragukan ada yang menyiasatnya dengan mengunakan perisian live tracking yang disediakan dalam applikasi mobil SCKLM yang disediakan oleh penganjur. Penganjur juga ada mengumumkan seramai lebih kurang 300 orang pelari yang dibatalkan(disqualified-DQ) keputusan larian mereka oleh kerana pelbagai sebab yang tidak pula saya ketahui.





Daripada 10 ribu orang, hanya 8,448 orang sahaja  yang berjaya menamatkan larian mengikut COT 7:15 yang ditetapkan. Sukar untuk memahami kenapa ada yang sanggup menipu hanya untuk mendapatkan medal, baju penamat atau sekadar untuk menunjukkan masa larian yang kononnya hebat tetapi hakikatnya itulah yang sanggup sesetengah orang lakukan.

Tidak ada banyak komen yang kurang baik yang boleh saya perkatakan tentang SCKLM kerana ianya memang merupakan acara yang terbesar dan terbaik yang dianjurkan di Malaysia setakat ini bagi saya. Yang paling baik bagi saya kebajikan dan keselamatan pelari memang diambil berat dan dipastikan diuruskan dengan secukupnya. Kawalan trafik dan penutupan jalan amat teratur dan terkawal. Hentian-hentian untuk air dan bekalan-bekalan lain  juga seperti pisang dan gel tenaga disediakan dengan cukup untuk semua peserta. 

Perkhidmatan sokongan dan bekalan untuk perubatan juga ada di sepanjang laluan dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Cuma terdapat sedikit rungutan yang saya dengar daripada para pelari tentang penyediaan kemudahan solat yang kurang teratur sedikit kali ini berbanding di laluan marathon penuh pada tahun lepas. Saya bersetuju dan harap-harap ia akan dapat diperbaiki pada tahun hadapan.

Selepas jarak 25km jika tidak silap saya, ada disediakan semburan untuk melegakan otot-otot disediakan pada setiap hentian air. Jarak hentian antara hentian air juga lebih dekat antara satu sama lain selepas jarak 30km untuk mempastikan para pelari mendapat bekalan air secukupnya dengan petugas-tugas yang mencukupi juga untuk menyediakannya kepada para pelari dan juga memberi kata-kata dan sorakan-sorakan semangat.

Secara jujurnya setakat ini, dengan jumlah penyertaan yang amat besar, saya masih tidak lagi pernah jumpa mana-mana acara marathon di dalam Malaysia yang dianjurkan sebaik SCKLM.










Saya tinggalkan Dataran Merdeka dengan langkah gaya jalan ketam sedikit menuju ke hotel di Medan Tunku. Ada rasa pedih disebabkan melecet pada celah kelangkang dan bawah ketiak saya kerana kelalaian saya yang terlupa menyapu gel Vaseline sebelum saya memulakan larian saya pada pagi itu.

Ketika berjalan balik itu juga saya mendapat seorang kawan larian yang baru Wan Zharif dari Pahang ketika kami sama-sama berjalan di Jalan TAR menuju ke hotel masing-masing.

Wan Zharif


Satu lagi kenangan  dan pengalaman manis dan hebat daripada SCKLM dalam dunia larian untuk kekal sihat  dan cergas dalam hidup saya. Bagi saya, setiap larian yang dimulakan telah pun menjadi seseorang itu pemenang dalam definisi untuk kekal sihat apabila ia dapat pula ditamatkan, ia pasti satu pencapaian sentiasa boleh dibanggakan kerana tidak semua yang mampu bermula dan tidak semua juga yang mampu menghabiskan jarak 42km itu begitu saja bagi pelari-pelari biasa untuk kekal sihat seperti saya.

SCKLM 2018 juga ialah kejayaan peribadi saya menamatkan larian marathon penuh yang ke-7 saya sejak larian yang pertama pada Januari 2017.


Tahniah kepada semua finishers kerana anda semua telah menjadi pemenang atau juara dalam hidup anda pada 8 April 2018 di Dataran  Merdeka. Kepada yang kurang berjaya pada kali ini, pastinya ada lagi peluang untuk kembali semula dengan pengalaman dan pengajaran yang berguna yang telah diperolehi pada kali ini. Tiada ada orang berjaya yang tidak pernah gagal dalam apa pun yang mereka cuba kerana hakikat dalam hidup tiada yang mutlak bila gagal atau bila berjaya sekali pun kerana itulah dinamika yang menjadikan kita akan teruskan kehidupan.

Terima kasih kepada semua kawan yang sentiasa menberi sokongan dan panduan agar saya terus berlari untuk sihat dan yang sudi menegur dan  bersembang serta bergambar bersama bila kita berjumpa di SCKLM kali ini.

Sehingga jumpa lagi di SCKLM 2019...In sha Allah.


Seterusnya bagi saya ialah larian marathon penuh yang ke-8 saya di Borneo Marathon pada 6 Mei 2018 yang tetap diteruskan oleh penganjurnya meskipun PRU ke-14 telah ditetapkan pada 9 Mei 2018 selepas itu. Jumpa di sana kepada sesiapa yang akan sama-sama meraikan kemeriahan dan cabarannya nanti. In sha Allah.