Monday, 13 October 2008

Diri aku yang aku lihat


Seronok memikirkan yang indah-indah...yang seronok-seronok. Yang buatkan hati ini tersenyum dan ketawa hingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Berderai airmata..sebak rasa dada dan begitu tertekan rasanya tatkala ada perkara yang menyedihkan, menyusahkan dan mencabar menjengah dalam hidup.
Kadang-kadang tersenyum sendirian melihatkan kawan-kawan...officemates dan ramai lagi orang-orang yang aku temu setiap masa. Macam-macam kerenah..banyak yang dah berubah..sama seperti hidup aku yang juga berubah sampai sekarang.
Pada umur 34 tahun sekarang ni...banyak yang telah aku lalui dalam hidup..sama seperti orang lain.
Kawan-kawan pun ramai yang dah berjaya dan ada juga still struggling dalam hidup masing-masing.Aku juga begitu..."struggling" dalam beberapa perkara dalam hidup yang ada kalanya bahagian yang langsung kita tidak pernah duga atau mahukan. Namun itulah kehidupan...ada rahmat dan something yang aku perlu nilai dalam aku meneruskan kehidupanku dari perspektif yang pelbagai...sebagai insan biasa, sebagai anak, suami, ayah dan sesiapa saja manusia yang ada kaitan dalam hidup aku dalam segala macam hal yang berlainan

Contohnya , hidup aku tersentak apabila emak aku tiba-tiba diserang stroke pada tahun 2000. Then followed by ayah pulak ..kena jugak stroke in 2005.

Mana tak patah semangat kalau tiba-tiba saja emak dan ayah aku yang selama ini sihat, terus jadi sakit yang serius macam tu.....both jadi half paralyze for few months sampai keadaan mereka stabil. Aku masih ingat lagi masa tu macam mana aku dan adik-adik aku hadapi situasi sebegitu.

At one time aku terpaksa looking for new jobs..hanya untuk ensure money can be sent back home for their on going treatment. Only a very close people to me knew that time yang aku terpaksa terima kerja yang kena transfer ke Penang hanya untuk dapatkan beberapa ratus ringgit extra for my mom's medication and treatment. Terpaksa tinggalkan anak dan isteri kat KL untuk sementara. At one stage, my wife pulak has to stop working due to some problem at her workplace dan terpaksa kerja sementara just for us to survive on daily basis.
Cukuplah untuk renungkan semula beberapa cabaran getir hidup yang pernah aku lalui. Terasa lebih menyenangkan apabila memikirkan kehidupan yang aku ada sekarang.
Mungkin keterlaluan for me to ask too much dengan apa yang telah aku nikmati sekarang.
Sekarang pun dah kerja yang ke-5. Rumah pun dah berpindah-randah sampai yang ke-7 yang akhirnya rumah yang aku sendiri selepas menyewa begitu lama.
Alhamdulillah..banyak yang berlaku dalam hidup aku telah membuatkan kehidupan aku menjadi lebih baik. Setiap tahun yang aku tinggalkan membawa aku ke tahap yang berbeza daripada semalam. Aku melihat diri aku sebagai seorang yang akan terus mencari keseimbangan dalama hidup dalam mengimpikan kesempurnaan yang akan terus jadi impian. Biarlah kesempurnaan itu terus menjadi impian meskipun mustahil untuk mencapainya. Paling kurang, penat lelah aku tetap menjadikan aku seorang yang lebih baik daripada semalam pada kaca mata mereka yang menyayangi diri aku.


Mak selalu kata aku degil, keras hati dan juga yang paling lembut hati. Mungkin tak hairan kenaapa aku selalu menangis kerana banyak perkara sejak kecil...sampai sekarang. Namun aku tahu, jauh dalam sudut hati aku, aku rasa cukup jelas dengan apa yang aku ingin capai dalam hidup sejak dulu...juga sejak aku kecil. Bila aku tengok ayah merokok, seingat aku, sejak itulah aku berjanji dalam hati aku yang aku takkan merokok. Juga bila melihat apa yang aku ada sejak kecil seperti rumah dan macam-macam lagi. Semuanya aku nak dapatkan yang lebih baik dan aku akan dapatkannya dengan usaha aku sendiri. Waktu itu aku tak tergamak untuk memikirkan tentang meminta apa-apa daripada mak dan ayah melihatkan kehidupan yang sedia ada.

Banyak impian aku yang aku tetapkan ketika aku kecil di kampung telah aku capai sekarang. Rasanya semua telah aku capai kerana semua itu aku miliki sekarang. Cuma sedikit ralat sebab mak dan ayah tak dapat untuk nikmati sepenuhnya semua itu sekarang.
Ada sesetengah perkara yang aku tidak jelas dan aku hanya menurut takdir yang telah ditetapkan untuk aku.
Ketika aku diberitahu tentang tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh selepas darjah enam, aku langsung tidak tahu pun apa maksudnya kerana sehingga itu aku hanya terfikir akan bersekolah di kampung sampai habis. Asrama penuh atau universiti bukanlah perkataan yang ada dalam vocabulary aku ketika itu. Aku hanya ikut apa yang disuruh. Pergi ke asrama, duduk di sana dan belajar rajin-rajin. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan takut dan gelabah aku ketika mahu masuk dan mula-mula sesuaikan diri di asrama ketika itu.

2 comments:

KeBiBebi said...

Zaini, 2 things:

1) Is your new house in Setiawangsa? It looks so familiar.

2) You're doing industrial safety mgt..a subject very close to heart. FYI, I'm working for MIHA (www.miha2u.org). Are you under Dr. Rampal or Dr. Ismail Bahari? If you want to mingle with the IH people, let me know. Will gladly intro you to my hubby (also a native Kuala Pilah).

ZAINI ABDUL WAHAB said...

1) my house at Bandar Baru Nilai

2) My project supervisor is Prof IB. I'm suppose to finish by This March but have to delay the submission of my project due to work's commitment.
Would be happy to know more people in IH..please introduce them to me...

warmest regard to your negri's hubby