Banyak perkara yang selalu menimbulkan persoalan bila aku memerhati dan mendengar apa yang berlaku seharian di sekeliling...dari pembacaan, apa yang aku tonton dan apa yang aku lihat dengan mata kepala sendiri
Kita kata kita takutkan Allah...takut tuhan
tapi berapa banyak perkara mungkar yang kita sengaja buat setiap hari
Bila dah buat, yang akan didengar ialah alasan-alasan untuk mengiyakan perbuatan itu...
Di mananakah kita tergolong?
Mungkin terlalu banyak perkara-perkara kecil yang diambil mudah hanya kerana tidak sesiapa pun kisah meskipun ia terang-terangan berdosa. Akhirnya langsung tak terasa apa-apa dan lagi tak kisah apabila melakukan kemungkaran yang makin besar.
Atas nama sayang...cinta dan kasihan...dosa pun dianggap ringan.
Berapa ramai yang akan menegur dan lakukan sesuatu jika melibatkan orang-orang yang kita sayang...yang paling rapat dengan kita?
Anak-anak mungkin kena marah kalau result exam tak bagus...malahan ada yang kena denda atau pukul tapi bila anak-anak yang dah lebih 10 tahun tak solat. Nothing will happen to them.
Isteri mungkin kena marah kalau masak tak sedap atau lambat masak tapi tak pernah pula kena marah kalau tak solat atau dedahkan aurat.
Suami mungkin kena leter kalau lambat balik selalu atau lambat beri duit belanja tapi berapa ramai isteri yang sanggup marahkan suami atau "mogok"kalau dia merokok dan tak solat pulak tu.
Akhirnya akan lahirlah satu generasi yang tak pernah ditegur...kalau ditegur pun, cuma teguran tanpa sebarang usaha untuk mempastikan ianya akan dilakukan...
So in the end...makin banyak yang tak diamalkan dan semua orang makin "jauh" daripada agama.Akhirnya amalan dalam hidup seharian kita tak nampak beza dengan yang tak bertuhankan Allah.
Memang kita akan tetap Allah berikan rezeki dan kehidupan yang boleh kita nikmati kerana rezeki Allah terbuka untuk semua manusia.
Yang berbeza ialah sama ada kita beriman kepada Allah dengan yakin kerana itu yang akan membezakan cara hidup kita dengan manusia sesama agama yang kufur dan manusia yang kafir.
Mungkin kita rasa kita tak layak kerana ilmu agama kita dirasakan tak cukup tetapi selagi kita menyuruh yang lain yang dibawah tanggungjawab kita mengikut apa yang jelas dituntut dan yang dilarang Allah...pasti kita takkan terpesong dari landasan-Nya.
No comments:
Post a Comment