Friday, 23 September 2016

KITA LARI SAMA-SAMA,KITA SIHAT SAMA-SAMA!

Pada mulanya semua ialah tentang saya. Cuma rasa yang risau tentang bagaimana cara hidup saya yang biasa mula menjejaskan hidup saya dengan tahap kesihatan saya yang mula membuatkan saya tidak selesa.
Namun apa pun yang saya buat untuk mengubah keadaan itu, pastinya dia ada di belakang saya.Memberi sokongan sebagai isteri  dan membuat apa yang perlu agar saya dapat mencapai matlamat kesihatan saya. Bukan tidak terlintas dalam hati untuk melihat dia sama-sama lakukannya dengan saya namun bila difikirkan semula pada mula-mula dulu, bagaimana mungkin saya mahu meyakinkan dia jika saya pun masih teraba-raba dan masih belum mencapai apa-apa. Saya cuma tangguhkan saja dulu niat itu.

Yes, sports is not something yang naturally ada pada dia atau dalam hidup dia sejak saya kenal dia. Bukan sahaja dia, saya pun sama.In our marriage, bersukan atau beriadah bukan satu perkara yang menjadi keutamaan berbanding banyak perkara yang lain yang boleh kami lakukan bersama.

Dia cuma tahu saya minat sukan bola sebab saya suka tonton perlawanan-perlawanan bolasepak pasukan kegemaran saya. Namun begitu, sekali-sekali dia ikut juga bila saya ajak satu keluarga beriadah di taman-taman di sekitar rumah. Biasanya saya akan jogging dan dia cuma berjalan atau kebanyakan masa menemankan anak-anak yang galak bermain.

Medically, dia pun bukan biasa.Dia memang ada  masalah kekurangan hormon tirod akibat hypothyroidism yang dihidapinya sejak kecil dan perlu bergantung kepada ubat untuk menggalakkan penjanaan hormon tirod dalam badannya seumur hidup.Sebab itu jugalah saya tidak mahu mendesak dia kerana secara semula jadinya memang dia akan cepat penat untuk sebarang aktiviti-aktiviti fizikal, lebih mudah menambah berat dan lain-lain lagi kesan sampingan akibat kekurangan hormon tiroid itu.

Jadi bila saya memulakan transformasi kesihatan dan kecergasan saya, saya hadkan peranan dia hanya sebagai penyokong dan pemberi galakan dan semangat kepada saya sahaja. Peranan dia juga secara perlahan saya minta agar lebih memilih apa yang dimasak di rumah dan dihidangkan untuk saya.With her background of Bachelor Degree in Bio Medical Science dan juga mengajar subjek Sains di sekolah, itu bukanlah perkara yang sukar untuk dia faham dan hadam.Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan menu makanan untuk saya terutamanya untuk makan malam mula diubahnya agar menjadi lebih sihat. Terima kasih sayang!

Anak-anak.
What to expect? Bila ayah dan Umi pun bukan jenis bersukan, tak jangga rasanya bila anak-anak pun tak ada kecederungan atau  minat ke arah itu.
Dua yang paling besar  memang tak terlibat sangat dengan hal-hal aktiviti sukan sejak mereka mula bersekolah pun lagi.Setiap kali diajak untuk jogging  dekat-dekat kawasan rumah pun punyalah liat namun itu bukanlah sesuatu yang saya risaukan sangat pada masa itu.

Dalam hidup, kita memang tak boleh berharap sangat pada keajaiban untuk mencapai sesuatu yang ideal dan ia termasuk dalam hidup berumahtangga dan berkeluarga.

Sebagai suami dan ayah, saya akhirnya putuskan dalam diri saya bahawa adalah lebih mudah jika saya boleh menjadi contoh kepada keluarga saya dahulu dan selepas itu baru boleh saya nak halakan mereka ke mana.

Saya teruskan aktiviti-aktiviti transformasi diri saya dan dia bersama anak-anak dapat melihat sendiri bagaimana saja mengubah rutin seharian saya.Pada mulanya ia kelihatan agak drastik atau tiba dan ada juga mereka mula bertanya kenapa.

Yang paling ketara ialah dalam dua perkara iaitu perubahan rutin pagi saya yang ditambah dengan larian dan menu makan malam saya di mana saya mula kurang sangat atau tidak makan nasi serta makan lewat malam atau supper.

Teringat lagi bagaimana reaksi dia bila saya masuk acara larian pertama saya.Sama juga reaksi anak-anak saya bila saya beritahu mereka.""Abang/ayah nak masuk running event? Boleh ke?".

Akhirnya semua persoalan itu sudah pun terjawab kini dan mereka boleh nampak bagaimana diri saya telah berubah sejak daripada larian pertama saya sehingga sekarang.In general, mereka nampak hidup saya jauh lebih ceria dengan tahap kesihatan dan kecergasaan yang telah saya capai sekarang.

Buat pertama kalinya, saya berjaya meyakinkan keluarga saya untuk sama-sama tengok bagaimana running event berlangsung ialah pada 12 Disember 2015.

Ketika itu saya sertai acara larian saya yang ketiga dan saya berlari untuk jarak 10km pada Malaysia Unity Run di Taman Wetlands Putrajaya.Memang pada mulanya anak-anak mengeluh sebab kena keluar rumah awal-awal pagi sebelum waktu Subuh dan kena solat dalam perjalanan ke tempat acara tersebut.

Saya nampak segala-galannya berubah bila mereka sampai di tempat event itu.Suasana ala-ala pesta dengan DJ, muzik dan booths yang ada yang interaktif dapat juga mengisi masa mereka.

Anak-anak tak nampak bosan dengan umi mereka.Saya biarkan saja mereka lihat dan lalui suasana itu.Secara keseluruhannya, kami sampai di tempat event dalam pukul 6.30 pagi dan semuanya selesai untuk kami tinggalkan tempat itu dalam pukul 10 pagi lebih .

Itu pun sebab tunggu sesi lucky draw sebab jika tidak  kami boleh balik dalam pukul 9 pagi lebih. Ini kerana flag off larian bermula pada jam 7.00 pagi dan larian saya selesai sebelum pukul 8.30 pagi untuk 10km.

Dalam perjalanan balik, kami singgah untuk makan-makan dan saya dapat dengar anak-anak dan umi mereka masih bercerita tentang suasana pada event hari itu.










Memang ideal kalau isteri saya dapat sama-sama berlari untuk sihat dengan saya.Namun pada saya, keputusan itu mestilah daripada dia dan bukan saya.

Apa yang saya boleh buat ialah menggalakkan dia dengan berkongsi cerita tentang kebaikan-kebaikan yang saya sendiri rasa sejak saya mula berlari yang kebanyakannya dia pun boleh saksikan sendiri.
Kadang-kadang saya bergurau juga dengan dia.
"Tak jelous ke abang dah makin slim ni sayang" usik saya sambil senyum dan gelak-gelak pada dia.

Macama mana pun saya amat bersyukur sebab daripada mula memang dia yang banyak menyokong perubahan rutin saya.Ada kalanya saya agak serba-salah juga bila saya tak berapa makan sangat apa yang dia masak untuk makan malam bila saya mula kawal pemakanan saya.

Namun lama-lama dia faham dan boleh terima dan mula siapkan makanan-makanan yang lebih sihat sebagai alternatif untuk saya makan seperti makanan yang bersup, dipanggang dan lebih sayuran-sayuran yang dimasak dengan kurang atau tanpa minyak.

Mula-mulanya kesian jugak tengok dia kena masak untuk saya lain dan lain pula untuk penuhi selera anak-anak namun lama-kelamaan menu harian yang dia masak makin banyak yang lebih sihat yang semuanya boleh makan tanpa perlu menu yang berasingan lagi.

Ia akan mengambil masa dan dari segi ini, syukur Alhamdulillah,isteri sayalah sebab utama yang menjadikan transformasi cara pemakanan di rumah untuk keluarga berubah kepada yang lebih sihat.Anak-anak pun sudah sangat kurang nakkan makanan-makanan segera yang diproses seperti yang manis-manis,mee segera dan sebagainya kerana secara perlahan-lahan kami terangkan kepada tentang kepentingan pemakanan yang lebih sihat untuk pembesaran dan pembelajaran mereka.

Pada hujung minggu atau hari cuti biasanya saya akan ajak keluarga saya pergi keluar ke taman pada sebelah pagi se awal jam 7 pagi dan kebiasaanya semuanya akan berpakaian sukan lengkap dengan seluar track dan kasut sukan. Biasanya saya akan teruskan rutin larian saya dan saya biarkan isteri dan anak-anak saya buat aktiviti-aktiviti bebas mereka.

Mula-mula dulu isteri dan dua anak yang paling besar hanya akan baca surat khabar sambil perhatikan dua anak saya yang paling kecil yang bermain dengan alat-alat permainan di taman.Selepas itu kami semua akan pergi bersarapan.Lama-lama kelamaan isteri dan anak-anak yang besar mula berjalan di sekeliling taman.

Secara perlahan-lahan saya mula galakkan isteri saya mula buat slow run.Dia mula buat dan jika saya tidak silap, dia mula buat slow walk dan slow run sejak bulan November-Disember 2015.Pada saya itu sudah satu perubahan yang amat baik sebab sekurang-kurangnya dia sudah banyak buat lebih gerakan-gerakan fizikal berbanding hanya membaca surat khabar.

Dalam pada itu, ada juga masa-masa yang saya bekerja atau tiada di rumah pada hujung minggu, dia beritahu yang dipergi juga ke taman dan buat slow walk dan run dengan hanya ditemani oleh anak-anak saya.

Hanya rasa syukur dan gembira sangat dapat saya rasakan dalam hati saya bila saya melihat perubahan-perubahan pada dia yang sebegitu.

Pada masa yang sama, perubahan kesihatan dan kecergasan saya juga menjadi semakin dan makin jelas.Yang paling ketara ialah bila isteri saya sendiri yang kata yang baju dan seluar saya dah nampak besar sangat dan ada yang sudah nampak tak sesuai saya pakai.Physically and emotionally pun saya memang nampak berbeza dan semua itu tergambar dalam perlakuan dan sikap saya seharian yang dia sendiri saksikan prosesnya daripada mula.

Saya tengok dia pun amat gembira dengan perubahan saya dan saya sentiasa beharap dan berdoa agar dia juga akan mulakan sesuatu untuk diri dia juga.Hakikatnya dia sudah pun bermula namun saya cuma tidak mahu mencetus apa-apa tekanan pada dia.Biarlah dia sendiri yang memulakan dan menetapkan apa yang dia mahu lakukan seterusnya.

Rasanya, running event pada 12 Disember itu telah membuka satu lembaran baru dalam perubahan isteri saya untuk mula berlari.Keesokan harinya, akhirkanya dia mahu menyertai saya berlari bersama mengikut route larian biasa saya iaitu sejauh lebih kurang 5km bermula dari hadapan rumah  kami dan kembali semula dalam satu pusingan.

Tarikh itu ialah pada 13 Disember 2015.Pada saya hari itu ialah satu lagi hari yang bersejarah dalam usaha saya menerapkan aktiviti-aktiviti sihat bersama sebagai suami dan isteri.

Pada mulanya dia agak ragu-ragu juga kerana sekali fikir mungkin dia takkan larat untuk berlari sejauh itu itu.Saya katakan pada yang dia tidak perlu berlari sepenuhnya pun dan lagi pun saya akan temankan dia sepanjang route itu.Maknanya saya akan berlari bersama-sama dia ikut kelajuan dia dan jika dia berjalan,saya akan berlari perlahan-lahan juga.Akhirnya dia setuju walaupun pada mulanya anak-anak pun terkejut juga bila tahu pagi-pagi tu yang umi akan berlari ikut route jalanraya dengan ayah.










Itu satu permulaan yang amat baik bagi saya.Ia bermakna dia sudah bersedia untuk keluar daripada zon selesa yang biasa dengan hanya berlari di laluan di taman-taman sekitar Nilai sebelum ini.Agak impressive juga bila kami berjaya berlari dan berjalan bersama pada hari itu dalam tempoh masa kurang daripada satu jam untuk jarak lebih kurang 5km.

Saya nampak dia betul-betul keletihan selepas hati tetapi tak nampak pula dia dah serik.Anak-anak pun macam terkejut bila mereka tahu yang umi mereka dah habis berlari dengan saya.

Hakikatnya bukan 100% berlari pun dan saya pun tak  harapkan begitu kerana ianya mustahil.Yang penting dia merasai pengalaman  itu yang akhirnya dia juga akui yang tak lah sesusah mana pun. Saya cuma berlari mengikut rentak dia.

Kami berlari perlahan bersama dan bila dia berjalan, saya akan berlari mengikut kelajuan dia berjalan sambil bersembang dengan dia.Memang pada permulaannya dia ada mengeluh penat dan jauh lagi tapi saya cuma berikan kata-kata agar dia teruskan dan habiskan jarak yang laluan  itu.
Dalam hati saya, saya terasa betapa besarnya  "pencapaian" kami pada hari itu kerana memang tak pernah terfikir langsung yang akhirnya yang kami akan lakukan sesuatu bersama yang seumpama itu.


Saya biarkan dia berehat sepenuhnya selepas cubaan pertama itu dan saya teruskan rutin larian seperti biasa.Pada masa yang sama juga, dia pun dapat lihat penurunan berat badan saya yang semakin ketara kerana pada sekitar Disember berat badan saya makin menghampiri 70kg berbanding hampir 90kg pada bulan Mei sebelumnya.Bila saya rasa dia sudah agak bersedia semula, saya ajak sekali lagi dia  berlari dengan saya. Seperti yang saya jangkakan, dia tidak pun menolak dan kami berlari dan berjalan.Larian bersama kedua kami ialah pada 18 Disember 2015 mengikut laluan yang hampir sama tetapi jarak yang kurang sedikit.




The idea is to make it as a family activity.Saya tidak rasa saya patut paksa semua anak-anak saya juga berlari dan sebagai permulaannya, saya mula cuba pastikan mereka turut sama-sama ikut ke tempat saya dan isteri melakukan larian rutin kami.

Mulai bulan Januari 2016, kami sekeluarga memulakan rutin harian pada hujung minggu di mana semua akan lengkap berpakaian sukan untuk pergi ke taman-taman di sekitar rumah. Tempat yang paling biasa ialah di Dataran  Nilai.

Mula-mula kami akan warm-up bersama-sama dan selepas itu saya biarkan anak-anak saya bebas membuat aktiviti masing-masing. Kebiasaanya, Zaim dan Sofiyya akan turut serta berlari dan berjalan dengan isteri saya dan saya berlari seperti biasa. Manakala Fareesya dan Zakwan akan bermain  alat-alat permainan kanak-kanak di tempat kanak-kanak.
Masanya ialah sama ada pada pagi Sabtu/Ahad/hari cuti atau pada sebelah petangnya.












Ada ketikanya juga, saya cuma berlari dengan anak-anak saya di sekitar rumah.Yang paling saya agak tidak sangka, Sofiyya yang tunjukkan minat yang lebih untuk berlari berbanding yang lain sebab di antara semua, dia yang paling pendiam sekali.Dia pun nak sama turunkan sedikit berat badan macam  umi katanya.








Our family plank challenge at open space at Dataran Nilai.We just enjoyed doing it while were just looking at us.

Lama-kelamaan saya merasakan keluarga sudah mula rasa selesa dan tak lagi rasa janggal bila melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersenam bersama-sama secara terbuka.Saya amat teruja dengan perubahan yang berlaku secara perlahan-lahan itu.

Dalam pada masa itu, mula tercetus dalam fikiran saya alangkah seronoknya jika satu hari nanti kami sekeluarga akan bersama-sama berlari dalam mana-mana acara larian.Menjelang Februari 2016, rutin senaman bersama kami semakin teratur dan semakin menyeronokkan juga.Saya juga nampak perubahan yang agak ketara dan positif kepada isteri saya pada masa yang sama.Dia juga akuinya bila saya tanya apa yang dia rasa kesan-kesannya sejak kami mula melakukan senaman dan larian bersama.

Berat dia dah berkurangan beberapa kg dan yang paling ketara juga dia rasa makin selesa dengan pergerakan dan kecergasan dia.Tugas-tugas seharian dia sebagai cikgu di sekolah menengah yang terpaksa naik-turun tangga dan banyak bergerak ketika mengajar terasa lebih selesa katanya lagi.Kalau dulu dia mudah rasa mengah dan penat buat semua itu tetapi sejak kebelakangn kami mula bersenam, dia mula rasa kurang alami semua itu.

Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya dia sudah mula dapat sama-sama rasa apa yang saya rasakan sejak saya mengubah cara hidup saya untuk jadi lebih sihat dan cergas.Akhirnya, dia sendiri yang berjaya pecahkan "dinding" tidak boleh atau tidak mahu itu.

Seterusnya saya tanya dia sama ada apa yang telah dia capai sudah cukup dan dia pun tahu ketika itu berat badan saya pun sudah semakin hampir ke berat ideal saya.Ada  juga saya usik dia sama ada dia teringin ke tidak nak lebih kurus supaya ada lebih kebebasan untuk  pakai baju macam dulu-dulu.Mestilah nak katanya dan saya katakan pada dia semula jika nak mestilah kena teruskan usaha lagi. Mesti teruskan cara hidup yang lebih sihat yang telah sama-sama kami  mulakan  setakat itu.

Jika saya tidak silap, mulai bulan Januari 2016, saya semakin mempelbagaikan tempat larian rutin saya pada setiap  minggu.Saya juga sudah mula menyertai larian bersama kawan-kawan Anonymous Runners di Putrajaya seminggu sekali.Setelah  beberapa kali saya ke Putrajaya, saya ad jugak ajak isteri saya ikut saya sekali dengan anak-anak.Saya berlari dengan kawan-kawan dan dia habiskan masa santai dengan anak-anak di kawasan dataran bangunan Perbadanan Putrajaya dan Istana Kehakiman. Nampaknya mereka seronok dan minggu-minggu berikutnya mereka juga rasa teruja untuk ke sana bersama saya.

Ada sekali tu saya ajak isteri saya berlari dengan saya sekali dan biarkan saja anak-anak habiskan masa di dataran itu.Saya tak sangka pula dia akan bersetuju sebab berbanding berlari dengan saya di sekitar kawasan rumah, laluan larian di Putrajaya lebih sibuk dengan lebih ramai orang di sekitarnya. Namun saya beritahu dia dan dia juga sudah nampak juga sebelum itu yang ramai juga orang yang sama-sama berlari dan juga berjalan termasuk orang perempuan.






Peta di bawah ini juga menjadi satu lagi sejarah kami dalam mengubah cara hidup untuk lebih sihat.Buat pertaman kalinya saya dan isteri saya berlari bersama-sama di Putrajaya. Dia pun akui yang dia pun tak pernah menyangka yang kami akan sama-sama datang ke Putrajaya dengan pakaian sukan lengkap hanya untuk berlari.Laluan bersejarah itu ialah bermula daripada dataran Perbadanan Putrajaya menuju ke Masjid Putra melalui laluan pejalan kaki di sepanjangnya dan kembali semula.

Saya nampak dia memang kepenatan dan struggle juga sepanjang laluan itu tetapi dia juga nampak excited dengan pengalaman itu. Ketika itu yang paling penting bukanlah betapa laju kami berlari tetapi lebih kepada menikmati saat-saat yang kami tak pernah jangkakan tentang apa yang kami lakukan pada malam itu. Saya katakan pada dia yang saya bangga dengan dia kerana dia sendiri telah berjaya memecahkan tembok mental yang menghalang dia untuk sertai saya untuk ubah cara hidup agar lebih sihat dengan berlari.

"Do believe it sayang? Now we are at Putrajaya and running all the way from PoJ to Masjid Putra?" tanya saya pada dia ketika kami berlari semula ke tempat mula. Dia tak menjawab kerana sedang kepenatan dan mengah sambil berlari perlahan dan berjalan tetapi saya dapat lihat sendiri dia puas dengan apa yang kami lakukan ketika itu. Saya terus berikan dia kata-kata semangat untuk teruskan ketika dia mula mengeluh sakit betis dan buku lali towards the end of the route.

Ada juga terdetik dalam hati saya yang dia mungkin akan serik dan buat itu semua lagi selepas  malam itu tetapi saya terus kekal positif untuk tengok perkembangan dia seterusnya.





"Every start is a win and every finish is an accomplishment"
Perubahan-perubahan positif yang  dia tunjukkan har demi hari membuatkan saya pula  yang teruja melihat perkembangan dia.Saya amat-amat bersyukur kerana semua dia lakukan datang daripada diri sendiri tanpa saya yang mendesak atau memaksa.

Bila saya tanya apa kesan-kesan positif yang dia telah mula rasa sejak dia buat aktiviti-aktiviti bersama dengan saya, dia kata dia rasa lebih cergas terutamanya ketika mengajar sekolah.Berat badan dia juga sudah berkurangan sedikit.Dia juga kata yang kalau boleh dia nak berat dia turun lebih lagi untuk dia rasa lebih selesa dan ringan dalam pergerakan seharian.

Saya kata pada dia, dia boleh dapat capai semua itu tetapi saya ingatkan dia juga yang tiada jalan singkat untuk mencapainya.Dia setuju dan pada masa yang sama dia akui dia mahu mencapainya.
Saya hanya mampu bersyukur bila dia berkata begitu kerana nampaknya dia sudah mula memahami sepenuhnya proses yang saya pernah lalui dulu.

Dia nampak seronok melakukan perubahan yang kami sama-sama lakukan dan secara bergurau saya ada cakap pada dia juga.
"Who else can be your better fitness than your husband?" Dia selalunya tersenyum saja bila saya cakap begitu dan saya tahu dalam senyum itu dia setuju dengan saya.

Bila saya sudah nampak dia  makin menikmati aktiviti-aktiviti sihat yang kami lakukan bersama, saya ambil keputusan untuk berbincang dengan dia tentang apa seterusnya.Dia setuju yang cara dia perlu berubah agar dia pun akan lebih dan kekal sihat dan cergas berbanding dengan cara-cara yang dia pernah cuba dulu.Jika saya tidak silap sejak bulan Februari 2016, saya cadangkan pada dia...
i) Aktivti-aktiviti yang mesti lakukan pada setiap minggu dengan atau tanpa saya iaitu
-mesti habiskan masa sekurang-kurang 1 jam seminggu di gym
-mesti berlari sekurang-kurangnya 5km seminggu(pada setiap hujung minggu)

ii) Lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan terutamanya pada masa bekerja dan bersama kawan-kawan.


Saya juga kata pada dia yang saya akan sentiasa ingatkan dia tentang dua perkara itu setiap masa untuk pastikan matlamat dia tercapai.

Saya juga tekankan pada dia,akan ada kawan-kawan yang bersikap sinis atau terkejut bila kita mahu ubah cara pemakanan kita ketika bersama mereka tetapi dia perlu anggap semua itu sebagai cabarannya untuk berubah kepada cara hidup yang lebih sihat.Pada masa yang sama juga akan ada juga kawan-kawan yang akan mula memahami dan menyokong perubahan itu.

Saya terangkan semula pengalaman saya agar dia memahami semua bcabaran-cabaran daripada kawan-kawan yang saya perlu hadapi sebelum itu dalam proses transformasi saya.

Selain daripada itu saya juga mula terangkan kepada dia tentang kepentingan untuk merasa selesa ketika buat semua aktiviti itu.Seperti saya bermula dulu, untuk bersenam, apa yang diperlukan ialah seluar track, t-shirt dan kasut sukan. Dia tidak tahu apa bezanya di antara pakaian atau peralatan untuk bersukan yang biasa dan yang khusus untuk aktiviti-aktiviti sukan tertentu.

Mula-mula saya dedahkan pada dia tentang seluar track dan t-shirt yang lebih selesa.Saya belikan dia set yang baru dan tanya dia apa perbezaannya.Dia akui lebih selesa walaupun pada mulanya dia juga yang beria-ia kata tidak perlu dan semuanya sama saja. Selepas itu saya lengkap dia satu persatu dengan pakaian dan lain-lain keperluan agar dia rasa lebih selesa untuk terus bersukan dengan cara yang telah kami sama-sama mulakan.

Ada juga dia kata tak perlulah belikan yang mahal-mahal untuk dia tetapi saya tekankan lagi pada dia yang penting ialah keselesaan.Jika selama ini kita boleh berhabis banyak benda dan perkara lain agar kita puas hati,kenapa kita tak boleh berbelanja lebih sikit sebagai pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan diri kita sendiri? Akhir dia akur dan tiada lagi dia persoalkan apa-apa lagi yang saya belikan unyuk dia pakai.


5km Victory Run UKM, 15 Mac 2016
Pada mulanya saya saja-saja cuba ajak dia masuk acara ini tetapi tak sangka juga dia terus setuju nak masuk.Bila dia setuju, saya teruskan belikan dia kasut yang lebih selesa dan sesuai untuk dia berlari  walaupun pada mulanya dia kata tak perlu sebab kasut yang ada sudah cukup katanya.Saya belikan dia sepasanag kasut Asics untuk acara larian pertama dia dan saya mahu dia sendiri rasakan perbezaanya.

Ini bukanlah satu acara yang besar tetapi saya rasa sudah cukup untuk dia merasai pengalamannnya.Acara yang dianjurkan oleh Kolej Tun Hussein Onn UKM Bangi.Hanya melibatkan lebih kurang 150 peserta sahaja yang 90% adalah para pelajar kolej itu sendiri.Kami sampai dengan Sofiyya, Zakwan dan Fareesya.

Menarik juga pengalaman di sini. Tanpa disangka-sangka saya yang pertama tamatkan larian 5km tersebut dan sebaik sahaja saya tamatkan, saya berlari semula untuk mendapatkan dia di belakang.Saya janji pada dia macam tu sebab saya bimbang juga sebab selalunya dia hanya berlari dan berjalan sejauh itu dengan saya sahaja.

Saya jumpa dia sedang berjalan dengan muka yang penat tetapi masih mampu tersenyum bila nampak saya datang semula.Kami beriringan berjalan saja lebih kurang 1km lebih ke garisan penamat.


















Saya nampak dia betul-betul menikmati pengalaman menyertai acara larian pertama dia. Her excitement after reaching the finishe  line showed all that.

Tidak cukup dengan itu, dia masih bercerita pengalaman dia berlari di sepanjang laluan kepada anak-anak ketika kami dalam kereta untuk pulang ke rumah. The best part was bila saya tanya lepas ni nak  masuk running event lagi tak dan jawapan dia dengan serta-merta ialah NAK!

Kebetulan nama acara larian hari itu ialah Victory Run dan hakikatnya dia memang telah MENANG dari segi MINDA dan FIZIKAL pada ketika itu dan saya rasa KEMENANGAN itulah yang menjadi pencetusnya apa yang kami sama-sama masih teruskan hingga hari ini.


Pada satu tahap saya tengok dia sudah mendapat momentum untuk teruskan cara hidup sihat dengan mula bersenam dengan larian-larian dia. Saya juga nampak dia seronok juga melakukannya.

Dia tidak berhenti setakat itu sahaja dan selepas itu dia setuju dengan cadangan saya agar dia sertai sekurang-kurangnya satu acara larian sebulan bersama saya.
Gambar-gambar di bawah ialah kenangan-kenangan manis baru yang kami cipta sebagai suami dan isteri ketika kami sama-sama berubah untuk jadi lebih sihat dan cergas.


5km Fit Malaysia Melaka Run, 10 April 2016,Masjid Tanah Melaka.
Hanya kami berdua.Anak-anak yang paling besar di asrama dan  dua yang paling kecil nak lepak rumah emak saudara mereka di Putrajaya kata-katanya. 




















5km KL Car Free Day Run with KLCC Runners Group,1 May 2016











5km My 10k@ UKM Go Green Run, 15 Mei 2016










3km Milo Breakfast Run, 29 Mei 2016,Putrajaya





















5km AIA Vitality MHWH Night Run 30 Julai 2016,Putrajaya
Night run pertama yang dia sertai dan larian separuh marathon 21km pertama saya.









PJ Half Marathon, 21 August 2016 
Dia tak jadi berlari sebab anak bujang sulong balik cuti dan nak berlari 5km.




5km Fit Malaysia Selangor Run 27 Ogos 2016,Bukit Changgang












5km Nilai Medical Centre Charity Run, 28 Ogos 2016, Bandar Baru Nilai
Acara larian pertama dia yang dia dapat tahu daftar sendiri dengan kawan-kawan dia yang mula nak sertai dia berlari untuk sihat dan cergas.











5km Fit Malaysia Negeri Sembilan Run, 4 September 2016,Dataran Rembau




"Abang tak kisah kalau Ayu tak kurus sebab macam mana Ayu look pun Abang akan tetap sayangkan dan jaga Ayu sampai bila-bila.Yang penting abang  nak tengok Ayu lebih  sihat sebab percayalah bila Ayu dah mula jadi lebih sihat,naturally Ayu akan kurus juga towards your ideal weight range. Lepas tu baru Ayu akan faham apa yang abang  rasa sekarang dan kenapa abang takkan go back to cara hidup dan cara pemakananan abang yang buatkan abang overweight dan jadi tak sihat dulu"

Itu ialah antara kata-kata saya pada dulu.Ketika saya masih dalam proses untuk meyakinkan dia agar sertai saya untuk menukar cara hidup kami agar jadi lebih sihat dan cergas. Sekarang dia sudah pun "berlari" dengan sendiri untuk kekal sihat dan cergas.Ada kawan-kawan dia yang sudah mula sertai dia bila mereka tengok perubahan-perubahan dia dan betapa seronoknya dia dengan aktiviti-aktiviti baru yang lebih sihat yang dia lakukan.

Sekarang saya sudah tidak perlu ajak dia untuk sertai apa-apa acara larian sebab dia sudah tahun nak pilih yang mana dan daftar sendiri saja tanpa saya ingatkan. Menjelang hujung tahun 2016 kami sudah ada senarai acara-acara larian yang dia  akan sertai dan ada yang bersama saya dan ada yang dia sendiri atau dengan kawan-kawan  dia saja.

The best part is, anak-anak kami juga sudah makin seronok sertai aktiviti-aktiviti larian kami. Mereka pun sudah ada sertai acara-acara larian keluarga sekali. Dalam diam-diam dia, Sofiyya yang paling seronok sertai isteri saya berlari dan bersenam bersama. Zaim pun sudah tunjukkan minat yang sama kerana secara kebetulan atau tidak, sakit lelah yang dia alami sejak berumur 11 tahun nampak semakin berkurangan sejak dia lebih banyak bersenam dan sertai saya berlari bersama.Ada ketikanya dia sendiri berlari di sekitar rumah tanpa saya suruh atau ingatkan.

Selepas isteri saya mula sertai saya berlari secara lebih kerap pada awal tahun ini, saya pun sudah lengkapkan semua anak saya dengan pakaian sukan yang sesuai dan selesa untuk bersenam dan berlari.Semua sudah ada sepasang kasut yang khas untuk berlari. Mula-mulanya mereka rasa pelik juga kenapa mereka perlu pakai semua itu tetapi setelah mereka rasa sendiri perbezaannya, mereka mula faham.


After almost a year  and with changes that she is feeling and enjoying now, rasanya dia sudah faham  apa maksud kata-kata saya sebelum ini. Tentang bagaimana hidup kita lebih dapat dinikmati apabila kita sendiri dapat rasakan yang badan kita makin sihat dan cergas.
Now we are doing it together to be healthier and to stay healthy and fit for our life.Semua ini mesti diteruskan.Saya pernah kata pada dia, jika diizinkan Allah, pada hari-hari tua nanti seelok-eloknya kami perlu sihat untuk terus nikmati hidup dengan anak-anak dan cucu-cucu kami.Seboleh-bolehnya biarlah kami yang boleh juga pergi mereka di tempat-tempat mereka dan tidak hanya berjumpa mereka ketika menziarahi kami yang sakit di hospital atau di rumah.

Saya bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah ini kerana apa yang saya lakukan untuk memperbaiki tahap kesihatan dan kecergasan saya dapat saya terapkan juga kepada semua ahli keluarga saya.Secara jujurnya saya juga tidak sangka mereka akan dapat menerimanya secepat ini namun saya yakin dengan niat yang baik dan kuasa Allah, banyak yang telah dipermudahkan.
Isteri saya makin seronok dan menikmati the common activity that we have the same interest and passion  now which is doing something to stay healthy and fit together.
What's next?
We are gonna to carry on with this new lifestyle. A healthy lifestyle that will keep us to stay fit to explore and to enjoy more   of  our life together.
In sha Allah, jika pada awal tahun 2016, hanya saya seorang yang berlari pada hari pertama tahun baru ketika acara larian KL New Year Run 2016 di Dataran Merdeka, pada tahun 2017 pula, kami sekeluarga akan berlari bersama-sama untuk acara KL International New Year Run 2017.

Saya akan berlari 10km bersama Zaim dan isteri saya dan anak-anak yang lain akan berlari 5km larian keluarga. We are all very excited waiting for it now dan rancanganya ialah pada malam tahun baru kami akan bermalam di hotel dan pada pagi tahun baru kami akan bersama-sama berjalan untuk memulakan larian di Dataran Merdeka.
Jika transformasi kesihatan dan kecergasan yang  bermula sejak tahun 2015 ialah tentang saya, pada tahun 2016 pula ia telah dapat dimanfaatkan oleh isteri saya dan sedikit sebanyak kepada semua anak kami.Dengan izin Allah, tahun 2017 akan menjadi tahun transformasi sepenuhnya untuk kami sekeluarga untuk mengamalkan sebaik mungkin cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat.
"To be healthier  is not easy when we never have the intention to try"
"KITA AKAN TERUS LARI SAMA-SAMA UNTUK SIHAT SAMA-SAMA DAN BAHAGIA BERSAMA "'
" NO EXCUSES AND WE WILL JUST DO IT! " 


Biarlah apa pun  anggapannya bagi sesiapa tapi yang penting hasilnya dan nilainya hanya kami yang rasa. Kami telah bermula dan kami telah pun menikmati kehidupan kami yang lebih sihat dan cergas pada hari ini.
Persoalannya ialah...." Kami sudah mula, anda pula bagaimana?"

3 comments:

unknown said...

Ya Allah...bestnya baca dato' zaini..congrats both of u and yr family too...

ZAINI ABDUL WAHAB said...

Terima kasih dan terima kasih juga kerana sudi baca bro Zalee.
Sekadar berkongsi cerita kecil satu keluarga yang nak hidup lebih sihat saja.

Unknown said...

Very inspiring tuan. Seronok baca.