Satu lagi hujung minggu yg sudah lama saya nantikan. Terasa agak geram bila tengok keseronokan dan komen kawan2 yg berlari di Kuala Kangsar tahun lepas dan juga bila melihat gambar2 dan video yg dikongsi di internet.
Selepas mengharungi larian yg 'ngeri' di
Putrajaya Night Marathon pada 4 Nov, kesibukan kerja tidak mengizinkan
utk buat larian biasa untuk recovery pada pagi/malam Isnin sampai Khamis. Cuaca
hujan yg tidak tentu masa juga menambahkan lagi sebabnya.
Jumaat 10 November.
Saya cuma mampu buat larian 5km pada pagi Jumaat 10hb
dengan sedikit latihan speed intervals dan uphill. Seronok sangat pagi tu sampai saya hampir terlupa pada
malamnnya saya akan sertai Great Ledang 5km Night Fun Run di Tangkak yg
dianjurkan bersama oleh Kolej Komuniti Ledang.Tujuan saya sertai larian
tersebut adalah semata-mata demi memperingati dan menyampaikan hajat arwah
seorang sahabat Ahmad Naufal berlari di acara yg kolej beliau anjurkan.
It as just a small event but was
lived up the fun run expectation with carnival atmosphere sempena karnival
Great Ledang at Dataran Ledang,Tangkak. Flat route and excellent traffic
control with some people cheering up at some stretches along the route. Thanks
and well done to Marzuki Khalid yang sempat jugak lari sambil pegang
je bib sebab sampai lambat lepas FO all the way from KL. Naufal already left us
but our friendship don't.
Tak sangka juga saya dapat buat larian yg agak baik dan
lancar di sana.Habiskan larian dalam tempoh kurang daripada 25 minit
sahaja.Dapat juga beri perasaan yang baik yang tahap kecergasan saya dalam
keadaan yang baik selepas alami keracunan makanan dan kejang otot pada malam
Sabtu sebelumnya ketika PNM.
Sempat kembali dari Tangkak sebelum tengah malam dan
terus berehat dan tidur. Perancangan untuk sertai LHKSNS telah saya tetapkan
pada bulan Jun bila pendaftaran mula dibuka.Bila saya ceritakan pada isteri
saya, dia pun rasa teruja dan seronok untuk sertai.Akhirnnya dia pun mendaftar
untuk 10km bersama kawan2 dia di sebabkan kategori lain yg ada selain 15km
ialah 7km hanya untuk murid2 sekolah. Mujur juga kami dapat tempah bilik di
Kuala Kangsar melalui booking.com bila hotel2 di Kuala Kangsar yang saya
hubungi pada bulan September sudah pun habis di tempah.
Untuk percutian pendek hujung minggu dan larian kali
ini, saya pergi bersama isteri dan dua anak Fareesya dan Zakwan.Kakak Sofiyya
sedang ambil SPM dan Abang Zaim tak dapat balik dari asrama walaupun saya dah
belikan bib untuk dia.
Sabtu 11 November.
Kami bertolak dari
Nilai selepas solat Subuh dan sampai di Kuala Kangsar lebih kurang jam 11 pagi.
Pemanduan saya agak lancar kerana trafik agak baik juga sepanjang perjalanan.
Pagi itu juga ialah buat kali pertamanya saya
menjejakkan kaki di Bandar Kuala Kangsar.Sebaik sahaja sampai, saya terus
menuju ke Dewan Jubli Perak untuk mengambil pek larian. Pemanduan saya memasuki
jalan ke arah dewan tersebut melintasi
jalan tempat permulaan larian.Kelihatan khemah-khemah dan persiapan2 lain sudah
pun siap di pasang.Proses pengambillan pek larian juga agak lancar dan
kelihatan tidak berapa ramai para peserta yang ada.Do dewan saya terserempak
dengan Aizat Yanan yang juga telah sampai. Dewan itu agak luas dan dimaklumkan
kepada saya oleh kru yang ada bahawa pengambilan goodies bag selepas larian juga akan dilakukan di dalam dewan
berkenaan.
Suasana di dalam Dewan Jubli Perak ketika mengambil pek larian.
Selepas itu, memandangkan masih awal, saya buat
keputusan untuk pergi memandu di sekitar bandar dahulu dan sambil mencari
tempat makan tengahari.Oleh kerana tidak tahu tempat2 yang sesuai untuk makan,
kami Cuma guna peta Google untuk
mencari. Bila saya perhatikan, pemandangan dari plaza tol ke Dewan Jubli Perak
sebelum itu, bangunan2 yang ada lebih moden berbanding bangunan2 yang ada
selepas itu.Saya jangkakan itu ialah kawasan bandar yang lebih lama dengan
bangunan2 jenis lama yang hampir dengan tebing Sungai Perak.
Berdasarkan peta Google ada medan selera cendol dan laksa berhampiran Dataran Sg. Perak tetapi bila kami sampai di sana, kebanyakan kedai makan masih belum dibuka. Cuma ada beberapa gerai laksa dan cendol sudah dibuka tetapi trafik agak sesak dengan banyaknya kenderaan mula memasuki kawasan itu. Laluan jalan yang agak sesak itu melalui kawasan gerai2 cenderahati dan juga jeti bot pelancong di Dataran Sg. Perak yang terdapat juga taman rekreasi awam di seberang jambatannya.
Berdasarkan peta Google ada medan selera cendol dan laksa berhampiran Dataran Sg. Perak tetapi bila kami sampai di sana, kebanyakan kedai makan masih belum dibuka. Cuma ada beberapa gerai laksa dan cendol sudah dibuka tetapi trafik agak sesak dengan banyaknya kenderaan mula memasuki kawasan itu. Laluan jalan yang agak sesak itu melalui kawasan gerai2 cenderahati dan juga jeti bot pelancong di Dataran Sg. Perak yang terdapat juga taman rekreasi awam di seberang jambatannya.
Kemudian saya cuba cari lagi tempat lain dan terpaksa
menempuhi jalan bulatan yang agak
kecil serta terdapat menara jam di
tengah-tengahnya. Bulatan ini juga ialah tempat pertemuan empat simpang jalan
yang menyebabkannnya agak sesak juga ketika itu. Menuju ke bulatan itu, saya
nampak ada lukisan2 mural seolah-olah 3 dimensi yang amat menarik di dinding2
bangunan kedai2 lama yang ada.Ia ialah gambar2 kereta2 sorong menjual laksa,
cendol, kuih dan gajah.Ketika itu saya katakan kepada anak2 saya yang saya
mesti nak bergambar di dinding2 itu.
Tidak jauh dari bulatan itu juga terdapat satu replika kapal terbang pejuang yang nampak jelas dan menarik bila di pandang buat pertama kali.
Tidak jauh dari bulatan itu juga terdapat satu replika kapal terbang pejuang yang nampak jelas dan menarik bila di pandang buat pertama kali.
Anak2 saya juga teruja bila nampak replika kapal terbang tersebut dan saya pun
berhentikan kereta di sebelah lokasi berkenaan.Kami turun sebentar untuk
melihat replika itu dan mengambil gambar2 untuk kenangan.
Bergambar di replika kapal terbang pejuang di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar |
Kemudian tiba2 saja hujan mula turun rintik2 tengah
panas pada masa itu dan kami pun bergegas ke kereta.Lepas itu kami cuba cari
lagi tempat makan dan langkah baiknya nasib kami sebab kurang dari 1km dari
tempat replika itu, dengan bantuan peta Google kami akhirnya jumpa juga tempat
makan tenghari yang amat menarik. Nama kedai makan itu ialah Teratak Warisan
Kampung yang menunya ialah makanan2 tradisional kampung pelbagai jenis.Jadi,
puas hati sungguh saya makan tengahari dengan
isteri dan anak2 tengahari itu.
Tempat makan tengahari pada hari Sabtu. Memang enak dengan menu2 tradisional Melayu dan ikan bakar |
Sampai di tempat penginapan di Kampung Sayong yang jaraknya lebih kurang 3km daripada pusat bandar lebih kurang jam 1 tengahari lebih sikit. Ketika memandu mencari tempat itu, saya dapat lihat beberapa papan tanda arah larian sudah ada di pasang di sepanjang jalan. Itu juga buatkan saya rasa makin teruja untuk memulakan larian esoknya kerana laluannya akan lalu juga jalan ke arah tempat penginapan kami. Nama tempat yang saya tempeh itu ialah Desa Retreat. Agak gusar juga saya bila saya sampai dan tengok keadaan tempat yang saya tempah untuk menginap dari luar.Ianya kelihatan seperti rumah sebaris rumah kabin pasang siap sahaja. Sebaik saja sampai, saya Nampak dua orang, seorang lelaki berumur dalam lewat 40-an dan seorang kakak sedang berkemas.
Saya perkenalkan diri dan tanya di mana bilik saya.
Lelaki itu tanya saya tempeh melalui apa dan saya jawab sudah disahkan oleh
booking.com. Dia tiba2 kata yang dia tak kemas kini pun pengesahan daripada
booking.com. Saya terus tanya yang ada ke tidak bilik untuk saya. Tiba2
perempuan yang ada dengan dia tu menyampuk ada. Fuhhh! Lega saya. Kemudian
cepat2 saya beritahu yang kawan2 isteri saya pun dah tempeh dua lagi bilik dan
sedang dalam perjalanan dengan keretapi ETS.Kemudian lelaki itu jadi panik
semula dan cepat2 dia tanya perempuan itu semula. Setelah perempuan itu semak
semula, dia kata mujurlah ada dua lagi bilik yang kosong. Saya terus minta
mereka jangan beri bilik2 tu kepada orang lain sebab sudah pasti kawan2 isteri
saya akan datang tidak berapa lama
lagi.Mereka setuju.
Kemudian saya diberi kunci dan saya tanya macam mana
nak buat bayaran sama ada meas itu atau masa nak balik esoknya. Lelaki itu kata
bayar masa itu pun boleh dan saya terus buat bayaran sebanyak RM125 semalam. Lepas
masuk dalam bilik baru saya rasa lega sebab keadaan dalam bilik memang macam
yang saya tengok dalam internet dan kemudahan2 yang disediakan.Agak selesa juga untuk kami empat
beranak.
Bila saya jengok balik keluar selepas itu, saya sudah
tak nampak lelaki dan perempuan yang kami jumpa tadi tetapi saya ada lagi dua
buah kereta dengan nombor plat bukan Perak sampai. Nampak mereka seolah-olah
mencari-cari seseorang untuk bertanya. Yang saya Nampak, hanya ada enam buah
bilik yang disediakan.Ketika saya sampai, sudah ada satu keluarga dari Shah
Alam yang juga masuk larian mendaftar masuk.Dengan saya dan dua lagi bilik
untuk kawan2 isteri saya, saya tak pasti
bilik2 ada cukup dengan tempahan sebenar yang diterima. Dengan cara mereka yang
panik ketika saya sampai tadi, saya rasa mereka akan ada masalah jika ada orang
yang datang dari jauh yang sudah sahkan tempahan tetapi tak dapat bilik. Dalam
hati, saya cuma berharap agar tiada sesiapa yang teraniaya atau bermasalah
nanti.
Selepas mengemaskan barang2 dalam bilik, saya rancang
ingin berehat saja dulu dan ingin keluar semula selepas waktu Asar untuk
berjalan2 lagi di bandar.Selepas makan malam, kami boleh balik ke bilik dan berehat untuk larian esok harinya.
Pada masa ini saya dapat mesej daripada rakan larian saya dari Pulau Pinang,
Aziz yang dia minta tolong saya ambilkan pek larian dia dan isteri sebab mereka
hanya akan sampai pagi esoknya. Saya setuju untuk ambilkan.Sebelum ini, dia pun
pernah tolong saya untuk perkara yang sama ketika Ipoh 7 Bridges run pada bulan
Julai.
Setelah kawan2 isteri saya sampai tidak berapa lama
kemudian dan selepas solat Zuhur, saya ubah keputusan untuk terus keluar kerana
nampak cuaca sudah mula mendung. Jika lewat lagi, saya bimbang tak sempat nak
bawak anak2 saya naik bot yang ada menyusuri Sg. Perak.
Mula2 saya dan isteri hantar kawan dia ke tempat untuk
ambil kereta sewa mereka. Ketika kami keluar sekejap, kawan saya Ismail Razali@ Mael
dari Shah Alam yang juga orang Perak datang hantar buah rambutan yang dipetik
dari kampungnya ke bilik saya dan anak2 saya yang meyambutnya. Dia juga akan
sertai larian esoknya. Ketika saya memandu keluar dari tempat Desa Retreat itu,
saya Nampak ada lagi kereta yang masuk dan seperti yang saya nampak sebelum
itu, pemandunya seolah-olah mencari seseorang.
Selepas itu, saya jemput anak2 saya dan memandu semula
ke bandar. Selepas ambik pek larian Azis, kami terus ke Dataran Sg. Perak dan
sebaik saja sampai kami terus makan cendol dan laksa di salah satu gerai di tepi sungai di
situ.Selepas itu, kami mula bergambar di sekitar jeti bot. Saya buat keputusan
untuk naik bot pada petang itu dengan jangkaan akan lebih ramai orang pada esok
harinya kerana dimaklumkan ia adalah percuma untuk mereka yang mendaftar untuk
menyertai larian.
Makan cendol dan laksa dulu sebelum naik bot di Sg. Perak |
Pengalaman menaiki bot di Sg. Perak buat kali pertama dengan anak-anak |
Ketika menaiki bot, hujan sudah pun turun tetapi cuma
renyai2. Bot menyusuri sepanjang tebing sungai ke arah jambatan putih(tak ingat
namanya) dan membuat pusingan U ke arah sungai yang lagi satu.Sambil menikmati
perjalanan menaiki bot yang pendek itu, kami juga seronok mengambil gambar
ketika not bergerak.Seperti yang saya jangka, yang paling seronok ialah anak2
saya yang sudah agak lama juga tak naik not sekeluarga macam tu.
Selepas kami selesai menaiki bot, hujan mula turun
renyai2. Dari jeti kami terus bergegas berjalan ke arah lukisan mural yang kami
nampak tenghari tadi. Cepat2 kami berlari2 anak ke sana untuk mengambil gambar
dan seterusnya kembali semula ke kawasan dataran tepi sungai.
Ketika sampai di sana, hujan sudah pun makin lebat
namun saya lega kerana dapat buat semua apa yang dirancang sebelum itu. Sambil
menunggu hujan reda sedikit, kami makan dan minum lagi di medan cendol dan
laksa di sana. Kali ini kami pesan makanan untuk makan malam bungkus dan makan pasembur dan cendol pula dalam
hujan itu.
Kemudian saya berjalan-jalan dan melihat cenderahati2
yang dijual gerai2 yang ada di kawasan itu. Sempat juga saya beli sepasang
parang dengan sarungnya untuk saya guna jika ada aktiviti2 di kampung atau di
kawasan rumah saya yang melibatkan melapah dan memotong daging lembu
terutamanya ketika musim hari Raya Korban. Saya tak berfikir panjang untuk beli
sebab memang saya sudah lama mencarinya dan kualiti dan harga yang ditawarkan
agak berbaloi berbanding yang saya pernah jumpa di tempat2 lain sebelum ini. Pada
masa itu lebih kurang hampir pukul 7.00 malam, semua gerai makanan nampak sudah
pun di buka dan orang pun semakin ramai yang datang dalam hujan yang sedang
turun tetapi sudah tidak berapa lebat lagi.
Memandangkan hujan masih tidak lagi berhenti, saya
terus buat keputusan untuk balik saya ke bilik dan berehat untuk larian pada
esoknya.
Bergambar di lukisan mural 3-dimensi di dinding bangunan kedai lama di bandar Kuala Kangsar
12 November…Hari Larian.
Untuk
larian ini, saya tidak ada sebarang perancangan atau strategi tentang masa atau
sebagainya.Saya cuma merasai dan menikmati pengalaman berlari di acara ini buat
pertama kali setelah begitu teruja membaca, mendengar dan melihat apa yang
dikhabarkan untuk tahun lepas.
Saya
juga membawa kamera DLSR saya untuk mengambil gambar2 peserta2 larian
terutamanya gambar isteri dan gambar
kawan2 saya yang turut serta berada
di Kuala Kangsar pada kali ini. Seperti biasa, saya juga rasa tidak sabra untuk
merakamkan apa2 perkara yang menarik yang saya akan jumpa pada sepanjang larian
itu nanti.
Saya
dan isteri tinggalkan bilik kami lebih kurang jam 5.10 pagi.Kami bercadang
untuk sampai awal dan solat subuh di masjid yang bersebelahan dengan Dewan
Jubli Perak yang dekat sangat dari tempat permulaan larian. Sampai lebih kurang jam 5.20 pagi di sana dan
bernasib baik dapat tempat letak kereta yang sangat hampir dengan masjid.
Kemudian
kami terus pergi ke masjid untuk menunggu masuknya waktu solat Subuh.Ketika
itu, sudah semakin ramai peserta yang sudah sampai dan sedang sampai sedikit
demi sedikit.
Di
masjid, saya berjumpa dengan kawan2 daripada Group Running Kaki Malaysia dan
juga kawan2 biasa seperti Izwan Sahari, Abg Azman Ali dan Ahmad Johan.Kami
sempat bersembang sekejap sehingga Azan Subuh.
Jumpa kawan-kawan sebelum solat Subuh: Dari kiri, Azman Ali, Omar Shuib, Izwan Sahari, RK, Ahmad Johan |
Selepas
solat Subuh saya dan isteri terus kembali semula ke kereta untuk bersiap-siap
dengan kasut larian dan ambil sedikit makanan dan minum air sebelum larian
bermula. Larian
15km dijangka akan dilepaskan pada jam 6.50 pagi dan 10km jam 7.00 pagi.
Sebelum itu saya sempat serakan pek2 larian kepada Azis.Setelah bersiap, saya dan isteri berjalan menuju ke tempat permulaan dan para peserta pun sudah mula berpusu-pusu sampai.Pihak polis pun mula semakin sibuk mengawal trafik yang semakin sesak dengan kenderaan dan para peserta. Apa yang agak pelik bagi saya sejak saya mula sampai di tempat ketika sebelum masuk waktu Subuh ialah masih ada para pekerja dengan lori dan perkakasan yang masih membuat kerja mengecat jalan yang sudah pun mula dibanjiri dengan para peserta. Entah mengapalah agaknya semua itu tidak diselesaikan lebih sebab ia menambahkan lagi sesaknya trafik dan mengganggu pergerakan orang ramai dan kenderaan2 ketika itu.
Sebaik
sahaja isteri saya berjumpa dengan kawan2 dia, saya dan dia pun berpecah.Saya
terus menuju ke tempat permulaan dan juga cuba menghubungi Pak Engku Raja untuk
beri dia bib yang sepatutnya untuk anak saya. Memandangkan yuran pendaftarannya
hanya RM30 saja dan daripada saya bazirkan bib itu, saya berikan percuma saja
kepada sesiapa yang nak berlari pada hari tu.Kebetulan ada kawan beliau yang
berminat.
Suasana di tempat permulaan memang amat meriah. Hampir semua perbualan yang saya dengar hanya tentang betapa terujanya masing2 bila dapat sertai larian tahun ini dan tak sabar2 nak memulakan larian.Di tempat permulaan ini,saya terserempak dengan kawan2 larian lagi seperti Cikgu Syarizal Ibrahim, Mi-g Raji,Shah Ril dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat nama masing2.Seperti biasa, sesi swafoto dengan kawan2 takkan dilepaskan setiap kali bertemu pada acara larian.
Sementara menunggu masa pelepasan, sempat juga berkenalan dengan kawan2 larian yang baru bersembang sekali sementara menunggu Tuanku Sultan sendiri yang akan melepas para peserta.
Cikgu Syarizal Ibrahim |
Mi-g Raji |
Pak Engku Raja |
Tepat
jam 6.50 pagi para peserta pun dilepaskan oleh Tuanku Sultan Nazrin Shah.Dari
tempat saya berdiri, saya dapat melihat Tuanku melamba-lambai kepada para
peserta yang lalu di hadapan beliau. Pergerakkan para peserta selepas
dilepaskan agak perlahan juga saya perhatikan. Ini adalah kerana kebanyakan
para peserta bersesak-sesak untuk cuba sehampir yang mungkin dengan kedudukan
Tuanku Sultan ketika mahu melepasi beliau.
Selepas
melepasi Tuanku, saya pun sama2 menyertai ribuan para peserta yang lain
memulakan larian.Namun suasana begitu sesak dengan pelari2 dan saya hanya
mula boleh berlari-lari anak saja untuk beberapa ratus meter yang pertama
melalui Jalan Tun Razak sebelum mula memasuki utama yang lebih luas iaitu Jalan
Raja Idris.
Sebaik sahaja melepasi km ke 2, para pelari di sambut dengan alunan muzik tradisional Melayu oleh kumpulan pemuzik yang juga memakai pakaian tradisional.Pada masa inilah saya mula merasakan apa yang dikhabar sebelum ini tentang perkara2 menarik yang disediakan untuk memeriahkan larian.Selepas mengambil gambar dan merakam video mereka, kami disambut pula dengan sorakan para pelajar dengan memakai baju T seragam sambil mengibarkan bendera negeri Perak kepada kami.
Sebaik
sahaja melepas kumpulan pelajar ini, saya mula berfikir apalah pula agaknya
yang akan disediakan di sepanjang laluan selepas ini.Pada masa yang sama,larian
saya terasa begitu ringan dan santai sekali dalam pace 6 walaupun pace bukanlah
sesuatu yang penting pada kali ini.
Hiburan pertama dengan kumpulan muzi tradisional Melayu. |
Laluan
seterusnya ialah menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil yang saya sudah lalui
beberapa kali dengan memandu kereta sebelum itu untuk pergi dan balik ke tempat
penginapan.
Laluan seterusnya
ialah menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil yang saya sudah lalui beberapa kali
dengan memandu kereta sebelum itu untuk pergi dan balik ke tempat penginapan. Sebaik sahaja
mula berlari di atas jambatan itu kedengaran pula bunyi paluan gendang yang
bertalu-talu.
Suasana pesta kembali
dirasai oleh para pelari apabila semakin mengampiri bunyi itu.Satu lagi hiburan
yang menunggu untuk meraikan kami.Pada ketika itu kedua-dua arah jambatan
ditutup daripada sebarang kenderaan.Di atas pembahagi jambatan ditengah-tengah
kelihatan satu barisan gendang2 Cina dengan pemain-pemainnya yang sedang
beraksi.Manakala di sebelah yang bertentangan jambatan pula terdapat dua
kumpulan orang2 yang sedang berkumpul. Kumpulan yang pertama sedang memegang
sepanduk kuning dan putih serta semuanya berbaju kuning.
Satu kumpulan lagi
yang lebih ramai dan berkumpul betul2 di sebelah barisan gendang pula dengan
menayangkan satu kain rentang yang besar di tengah jalan atas jambatan yang
bertulis Daulat Tuanku. Nampak sungguh betapa bersemangat dan seronoknya rakyat
negeri Perak meraikan keputeraan Sultan Nazrin Shah.
Sebaik saja saya
menghampiri mereka semua saya terus berswafoto dengan kumpulan yang memegang
kain rentang itu dan seterusnya dengan kumpulan para pemain gendang
tersebut.Saya jugak tidak ketinggalan merakam video pendek ketika gendang2 itu
dipalu.
Diraikan di tengah-tengah atas Jambatan Sultan Abdul Jalil
Laluan larian
seterusnya ialah menuruni dari jambatan menuju ke kawasan Kg. Sayong.Daripada
apa yang saya dapat perhatikan di sepanjang jalan kg. itu pada petang Sabtu,
terdapat banyak tempat jualan dan juga tempat membuat labu sayong.Rasanya itu
jugalah sebab labu2 yang dibuat di sana dikenali seluruh Malaysia dengan nama
labu sayong.Disebabkan hujan pada petang Sabtu, saya tidak berkesempatan pergi
melihat sendiri bagaimana labu sayong dibuat. Mungkin pada larian akan datang,
ia akan menjadi salah satu perkara yang mesti saya lakukan bila sampai lagi di
Kuala Kangsar.
Selepas km ke-3,
pelari mula membelok ke kiri memasuki jalan yang merentasi Kg. Kandang Hilir
dan Kg. Kandang Hulu.Apabila melalui jalan ini juga, bermulanya satu lagi
perkara yang agak unik menanti semua pelari.Terdapat gerai-gerai yang dijaga
oleh makcik2 orang kampung(saya rasalah) di sana mempelawa para pelari
menikmati kuih-muih tradisional Melayu bermula selepas km ke-3 itu dan setiap
1km lebih yang seterusnya sehingga kami mula sampai ke kawasan sawah padi.Saya
tahu kuih-muih itu memang disediakan percuma untuk meraikan para pelari
daripada apa yang diberitahu oleh kawan2 yang sertai larian pada tahun lepas.
Saya dapat perhatikan
di gerai2 yang pertama dan kedua, ramai pelari agak ragu2 untuk mencuba
kuih-muih yang disediakan itu walaupun ada kertas yang bertulis Kuih Untuk
Larian di setiap gerai.
Pada laluan ini juga
saya dapat rasakan larian saya semakin lancar dan selesa dengan pace 6 lagi
tetapi terasa teramat santai.
Selepas melepasi km
ke-3 berlari di jalanraya, laluan seterusnya ialah membelok ke kanan dan mula
memasuki laluan jalan kawasan kampung Kandang Hulu.Laluan ini melintasi kawasan
rumah2 penduduk.Yang amat menariknya ialah saya dapat lihat penghuni2 rumah yang
keluar berdiri di hadapan rumah sambil melihat kami berlari melintasi rumah
mereka sambil tersenyum dan ada yang bersuara mengalu-alukan pelari2.
Oleh kerana laluan
agak sempit berbanding jalanraya biasa, para perlari terpaksa berlari dalam
keadaan agak perlahan kerana ruang yang terhad sesama pelari. Walaupun begitu,
wajah2 mereka semuanya nampak ceria sambil ada yang sibuk mengambil gambar
seperti saya.
Apabila sampai di satu
selekoh, kami disambut oleh satu kumpulan dengan pemain2 gitar dan seorang penyanyi
wanita yang mendendangkan nyanyian lagu2
Melayu asli di bawah sebuah khemah kecil di depan sebuah rumah. Ketika saya
berhenti sebentar di sini untuk mengambil gambar dan merakam video, kawan saya
Badrul Ihsan juga berhenti sebentar.
Seterusnya saya
teruskan larian yang melintasi rumah2 dan hutan2 dan semak2 kampung dalam
keadaan yang santai sahaja.Berlari di dalam kawasan kampung seperti ini terasa
lebih tenang dengan udara segar berbanding berlari di laluan2 acara di
bandar2.Dengan segala hiburan dan kuih-muih yang disediakan menanti untuk
meraikan kami pada acara larian ini setakat ini, ia menjadikan larian ini
begitu unik dan memberi pengalaman manis yang amat berbeza dengan acara2 larian
yang lain yang pernah saya sertai sebelum ini.
Bagi yang menyertai
buat kali pertama seperti saya, setiap perkara itu menjadi kejutan yang amat
menarik dan menyeronokkan sekali.
Larian kami
seterusnya menemukan kami dengan satu
lagi hiburan di dalam kawasan kampung itu.Kali ini lebih meriah dengan muzik
yang lebih bising. Live band pula kali ni di bawah khemah tepi jalan lagi yang
sedang memainkan lagu2 rock kapak ketika itu.Meriah dan memang meriah!
Seperti yang saya
lakukan sebelum itu, saya berhenti untuk berswafoto dan membuat rakaman video
dengan kugiran rock kapak itu.Kebetulan kawan larian di FB saya Aanip Aziz juga sertai saya bergambar dan masuk juga dalam video itu.
Di sebelah khemah itu pula terdapat satu lagi
khemah kecil dengan budak2 perempuan yang bermain congkak.Unik dan memang
unik.Pada masa itu saya fikir yang semua itu memang sengaja dirancang agar para
pelari yang datang dari negeri2 lain merasa diraikan dan juga dapat melihat
sendiri sesetengah budaya yang ada di sana.
Ketika ini sedar tak
sedar saya sudah pun berlari melepasi jarak 5km sambil dihiburkan oleh semua
itu.Secara jujurnya, berapa pace ketika itu lamgsung sudah tiada dalam fikiran saya.
Dengan Aanip |
Bila menghampiri ke
jarak 6km, ada disediakan satu water station yang ada juga persembahan menanti
kami para pelari.Yang ini paling menarik. Persembahan kumpulan Qasidah oleh
makcik2 dengan uniform berwarna merah jambu pula.Tersipu-sipu makcik2 tu bila
ramai pelari yang berhenti termasuk saya
untuk mengambil gambar dan berswafoto dengan mereka.
Seterusnya ialah
laluan larian yang ditunggu-tunggu.Larian dari km ke-5 menuju ke km ke-6 ialah
memasuki kawasan bendang yang sedang menghijau saujana mata memandang.Laluan
larian yang melintasi kawasan bendang hanya melibatkan kategori jarak
15km.Larian kategori 10km membelok ke satu laluan kawasan kampung selepas
melepasi jarak 3km di jalan Kg. Sayong sebelum itu.
Larian merentasi
bendang ini melibatkan jarak dari km ke-6 hingga lebih kurang km ke-7 lebih kerana
sebelum sampai ke km ke-8, pelari2 mula memasuki kawasan rumah2 kampung semula.
Pengalaman berlari di dalam kawasan bendang ini ialah yang paling mengujakan dan sukar dilupakan bagi saya. Sebaik saja memasuki laluan bendang, saya terus minta seorang kru tolong ambilkan gambar saya dengan berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang menghijau dan mendamaikan pandangan mata itu.
Yang paling mengujakan! Mula memasuki larian untuk berlari merentasi bendang yang menghijau. |
Laluan sepanjang
melintasi bendang itu melibatkan jarak hampir 2km keseluruhannya yang juga off road sepenuhnya di mana kami berlari
di atas permukaan tanah yang berpasir dan berbatu-batu kecil. Ketika mula
berlari di laluan itu saya terus mula mengambil gambar pemandangan dan juga
merakamkan video pendek ketika berlari. Ketika itu tanaman padi memang sedang
subur menghijau tetapi masuh belum kelihatan padinya lagi. Ada juga sesetengah
pelari pun mula berhenti dan tidak melepaskan kesempatan untuk mengambil gambar
dan berswafoto juga.
Oleh kerana laluan untuk berlari agak sempit berbanding
jalan biasa, sesiapa yang mengambil gambar perlu berada betul-betul di tebing
jalan tidak menghalang mereka yang sedang berlari.Jika tidak, tempat yang
paling sesuai ialah bila sampai di simpang2 atau masuk sedikit di laluan-laluan
kecil batas-batas di dalam bendang.
Ketika mula memasuki kawasan bendang itu, pandangan mata tidak nampak di mana penghujungnya laluan larian kami kerana yang jelas kelihatan cuma kehijauan saujana mata memandang.
Tambahan pula cuaca sejak
daripada bermula sehingga kami sampai dibendang itu terasa amat sempurna. Suasana agak redup dan pancaran
cahaya matahari pun tidak terlalu panas dan menjadikan suasa agak selesa dan
kurang memenatkan untuk berlari.
Pengalaman yang paling menarik dan pertama kali.
Berlari merentasi bendang sawah padi!
Bermula dari mula
masuk ke laluan, di simpang2 di pertengahan laluan dan sampai ke penghujung
laluan, terdapat kru yang bertugas dan sentiasa tersenyum menunjukkan arah
larian kepada kami. Ada di dua persimpangan
di mana terdapat anggota2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga bertugas
ketika larian itu.
Yang menariknya juga,
di sepanjang laluan bendang itu terdapat orang2 kampung terutamanya makcik2 dan
kanak2 yang sedang membuat aktiviti2 biasa mereka. Ada yang membersihkan
rumput2 di bendang dan yang paling menarik sekali ada yang sedang memancing
secara tradisional di tali air dengan joran kayu biasa. Ada juga saya nampak
kanak2 yang sedang bermain di sepanjang tepi bendang itu dan ada yang duduk
saja di atas tikar mengkuang. Secara kebetulan, ketika saya lalu, saya nampak
seorang makcik sudah mendapat ikan yang dipancingnya dan saya tak lepaskan
peluang untuk mengambil gambar dia dan ikan itu.
Dengan anggota-anggota bomba yang bertugas di tengah bendang. |
Untuk membalas sikap
orang2 kampung dan kru2 yang amat mesra dengan senyuman sepanjang laluan, saya
memberi salam hampir setiap kali berkesempatan bila saya melintasi mereka. Ada
ketikanya terasa macam berlari di kampung sendiri pula bila mereka pun membalas
salam saya denga mesra juga. Ada ketikanya saya bergurau dengan mengajak sesetengah
mereka yang cuma berdiri melihat kami berlari agar berlari bersama-sama dengan
kami sekali. Ajakan2 saya hanya di sambut dengan gelak-ketawa yang besar
daripada mereka.
Satu lagi perkara yang saya dapat
perhatikan ialah terdapat juga pakcik2 yang nampak seperti hanya orang2 di
kampung itu juga yang sama2 bertugas sebagai kru di sepanjang jalan berbanding
hanya orang2 muda dikebanyakan acara-acara lain yang biasa yang saya pernah
pergi. Semua kru yang bertugas pada larian kali ini selain daripada pasukan2
beruniform memakai baju-T berwarna merah epal dan tidak pernah lokek dengan
senyuman setiap kali kami melintasi mereka.
Setelah berseronok dan
menikmati larian di bendang, akhir kami sampai ke penghujungnya dan memasuki
laluan jalan tar di kawasan kampung semula ketika memasuki km ke-8.Laluan dari
km ke-8 dan ke-9 melintasi Kg. Sayong Hulu dan Kg.Sayong Hilir seterusnya
melintasi Kg. Sayong Masjid di antara km ke 9 dan km ke-10.
Ketika melalui ke 8
dan ke-9 ini saya berjumpa lagi dengan Cikgu Syarizal Ibrahim yang nampak begitu
fokus dengan lariannya.Saya tegur dia dan ajak dia bergambar sekali lagi. Saya
juga sama2 membuat video pendek dengan dia untuk dikongsi dengan kawan2
daripada Anonymous Runners di Whatsapp Group kami. Jika saya tidak silap ketika melalui jalan inilah para pelari kategori 10km muka bertemu dengan pelari2 kategori 15km.
Pertemuan ini menjadikan suasana sepanjang laluan jalan kampung itu semakin ramai dengan pelari tetapi kebanyakannya hanya berlari-lari santai dan berjalan-jalan sahaja. Kemudian saya teruskan larian saya dan selepas itu mula memasuki semula jalanraya utama. Di penghujung jalan kampung ke jalanraya utama itu, saya berhenti sekejap untuk merasai kuih yang disediakan untuk pelari. Jika saya tidak silap, itulah gerai kuih yang terakhir yang disediakan di laluan jalan kampung itu. Sempat juga saya bersembang dalam lebih kurang seminit dengan makcik2 yang menjaga gerai itu.
Pertemuan ini menjadikan suasana sepanjang laluan jalan kampung itu semakin ramai dengan pelari tetapi kebanyakannya hanya berlari-lari santai dan berjalan-jalan sahaja. Kemudian saya teruskan larian saya dan selepas itu mula memasuki semula jalanraya utama. Di penghujung jalan kampung ke jalanraya utama itu, saya berhenti sekejap untuk merasai kuih yang disediakan untuk pelari. Jika saya tidak silap, itulah gerai kuih yang terakhir yang disediakan di laluan jalan kampung itu. Sempat juga saya bersembang dalam lebih kurang seminit dengan makcik2 yang menjaga gerai itu.
Cikgu Syarizal |
Ketika berlari semula di jalanraya itu, saya nampak satu lagi sambutan menarik daripada penduduk2 di situ. Di seberang jalan laluan larian, saya nampak sekumpulna kanak2 dan makcik yang berada di gerai di tepi jalan melambai-lambai sambil memberi semangat kepada semua pelari.Mereka juga ada menyediakan satu kertas besar yang dipegang oleh kanak2 itu dan bertulis Salam Sejahtera. Saya tidak lepaskan kesempatan itu untuk berswafoto dengan mereka.
Orang-orang kampung yang sama-sama meraikan para pelari |
Ketika hampir memasuki
km ke-11, saya terserempak pula Mael yang sedang berlari di depan saya.Saya tegur dia dan kami
pun mula berlari perlahan-lahan bersama-sama.Kami berlari bersama-sama sehinggalah
sampai ke perhentian yang paling meriah dan seperti di karnival pada larian
kali ini. Ia ialah tempat yang diperkatakan ramai sebelum ini iaitu pesta minum
air kelapa dan sesi beramah-mesra dengan Tuanku Sultan di tepi Sg. Perak.
Ketika kami menuruni jalan, memang sudah agak ramai orang sudah ada di sana. Di
tebing sungai saya nampak ada khemah dan seolah-olah ada upacara khas yang sedang
berlangsung yang melibatkan Tuanku Sultan dan orang ramai.
Terdapat juga para petugas yang memakai pakaian tradisional Melayu yang lengkap dan ada juga sedang memegang peralatan2 upacara tradisional yang seperti dulang dengan kendi dan sebagainya. Saya dan Mael sama2 pergi melihat satu demi satu aktiviti2 yang sedang berlangsung disana. Ketika berada di sini, saya rasa seolah-olah bukan lagi sedang dalam acara larian tetapi di satu pesta keramaian tradisi.
Terdapat juga para petugas yang memakai pakaian tradisional Melayu yang lengkap dan ada juga sedang memegang peralatan2 upacara tradisional yang seperti dulang dengan kendi dan sebagainya. Saya dan Mael sama2 pergi melihat satu demi satu aktiviti2 yang sedang berlangsung disana. Ketika berada di sini, saya rasa seolah-olah bukan lagi sedang dalam acara larian tetapi di satu pesta keramaian tradisi.
Dengan Mael |
Agak bernasib juga
saya ketika itu kerana Tuanku Sultan pun ada di sana berdiri di tepi sungai dan
berdiri mengadap ke arah orang ramai dan
melambai-lambaikan tangan kepada mereka yang hadir. Saya tak lepaskan peluang ini untuk minta
Mael ambilkan gambar saya dengan Tuanku Sultan kelihatan sekali dalam gambar
itu.
Selepas itu saya dan Mael pergi menikmati
air kelapa pula bersama-sama yang lain untuk menyegarkan semula tekak kami. Selepas
itu kami mengambil gambar disekitar kawasan pesta itu.
Ketika kami sedang
minum, kami tengok satu persembahan tarian oleh sebarisan wanita2 berbangsa
Cina dengan pakaian seragam merah.Mereka menari dengan kipas seolah-olah
pergerakan senaman tai-chi dengan muzik sekali. Lagi satu persembahan yang
menarik untuk meraikan kami sebagai pelari. Ada juga pelari2 yang sama2
menyertai mereka menari sekali. Kemudian saya terserempak juga dengan kawan
pelari yang saya kenal di sana seperti Faridh, Dak Aun, Ina Tisha dan lain-lain lagi.
Bersama-sama peserta2 lain meraikan Tuanku Sultan di tepi Pungai Perak |
Dengan Dak Aun |
Dengan Ina Tisha |
Agak leka juga saya di sana sehingga saya
pun tak sedar yang Mael pun sudah tiada dengan saya. Selepas minum segelas lagi
air kelapa, saya pun teruskan larian di laluan yang menuju ke Jambatan Sultan
Abdul Jalil semula. Beberapa ratus meter selepas itu, saya nampak Mael semula
yang sudah mula teruskan larian semula dan saya pun sertai dia. Ketika berlari
semakin hampir ke jambatan, kami mengambil gambar yang berlatarbelakangkan
jambatan itu kerana pemandangannya amat menarik bagi saya.
Gambar yang berlatar belakangkan Jambatan Sultan Abdul Jalil
Setelah mengambil beberapa gambar, saya dan Mael meneruskan larian di tepi sungai itu dan menuju ke jalan masuk ke jambatan semula.Laluan masuk semula ke jambatan itu ialah ketika jarak larian sudah menghampiri km ke-12 kedua-dua hala jambatan masih ditutup ketika itu. Sebaik sahaja masuk ke jalan ke jambatan, pelari2 perlu melalui satu pusingan U ke arah jambatan.Di sini menanti pula pancuran air daripada hos kereta bomba yang membasahkan untuk menyejukkan para pelari yang melaluinya.Ketika ini Mael masih berlari mengekori saya dari belakang dan kemudian kami berlari bersama-sama semula.
Apabila kami sampai di tengah-tengah jambatan, tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh kru menjerit memberitahu pelari2 bahawa kami boleh berlari di kedua-dua belah jambatan itu dan bukannya hanya sebelah kanan sahaja. Ketika jambatan itu sudah pun kosong daripada kumpulan gendang Cina yang kami temui ketika awal larian tadi.
Saya dan Mael pun terus memasuki dan mula berlari di sebelah kiri jambatan itu pula dan seperti sebelum ini, kami juga mengambil beberapa gambar di tepi dan tengah2 jambatan itu. Kemudian saya beritahu Mael saya akan cuba untuk kekalkan pace purata larian saya pada pace 6. Mael kata saya boleh teruskan larian dan dia akan kekal dengan pace dia ketika itu hingga ke penamat. Ketika berlari menuruni jambatan itu, saya terserempak lagi dengan Faridh dan kami sempat berlari bersama untuk seketika sebelum dia meneruskan larian dengan pace yang lebih laju dan perlahan-lahan mula meninggalkan saya.
Saya teruskan larian saya
melalui Jalan Raja Idris semula untuk beberapa km yang terakhir sebelum
membelok semula ke Jalan Tun Razak ke garisan penamat.Buat kali pertamanya
dalam jarak 3km terakhir ini saya rasa seolah-olah macam berlari fun run saja
walaupun jarak keseluruhan ialah 15km seperti larian di Newton Challenge yang
saya sertai pada bulan Oktober. Ianya betul2 memberi pengalaman yang
berbeza tentang bagaimana badan saya memberi reaksi pada sepanjang
larian.Seingat saya, dalam jarak 15km itu, saya hanya berhenti dua kali saja
untuk minum iaitu ketika bertemu dengan kumpulan Qasidah dan selepas itu
minum air kelapa di tepi Sg. Perak.
Menuju ke penghujung larian, kebanyakan pelari dilihat lebih banyak berjalan dan berlari perlahan.Sepanjang laluan itu juga para kru terus memberi kata2 semangat kepada para pelari agar terus berlari ke garisan penamat. Saya masih teringat suara seorang kru perempuan yang kedengaran agak kuat meminta kami terus berlari.Pada beberapa km terakhir ini juga, pancaran cahaya matahari mula terasa teriknya.Namun sebaik sahaja kami membelok semula memasuki Jalan Tun Razak, laluan mula redup semula kerana terdapat pokok2 yang tinggi di sepanjang jalan menuju ke garisan penamat.
Bila sudah sampai hanya beberapa ratus meter saja lagi ke garisan penamat saya mula mengambil gambar dan juga membuat rakaman video pendek ketika saya menuju dan melepasi garisan penamat. Akhirnya tamatlah larian sejauh 15km yang penuh dengan dengan bermacam-macam perkara yang amat unik, menarik, mengujakan dan sukar untuk dilupakan selepas ini.
Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, saya terus meminta seorang yang ada di sana mengambil gambar saya Susah nak saya gambarkan perasaan seronok saya ketika itu selain hanya mampu tersenyum sepuas-puasnya untuk diri sendiri.Akhirnya dapat juga saya berlari di acara larian yang istimewa ini.Jika saya sebagai orang dari luar negeri Perak merasa begini, apatah lagi agaknya pelari2 dari negeri Perak sendiri yang juga meraikan Hari Keputeraan Sultan mereka.
Seterusnya saya terus menuju ke kawasan
penamat yang sudah agak sesak dengan pelari2 yang sudah sampai. Kelihatan
mereka beratur panjang untuk mendapatkan air dan makanan yang disediakan di
bawah setiap khemah yang disediakan. Selepas diberikan ais krim ketika
memasuki kawasan penamat, saya terus berjalan ke dewan Jubli Perak untuk
mendapatkan goodies bag dan baju-T
sebagai finisher jarak 15km. Untuk peserta 15km, finisher tee juga disediakan dan ini sesuatu yang
amat jarang didapati dalam acara2 15km yang lain. Tambahan pula yuran untuk
menyertai larian ini Cuma RM30 seorang sahaja.
Suasana sejak saya mula berjalan dari garisan penamat hingga sampai ke dalam dewan memang amat meriah seperti satu pesta yang lebih besar daripada yang saya lalui di tepi sungai ketika larian. Dari dewan saya pergi menghantar goodies bag saya ke kereta dan mengambil kamera DLSR saya. Rancangan saya ialah untuk mengambil gambar isteri saya ketika dia menuju ke garisan penamat dan juga gambar2 kawan2 yang saya akan jumpa di kawasan penamat itu. Ketika berjalan dari kereta ke kawasan penamat semula, sempat juga saya mengambil gambar dengan kawan2 yang saya jumpa.
Sambil menunggu isteri saya sampai, saya sertai mereka yang beratur untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan di sana.Saya cuba mencari Mael semula tetapi dia terpaksa pulang awal pula. Kemudian saya terserempak pula dengan kawan2 yang sudah agak lama tidak bersua muka kecuali melalui FB daripada Running Kaki Malaysia yang saya juga ialah ahli berdaftar. Sempat juga saya bersembang sekejap dengan mereka seperti Mii Kii dan Kar Wah.Saya dimaklumkan mereka merancang untuk mengambil gambar dengan ahli2 yang ada sertai larian pada hari itu.
Nasa MK |
Pak Engku, Badrul Ihsan dan Kar Wah |
Dengan kawan-kawan daripada Running Kaki Malaysia. |
Seperti biasa, berjumpa dengan kawan2 larian ketika acara larian seperti ini ialah peluang yang akan digunakan sebaik-baiknya. Dengan makin ramai pelari yang sampai, kawasan penamat itu menjadi semakin sesak dan meriah dengan kebisingan suara semua yang ada bersembang,makan dan minum serta bergambar sesama mereka. Di hadapan pentas utama pula terdapat pula persembahan2 kebudayaan pelbagai bangsa dipersembahkan kepada semua yang hadir termasuk Tuanku Sultan.
Ratu Ismail |
Setelah beberapa lama di kawasan penamat itu bersembang dengan kawan2, saya pergi semula ke kawasan garisan penamat. Saya hubungi isteri saya dan dia kata yang dia sudah pun berada kurang daripada 1km dari garisan penamat. Saya kemudian hanya menunggu di tepi jalan ke garisan penamat.Kemudian tiba2 saya terfikir mengapa saya tidak ambil saja sekali gambar para pelari yang sedang menuju ke garisan penamat ketika itu.
Kemudian
tiba2 saya terfikir mengapa saya tidak ambil saja sekali gambar para pelari
yang sedang menuju ke garisan penamat ketika itu. Selepas itu saya mengambil tempat lebih dalam jarak lebih kurang 100 meter daripada garisan
penamat dan mula mengambil gambar para pelari yang sedang sampai.
Apa
yang menarik dan kadang kala terasa lucu
juga bila mengambil gambar mereka yang sedang berlari ialah mereka
kebanyakannya akan tiba2 saja berubah sebaik sahaja mereka melihat jurugambar yang bersedia untuk mengambil
gambar mereka. Di antaranya ialah jika mereka sedang berjalan, tiba2 mereka
akan berlari di hadapan kamera. Ada yang nampak sudah amat lesu dan keletihan
kerana sudah berlari sekian jauh tetapi tiba2 mereka boleh senyum dan
melambai-lambai tangan semula sebaik sahaja mereka nampak kamera saya yang ditujukan kepada
mereka.
Ada juga yang tiba2 menunjukkan pelbagai aksi dengan tangan, kaki, lompatan dan ada yang lengkap dengan memek muka yang bermacam-macam sekali. Sebagai pelari juga, saya amat memahami apa yang mereka rasakan dan saya rasa seronok juga dapat bersama-sama membantu menambahkan lagi kegembiraan mereka ketika mahu menghabiskan larian masing2 dengan gambar2 yang sempat saya ambil.
Ada juga yang tiba2 menunjukkan pelbagai aksi dengan tangan, kaki, lompatan dan ada yang lengkap dengan memek muka yang bermacam-macam sekali. Sebagai pelari juga, saya amat memahami apa yang mereka rasakan dan saya rasa seronok juga dapat bersama-sama membantu menambahkan lagi kegembiraan mereka ketika mahu menghabiskan larian masing2 dengan gambar2 yang sempat saya ambil.
Ada juga yang saya ambil gambar mereka kali ini dapat cam saya dan menegur serta menyebut nama saya sambil mengucapkan terima kasih.
Di antara gambar-gambar para pelari yang sempat saya ambil ketika mereka
menuju ke garisan penamat.
Saya teruskan mengambil gambar mereka sehinggalah
akhirnya isteri saya pun kelihatan berlari dengan kawan2 dia menuju ke arah
garisan penamat. Saya pun ambil gambar dia daripada saya nampak dia dan
seterusnya berhari di hadapan dia untuk mengambil gambar ketika dia sedang
melintasi garisan penamat. Selepas itu saya biarkan dia terus pergi ke dewan
untuk mengambil goodies bag dan medal. Selepas itu dia kata akan datang semula
ke kawasan penamat untuk minum dan makan apa2 yang ada dengan kawan2 dia.Saya pun
pergi semula ke kawasan penamat untuk mencari kawan2 semula untuk bersembang
dan mengambil gambar mereka.
Ketika isteri saya menamatkan larian
Kali ini berjumpa pula dengan kak Nora Hashim dan
suaminya abg Ashraf. Mereka suami isteri ini memang selalu sertai acara larian
bersama-sama. Kemudian saya bertemu lagi dengan beberapa orang kawan lagi yang
selama ini hanya kenal di FB atau IG sahaja. Memang suasana seperti itulah yang
buatkan saya seronok, teruja dan gembira
setiap kali menyertai acara larian keran saya tidak akan pernah rasa
keseorangan. Pasti akan ada kawan2 baru dan lama yang saya akan jumpa untuk
bertukar-tukar cerita tentang larian dan pelbagai perkara lain.
Setelah habiskan masa dengan kawan2 bersembang,
saya cari semula isteri saya untuk bergambar bersama di photo booth acara yang
disediakan dan seperti biasa, kami kena beratur untuk menunggu giliran.Selepas
itu semua yang ada dipersembahkan pula dengan pertunjukkan payung terjun tepat
daripada pasukan VAT69.Ia amat menarik dan mendebarkan kerana semua dapat
melihat mereka terjun daripada atas, membuka payung terjun masing2 dan akhir mendarat betul2 tepat di
hadapan pentas utama yang disaksikan oleh Tuanku Sultan sendiri. Memang hebat!
Sempat juga saya kongsi dengan isteri saya tentang betapa seronok dan
menariknya pengalaman berlari di tengah2 bendang dengan hiburan2 yang meraikan
para pelari ketika melalui kawasan kampung. Jelas sekali dia macam tak berapa
puas hati kerana laluan untuk kategori 10km tidak berjumpa dengan semua itu.
Saya rasa lucu bercampur terkejut juga kerana buat pertama kalinya saya
tengok dia macam menyesal kerana sertai kategori 10km dan bukan 15km seperti
saya. Dia kata mesti masuk 15km pada tahun depan pula sebab nak juga merasai
pengalaman yang saya alami terutamanya berlari merentasi bendang.
Selepas itu saya dan isteri teruskan mengambil gambar dengan kawan2 dan
juga bergambar dengan mereka.Kami juga ambil peluang yang ada untuk bergambar
dengan ahli2 pasukan beruniform yang ada pada hari itu sekali.Jika diikut hati
memang saya mahu berada lebih lama lagi namun bila memikirkan yang kami mahu
berjalan-jalan lagi di sekitar Kuala Kangsar, saya dan isteri buat keputusan
untuk kembali ke bilik.
Secara keseluruhannya saya tidak nampak apa2 sangat boleh saya katakan
sebagai kelemahan dalam acara ini walaupun tidak boleh saya katakan ianya
sempurna juga. Sekurang-kurang ia satu acara menarik dan mengujakan seperti
mana yang dikhabarkan pada tahun sebelumnya.
Yang penting bagi saya ialah, sebagai peserta, hampir semuanya berjalan
lancar sejak mula saya sampai untuk mengambil pek larian hinggalah saya mahu
tinggalkan tempat kawasan penamat larian yang suasananya seperti pesta yang
sangat meriah itu.
Daripada segi kawalan trafik sejak dari tempat garisan permulaan,
semuanya amat lancar dan dikawal dengan baik dengan kehadiran kru2 dan anggota
pasukan beruniform yang mencukupi di setiap simpang dan jalan keluar/masuk
untuk menunjukkan arah kepada semua pelari.
Terdapat juga tandas2 bergerak disediakan dengan mencukupi di sesetengah
tempat hentian dan juga di kawqsan penamat. Saya rasa langkah mengasingkan
tempat mengambil goodies bag dan baju-T selepas tamat larian di dalam dewan
adalah tindakan yang amat bijak kerana ia dapat mengelakkan kesesakan di
kawasan penamat tempat para pelari beratur untuk mendapatkan minuman dan
makanan serta untuk bersembang santai sesama mereka.
Bagi saya, berlari di acara ini amat istimewa kerana ia sudah bukan lagi
tentang larian saya sendiri yang selalunya menjadi tumpuan utama untuk jarak
15km seperti ini tetapi ialah tentang pengalaman dan kenangan yang disediakan
pada sepanjang laluan larian itu. Saya merasa seolah-olah saya dialu-alukan dan
diraikan oleh orang2 Kuala Kangsar terutamanya oleh orang2 kampung yang kami
temui pada sepanjang larian 15km itu.
Saya rasa, itu jugalah antara matlamat utama acara larian ini diadakan
selain daripada meraikan dan menyambut hari keputeraan Tuanku Sultan itu
sendiri. Tuanku Sultan seolah-olah mahu meraikan semua peserta yang hadir
dengan semua aktiviti dan persembahan2 yang disediakan disamping mengenali
budaya2 yang ada di negeri Perak terutamanya di bandar diraja Kuala Kangsar.
Bagi saya jika niat sesiapa saja datang untuk berlari di acara ini ialah
untuk mencatat masa yang terbaik atau atas tujuan bersaing sahaja,
pengalamannya pasti akan berbeza kerana pastinya tidak banyak sangat yang
difikirkan tentang apa yang disediakan pada sepanjang laluan larian.
Saya habiskan larian saya dengan masa lebih kurang 1 jam 40 minit lebih
tetapi masih di bawah 2 jam. Bila saya berjumpa dengan mana2 peserta yang
tamatkan larian pada hari itu, tak ada pun yang bercakap tentang masa sangat
kerana semua cerita adalah tentang pengalaman yang teramat unik yang mereka
rasai kenangan manis yang mereka cipta dalam sejarah larian mereka di acara
ini. Rata2 bercakap tentang tentang apa yang mereka nikmati sepanjang laluan dan
semuanya satu suara mengatakan yang acara ini memang amat istimewa dan pastinya
mereka mahu datang semula.
Dengan berat kaki dan hati, tempat acara itu terpaksa saya tinggalkan
juga kerana anak2 saya sudah pun siap menunggu di bilik.
Destinasi kami sebaik sahaja meninggalkan tempat penginapan ialah untuk
pergi makan tengahari. Memandangkan ketika itu masih agak awal lagi, masih
tidak banyak pilihan tempat2 makan yang sudah dibuka yang saya nampak.
Destinasi kami selepas makan tengahari ialah Victoria Bridge. Isteri saya sejak semalam lagi sudah tak sabar hendak ke sana bila kawan2 dia sudah pun pergi pada petang Sabtu. Sebelum ini, saya pun tak tahu yang adanya Victoria Bridge di Kuala Kangsar. Jarak tempat itu daripada bandar lebih kurang 12km dan jalan ke arah sana pun agak lancar. Apabila kami sampai ke sana,rupa2nya bukan kami saja peserta2 larian yang ingin pergi ke sana. Ketika saya sampai sudah ada hampir 10 buah kereta di tempat letak kereta.
Tempat ini ialah landasan keretapi dengan jambatan yang mempunyai struktur lama yang dikekalkan di sebelah landasan keretapi yang digunakan sekarang. Lokasinya ialah di dalam kawasan perkampungan juga tetapi tidak berapa jauh daripada jalanrasa utama. Jambatan itu merentasi Sg. Perak dan struktur lamanya yang asli dan nampak klasik amat menarik sebagai sebagai latar belakang untuk bergambar.
Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar2 di sekitar jambatan itu. Memandangkan tempat yang mempunyai latar belakang untuk mengambil gambar yang paling menarik di tengah2 jambatan itu agak terhad, semua yang datang perlu beratur untuk mendapat giliran mengambil gambar masing2. Di sini saya terserempak sekali lagi dengan Mohd Azmi@GME dan Ina Tisha dan kawan dia yang baru sampai ketika saya sudah mahu pergi dari situ.
Gambar-gambar di Victoria Bridge
Setelah selesai bergambar di Victoria Bridge , saya memandu ke satu lagi
tempat yang saya rasa saya mesti pergi kerana saya hanya nampak tempat itu dari
jauh pada senja hari Sabtu. Ia nampak begitu cantik bercahaya dari jauh. Tempat
itu ialah Majid Ubudiah di bandar Kuala Kangsar. Memandangkan ketika itu sudah
hampir masuk waktu solat Zuhur, saya bercadang agar kami semua bersolat sekali
di situ sebelum memulakan perjalanan pulang. Dalam perjalanan ke masjid itu
juga saya ternampak di sebelah kanan jalan bangunan Galeri Sultan Azlan Shah
dan pada masa yang sama, cuaca sudah mula mendung. Ini satu lagi tempat yang
saya rasa ingin melawat tetapi pastinya akan masuk dalam agenda saya pada tahun
hadapan bila datang ke sini lagi jika diizinkan Allah untuk menyertai larian
yang sama.
Kami sampai di masjid sebaik sahaja azan Zuhur tamat dan sempat juga
solat berjemaah sekali di sana. Walaubagaimana pun hajat saya untuk mengambil
gambar2 di sekitar masjid tidak kesampaian sangat sebab sebaik saja selesai
solat, hujan pun sudah mula turun. Saya cuma sempat mengambil beberapa gambar
saja sebelum berlari ke kereta disebabkan hujan yang semakin lebat.Masjid ini
yang nampak begitu unik dan menarik rekabentuknya. Ruang dalam kubahnya putih
dan warna luar kubagnya pula ialah keemas-emasan yang menjadikanya begitu
menonjol dan cantik dari pandangan mata dan juga di dalam gambar.
Di destinasi terakhir di Kuala Kangsar. Masjid Ubudiah.
Akhirnya, Kuala Kangsar kami tinggalkan juga selepas destinasi kami yang
terakhir yang kami lawati iaitu Masjid Ubudiah. Ketika bersembang dengan kawan2
ketika acara larian pada pagi itu, dikhabarkan tarikh untuk acara larian itu
pada tahun akan datang telah pun ditetapkan pada 11 November 2018 walaupun ia
tidak diumumkan secara rasmi lagi. Ketika saya masih menulis cerita ini pada 16
November, saya sudah pun menempah bilik hotel di Kuala Kangsar pada tarikh itu
untuk keluarga saya. Kami empat beranak telah melalui pengalaman yang amat
indah dan menarik di Kuala Kangsar dengan menyertai acara larian ini pada kali
ini dan pastinya kami juga mahu kembali.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuanku Sultan Perak, Sultan
Nazrin Shah dan orang2 Perak terutamanya orang2 kuale yang mengalu-alukan dan
meraikan kedatangan kami walaupun kami hanyalah pelari2. Sampai kita bertemu
lagi….In sha Allah.
"Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Larian di kuale kami rindukan"
"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita berlari lagi"
Makan malam di hentian Rehat dan Rawat Jejantas Sg. Buloh sebelum sampai ke Nilai. |
1 comment:
Post a Comment