Tuesday, 31 July 2018

DARI DATARAN MERDEKA KE LEBUHRAYA NPE

Akhirnya selesai juga cabaran hujung minggu saya kali ini.
Perancangan asalnya ialah untuk buat larian LSD 30km sebagai persediaan biasa 2 minggu sebelum berlari marathon penuh di Kuching dalam masa 2 minggu lagi.

Perancangan terpaksa diubah bila acara Larian Bersama Bomba (LBB)diubah tarikh kepada 28 Julai kerana PRU 14. Kawan-kawan isteri semuanya tak dapat sertai walaupun telah mendaftar dan saya buat keputusan untuk sertai dia berlari dalam acara ini.Saya ubah perancangan saya kepada back to back runs iaitu10km pada acara ini dan 21km acara NPE Highway Challenge(NPEHC) pada keesokan harinya, Ahad. Yang mengujakan saya juga, kedua-dua acara ini ialah penyertaan saya yang kali pertama.

LBB tahun ini jugak agak berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ini keistimewaannya ialah kerana tidak semua peserta yang menamatkan larian akan menerima medal dan jika saya tidak silap hanya untuk 150 peserta teratas sahaja untuk tahun lepas. Baju acara yang disediakan juga adalah jenis kain kapas dan yuran pendaftaran hanyalah RM20 ringgit sahaja. Namun pada tahun ini, semua yang dapat menamatkan acara  menerima medal. Selain daripada itu, para peserta juga diberi pilihan untuk mendapatkan baju larian jenama Ultron warna hitam atau merah ketika mendapatkan pek larian seminggu sebelumnya.

Untuk NPEHC pula, saya telah mendaftar pada tahun lepas tetapi tidak dapat berlari kerana ada urusan lain. Jadi kali ini ialah pengalaman pertama untuk berlari pada laluan lebuh raya sepenuhnya untuk jarak 21km dan ini juga amat mengujakan saya.

Jadi hujung minggu ini akhirnya menjadi satu lagi hujung minggu yang melibatkan keluarga saya dengan acara larian. Ini kerana anak lelaki sulong saya sedang bercuti dan anak perempuan saya yang sedang belajar di UM juga kebetulan boleh sertai saya dengan menggunakan bib-bib kawan-kawan isteri saya yang tidak dapat menyertai LBB kali ini. Oleh sebab itu, saya dan isteri buat keputusan untuk bermalam di hotel di KL sahaja pada hari Jumaat malam untuk berlari di Dataran Merdeka pada keesokan harinya. 

Pada lewat petang Jumaat, saya pergi menjemput anak perempuan saya di UM, KL dan seterusnya makan malam awal bersama satu keluarga di Restoran Nasi Beriyani kegemaran kami lagi iaitu di Restoren Mahbub Bangsar.
Masa tak ternilai. Makan malam dengan keluarga!
Selepas mendaftar masuk di hotel, kami pergi berjalan-jalan dan  bersiar-siar di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil membeli-belah sedikit.


Layan isteri dan anak-anak di Jalan TAR

LARIAN BERSAMA BOMBA
28 Julai 2018
Lokasi: Dataran Merdeka

Saya menyertai kategori 10km dengan anak lelaki saya manakala isteri dan anak perempuan saya sertai 7km.
Untuk larian kali ini, sasaran peribadi saya ialah untuk membuat sedikit latihan kelajuan kerana sudah agak lama saya tidak melakukannya kerana asyik menumpukan kepada persediaan marathon penuh sahaja. 
Agak bernasib baik kerana sakit jari kaki kanan saya sebab melecet selepas larian santaoi 21km pada pagi Jumaat minggu sebelumnya  sempat sembuh dan saya buat keputusan untuk berlari selepas saya dapat berlari semula pada pagi Jumaat 27 Julai.
Jari kaki melecet tetapi sempat sembuh untuk berlari semula  menjelang hari Jumaat.
Saya menetapkan untuk merekodkan masa sekurang-kurangnya 1:06 dan akan mencuba mendapat bawah 1 jam jika boleh. Seperti biasa, saya tidak menyemak langsung laluan larian dan hanya akan terus berlari sahaja mengikut arah yang ditetapkan ketika berlari pada pagi itu.

Yang agak mengecewakan sedikit tiada maklumat sah yang dikongsi di FB dan laman sesawang rasmi tentang masa permulaan kerana yang dinyatakan acara hanya bermula pada jam 6.30 pagi sahaja.

Saya sekeluarga sampai di tempat acara lebih kurang jam 6.20 pagi dan dengan apa yang kami lihat pastinya masa bermula selepas pukul 7 pagi.Dua lagi anak saya hanya berehat di hotel sehingga kami selesai berlari.

Berjalan ke Dataran Merdeka. Terserempak dengan pelari yang laju, Faris Azmi.

Menjelang jam 7 pagi, saya dapat lihat agak ramai juga para peserta yang ada dan ada yang saya jumpa beritahu saya yang para peserta 10km akan dilepaskan pada  jam 7.15 pagi dan 7km pada jam 7.30 pagi.  
Bersama abang-abang Bomba di Dataran Merdeka


Jumpa Halim dan isteri, Hazrani. Kedua-duanya suka berlari.

Walaubagai mana pun, menjelang jam 7.10 pagi masih tiada tanda-tanda pelepasan akan dibuat walaupun para peserta telah memasuki kawasan pelepasan. Tiba-tiba dimaklumkan akan diadakan acara memanaskan badan pula. Saya menjangkakan pada masa itu, pelepasan palin awal pun akan dibuat pada jam 7.30 pagi. Selepas sesi memanaskan badan yang ringkas, akhirnya peserta dilepaskan pada lebih kurang jam 7.32 pagi. Rupa-rupanya ia agak lewat kerana menunggu ketibaan para VVIP untuk melepaskan para peserta.

Sebaik sahaja dilepaskan saya berjaya mengasingkan diri saya daripada kesesakan dengan peserta-peserta lainnuntuk berlari dengan kelajuan yang saya selesa selepas jarak 300 meter.Rupa-rupanya laluan selepas itu ialah menuju ke Menara JKR dan seterusnya menuju ke arah laluan berbukit yang memang mencabar iaitu kawasan Bukit Tunku. Namun saya dapat mengekalkan pace 5 pada laluan menaiki bukit pada 2km pertama.Seterusnya saya dapat berlari dengan lebih laju sendikit lagi di laluan menurun selepas itu hingga dapat mencapai pace 4.Akibat daripada itu, saya mula rasa termengah-mengah dan kehausan selepas itu dan menjangkakan hentian akan ada sebaik sahaja jarak 3km seperti kebiasaanya.

Rupa-rupa saya tersilap kerana hentian air hanya ada di sediakan selepas jarak 4km. Saya masih dapatkan berlari dengan pace 5 hingga jarak 4km tetapi gagal mengekalkannya hingga 5km.Ini juga adalah kerana laluan selepas hentian air pertama itu ialah di sepanjang jalan Sultan Abdul Halim@Jalan Duta yang mula menaik semula terutamanya bermula daripada Hentian Bas Jalan Duta menuju ke Istana Negara. Saya hanya mampu berlari dengan pace 6 dari 5km ke 6km dan kembali ke pace 5 semula di laluan yang menurun dan landai selepas itu pada jarak ke 7km dan 8km.

Pada jarak ini, saya rasa agak berpuashati kerana saya rasa saya boleh mencapai sasaran bawah satu jam hingga 10km. Seterusnya, saya rasa betul-betul kepenatan untuk terus mengekalkan rentak yang sama dan hanya berlari pada pace 6 semula hingga 9km. Hanya selepas ini saya cuma mendesak diri saya untuk menambahkan sedikit lagi kelajuan agar dapat mencapai sasaran bawah 1 jam sekali lagi sejak Januari 2018 diacara larian. Laluan ketika ini sebahagiannya mula memasuki Jalan Parlimen menuju ke Jalan Merbok.
Larian menuju ke garisan penamat.'
Gambar oleh Best Of Running.

Akhirnya berdasarkan jam GPS saya, jarak 10km saya direkodkan betul-betul ketika saya sampai di tepi Padang Merbok dan saya terus hentikan jam saya untuk melihat masa yang saya catatkan. Saya berjaya catatkan 57 minit untuk jarak 10km dan saya tetapkan semula jam saya untuk merekodkan jarak seterusnya hingga ke garisan penamat di Dataran Merdeka iaitu sejauh 0.9km lagi. Masa rasmi yang saya catatkan kali ini ialah 1:01 dengan jarak sepenuhnnya ialah 10.7km berbanding sasaran awal saya iaitu 1:06.
Pace untuk setiap km 
Walau bagaimana pun, rasanya amat berbeza untuk berlari di bawah satu jam untuk jarak 10km pada saya sekarang ini walapun ialah adalah satu perkara yang agak mudah pada saya dahulu. Rasa puas hati sungguh secara peribadi untuk melakukannya lagi sekali sekala kerana rutin dan pace larian saya memang sudah terbiasa dengan pace yang lebih perlahan bila saya hanya mempersiapkan diri saya untuk berlari marathon penuh sahaja pada tahun ini.

Dengan berat badan saya yang sudah bertambah dan kekal dalam lingkungan 70kg hingga 72kg sahaja dalam 4-5 bulan kebelakangan ini, saya harus terima yang ia juga akan mengurangkan kelajuan saya berbanding ketika berat purata saya cuma dalam lingkungan 67kg ke 68kg sahaja sepanjang tahun 2016 dan 2018. Walau bagaimana pun, saya sedar yang penambahan berat badan saya juga adalah disebabkan penambahan otot hasil daripada diet lebih protein semulajadi yang saya amalkan dan aktiviti-aktiviti saya di gimnasium yang lebih kerap dan terancang berbanding dulu. Ini kerana saya masih dapat mengekalkan peratusan lemak badan saya di dalam linkungan 17% ke 20% dan visceral fat di bawah 10 apabila saya menguji bacaan-bacaannya setiap bulan.

Secara jujurnya, saya rasa lebih selesa dengan berat dan rupabentuk badan saya sekarang yang buatkan saya rasa lebih selesa dan puashati dengan penampilan saya dengan pakaian kerja dan juga santai.

Secara keseluruhannya saya amat berpuashati dengan larian saya pada penyertaan pertama saya pada LBB 2018 ini walaupun sedikit kecewa dengan waktu pelepasan yang agak tidak diuruskan dengan baik dan penyediaan kemudahan hentian air. Perkara-perkara lain bagai saya adalah amat baik terutamanya kawalan trafik terutamanya yang melibatkan Jalan Sultan Abdul Halim. Suasana dan susun atur di tempat acara di Dataran Merdeka juga amat baik dan diuruskan dengan lancar oleh pihak penganjur. Saya juga rasa tidak keberatan untuk kembali semula untuk menyertai acara ini pada tahun hadapan.

Selepas saya tamatkan larian saya dan mendapatkan medal, saya berehat sekejap sambil bersembang dengan kawan-kawan yang saya jumpa yang juga telah tamatkan larian mereka. Kemudiaan saya mengambil Kamera DLSR saya dan pergi mendapatkan tempat untuk mengambil gambar ketika para peserta menuju ke garisan penamat. Seperti di PJHM, sementara menunggu isteri dan kali ini anak-anak saya sekali menuju ke garisan penamat, saya ambil juga gambar sebahagian para peserta yang sedang berlari untuk menamatkan larian mereka. 

Seperti biasa juga, saya juga seronok melihat keseronokan kebanyakan pelari yang juga teruja bila terlihat ada jurugambar yang sedang mengambil gambar mereka dan ada yang mula memberikan bermacam-macam gaya untuk diambil gambar. Ada juga yang dapat cam saya dan sempat panggil nama saya untuk ambil gambar mereka.

Pada mulanya anak lelaki saya yang sampai dulu dan tidak berapa lama kemudian baru isteri dan anak perempuan saya pula sampai bersama-sama. Saya sempat merakamkan mereka dalam kamera saya ketika mereka sedang berlari menuju ke garisan penamat.
Di bawah ialah gambar-gambar mereka yang sempat saya rakamkan.












Satu perkara yang agak unik pada acara ini juga ialah penganjur menyediakan pancuran air daripada trak pemadam api Bomba sebelum semua peserta sampai ke garisan penamat. Isteri dan anak-anak saya juga tidak melepaskan peluang bermain dengan air pancuran itu sebelum mereka menamatkan larian mereka dan saya juga sempat mengambil gambar mereka sedang bersuka-ria bermain dengan air.




 
Kemudian kami habiskan masa berehat sebentar sambil menikmati air dan snek yang disediakan penganjur dan seterusnya mengambil lagi gambar-gambar bersama dan dengan kawan-kawan yang saya terjumpa. Kami tinggalkan Dataran Merdeka dan kembali semula ke hotel lebih kurang jam 10 pagi. Saya tahu saya perlu berehat secukupnya selepas itu untuk bersedia semula pada jam 5.30 pagi pada hari Ahad untuk menghabiskan jarak 21km pula.









Selepas makan tenghari di gerai ikan bakar di Tanglin,belakang Masjid Negara, kami semua pergi menghantar anak perempuan saya ke UM dan kemudian terus balik ke rumah.

Jika difikirkan, ia memang hari-hari yang amat padat sejak petang Jumaat selepas waktu kerja hingga Sabtu yang amat penuh dengan pelbagai aktiviti.Namun  ianya terasa amat berbaloi dan tidak ternilai kerana kerana dengan fikiran dan badan yang sihat dan terasa ceria untuk semua itu nikmati dengan keluarga.Jadi saya rasa ia memang satu lagi hujung minggu yang berkualiti untuk saya sekeluarga dan saya amat bersyukur kerana isteri dan anak-anak saya makin seronok menikmati , menghargai dan mengamalkan cara yang lebih sihat untuk menghabiskan masa bersama.

Selain daripada itu, dapat juga terus berjumpa dengan kawan-kawan yang sama suka berlari yang selalunya hanya berinteraksi di media-media sosial sahaja. Rasa lebih seronok dan mesra bila dapat berjumpa dan bertegur sapa secara in-person dan adakalanya seolah-olah sudah kenal lama hanya kerana punya minat yang sama iaitu kebanyakannya untuk kekal hidup sihat dengan berlari. Moga-moga dapat jumpa lagi semua!
Di bawah ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan bersama mereka pada kali ini.









*******************************************************************
....................................................................................................................

ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE:NPE HIGHWAY CHALLENGE
29 July 2018
Venue:Sunway Pyramid, Petaling Jaya
Photos in this write are  arranged in the sequential order.

My plan and target for this run was to maintain under 2:30  or 2:26 at least and if possible to beat my time at PJ Half Marathon about two weeks ago.The most important thing is I must avoid any injury to ensure the run would not affect my preparation for Kuching Marathon in the Great Borneo Series 2018.

I had a pretty miserable run at Miri Marathon in March and followed by a moderate run at Borneo Marathon in May. It would be great if could have my best run in the series at Kuching to end it with something awesome in my FM challenge this year.

Had a good rest upon reached home at about 2pm from the LBB 2018.I I had a very good deep sleep until about 5.30 p.m. before having an early dinner at about 6.30 p.m. Took extra plain water and ORS few times since I reached home until  I went to sleep again at about 10.30 p.m.

I woke up at about 2.30 a.m. and get myself prepared and left Nilai to the venue at about 3.00 a.m. I felt fresh in the wee hours and grateful enough when I did not feel too fatigue or pain at my right foot when I put on my running shoes again.
From Nilai I took PLUS highway and stopped at the Petronas Station after Sg. Besi toll to have some snack and more plain water. 

I decided to travel early because I did not have any idea about the parking areas and traffic nearby the event venue at all other what I read in the event's official FB page. I had a pretty smooth traffic from Nilai and until I entered the Federal Highway and then exited to LDP  to head towards Sunway Pyramid.

Arrived at the event venue area at about 4.00 a.m. and saw some roads already closed but with traffic personnel see directing motorists about the traffic. Asked one of them and he suggested me to park nearby at the Pelita Nasi Kandar Restaurant and I followed his words. So lucky that I found a parking spot just in front of the restaurant and parked my car there. In the same time, I started to see more and more cars were coming and looking  for parking spots.

Then I looked for restrooms at the restaurant and eased myself to make sure I will be more comfortable before and during the run since that wast about more than one hour wait before the FO at 5.30 p.m. 

I left my car at about 4.40 a.m. and walked for about 200-300 metres to the event venue. When I arrived, the event area was still not busy with runners year but they were seen coming in the same time.

I can see the area for the event was quite spacious in front of the Sunway Pyramid building that facing the NPE Highway. The arrangement for booths and tents that housed the sponsors, games, luggage storage, F and B trucks and etc. were quite well arranged and organised to make enough space for all to move around comfortably. The FO arch was placed at other side of the highway and the FL arch was at the other opposite direction exactly in front of the building area.

Bumped into some of my friends who arrived early as well and chatted while waiting for others.Met some friends who did back to back runs from the LBB like me as well.
Jamsari from Nilai and Ekhwan from Johor

When the clock showed close to 5.00 a.m., all my friends from Anonymous Runners who joined the 21km run arrived and we gathered for a while before moving to the FO area at the other side of the already fully closed highway. We walked to the FO arch together and took some photos together on the way there.




Photos by Suria Kencana
By 5.10 a.m. the FO area became more and more crowded and from what I could see, at least 2 to 3 thousand runners were there for the 21km distance. 

At this point, I felt my body was quite fresh  and already recovered from the 10km run with some speed a day before at LBB 2018.What I was not sure and felt nervous a little bit was just about how strong my body especially my lower body muscles can stay strong for me to execute my plan for this event. The approach was just to run at pace 6 for the first at least 15km and will follow whatever pace that my body can maintain after that until the finish line. For this run, I decided to wear the top body tight again because I felt so comfortable running with it for the first time at the PJHM recently. This was also the first time I used the just bought running belt to hang my running bib and placed energy gel for my 21km run.

There was one small stage next to the FO arch where the VVIPs to flag off runners and also used by the instructor for the warming up session before the FO. At this stage, it was very obvious the event has been very smooth since I stepped into the venue area. Pacers were also provided with balloons indicated the pace mins/km for each pacers group.
Jaz Yap
Eddie from Runing Kaki Malaysia

Photo by Suria Kencana

Finally runner were flag off about few minutes late from the 5.30 a.m. From the middle part of the crowd behind the FO line, it took me about one minute for me to cross the FO arch and started my run. 
At the first toll gate after the FO.
Photo by David from My Runners.
The run started quite well and somehow I managed to clock pace 5 and still feeling relaxed for the first 1km. I continued running with the same pace for the remaining few more km.Surprisingly I could maintain the pace 5 average until I stopped for the Subuh prayer after 8km. Only one thing  that I felt not comfortable was about having the two packets of energy  gel hanged at my waist.One fell after the 2km and I decided to put another one in the small back pocket  of my running short after that.

Again, I did not study that much about the route but I expected it would be that much stretch with too much elevation just like a typical highway route. After about 3km, I bumped into one famous runner with the full superhero Deadpool costume running in front of me. I called his superhero name loudly and said to him" Come on Deadpool! Inspire us!". He replied and whispered to me that he was struggling due to lack of training for the run but I just laughed at him. Actually I know who he really is but when he tried to talk to me slowly when I was passing him, I pretended I did not know him. He! He! He! Then I continued my run and left him behind.
The first half of my run which was better in timing from my initial plan.
Running along the fully closed highway for the entire 21km distance gave me a different kind of experience.Physically the challenge is lesser because no hilly area that will test the lower body joints and muscles to keep running like at Bukit Tunku area but mentally it is still very demanding when the surrounding could be very boring. However, I felt more relaxed when I was entering the second half of my run when I realised that I have exceeded my pace target during the first half. So, after the U-turn after at  about the 10km, I decided to stick to my plan which was just to run at pace 6 at least until 15km and will take it from there after that. After  the U-turn I also started to cheer up other runners from the opposite direction for them to keep running.

I was also very nice when I bumped into my running friend MC Lee who is a barefoot runner after few km from the FO. Whenever we overtook each other, we also cheered up each other along the way until finally he disappeared in front of me after the 17km if I am not mistaken.

After the 16km, the route became more crowded with runners when HM runners joined by 10km runners with the pink coloured tee after they made their U-turn.

Everything was  according to my plan until I crossed the 15km mark where I was still able to maintain the pace 6 as planned. However, I started to feel uncomfortable after I crossed the 16km mark. I felt slight pain at my left thigh muscle like a sign of cramp.I  slowed down and somehow the pain gradually disappeared and I managed to regain the pace 6 at the until the 18km.

I thought I was going to be alright to stay running at pace 6 to the finish line but I was just not meant to be. Finally, the muscle cramp struck me again after that but it was not that bad as it happened during my HM at Putrajaya Night Run in November last year.Without hesitation I just decided to slow my run again and just applied the slow run and walk strategy to ease the pain for me to be able to finish the run.
I felt relaxed because when I looked at my watch, I was still far below the 2:26 target for me to finish my run at this event. The most important thing to me was just to avoid further pain that can lead to more serious injury that disrupt my preparation to finish the 7th full marathon run of the year at Kuching soon.

Running and walking to the finish line is less than 2km.
Photo by Best of Running.
So, for about  the last 3km to the finish line, I just enjoyed the scenario and ambient of running and walking at the fully closed NPE highway with thousands of other runners. There were groups seen cheering runners who were chasing their personal goal and glory  to reach the finish  line. Not to forget about the presence of  running photographers who were busy capturing runners  with all sort of faces and expressions especially within the the last few 1km from the finish line.




The excitement within the last 500 metres to the finish line.
Photos by Jamal Zabari
I must say that this event will enter the list of best events that I have participate so far.The most amazing part for me is the entire route for the 21km distance was entirely closed for runners to enjoy and focus on  running. All runners had zero worries about the traffic control or safety issues and should  be the best place to achieve individual PB timing.

Every km is well marked and a signage of each water station was clearly shown and placed to be seen by runners. I have zero complaint about the numbers and supplies at all water stations as well. 
The temporary Surau was also provided for muslim runners to pray next to the toll plaza after 8km mark.

Finaly I reached and crossed the finish line in 2:17 according to my watch and officially 2:18 as published by the organiser. About the same time I finished the more hilly route at PJHM. I am more than happy with my overall performance at this event despite the minor cramp setback at the final phase of the run.

Everything was executed according to my plan although I ran slightly faster during the first half which saved me during the second half to enable me to achieve my timing target.
Surely, I will come to run at this event and it could be an attempt to break my PB next time. In sha Allah.


After crossing the finish line, collected my medal and had some drink and snack provided, I walked straight away to collect my finisher tee at the carnival area of the event.Along the way and after that, I bumped into more running friends who have also finished their run and took photos with  them as well.
Then I had some more drinks and meals provided at that area while looking and  waiting for other friends.

This time, my friends from Anonymous Runners group agreed to gather and to take the group photos after the run.

Below are more photos after I finished my run with all old and new friends from FB and Instagram and some I met them for the first time.


Benny Khoo




FB friends

Azuan Sabri.
He claimed he did not train enough but still
recorded faster time than me.


With the 3rd Place Women Veteran Category Grace Tan 
and her spouse.


With Ekhwan and Syed Fadzlon from Johor and Hussien.

The top FM runner in Malaysia, Muhaizar 

With the Deadpool, Hussien and Bhuvana

First time meeting my FB friend in-person, Taqim









They recognised me from FB and nice to meet them in person too.


My IG friend Yuzaidah @ Blue_velvet83 with her husband


Don't have to be a winner to feel like a winner.
Just finish the run!


Hazrani

Husin. He did 15km Cultra on Saturday and finished 10km here.

Norman. My working friend and he was on duty this time.

Below are group photos with runners from Anonymous Runners.





From left:
Fyrus, Hazrani@Yan, Hussien, Me, Esther, Linda Zaini,
.....,....., Yusnisan@Isey, Hafizullah.






The awesome, happy and healthy weekend finally ended in the best way I could ever imagine.I had great times with my family and friends. The best part of all that is, the healthy element was the major part of that great times for another weekend. 

I finished both events and achieved almost all my targets for each event as well. The most important things I left the weekend with no injuries or problem to continue to prepare myself for Kuching Marathon.

See you again in the next event. The first ever Predator Night Run Putrajaya on 4  August 2018, Saturday where I will run in 15km category with my good friend who will come all the way from Alor Setar.


"Life is short.Enjoy it more by being healthy through a much cheaper way. A healthy lifestyle"

No comments: