Friday 17 October 2008

Diri aku yang aku lihat(3)


Aku degil?!!! Keras kepala?!!! Susah nak terima pendapat orang?
Perkara yang biasa aku dengar tentang diri aku....bukan daripada orang luar pada mulanya...from within my family...seingat aku yang tak pernah cakap macam tu dengan aku ialah mak dan ayah.
Yang aku ingat..mak cuma pernah cakap....aku ni keras hati dan aku juga yang paling lembuit hati. Ayah pulak tak pernah cakap apa-apa pun. Yang aku tahu..ayah selalu bangga dengan apa yang aku capai walaupun dia tak pernah cakap kat aku.

Pendapat aku sendiri???
Ada benarnya kata-kata mereka tu tapi rasanya tak adil untuk anggap aku macam tu untuk semua perkara atau semua keadaan. Tapi siapalah aku untuk tentukan adil ke tidak sebab itu hak mereka dengan pendapat masing-masing.
Sebenarnya...selepas lebih 34 tahun aku bernafas sebagai manusia...ada satu ketika(aku tak pasti bila sebenarnya) aku telah ada pegangan atau falsafah sendiri tentang hidup aku. In short, aku akan berpegang pada perkara itu melainkan ada sesiapa yang boleh yakinkan aku bahawa apa yang aku pegang itu salah dan hanya akan hancurkan hidup aku.

Pegangan aku mudah....
AKU AKAN BUAT APA YANG AKU SUKA SELAGI AKU TAK MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN DAN AGAMA TAK KATA SALAH. HORMATI HIDUP ORANG LAIN DAN JANGAN NILAI HIDUP ORANG DENGAN KAYU PENGUKUR KITA.

Aku tak suka melihat sesuatu yang susah atau negatif tentang sesuatu perkara dan apa yang berlaku dalam hidup aku mahu pun sekeliling aku. Aku takkan demand atau harap semua orang akan faham atau terus setuju dengan apa yang aku fikirkan...atau apa yang aku buat. Yang aku pasti, dalam kebanyakan situasi aku fikirkan sesuatu sedalam-dalamnya sebelum buat sesuatu perkara.

Aku tak suka meminta-minta sejak aku kecil. Mungkin masa aku kecil apa yang aku minta susah nak dapat disebabkan keadaan hidup ketika itu. Satu ketika sejak kecil jugalah aku tanamkan tekad dalam hati aku, aku akan dapatkan sendiri apa yang aku mahukan. Jika aku lihat semula ke belakang hingga sekarang, banyak perkara yang aku mahukan telah pun aku capai. Syukurlah, kehidupan aku rasanya lebih baik daripada apa yang aku impikan pada usia begini dan aku yakin...I can only make it better dengan izin Allah. Yang paling menggembirakan aku ialah...keselesaan hidup yang aku nikmati sekarang dapat kau kongsi dengan isteri, anak-anak, mak, ayah dan adik-adik aku.

So, kesimpulannya pada aku...apa salahnya kalau aku degil dan keras kepala jika inilah kehidupan yang aku nikmati sekarang? Bagi aku, persepsi atau anggapan sebegitu tetap juga aku lihat secara positif....satu peringatan agar aku tidak jadi bongkak sesama manusia dan takbur dengan rezeki yang Allah berikan setakat ini.

Banyak lagi impian-impian baru yang menjengah ketika kaki aku terus melangkah meneruskan hidup dan aku akan terus cuba menggapainya satu persatu...cuma aku perlukan ingatkan diri aku agar kekal dalam landasan yang betul, nikmati setiap apa yang aku telah capai dan terus bersyukur pada Allah dengan apa pun yang harus aku lalui...pasti ada hikmah untuk semua perkara yang Allah telah jadikan dalam laluan hidup hamba-Nya ini....

No comments:

Post a Comment