Friday 17 November 2017

CERITA DARI KUALA KANGSAR:LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH 2017


Satu lagi hujung minggu yg sudah lama saya nantikan. Terasa agak geram bila tengok keseronokan dan komen kawan2 yg berlari di Kuala Kangsar tahun lepas dan juga bila melihat gambar2 dan video yg dikongsi di internet.
Selepas mengharungi larian yg 'ngeri' di Putrajaya  Night Marathon pada 4 Nov, kesibukan kerja tidak mengizinkan utk buat larian biasa untuk recovery pada pagi/malam Isnin sampai Khamis. Cuaca hujan yg tidak tentu masa juga menambahkan lagi sebabnya.

Jumaat 10 November.
Saya cuma mampu buat larian 5km pada  pagi Jumaat 10hb dengan sedikit latihan speed intervals dan uphillSeronok sangat pagi tu sampai saya hampir terlupa pada malamnnya saya akan sertai Great Ledang 5km Night Fun Run di Tangkak yg dianjurkan bersama oleh Kolej Komuniti Ledang.Tujuan saya sertai larian tersebut adalah semata-mata demi memperingati dan menyampaikan hajat arwah seorang sahabat Ahmad Naufal berlari di acara yg kolej beliau anjurkan.


It as just a small event but was lived up the fun run expectation with carnival atmosphere sempena karnival Great Ledang at Dataran Ledang,Tangkak. Flat route and excellent traffic control with some people cheering up at some stretches along the route. Thanks and well done to Marzuki Khalid yang sempat jugak lari sambil pegang je bib sebab sampai lambat lepas FO all the way from KL. Naufal already left us but our friendship don't. 

Al-Fatihah dan semoga roh arwah tenang di sana.







Tak sangka juga saya dapat buat larian yg agak baik dan lancar di sana.Habiskan larian dalam tempoh kurang daripada 25 minit sahaja.Dapat juga beri perasaan yang baik yang tahap kecergasan saya dalam keadaan yang baik selepas alami keracunan makanan dan kejang otot pada malam Sabtu sebelumnya ketika PNM.

Sempat kembali dari Tangkak sebelum tengah malam dan terus berehat dan tidur. Perancangan untuk sertai LHKSNS telah saya tetapkan pada bulan Jun bila pendaftaran mula dibuka.Bila saya ceritakan pada isteri saya, dia pun rasa teruja dan seronok untuk sertai.Akhirnnya dia pun mendaftar untuk 10km bersama kawan2 dia di sebabkan kategori lain yg ada selain 15km ialah 7km hanya untuk murid2 sekolah. Mujur juga kami dapat tempah bilik di Kuala Kangsar melalui booking.com bila hotel2 di Kuala Kangsar yang saya hubungi pada bulan September sudah pun habis di tempah.


Untuk percutian pendek hujung minggu dan larian kali ini, saya pergi bersama isteri dan dua anak Fareesya dan Zakwan.Kakak Sofiyya sedang ambil SPM dan Abang Zaim tak dapat balik dari asrama walaupun saya dah belikan bib untuk dia.

Sabtu 11 November.

Kami bertolak dari Nilai selepas solat Subuh dan sampai di Kuala Kangsar lebih kurang jam 11 pagi. Pemanduan saya agak lancar kerana trafik agak baik juga sepanjang perjalanan. 

Pagi itu juga ialah buat kali pertamanya saya menjejakkan kaki di Bandar Kuala Kangsar.Sebaik sahaja sampai, saya terus menuju ke Dewan Jubli Perak untuk mengambil pek larian. Pemanduan saya memasuki jalan ke arah dewan  tersebut melintasi jalan tempat permulaan larian.Kelihatan khemah-khemah dan persiapan2 lain sudah pun siap di pasang.Proses pengambillan pek larian juga agak lancar dan kelihatan tidak berapa ramai para peserta yang ada.Do dewan saya terserempak dengan Aizat Yanan yang juga telah sampai. Dewan itu agak luas dan dimaklumkan kepada saya oleh kru yang ada bahawa pengambilan goodies bag selepas larian juga akan dilakukan di dalam dewan berkenaan.



Suasana di dalam Dewan Jubli Perak ketika mengambil pek larian.

Selepas itu, memandangkan masih awal, saya buat keputusan untuk pergi memandu di sekitar bandar dahulu dan sambil mencari tempat makan tengahari.Oleh kerana tidak tahu tempat2 yang sesuai untuk makan, kami Cuma guna peta Google  untuk mencari. Bila saya perhatikan, pemandangan dari plaza tol ke Dewan Jubli Perak sebelum itu, bangunan2 yang ada lebih moden berbanding bangunan2 yang ada selepas itu.Saya jangkakan itu ialah kawasan bandar yang lebih lama dengan bangunan2 jenis lama yang hampir dengan tebing Sungai Perak. 

Berdasarkan peta Google  ada medan selera cendol dan laksa berhampiran Dataran Sg. Perak tetapi bila kami sampai di sana, kebanyakan kedai  makan masih belum dibuka. Cuma ada beberapa gerai laksa dan cendol sudah dibuka tetapi  trafik agak sesak dengan banyaknya kenderaan mula memasuki kawasan itu. Laluan jalan yang agak sesak itu melalui kawasan gerai2 cenderahati dan juga jeti bot pelancong di Dataran Sg. Perak yang terdapat juga taman rekreasi awam di seberang jambatannya.

Kemudian saya cuba cari lagi tempat lain dan terpaksa menempuhi jalan bulatan  yang agak kecil  serta terdapat menara jam di tengah-tengahnya. Bulatan ini juga ialah tempat pertemuan empat simpang jalan yang menyebabkannnya agak sesak juga ketika itu. Menuju ke bulatan itu, saya nampak ada lukisan2 mural seolah-olah 3 dimensi yang amat menarik di dinding2 bangunan kedai2 lama yang ada.Ia ialah gambar2 kereta2 sorong menjual laksa, cendol, kuih dan gajah.Ketika itu saya katakan kepada anak2 saya yang saya mesti nak bergambar di dinding2 itu. 

Tidak jauh dari bulatan itu juga terdapat satu replika kapal terbang pejuang yang nampak jelas dan menarik bila di pandang buat pertama kali.


Anak2 saya juga teruja bila nampak replika kapal terbang tersebut dan saya pun  berhentikan kereta di sebelah lokasi berkenaan.Kami turun sebentar untuk melihat replika itu dan mengambil gambar2 untuk kenangan.





Bergambar di replika kapal terbang pejuang di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar

Kemudian tiba2 saja hujan mula turun rintik2 tengah panas pada masa itu dan kami pun bergegas ke kereta.Lepas itu kami cuba cari lagi tempat makan dan langkah baiknya nasib kami sebab kurang dari 1km dari tempat replika itu, dengan bantuan peta Google kami akhirnya jumpa juga tempat makan tenghari yang amat menarik. Nama kedai makan itu ialah Teratak Warisan Kampung yang menunya ialah makanan2 tradisional kampung pelbagai jenis.Jadi, puas hati sungguh saya makan tengahari dengan  isteri dan anak2 tengahari itu.

Tempat makan tengahari pada hari Sabtu. Memang enak dengan menu2 tradisional Melayu dan ikan bakar

Sampai di tempat penginapan di Kampung Sayong yang jaraknya lebih kurang 3km daripada pusat bandar lebih kurang jam 1 tengahari lebih sikit. Ketika memandu mencari tempat itu, saya dapat lihat beberapa papan tanda arah larian sudah ada di pasang di sepanjang jalan. Itu juga buatkan saya rasa makin teruja untuk memulakan larian esoknya kerana laluannya akan lalu juga jalan ke arah tempat penginapan kami. Nama tempat yang saya tempeh itu ialah Desa Retreat. Agak gusar juga saya bila saya sampai dan  tengok keadaan tempat yang saya tempah untuk menginap dari luar.Ianya kelihatan seperti rumah sebaris rumah kabin pasang siap sahaja. Sebaik saja sampai, saya Nampak dua orang, seorang lelaki berumur dalam lewat 40-an dan seorang kakak sedang berkemas.

Saya perkenalkan diri dan tanya di mana bilik saya. Lelaki itu tanya saya tempeh melalui apa dan saya jawab sudah disahkan oleh booking.com. Dia tiba2 kata yang dia tak kemas kini pun pengesahan daripada booking.com. Saya terus tanya yang ada ke tidak bilik untuk saya. Tiba2 perempuan yang ada dengan dia tu menyampuk ada. Fuhhh! Lega saya. Kemudian cepat2 saya beritahu yang kawan2 isteri saya pun dah tempeh dua lagi bilik dan sedang dalam perjalanan dengan keretapi ETS.Kemudian lelaki itu jadi panik semula dan cepat2 dia tanya perempuan itu semula. Setelah perempuan itu semak semula, dia kata mujurlah ada dua lagi bilik yang kosong. Saya terus minta mereka jangan beri bilik2 tu kepada orang lain sebab sudah pasti kawan2 isteri saya akan  datang tidak berapa lama lagi.Mereka setuju.

Kemudian saya diberi kunci dan saya tanya macam mana nak buat bayaran sama ada meas itu atau masa nak balik esoknya. Lelaki itu kata bayar masa itu pun boleh dan saya terus buat bayaran sebanyak RM125 semalam. Lepas masuk dalam bilik baru saya rasa lega sebab keadaan dalam bilik memang macam yang saya tengok dalam internet dan kemudahan2 yang  disediakan.Agak selesa juga untuk kami empat beranak.

Bila saya jengok balik keluar selepas itu, saya sudah tak nampak lelaki dan perempuan yang kami jumpa tadi tetapi saya ada lagi dua buah kereta dengan nombor plat bukan Perak sampai. Nampak mereka seolah-olah mencari-cari seseorang untuk bertanya. Yang saya Nampak, hanya ada enam buah bilik yang disediakan.Ketika saya sampai, sudah ada satu keluarga dari Shah Alam yang juga masuk larian mendaftar masuk.Dengan saya dan dua lagi bilik untuk  kawan2 isteri saya, saya tak pasti bilik2 ada cukup dengan tempahan sebenar yang diterima. Dengan cara mereka yang panik ketika saya sampai tadi, saya rasa mereka akan ada masalah jika ada orang yang datang dari jauh yang sudah sahkan tempahan tetapi tak dapat bilik. Dalam hati, saya cuma berharap agar tiada sesiapa yang teraniaya atau bermasalah nanti.

Selepas mengemaskan barang2 dalam bilik, saya rancang ingin berehat saja dulu dan ingin keluar semula selepas waktu Asar untuk berjalan2 lagi di bandar.Selepas makan malam, kami boleh balik ke  bilik dan berehat untuk larian esok harinya. Pada masa ini saya dapat mesej daripada rakan larian saya dari Pulau Pinang, Aziz yang dia minta tolong saya ambilkan pek larian dia dan isteri sebab mereka hanya akan sampai pagi esoknya. Saya setuju untuk ambilkan.Sebelum ini, dia pun pernah tolong saya untuk perkara yang sama ketika Ipoh 7 Bridges run pada bulan Julai.

Setelah kawan2 isteri saya sampai tidak berapa lama kemudian dan selepas solat Zuhur, saya ubah keputusan untuk terus keluar kerana nampak cuaca sudah mula mendung. Jika lewat lagi, saya bimbang tak sempat nak bawak anak2 saya naik bot yang ada menyusuri Sg. Perak.

Mula2 saya dan isteri hantar kawan dia ke tempat untuk ambil kereta sewa mereka. Ketika kami keluar sekejap, kawan saya Ismail Razali@ Mael dari Shah Alam yang juga orang Perak datang hantar buah rambutan yang dipetik dari kampungnya ke bilik saya dan anak2 saya yang meyambutnya. Dia juga akan sertai larian esoknya. Ketika saya memandu keluar dari tempat Desa Retreat itu, saya Nampak ada lagi kereta yang masuk dan seperti yang saya nampak sebelum itu, pemandunya seolah-olah mencari seseorang.

Selepas itu, saya jemput anak2 saya dan memandu semula ke bandar. Selepas ambik pek larian Azis, kami terus ke Dataran Sg. Perak dan sebaik saja sampai kami terus makan cendol dan laksa  di salah satu gerai di tepi sungai di situ.Selepas itu, kami mula bergambar di sekitar jeti bot. Saya buat keputusan untuk naik bot pada petang itu dengan jangkaan akan lebih ramai orang pada esok harinya kerana dimaklumkan ia adalah percuma untuk mereka yang mendaftar untuk menyertai larian.



Makan cendol dan laksa dulu sebelum naik bot di Sg. Perak
Kami kemudiannya membeli tiket untuk naik bot,RM8 dewasa dan RM5 untuk kanak2. Bersama-sama kami yang menyertai naik bot selama lebih kurang 20 minit lebih petang itu ialah seorang ibu dan anak perempuan yang muda sedikit daripada Fareesya.








Pengalaman menaiki bot di Sg. Perak buat kali pertama dengan anak-anak
Ketika menaiki bot, hujan sudah pun turun tetapi cuma renyai2. Bot menyusuri sepanjang tebing sungai ke arah jambatan putih(tak ingat namanya) dan membuat pusingan U ke arah sungai yang lagi satu.Sambil menikmati perjalanan menaiki bot yang pendek itu, kami juga seronok mengambil gambar ketika not bergerak.Seperti yang saya jangka, yang paling seronok ialah anak2 saya yang sudah agak lama juga tak naik not sekeluarga macam tu.

Selepas kami selesai menaiki bot, hujan mula turun renyai2. Dari jeti kami terus bergegas berjalan ke arah lukisan mural yang kami nampak tenghari tadi. Cepat2 kami berlari2 anak ke sana untuk mengambil gambar dan seterusnya kembali semula ke kawasan dataran tepi sungai.
Ketika sampai di sana, hujan sudah pun makin lebat namun saya lega kerana dapat buat semua apa yang dirancang sebelum itu. Sambil menunggu hujan reda sedikit, kami makan dan minum lagi di medan cendol dan laksa di sana. Kali ini kami pesan makanan untuk makan malam bungkus  dan makan pasembur dan cendol pula dalam hujan itu.

Kemudian saya berjalan-jalan dan melihat cenderahati2 yang dijual gerai2 yang ada di kawasan itu. Sempat juga saya beli sepasang parang dengan sarungnya untuk saya guna jika ada aktiviti2 di kampung atau di kawasan rumah saya yang melibatkan melapah dan memotong daging lembu terutamanya ketika musim hari Raya Korban. Saya tak berfikir panjang untuk beli sebab memang saya sudah lama mencarinya dan kualiti dan harga yang ditawarkan agak berbaloi berbanding yang saya pernah jumpa di tempat2 lain sebelum ini. Pada masa itu lebih kurang hampir pukul 7.00 malam, semua gerai makanan nampak sudah pun di buka dan orang pun semakin ramai yang datang dalam hujan yang sedang turun tetapi sudah tidak berapa lebat lagi.


Memandangkan hujan masih tidak lagi berhenti, saya terus buat keputusan untuk balik saya ke bilik dan berehat untuk larian pada esoknya.










Bergambar di lukisan mural 3-dimensi di dinding bangunan kedai lama di bandar Kuala Kangsar

12 November…Hari Larian.

Untuk larian ini, saya tidak ada sebarang perancangan atau strategi tentang masa atau sebagainya.Saya cuma merasai dan menikmati pengalaman berlari di acara ini buat pertama kali setelah begitu teruja membaca, mendengar dan melihat apa yang dikhabarkan untuk tahun lepas.

Saya juga membawa kamera DLSR saya untuk mengambil gambar2 peserta2 larian terutamanya gambar isteri dan gambar  kawan2  saya yang turut serta berada di Kuala Kangsar pada kali ini. Seperti biasa, saya juga rasa tidak sabra untuk merakamkan apa2 perkara yang menarik yang saya akan jumpa pada sepanjang larian itu nanti.

Saya dan isteri tinggalkan bilik kami lebih kurang jam 5.10 pagi.Kami bercadang untuk sampai awal dan solat subuh di masjid yang bersebelahan dengan Dewan Jubli Perak yang dekat sangat dari tempat permulaan larian. Sampai  lebih kurang jam 5.20 pagi di sana dan bernasib baik dapat tempat letak kereta yang sangat hampir dengan masjid.

Kemudian kami terus pergi ke masjid untuk menunggu masuknya waktu solat Subuh.Ketika itu, sudah semakin ramai peserta yang sudah sampai dan sedang sampai sedikit demi sedikit.


Di masjid, saya berjumpa dengan kawan2 daripada Group Running Kaki Malaysia dan juga kawan2 biasa seperti Izwan Sahari, Abg Azman Ali dan Ahmad Johan.Kami sempat bersembang sekejap sehingga Azan Subuh.

Jumpa kawan-kawan sebelum solat Subuh:
Dari kiri, Azman Ali, Omar Shuib, Izwan Sahari, RK, Ahmad Johan
Selepas solat Subuh saya dan isteri terus kembali semula ke kereta untuk bersiap-siap dengan kasut larian dan ambil sedikit makanan dan minum air sebelum larian bermula. Larian 15km dijangka akan dilepaskan pada jam 6.50 pagi dan 10km jam 7.00 pagi.

Sebelum itu saya sempat serakan pek2 larian kepada Azis.Setelah bersiap, saya dan  isteri berjalan menuju ke tempat permulaan dan para peserta pun sudah mula berpusu-pusu sampai.Pihak polis pun mula semakin sibuk mengawal trafik yang semakin sesak dengan kenderaan dan para peserta. Apa yang agak pelik bagi saya sejak saya mula sampai di tempat ketika sebelum masuk waktu Subuh ialah masih ada para pekerja dengan lori dan perkakasan yang masih membuat kerja mengecat jalan yang sudah pun mula dibanjiri dengan para peserta. Entah mengapalah agaknya semua itu tidak diselesaikan lebih sebab ia menambahkan lagi sesaknya trafik dan mengganggu pergerakan orang ramai dan kenderaan2 ketika itu.

Sebaik sahaja isteri saya berjumpa dengan kawan2 dia, saya dan dia pun berpecah.Saya terus menuju ke tempat permulaan dan juga cuba menghubungi Pak Engku Raja untuk beri dia bib yang sepatutnya untuk anak saya. Memandangkan yuran pendaftarannya hanya RM30 saja dan daripada saya bazirkan bib itu, saya berikan percuma saja kepada sesiapa yang nak berlari pada hari tu.Kebetulan ada kawan beliau yang berminat.

Suasana di tempat permulaan memang amat meriah. Hampir semua perbualan yang saya dengar hanya tentang betapa terujanya masing2 bila dapat sertai larian tahun ini dan tak sabar2 nak memulakan larian.Di tempat permulaan ini,saya terserempak dengan kawan2 larian lagi seperti Cikgu Syarizal Ibrahim, Mi-g Raji,Shah Ril dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat nama masing2.Seperti biasa, sesi swafoto dengan kawan2 takkan dilepaskan setiap kali bertemu pada acara larian. 

Sementara menunggu masa pelepasan, sempat juga berkenalan dengan kawan2 larian yang baru bersembang sekali sementara  menunggu Tuanku Sultan sendiri yang akan melepas para peserta.
Cikgu Syarizal Ibrahim

Mi-g Raji

Pak Engku Raja

Tepat jam 6.50 pagi para peserta pun dilepaskan oleh Tuanku Sultan Nazrin Shah.Dari tempat saya berdiri, saya dapat melihat Tuanku melamba-lambai kepada para peserta yang lalu di hadapan beliau. Pergerakkan para peserta selepas dilepaskan agak perlahan juga saya perhatikan. Ini adalah kerana kebanyakan para peserta bersesak-sesak untuk cuba sehampir yang mungkin dengan kedudukan Tuanku Sultan ketika mahu melepasi beliau.

Satu sebab lagi ialah sebab mereka juga amat sibuk dengan kamera telefon pintar masing2 untuk berswafoto dan mengambil video yang berlatarbelakangkan Tuanku Sultan sambil melepasi beliau. Saya terdengar suara mereka yang bertugas di garisan permulaan agar semua peserta hanya teruskan larian tetapi nampaknya para peserta buat2 tak tahu saja.Itu termasuklah saya sebab saya juga takkkan lepaskan peluang untuk merakamkan saat2 istimewa berkenaan ketika menyertai larian sempena keputeraan Tuanku Sultan Perak ini buat kali pertamanya dalam sejarah larian dan hidup saya.

Ketika melepasi Tuanku Sultan sambil berswafoto, saya terasa begitu teruja juga kerana dapat melihat Tuanku Sultan Nazrin Shah begitu hampir sekali. Ternyata saya juga dapat merasakan aura positif dengan wajah yang mesra beliau sambil tersenyum melambai-lambai kepada kami semua peserta.


Selepas melepasi Tuanku, saya pun sama2 menyertai ribuan para peserta yang lain memulakan larian.Namun suasana begitu sesak dengan pelari2 dan  saya hanya mula boleh berlari-lari anak saja untuk beberapa ratus meter yang pertama melalui Jalan Tun Razak sebelum mula memasuki utama yang lebih luas iaitu Jalan Raja Idris.

Saya hanya boleh memulakan larian selepas memasuki Jalan Raja Idris dan sebaik sahaja mencecah km yang pertama di sana. Suasana larian sejak daripada garisan permulaan hingga melepasi Jalan Tun Razak memang sungguh meriah dan saya tidak pernah rasa semeriah ini di mana2 acara larian sebelum ini.Agak mengejutkan juga bila dikhabarkan bilangan peserta yang menyertai jarak 15km adalah jauh lebih ramai berbanding daripada jarak 10km. Ketika bersesak-sesak di Jalan Tun Razak itu, saya sempat juga mula mengambil gambar dan membuat rakaman2 video pendek. Sempat juga berlari Bersama-sama Rudy Irwan sekejap pada masa itu.

Sebaik sahaja melepasi km ke 2, para pelari di sambut dengan alunan muzik tradisional Melayu oleh kumpulan pemuzik yang juga memakai pakaian tradisional.Pada masa inilah saya mula merasakan apa yang dikhabar sebelum ini tentang perkara2 menarik yang disediakan untuk memeriahkan larian.Selepas mengambil gambar dan merakam video mereka, kami disambut pula dengan sorakan para pelajar dengan memakai baju T seragam sambil mengibarkan bendera negeri Perak kepada kami.


Sebaik sahaja melepas kumpulan pelajar ini, saya mula berfikir apalah pula agaknya yang akan disediakan di sepanjang laluan selepas ini.Pada masa yang sama,larian saya terasa begitu ringan dan santai sekali dalam pace 6 walaupun pace bukanlah sesuatu yang penting pada kali ini.

Hiburan pertama dengan kumpulan muzi tradisional Melayu.




Laluan seterusnya ialah menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil yang saya sudah lalui beberapa kali dengan memandu kereta sebelum itu untuk pergi dan balik ke tempat penginapan.


Laluan seterusnya ialah menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil yang saya sudah lalui beberapa kali dengan memandu kereta sebelum itu untuk pergi dan balik ke tempat penginapan. Sebaik sahaja mula  berlari di atas jambatan itu  kedengaran pula bunyi paluan gendang yang bertalu-talu.

Suasana pesta kembali dirasai oleh para pelari apabila semakin mengampiri bunyi itu.Satu lagi hiburan yang menunggu untuk meraikan kami.Pada ketika itu kedua-dua arah jambatan ditutup daripada sebarang kenderaan.Di atas pembahagi jambatan ditengah-tengah kelihatan satu barisan gendang2 Cina dengan pemain-pemainnya yang sedang beraksi.Manakala di sebelah yang bertentangan jambatan pula terdapat dua kumpulan orang2 yang sedang berkumpul. Kumpulan yang pertama sedang memegang sepanduk kuning dan putih serta semuanya berbaju kuning.

Satu kumpulan lagi yang lebih ramai dan berkumpul betul2 di sebelah barisan gendang pula dengan menayangkan satu kain rentang yang besar di tengah jalan atas jambatan yang bertulis Daulat Tuanku. Nampak sungguh betapa bersemangat dan seronoknya rakyat negeri Perak meraikan keputeraan Sultan Nazrin Shah.

Sebaik saja saya menghampiri mereka semua saya terus berswafoto dengan kumpulan yang memegang kain rentang itu dan seterusnya dengan kumpulan para pemain gendang tersebut.Saya jugak tidak ketinggalan merakam video pendek ketika gendang2 itu dipalu.

Apa yang saya saksikan dan lalui di atas jambatan betul2 menambahkan lagi keseronokan dan keterujaan saya dan saya yakin perasaan yang sama juga dialami oleh para pelari lain untuk teruskan larian menuju ke km yang ke-3.
Diraikan di tengah-tengah atas Jambatan Sultan Abdul Jalil


Laluan larian seterusnya ialah menuruni dari jambatan menuju ke kawasan Kg. Sayong.Daripada apa yang saya dapat perhatikan di sepanjang jalan kg. itu pada petang Sabtu, terdapat banyak tempat jualan dan juga tempat membuat labu sayong.Rasanya itu jugalah sebab labu2 yang dibuat di sana dikenali seluruh Malaysia dengan nama labu sayong.Disebabkan hujan pada petang Sabtu, saya tidak berkesempatan pergi melihat sendiri bagaimana labu sayong dibuat. Mungkin pada larian akan datang, ia akan menjadi salah satu perkara yang mesti saya lakukan bila sampai lagi di Kuala Kangsar.

Selepas km ke-3, pelari mula membelok ke kiri memasuki jalan yang merentasi Kg. Kandang Hilir dan Kg. Kandang Hulu.Apabila melalui jalan ini juga, bermulanya satu lagi perkara yang agak unik menanti semua pelari.Terdapat gerai-gerai yang dijaga oleh makcik2 orang kampung(saya rasalah) di sana mempelawa para pelari menikmati kuih-muih tradisional Melayu bermula selepas km ke-3 itu dan setiap 1km lebih yang seterusnya sehingga kami mula sampai ke kawasan sawah padi.Saya tahu kuih-muih itu memang disediakan percuma untuk meraikan para pelari daripada apa yang diberitahu oleh kawan2 yang sertai larian pada tahun  lepas.

Saya dapat perhatikan di gerai2 yang pertama dan kedua, ramai pelari agak ragu2 untuk mencuba kuih-muih yang disediakan itu walaupun ada kertas yang bertulis Kuih Untuk Larian di setiap gerai.
Pada laluan ini juga saya dapat rasakan larian saya semakin lancar dan selesa dengan pace 6 lagi tetapi terasa teramat santai.

Selepas melepasi km ke-3 berlari di jalanraya, laluan seterusnya ialah membelok ke kanan dan mula memasuki laluan jalan kawasan kampung Kandang Hulu.Laluan ini melintasi kawasan rumah2 penduduk.Yang amat menariknya ialah saya dapat lihat penghuni2 rumah yang keluar berdiri di hadapan rumah sambil melihat kami berlari melintasi rumah mereka sambil tersenyum dan ada yang bersuara mengalu-alukan pelari2.

Oleh kerana laluan agak sempit berbanding jalanraya biasa, para perlari terpaksa berlari dalam keadaan agak perlahan kerana ruang yang terhad sesama pelari. Walaupun begitu, wajah2 mereka semuanya nampak ceria sambil ada yang sibuk mengambil gambar seperti saya.

Apabila sampai di satu selekoh, kami disambut oleh satu kumpulan dengan pemain2 gitar dan seorang penyanyi wanita yang mendendangkan  nyanyian lagu2 Melayu asli di bawah sebuah khemah kecil di depan sebuah rumah. Ketika saya berhenti sebentar di sini untuk mengambil gambar dan merakam video, kawan saya Badrul Ihsan​ juga berhenti sebentar.

Seterusnya saya teruskan larian yang melintasi rumah2 dan hutan2 dan semak2 kampung dalam keadaan yang santai sahaja.Berlari di dalam kawasan kampung seperti ini terasa lebih tenang dengan udara segar berbanding berlari di laluan2 acara di bandar2.Dengan segala hiburan dan kuih-muih yang disediakan menanti untuk meraikan kami pada acara larian ini setakat ini, ia menjadikan larian ini begitu unik dan memberi pengalaman manis yang amat berbeza dengan acara2 larian yang lain yang pernah saya sertai sebelum ini.

Bagi yang menyertai buat kali pertama seperti saya, setiap perkara itu menjadi kejutan yang amat menarik dan menyeronokkan sekali.









Larian kami seterusnya  menemukan kami dengan satu lagi hiburan di dalam kawasan kampung itu.Kali ini lebih meriah dengan muzik yang lebih bising. Live band pula kali ni di bawah khemah tepi jalan lagi yang sedang memainkan lagu2 rock kapak ketika itu.Meriah dan memang meriah!

Seperti yang saya lakukan sebelum itu, saya berhenti untuk berswafoto dan membuat rakaman video dengan kugiran rock kapak itu.Kebetulan kawan larian di FB saya Aanip Aziz juga sertai saya bergambar dan masuk juga dalam video itu.

Di sebelah khemah itu pula terdapat satu lagi khemah kecil dengan budak2 perempuan yang bermain congkak.Unik dan memang unik.Pada masa itu saya fikir yang semua itu memang sengaja dirancang agar para pelari yang datang dari negeri2 lain merasa diraikan dan juga dapat melihat sendiri sesetengah budaya yang ada di sana.

Ketika ini sedar tak sedar saya sudah pun berlari melepasi jarak 5km sambil dihiburkan oleh semua itu.Secara jujurnya, berapa pace ketika itu lamgsung sudah tiada dalam fikiran saya.

Dengan Aanip 




Bila menghampiri ke jarak 6km, ada disediakan satu water station yang ada juga persembahan menanti kami para pelari.Yang ini paling menarik. Persembahan kumpulan Qasidah oleh makcik2 dengan uniform berwarna merah jambu pula.Tersipu-sipu makcik2 tu bila ramai pelari  yang berhenti termasuk saya untuk mengambil gambar dan berswafoto dengan mereka.








Seterusnya ialah laluan larian yang ditunggu-tunggu.Larian dari km ke-5 menuju ke km ke-6 ialah memasuki kawasan bendang yang sedang menghijau saujana mata memandang.Laluan larian yang melintasi kawasan bendang hanya melibatkan kategori jarak 15km.Larian kategori 10km membelok ke satu laluan kawasan kampung selepas melepasi jarak 3km di jalan Kg. Sayong sebelum itu.

Larian merentasi bendang ini melibatkan jarak dari km ke-6 hingga lebih kurang km ke-7 lebih kerana sebelum sampai ke km ke-8, pelari2 mula memasuki kawasan rumah2 kampung semula.

Pengalaman berlari di dalam kawasan bendang ini ialah yang paling mengujakan dan sukar dilupakan bagi saya. Sebaik saja memasuki laluan bendang, saya terus minta seorang kru tolong ambilkan gambar saya dengan berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang menghijau dan mendamaikan pandangan mata itu.


Yang paling mengujakan! Mula memasuki larian untuk berlari merentasi bendang yang menghijau.


Laluan sepanjang melintasi bendang itu melibatkan jarak hampir 2km keseluruhannya yang juga off road sepenuhnya di mana kami berlari di atas permukaan tanah yang berpasir dan berbatu-batu kecil. Ketika mula berlari di laluan itu saya terus mula mengambil gambar pemandangan dan juga merakamkan video pendek ketika berlari. Ketika itu tanaman padi memang sedang subur menghijau tetapi masuh belum kelihatan padinya lagi. Ada juga sesetengah pelari pun mula berhenti dan tidak melepaskan kesempatan untuk mengambil gambar dan berswafoto juga. 

Oleh kerana laluan untuk berlari agak sempit berbanding jalan biasa, sesiapa yang mengambil gambar perlu berada betul-betul di tebing jalan tidak menghalang mereka yang sedang berlari.Jika tidak, tempat yang paling sesuai ialah bila sampai di simpang2 atau masuk sedikit di laluan-laluan kecil batas-batas di dalam bendang.

Ketika mula memasuki kawasan bendang itu, pandangan mata tidak nampak di mana penghujungnya laluan larian kami kerana yang jelas kelihatan cuma kehijauan saujana mata memandang.

Tambahan pula cuaca sejak daripada bermula sehingga kami sampai dibendang itu terasa amat sempurna. Suasana agak redup dan pancaran cahaya matahari pun tidak terlalu panas dan menjadikan suasa agak selesa dan kurang memenatkan untuk berlari. 




Pengalaman yang paling menarik dan pertama kali. 
Berlari merentasi bendang sawah padi!


Bermula dari mula masuk ke laluan, di simpang2 di pertengahan laluan dan sampai ke penghujung laluan, terdapat kru yang bertugas dan sentiasa tersenyum menunjukkan arah larian kepada kami. Ada di dua persimpangan di mana terdapat anggota2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga bertugas ketika larian itu.

Yang menariknya juga, di sepanjang laluan bendang itu terdapat orang2 kampung terutamanya makcik2 dan kanak2 yang sedang membuat aktiviti2 biasa mereka. Ada yang membersihkan rumput2 di bendang dan yang paling menarik sekali ada yang sedang memancing secara tradisional di tali air dengan joran kayu biasa. Ada juga saya nampak kanak2 yang sedang bermain di sepanjang tepi bendang itu dan ada yang duduk saja di atas tikar mengkuang. Secara kebetulan, ketika saya lalu, saya nampak seorang makcik sudah mendapat ikan yang dipancingnya dan saya tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar dia dan ikan itu.

Dengan anggota-anggota bomba yang bertugas di tengah bendang.





Untuk membalas sikap orang2 kampung dan kru2 yang amat mesra dengan senyuman sepanjang laluan, saya memberi salam hampir setiap kali berkesempatan bila saya melintasi mereka. Ada ketikanya terasa macam berlari di kampung sendiri pula bila mereka pun membalas salam saya denga mesra juga. Ada ketikanya saya bergurau dengan mengajak sesetengah mereka yang cuma berdiri melihat kami berlari agar berlari bersama-sama dengan kami sekali. Ajakan2 saya hanya di sambut dengan gelak-ketawa yang besar daripada mereka.


Satu lagi perkara yang saya dapat perhatikan ialah terdapat juga pakcik2 yang nampak seperti hanya orang2 di kampung itu juga yang sama2 bertugas sebagai kru di sepanjang jalan berbanding hanya orang2 muda dikebanyakan acara-acara lain yang biasa yang saya pernah pergi. Semua kru yang bertugas pada larian kali ini selain daripada pasukan2 beruniform memakai baju-T berwarna merah epal dan tidak pernah lokek dengan senyuman setiap kali kami melintasi mereka.

Setelah berseronok dan menikmati larian di bendang, akhir kami sampai ke penghujungnya dan memasuki laluan jalan tar di kawasan kampung semula ketika memasuki km ke-8.Laluan dari km ke-8 dan ke-9 melintasi Kg. Sayong Hulu dan Kg.Sayong Hilir seterusnya melintasi Kg. Sayong Masjid di antara km ke 9 dan km ke-10.

Ketika melalui ke 8 dan ke-9 ini saya berjumpa lagi dengan Cikgu Syarizal Ibrahim yang nampak begitu fokus dengan lariannya.Saya tegur dia dan ajak dia bergambar sekali lagi. Saya juga sama2 membuat video pendek dengan dia untuk dikongsi dengan kawan2 daripada Anonymous Runners di Whatsapp Group kami. Jika saya tidak silap ketika melalui jalan inilah  para pelari kategori 10km muka bertemu dengan pelari2 kategori 15km. 

Pertemuan ini menjadikan suasana sepanjang laluan jalan kampung itu semakin ramai dengan pelari tetapi kebanyakannya hanya berlari-lari  santai dan berjalan-jalan sahaja. Kemudian saya teruskan larian saya dan selepas itu mula memasuki semula jalanraya utama. Di penghujung jalan kampung ke jalanraya utama itu, saya berhenti sekejap untuk merasai kuih yang disediakan untuk pelari. Jika saya tidak silap, itulah gerai kuih yang terakhir yang disediakan di laluan jalan kampung itu. Sempat juga saya bersembang dalam lebih kurang seminit dengan makcik2 yang menjaga gerai itu.


Cikgu Syarizal
Ketika berlari semula di jalanraya itu, saya nampak satu lagi sambutan menarik daripada penduduk2 di situ. Di seberang jalan laluan larian, saya nampak sekumpulna kanak2 dan makcik yang berada di gerai di tepi jalan melambai-lambai sambil memberi semangat kepada semua pelari.Mereka juga ada menyediakan satu kertas besar yang dipegang oleh kanak2 itu dan bertulis Salam Sejahtera. Saya tidak lepaskan kesempatan itu untuk berswafoto dengan mereka.

Orang-orang kampung yang sama-sama meraikan para pelari

Ketika hampir memasuki km ke-11, saya terserempak pula Mael yang sedang  berlari di depan saya.Saya tegur dia dan kami pun mula berlari perlahan-lahan bersama-sama.Kami berlari bersama-sama sehinggalah sampai ke perhentian yang paling meriah dan seperti di karnival pada larian kali ini. Ia ialah tempat yang diperkatakan ramai sebelum ini iaitu pesta minum air kelapa dan sesi beramah-mesra dengan Tuanku Sultan di tepi Sg. Perak. Ketika kami menuruni jalan, memang sudah agak ramai orang sudah ada di sana. Di tebing sungai saya nampak ada khemah dan seolah-olah ada upacara khas yang sedang berlangsung yang melibatkan Tuanku Sultan dan orang ramai. 

Terdapat juga para petugas yang memakai pakaian tradisional Melayu yang lengkap dan ada juga sedang memegang peralatan2 upacara tradisional yang seperti dulang dengan kendi dan sebagainya. Saya dan Mael sama2 pergi melihat satu demi satu aktiviti2 yang sedang berlangsung disana. Ketika berada di sini, saya rasa seolah-olah bukan lagi sedang dalam acara larian  tetapi di satu pesta keramaian tradisi.


Dengan Mael



Agak bernasib juga saya ketika itu kerana Tuanku Sultan pun ada di sana berdiri di tepi sungai dan berdiri mengadap  ke arah orang ramai dan melambai-lambaikan tangan kepada mereka yang hadir. Saya tak lepaskan peluang ini untuk minta Mael ambilkan gambar saya dengan Tuanku Sultan kelihatan sekali dalam gambar itu.

Selepas itu saya dan Mael pergi menikmati air kelapa pula bersama-sama yang lain untuk menyegarkan semula tekak kami. Selepas itu kami mengambil gambar disekitar kawasan pesta itu. 

Ketika kami sedang minum, kami tengok satu persembahan tarian oleh sebarisan wanita2 berbangsa Cina dengan pakaian seragam merah.Mereka menari dengan kipas seolah-olah pergerakan senaman tai-chi dengan muzik sekali. Lagi satu persembahan yang menarik untuk meraikan kami sebagai pelari. Ada juga pelari2 yang sama2 menyertai mereka menari sekali. Kemudian saya terserempak juga dengan kawan pelari yang saya kenal di sana seperti Faridh, Dak Aun, Ina Tisha dan lain-lain lagi.




Bersama-sama peserta2 lain meraikan Tuanku Sultan di tepi Pungai Perak










Dengan Dak Aun

Dengan Ina Tisha



Agak leka juga saya di sana sehingga saya pun tak sedar yang Mael pun sudah tiada dengan saya. Selepas minum segelas lagi air kelapa, saya pun teruskan larian di laluan yang menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil semula. Beberapa ratus meter selepas itu, saya nampak Mael semula yang sudah mula teruskan larian semula dan saya pun sertai dia. Ketika berlari semakin hampir ke jambatan, kami mengambil gambar yang berlatarbelakangkan jambatan itu kerana pemandangannya amat menarik bagi saya.


Gambar yang berlatar belakangkan Jambatan Sultan Abdul Jalil

Setelah mengambil beberapa gambar, saya dan Mael meneruskan larian di tepi sungai itu dan menuju ke jalan masuk ke jambatan semula.Laluan masuk semula ke jambatan itu ialah ketika jarak larian sudah menghampiri km ke-12 kedua-dua hala jambatan masih ditutup ketika itu. Sebaik sahaja masuk ke jalan ke jambatan, pelari2 perlu melalui satu pusingan U ke arah jambatan.Di sini menanti pula pancuran air daripada hos kereta bomba yang membasahkan untuk menyejukkan para pelari yang melaluinya.Ketika ini Mael masih  berlari mengekori saya dari belakang dan kemudian kami berlari bersama-sama semula.

Apabila kami sampai di tengah-tengah jambatan, tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh kru menjerit memberitahu pelari2 bahawa kami boleh berlari di kedua-dua belah jambatan itu dan bukannya hanya sebelah kanan sahaja. Ketika jambatan itu sudah pun kosong daripada kumpulan gendang Cina yang kami temui ketika awal larian tadi.

Saya dan Mael pun terus memasuki dan mula berlari di sebelah kiri jambatan itu pula dan seperti sebelum ini, kami juga mengambil beberapa gambar di tepi dan tengah2 jambatan itu. Kemudian saya beritahu Mael saya akan cuba untuk kekalkan pace purata larian saya pada pace 6. Mael kata saya boleh teruskan larian dan dia akan kekal dengan pace dia ketika itu hingga ke penamat. Ketika berlari menuruni jambatan itu, saya terserempak lagi dengan Faridh dan kami sempat berlari bersama untuk seketika sebelum dia meneruskan larian dengan pace yang lebih laju dan perlahan-lahan mula meninggalkan saya.



Saya teruskan larian saya melalui Jalan Raja Idris semula untuk beberapa km yang terakhir sebelum membelok semula ke Jalan Tun Razak ke garisan penamat.Buat kali pertamanya dalam jarak 3km terakhir ini saya rasa seolah-olah macam berlari fun run saja walaupun jarak keseluruhan ialah 15km seperti larian di Newton Challenge yang saya sertai  pada bulan Oktober. Ianya betul2 memberi pengalaman yang berbeza tentang bagaimana badan saya memberi reaksi pada sepanjang larian.Seingat saya, dalam jarak 15km itu, saya hanya berhenti dua kali saja untuk minum iaitu  ketika bertemu dengan kumpulan Qasidah dan selepas itu minum air kelapa di tepi Sg. Perak.

Menuju ke penghujung larian, kebanyakan pelari dilihat lebih banyak berjalan dan berlari perlahan.Sepanjang laluan itu juga para kru terus memberi kata2 semangat kepada para pelari agar terus berlari ke garisan penamat. Saya masih teringat suara seorang kru perempuan yang kedengaran agak kuat meminta kami terus berlari.Pada beberapa km terakhir ini juga, pancaran cahaya matahari mula terasa teriknya.Namun sebaik sahaja kami membelok semula memasuki Jalan Tun Razak, laluan mula redup semula kerana terdapat pokok2 yang tinggi di sepanjang jalan menuju ke garisan penamat.

Bila sudah sampai hanya beberapa ratus meter saja lagi ke garisan penamat saya mula mengambil gambar dan juga membuat rakaman video pendek ketika saya menuju dan melepasi garisan penamat. Akhirnya tamatlah larian sejauh 15km yang penuh dengan dengan bermacam-macam perkara yang amat unik, menarik, mengujakan dan sukar untuk dilupakan selepas ini.








Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, saya terus meminta seorang yang ada di sana mengambil gambar saya Susah nak saya gambarkan perasaan seronok saya ketika itu selain hanya mampu tersenyum sepuas-puasnya untuk diri sendiri.Akhirnya dapat juga saya berlari di acara larian yang istimewa ini.Jika saya sebagai orang dari luar negeri Perak merasa begini, apatah lagi agaknya pelari2 dari negeri Perak sendiri yang juga meraikan Hari Keputeraan Sultan  mereka.






Seterusnya saya terus menuju ke kawasan penamat yang sudah agak sesak dengan pelari2 yang sudah sampai. Kelihatan mereka beratur panjang untuk mendapatkan air dan makanan yang disediakan di bawah setiap khemah yang disediakan. Selepas  diberikan ais krim ketika memasuki kawasan penamat, saya terus berjalan ke dewan Jubli Perak untuk mendapatkan goodies bag dan baju-T sebagai finisher jarak 15km. Untuk peserta 15km, finisher tee juga disediakan dan ini sesuatu yang amat jarang didapati dalam acara2 15km yang lain. Tambahan pula yuran untuk menyertai larian ini Cuma RM30 seorang sahaja.


Suasana sejak saya mula berjalan dari garisan penamat hingga sampai ke dalam dewan memang amat meriah seperti satu pesta yang lebih besar daripada yang saya lalui di tepi sungai ketika larian. Dari dewan saya pergi menghantar goodies bag saya ke kereta dan mengambil kamera DLSR saya. Rancangan saya ialah untuk mengambil gambar isteri saya ketika dia menuju ke garisan penamat dan juga gambar2 kawan2 yang saya akan jumpa di kawasan penamat itu. Ketika berjalan dari kereta ke kawasan penamat semula, sempat juga saya mengambil gambar dengan kawan2 yang saya jumpa.







Sambil menunggu isteri saya sampai, saya sertai mereka yang  beratur untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan di sana.Saya cuba mencari Mael semula tetapi dia terpaksa pulang awal pula. Kemudian saya terserempak pula dengan kawan2 yang sudah agak lama tidak bersua muka kecuali melalui FB daripada Running Kaki Malaysia yang saya juga ialah ahli berdaftar. Sempat juga saya bersembang sekejap dengan mereka seperti Mii Kii dan Kar Wah.Saya dimaklumkan mereka merancang untuk mengambil gambar dengan ahli2 yang ada sertai larian pada hari itu.


Nasa MK

Pak Engku, Badrul Ihsan dan Kar Wah

Dengan kawan-kawan daripada Running Kaki Malaysia.

Seperti biasa, berjumpa dengan  kawan2 larian ketika acara larian seperti ini ialah peluang yang akan digunakan sebaik-baiknya. Dengan makin ramai pelari yang sampai, kawasan penamat itu menjadi semakin sesak dan meriah dengan kebisingan suara semua yang ada bersembang,makan dan minum serta bergambar sesama mereka. Di hadapan pentas utama pula terdapat pula persembahan2 kebudayaan pelbagai bangsa dipersembahkan kepada semua yang hadir termasuk Tuanku Sultan.


Ratu Ismail

Setelah beberapa lama di kawasan penamat itu bersembang dengan kawan2, saya pergi semula ke kawasan garisan penamat. Saya hubungi isteri saya dan dia kata yang dia sudah pun berada kurang daripada 1km dari garisan penamat. Saya kemudian hanya menunggu di tepi jalan ke garisan penamat.Kemudian tiba2 saya terfikir mengapa saya tidak ambil saja sekali gambar para pelari yang sedang menuju ke garisan penamat ketika itu.


Kemudian tiba2 saya terfikir mengapa saya tidak ambil saja sekali gambar para pelari yang sedang menuju ke garisan penamat ketika itu. Selepas itu  saya mengambil tempat lebih dalam jarak lebih kurang 100 meter daripada garisan penamat dan mula mengambil gambar para pelari yang sedang sampai.

Apa yang menarik  dan kadang kala terasa lucu juga bila mengambil gambar mereka yang sedang berlari ialah mereka kebanyakannya akan tiba2 saja berubah sebaik sahaja mereka melihat  jurugambar yang bersedia untuk mengambil gambar mereka. Di antaranya ialah jika mereka sedang berjalan, tiba2 mereka akan berlari di hadapan kamera. Ada yang nampak sudah amat lesu dan keletihan kerana sudah berlari sekian jauh tetapi tiba2 mereka boleh senyum dan melambai-lambai tangan semula sebaik sahaja mereka  nampak kamera saya yang ditujukan kepada mereka. 

Ada juga yang tiba2 menunjukkan pelbagai aksi dengan tangan, kaki, lompatan dan ada yang lengkap dengan memek muka yang bermacam-macam sekali. Sebagai pelari juga, saya amat memahami apa yang mereka rasakan dan saya rasa seronok juga dapat bersama-sama membantu menambahkan lagi kegembiraan mereka ketika mahu menghabiskan larian masing2 dengan gambar2 yang sempat saya ambil.

Ada juga yang saya ambil gambar mereka kali ini dapat cam saya dan  menegur serta menyebut nama saya sambil mengucapkan terima kasih.









Di antara gambar-gambar para pelari yang sempat saya ambil ketika mereka 
menuju ke garisan penamat.
Saya teruskan mengambil gambar mereka sehinggalah akhirnya isteri saya pun kelihatan berlari dengan kawan2 dia menuju ke arah garisan penamat. Saya pun ambil gambar dia daripada saya nampak dia dan seterusnya berhari di hadapan dia untuk mengambil gambar ketika dia sedang melintasi garisan penamat. Selepas itu saya biarkan dia terus pergi ke dewan untuk mengambil goodies bag dan medal. Selepas itu dia kata akan datang semula ke kawasan penamat untuk minum dan makan apa2 yang ada dengan kawan2 dia.Saya pun pergi semula ke kawasan penamat untuk mencari kawan2 semula untuk bersembang dan mengambil gambar mereka.












                                                  
                                            Ketika isteri saya menamatkan larian 



Kali ini berjumpa pula dengan kak Nora Hashim dan suaminya abg Ashraf. Mereka suami isteri ini memang selalu sertai acara larian bersama-sama. Kemudian saya bertemu lagi dengan beberapa orang kawan lagi yang selama ini hanya kenal di FB atau IG sahaja. Memang suasana seperti itulah yang buatkan saya seronok, teruja  dan gembira setiap kali menyertai acara larian keran saya tidak akan pernah rasa keseorangan. Pasti akan ada kawan2 baru dan lama yang saya akan jumpa untuk bertukar-tukar cerita tentang larian dan pelbagai perkara lain.

Setelah habiskan masa dengan kawan2 bersembang, saya cari semula isteri saya untuk bergambar bersama di photo booth acara yang disediakan dan seperti biasa, kami kena beratur untuk menunggu giliran.Selepas itu semua yang ada dipersembahkan pula dengan pertunjukkan payung terjun tepat daripada pasukan VAT69.Ia amat menarik dan mendebarkan kerana semua dapat melihat mereka terjun daripada atas, membuka payung terjun  masing2 dan akhir mendarat betul2 tepat di hadapan pentas utama yang disaksikan oleh Tuanku Sultan sendiri. Memang hebat! 




Sempat juga saya kongsi dengan isteri saya tentang betapa seronok dan menariknya pengalaman berlari di tengah2 bendang dengan hiburan2 yang meraikan para pelari ketika melalui kawasan kampung. Jelas sekali dia macam tak berapa puas hati kerana laluan untuk kategori 10km tidak berjumpa dengan semua itu.

Saya rasa lucu bercampur terkejut juga kerana buat pertama kalinya saya tengok dia macam menyesal kerana sertai kategori 10km dan bukan 15km seperti saya. Dia kata mesti masuk 15km pada tahun depan pula sebab nak juga merasai pengalaman yang saya alami terutamanya berlari merentasi bendang.

Selepas itu saya dan isteri teruskan mengambil gambar dengan kawan2 dan juga bergambar dengan mereka.Kami juga ambil peluang yang ada untuk bergambar dengan ahli2 pasukan beruniform yang ada pada hari itu sekali.Jika diikut hati memang saya mahu berada lebih lama lagi namun bila memikirkan yang kami mahu berjalan-jalan lagi di sekitar Kuala Kangsar, saya dan isteri buat keputusan untuk kembali ke bilik.









Secara keseluruhannya saya tidak nampak apa2 sangat boleh saya katakan sebagai kelemahan dalam acara ini walaupun tidak boleh saya katakan ianya sempurna juga. Sekurang-kurang ia satu acara menarik dan mengujakan seperti mana yang dikhabarkan pada tahun sebelumnya.

Yang penting bagi saya ialah, sebagai peserta, hampir semuanya berjalan lancar sejak mula saya sampai untuk mengambil pek larian hinggalah saya mahu tinggalkan tempat kawasan penamat larian yang suasananya seperti pesta yang sangat meriah itu.

Daripada segi kawalan trafik sejak dari tempat garisan permulaan, semuanya amat lancar dan dikawal dengan baik dengan kehadiran kru2 dan anggota pasukan beruniform yang mencukupi di setiap simpang dan jalan keluar/masuk untuk menunjukkan arah kepada semua pelari.

Terdapat juga tandas2 bergerak disediakan dengan mencukupi di sesetengah tempat hentian dan juga di kawqsan penamat. Saya rasa langkah mengasingkan tempat mengambil goodies bag dan baju-T selepas tamat larian di dalam dewan adalah tindakan yang amat bijak kerana ia dapat mengelakkan kesesakan di kawasan penamat tempat para pelari beratur untuk mendapatkan minuman dan makanan serta untuk bersembang santai sesama mereka.

Bagi saya, berlari di acara ini amat istimewa kerana ia sudah bukan lagi tentang larian saya sendiri yang selalunya menjadi tumpuan utama untuk jarak 15km seperti ini tetapi ialah tentang pengalaman dan kenangan yang disediakan pada sepanjang laluan larian itu. Saya merasa seolah-olah saya dialu-alukan dan diraikan oleh orang2 Kuala Kangsar terutamanya oleh orang2 kampung yang kami temui pada sepanjang larian 15km itu.

Saya rasa, itu jugalah antara matlamat utama acara larian ini diadakan selain daripada meraikan dan menyambut hari keputeraan Tuanku Sultan itu sendiri. Tuanku Sultan seolah-olah mahu meraikan semua peserta yang hadir dengan semua aktiviti dan persembahan2 yang disediakan disamping mengenali budaya2 yang ada di negeri Perak terutamanya di bandar diraja Kuala Kangsar.

Bagi saya jika niat sesiapa saja datang untuk berlari di acara ini ialah untuk mencatat masa yang terbaik atau atas tujuan bersaing sahaja, pengalamannya pasti akan berbeza kerana pastinya tidak banyak sangat yang difikirkan tentang apa yang disediakan pada sepanjang laluan larian.

Saya habiskan larian saya dengan masa lebih kurang 1 jam 40 minit lebih tetapi masih di bawah 2 jam. Bila saya berjumpa dengan mana2 peserta yang tamatkan larian pada hari itu, tak ada pun yang bercakap tentang masa sangat kerana semua cerita adalah tentang pengalaman yang teramat unik yang mereka rasai kenangan manis yang mereka cipta dalam sejarah larian mereka di acara ini. Rata2 bercakap tentang tentang apa yang mereka nikmati sepanjang laluan dan semuanya satu suara mengatakan yang acara ini memang amat istimewa dan pastinya mereka mahu datang semula.

Dengan berat kaki dan hati, tempat acara itu terpaksa saya tinggalkan juga kerana anak2 saya sudah pun siap menunggu di bilik.





Destinasi kami sebaik sahaja meninggalkan tempat penginapan ialah untuk pergi makan tengahari. Memandangkan ketika itu masih agak awal lagi, masih tidak banyak pilihan tempat2 makan yang sudah dibuka yang saya nampak.

Akhirnya kami hanya pergi makan ke medan selera cendol dan laksa di tepi sungai itu semula sambil mengambil lagi gambar2 ketika berjalan dari tempat saya letak kereta ke sana. Suasana trafik memang agak sesak ketika itu dan ia sudah dijangkakan disebabkan kehadiran mereka yang ramai menyertai acara larian itu yang luar dari negeri Perak.Ketika makan, kami terserempak dengan ramai peserta larian yang juga dating untuk makan dan minum dan kebanyakannya masih dengan baju-T larian.








Destinasi kami selepas makan tengahari ialah Victoria Bridge. Isteri saya sejak semalam lagi sudah tak sabar hendak ke sana bila kawan2 dia sudah pun pergi pada petang Sabtu. Sebelum ini, saya pun tak tahu yang adanya Victoria Bridge di Kuala Kangsar. Jarak tempat itu daripada bandar lebih kurang 12km dan jalan ke arah sana pun agak lancar. Apabila kami sampai ke sana,rupa2nya bukan kami saja peserta2 larian yang ingin pergi ke sana. Ketika saya sampai sudah ada hampir 10 buah kereta di tempat letak kereta.

Tempat ini ialah landasan keretapi dengan jambatan yang mempunyai struktur lama yang dikekalkan di sebelah landasan keretapi yang digunakan sekarang. Lokasinya ialah di dalam kawasan perkampungan juga tetapi tidak berapa jauh daripada jalanrasa utama. Jambatan itu merentasi Sg. Perak dan struktur lamanya yang asli dan nampak klasik amat menarik sebagai sebagai latar belakang untuk bergambar.

Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar2 di sekitar jambatan itu. Memandangkan tempat yang mempunyai latar belakang untuk mengambil gambar yang paling menarik di tengah2 jambatan itu agak terhad, semua yang datang perlu beratur untuk mendapat giliran mengambil gambar masing2. Di sini saya terserempak sekali lagi dengan Mohd Azmi@GME dan Ina Tisha dan kawan dia yang baru sampai ketika saya sudah mahu pergi dari situ.
















Gambar-gambar di Victoria Bridge

Setelah selesai bergambar di Victoria Bridge , saya memandu ke satu lagi tempat yang saya rasa saya mesti pergi kerana saya hanya nampak tempat itu dari jauh pada senja hari Sabtu. Ia nampak begitu cantik bercahaya dari jauh. Tempat itu ialah Majid Ubudiah di bandar Kuala Kangsar. Memandangkan ketika itu sudah hampir masuk waktu solat Zuhur, saya bercadang agar kami semua bersolat sekali di situ sebelum memulakan perjalanan pulang. Dalam perjalanan ke masjid itu juga saya ternampak di sebelah kanan jalan bangunan Galeri Sultan Azlan Shah dan pada masa yang sama, cuaca sudah mula mendung. Ini satu lagi tempat yang saya rasa ingin melawat tetapi pastinya akan masuk dalam agenda saya pada tahun hadapan bila datang ke sini lagi jika diizinkan Allah untuk menyertai larian yang sama.

Kami sampai di masjid sebaik sahaja azan Zuhur tamat dan sempat juga solat berjemaah sekali di sana. Walaubagaimana pun hajat saya untuk mengambil gambar2 di sekitar masjid tidak kesampaian sangat sebab sebaik saja selesai solat, hujan pun sudah mula turun. Saya cuma sempat mengambil beberapa gambar saja sebelum berlari ke kereta disebabkan hujan yang semakin lebat.Masjid ini yang nampak begitu unik dan menarik rekabentuknya. Ruang dalam kubahnya putih dan warna luar kubagnya pula ialah keemas-emasan yang menjadikanya begitu menonjol dan cantik dari pandangan mata dan juga di dalam gambar.






Di destinasi terakhir di Kuala Kangsar. Masjid Ubudiah.

Akhirnya, Kuala Kangsar kami tinggalkan juga selepas destinasi kami yang terakhir yang kami lawati iaitu Masjid Ubudiah. Ketika bersembang dengan kawan2 ketika acara larian pada pagi itu, dikhabarkan tarikh untuk acara larian itu pada tahun akan datang telah pun ditetapkan pada 11 November 2018 walaupun ia tidak diumumkan secara rasmi lagi. Ketika saya masih menulis cerita ini pada 16 November, saya sudah pun menempah bilik hotel di Kuala Kangsar pada tarikh itu untuk keluarga saya. Kami empat beranak telah melalui pengalaman yang amat indah dan menarik di Kuala Kangsar dengan menyertai acara larian ini pada kali ini dan pastinya kami juga mahu kembali.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan orang2 Perak terutamanya orang2 kuale yang mengalu-alukan dan meraikan kedatangan kami walaupun kami hanyalah pelari2. Sampai kita bertemu lagi….In sha Allah.


"Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Larian di kuale kami rindukan"

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita berlari lagi"


Makan malam di hentian Rehat dan Rawat Jejantas  Sg. Buloh sebelum sampai ke Nilai.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete