Aidilfitri
15 Jun 2018
Alhamdulillah selepas bertahun-tahun lamanya sejak masing-masing sudah berkeluarga, akhirnya dapat juga tahun ni semua adik-beradik berkumpul di rumah mak pada pagi hari pertama Syawal.
Rasa syukur dan teramat gembira walaupun dalam hari masih terasa yang saat-saat sebegini memang akan lebih terasa gembiranya andainya ayah masih ada. Namun Allah lebih menyayangi ayah dengan menjemput ayah lebih awal dan tahun ini juga cukup setahun ayah pergi.
Dalam tangisan tetap nampak gembira dalam riak wajah mak ketika menyaksikan semua anak dan hampir semua cucu dan menantu ada di depan mata pada pagi raya.
Here are all seven of us with mak. None of us are the same in many ways but when it comes to mak and late ayah and about taking care of each other, we can stay and to work out every possible thing together.
Daripada kiri: Belakang-Zaini(#2), Zamri(#1), Mak, Noria Shikin(#5), Rosnita(#3) dan Zaffroel(#6) Depan- Nolis(#4) dan Nur Hidayah(#7) |
We don't have an ideal family but having a big family like this is still the best thing can happen to me. Dengan 23 orang cucu mak dan arwah ayah setakat ni, saya hanya mampu berdoa agar keluarga besar ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Allah dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan.
Hanya yang bongsu yang masih belum berkeluarga dan semoga Allah temukan dia dengan jodoh yang mampu menjaga dan membimbing dia di dunia untuk akhirat.
Semoga Allah terus memberi semua ahli keluarga saya kesejahteraan dan ketenangan dalam hidup sentiasa. Dimohon juga agar Allah berikan mak kesihatan yang baik dan usia yang lebih panjang agar kami semua adik-beradik dapat terus menjaga dan menyayangi mak sentiasa dan sebaik-baiknya.Aamiin!
No comments:
Post a Comment