Wednesday, 16 December 2015

TRANSFORMASI DARIPADA 104KG KE 68+KG

"Bagaimana saya boleh tiba-tiba berubah?"
"Apa yang mencetusnya?"
"Bagaimana saya lakukannya?"
"Apa rahsianya?"

Seperti biasa, ada yang akan mula bertanya atau mula kisah bila sudah nampak di depan mata. Memang betul, bila berat sudah kurang daripada 88kg pada awal tahun 2015,lebih kurang 73kg pada bulan September 2015 dan kemudian mencecah 70kg pada bulan Disember 2015 serta jatuh ke 68+ kg pada Januari 2016, mata sesiapa pun akan nampak perbezaan. Jika saya menoleh kebelakang lagi, berat tertinggi yang pernah saya capai ialah 104kg dalam tahun 2013-2014.
Ada yang bertanya secara terus dan ada yang secara diam-diam one to one atau gunakan personal message dalam FB dan Whatsapp.
Yang biasa ditanya ialah...
"Macam mana saya buat?"
"Ada saya makan apa-apa produk ke?"
"Bagaimana saya mulakan?"
"Apa motivasinya?"

Saya rasa saya akan mulakan perkongsian pengalaman saya di sini dengan menceritakan apa yang saya lalui dan bagaimana  saya melakukannya satu per satu.
Saya juga berharap agar ianya boleh memberi manfaat juga kepada sesiapa yang hanya orang biasa seperti saya yang mahu jadi lebih sihat tetapi terhenti atau terhalang hanya kerana masalah-masalah atau alasan-alasan yang anda cipta sendiri.

Secara jujurnya, saya rasa saya bukanlah rasa sebelum ini saya tergolong dalam kelompok orang yang boleh dikategorikan sebagai overweight atau gemuk. Saya tidak merasakan begitu dan tiada sesiapa pun pernah mengatakan saya begitu. Cuma ada sesekali bila saya lihat semula sesetengah gambar-gambar yang saya (saya memang suka  bergambar dan mengambil gambar untuk merakam perjalanan hidup saya), ada ketika saya merasakan ada bahagian-bahagian badan saya yang agak ketara berisi sedikit berbanding yang lain.Seperti biasa pada  bahagian perut,pangkal lengan, leher dan pipi saya.

Walau bagaimana pun saya tak ambil kisah semua tu.Sebab semuanya rasa macam biasa dan tak apa yang nampak peliknya.Lagi pun ramai lagi kawan-kawan yang seusia saya dan orang-orang lain yang saya jumpa ketika berkerja lebih boroi atau lebih nampak gemuk daripada saya.
Saya teringat pernah pada satu masa dalam tahun 2014, berat saya pernah mencecah 94kg ketika saya timbang di penimbang di komplek membeli belah. Saya cuma pejamkan mata dan hati saja bila tengok bacaan itu walaupun dalam hati terdetik juga dan berkata "This is not good!". 


Mei 2014

Mac 2015

Mac 2015


Mei 2015

Februari 2015

April 2015
Ketika bekerja pun, bila saya memakai kot yang kebiasaannya berwarna gelap, perut saya yang makin ke depan dan pinggang saya yang semakin kembang lagilah tidak nampak langsung.Sekali lagi, antara sebab saya langsung tidak kisah, semua itu biasa di kalangan khalayak yang saya jumpa ketika bekerja.Jadi tiada apa yang perlu difikirkan sangat.

April 2015

April 2015

Senaman atau apa-apa aktiviti riadah.
Saya juga ada bersenam.Pernah satu masa dulu ketika baru pindah ke rumah, saya amalkan jogging pada pagi atau petang di laluan yang di sediakan di taman permainan di kawasan perumahan yang saya tinggal. Ia jadi rutin setiap pagi  Sabtu dan Ahad.Ada ketikanya saya bawa juga keluarga ke taman-taman yang berhampiran rumah pada pagi hujung minggu sebelum kami semua pergi bersarapan. Kebiasaannya di kedai mamak dengan menu biasa yang kebanyakannya kita makan iaitu roti canai/telur atau mee goreng.

Bila anak-anak makin besar dan selalunya saya merasakan kerja pun makin bertambah.Tambahan pula bila saya sudah mula bekerja sendiri sejak tahun 2012.Akhirnya jogging atau apa-apa aktiviti riadah fizikal menjadi terkeluar daripada keutamaan yang mesti saya akan buat dalam rutin hidup saya.

Jogging pun saya sudah tinggalkan dan kekerapannya sudah berubah daripada seminggu sekali kepada beberapa bulan sekali.Kasut jogging pun berubah tempat  dari tempat kasut di depan rumah ke dalam setor simpanan barang di bawah tangga.Ada ketikanya saya pernah berkata kepada isteri saya. "Abang rasa dah hampir setahun abang tak jogging kan sayang? Rasa macam lembab sungguh badan abang sekarang ni" Isteri saya dengar dan akui kata-kata saya.Namun ia hanya tinggal sebagai kata-kata.Hati saya kadang-kala akui yang saya perlu buat semula tetapi tiada apa-apa tindakan juga selepas itu. 


Apa pencetusnya?
Permulaannya sebenarnya tercetus dalam fikiran saya sejak pertengahan tahun 2014. Ketika saya bekerja dan apabila saya sudah mula rasa tidak berapa selesa dengan diri saya sendiri terutamanya dari segi kelancaran pergerakan dan tahap kecergasan saya bila melakukan sesuatu yang melibatkan banyak pergerakan. Ia terasa agak dan semakin ketara ketika saya pergi bekerja setiap hari.

Walaupun pekerjaan saya tidak memerlukan saya melakukan tugas-tugas fizikal yang berat atau intensif tetapi ia memerlukan saya banyak bergerak dan berjalan setiap masa. Lama-kelamaan kepala saya selalu terasa pening.Badan saya rasa berat dan tidak selesa.Saya nak bergerak pun rasa tidak senang seolah-olah sendi-sendi saya bergitu ketat dan badan saya berat sangat. 

Saya pun makin kerap demam dan batuk dan pastinya semua tu mengganggu kelancaran kerja dan aktiviti perniagaan saya yang masih baru nak dibangunkan.Saya perlu buat semua daripada pemasaran untuk mencari projek-projek, menyampaikan perkhidmatan dan juga mempastikan semuanya dalam keadaan yang teratur.


Saya juga sedar ketika keadaan ekonomi yang tidak berapa sihat ketika itu, lagi banyak cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang yang baru dalam perniagaan.Semua itu juga memberi tekanan dalam fikiran dan akhirnya memberi kesan kepada emosi dan fizikal saya ketika menghadapinya.

Saya cuba hadapi semua ketidakselesaan itu dengan macam-macam cara. Pada masa yang sama saya juga sedar yang  pemakanan saya makin tidak teratur terutama sekali bila saya semakin kerap berkerja di luar kawasan dalam tempoh beberapa hari pada satu-satu masa.

Saya sedar bahawa senaman atau aktiviti-aktiviti yang berpeluh akan melegakan serba-sedikit sebagaimana saya menghadapi perkara-perkara begitu sepanjang masa saya bekerja selama ini.Namun pada masa yang sama fikiran saya tetap memberi alasan yang ianya bukanlah satu keutamaan.

Kebiasaanya saya akan tetapkan niat untuk beriadah atau jogging pada hujung minggu  tetapi bila sampai hujung minggu, keinginannya hilang dengan badan saya yang terasa amat lesu dan kurang bermaya walaupun wajah saya masih boleh nampak ceria.Saya tangguh dan tangguh dengan niat untuk buat lagi pada hujung minggu berikutnya yang akhirnya akan ada juga sebab yang tiba yang saya akan abaikan niat saya itu.

Pada masa yang sama, bila bersendirian, saya dapat melihat sendiri keadaan fizikal saya.Dengan hobi saya yang suka melihat gambar-gambar lama di album-album dan yang paling kerap di Facebook saya, saya dapat melihat semua perubahan itu dengan jelas. Terdetik dalam hati saya yang betapa makin naiknya badan saya.Betapa mata saya sendiri ada kalanya tidak seronok melihat keadaan fizikal saya sendiri.

Ketika menjalankan program latihan, saya makin cepat terasa mengah ketika bercakap dan berkomunikasi dengan para peserta.Jika sebelum itu saya hanya perlukan masa minum pagi,petang dan makan tengahari sahaja untuk duduk dan berehat, saya mula terpaksa membuat taktik agar saya boleh duduk ketika bercakap dalam sesi-sesi  latihan yang saya kendalikan. 
 

Ujian darah
Pemeriksaan kesihatan dan ujian darah terakhir yang saya buat sebelum itu ialah sekitar tahun 2011-2102. Saya buat sekali lagi pemeriksaan kesihatan dan ujian darah pada bulan Mac 2015. Saya pergi buat setelah beberapa minggu saya rasa kurang selesa dan rasa lesu yang saya makin rasa.
 
Bacaan yang paling menakutkan saya ialah bacaan tekanan darah saya yang  sudah mencecah 148/98.Kecuali bacaan gula yang normal, bacaan-bacaan parameter yang lain seperti kolesterol tidak baik dan asid urik sudah melepasi aras normal walaupun sedikit sahaja. Antara kata-kata doktor ketika saya mengambil keputusan ujian darah itu ialah...

"Jika bacaan BP awak masih tinggi lagi bila kita check selepas ini, saya amat cadangkan awak mula ambil ubat darah tinggi"
Ketika saya "mempertahankan" diri saya yang kononnya saya masih rasa sihat dan saya bukannya gemuk sangat pun.
"It is not about you are fat or not En. Zaini.The question is are you fit?" 

Kata-kata itu masih terdengar-dengar di telinga dan minda saya sampai sekarang.
Apa yang saya ubah selepas itu?
Kata-kata doktor itu dan keputusan ujian darah itu sebenarnya yang telah menjadi wake-up call yang paling kuat untuk saya berubah jadi lebih sihat. Sebelum saya bermula, saya tahu dan saya sudah fikirkan sedalam-dalamnya yang jika saya ingin ubah hidup saya agar lebih sihat dan rasa lebih cergas, saya mesti jelas apakah motivasi utama atau faktor pendorong saya.Ini adalah kerana saya mesti sihat untuk sepanjang hidup saya jika boleh dan bukan hanya kerana sekarang saya tidak selesa dan tertekan kerana tidak dapat bekerja dengan lebih baik dengan keadaan fizikal dan kesihatan saya.

SAYA TIDAK MAHU MAKAN UBAT DARAH TINGGI! Sedangkan supplements pun saya tak makan meskipun selalu diminta oleh isteri saya bila dia selalu dengar saya cakap yang badan saya rasa lesu dan lemah. Inikan pulak nak makan ubat darah tinggi sepanjang hidup saya.

Betul cakap-cakap  doktor saya itu. Memang saya rasa kurang cergas yang sebab-sebabnya saya pun tahu sendiri. Saya tak jaga apa yang saya makan sangat. Main telan saja asalkan kena dengan selera.Bersenam pun hampir sudah tak ada langsung.   

Memulakan aktiviti-aktiviti  fizikal untuk membina kecergasan
Akhirnya saya buat keputusan untuk mencari satu aktiviti yang saya akan buat dengan penuh komitmen dan disiplin agar saya akan jadi lebih sihat dan cergas. Saya telah pertimbangkan beberapa pilihan yang saya ada.
Antara pertimbangan-pertimbangan saya tentang  apa yang saya akan buat ialah...
1. Saya boleh buat sendiri dan tak perlu bergantung kepada sesiapa untuk buat
2. Saya boleh kawal bila dan di mana saya nak buat
3.Sesuatu yang mudah dan straight forward tetapi memberi impak yang menyeluruh
4. Saya nak buat secara jangka masa panjang 

Antara aktivti-aktiviti yang saya pertimbangkan
1.Futsal
Saya memang tidak berapa pandai bermain bola atau futsal tetapi sekadar untuk suka-suka dengan kawan-kawan saya tidak ada masalah.Lagi pun seronok juga bila berjumpa dengan kawan-kawan sesekali bila berkumpul. Kebetulan juga saya dah mula sertai kawan-kawan sama sekolah di STJ Kuala Pilah dulu sejak 2014.Bila difikirkan balik, kami hanya bermain futsal dalam 1-2 kali sahaja sebulan dan kebanyakan masa pada sebelah malam mengikut kelapangan. 
Selain daripada itu juga,perlu ada yang kena kena booking court,dapatkan cukup players untuk main dan kemudian kena memandu untuk sampai dll.  




2.Badminton
Saya boleh bermain agak baik tetapi sudah lama sangat tidak bermain dan sama juga  urusan-urusan lain yang kena dibuat sebelum boleh bermain macam futsal iaitu kena juga dapatkan orang yang nak main,booking court dll.

3.Cycling
Tak pernah cuba tetapi nampak macam menarik bila tengok dah makin jadi trend lately ini.Tapi saya juga kena beli basikal dan semua aksesori keselamatan yang perlu.Masih perlu kawan-kawan untuk jadikan rutin.Setiap kali kena ambil basikal, pasang atau masukkan pada kereta, cari track yang  sesuai dll.

4.Running
Saya biasa jogging dulu walaupun masa sekolah saya bukanlah wakil sekolah  atau rumah sukan sekali pun.
Ada kawan sebaya saya Hj. Nazir yg sama sekolah dulu yang selalu share yang dia mula sertai acara-acara larian dalam Whatsapp group dan Facebook. Dia pun mula berlari lepas buat pembedahan lutut.Doktor dia nasihatkan kurangkan berat badan supaya dia lebih cergas dan untuk elakkan kecederaan lututnya berulang tetapi tak digalakkan untuk menyertai aktiviti sukan yang terlalu melibatkan fizikal secara intensif. 
Nasihat dia mudah saja, pakai kasut, pakai track suit dan lari.Dia pun dah sertai beberapa acara larian sebelum itu. 
 
Setelah mempertimbang semua faktor dan kesesuaiannya dengan rutin seharian kerja dan keluarga saya,akhirnya saya pilih running dan sebagai permulaan saya hanya perlu gunakan apa-apa yang saya ada dulu untuk berlari semula.  Ia lebih menepati kebanyakan perkara-perkara penting yang telah saya tetapkan pada awalnya.

 
Pemakanan


Cara dan rutin pemakanan saya sebelum ini

Sarapan pagi
Jika sempat, saya akan bersarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan rumah.Menu? Macam biasa dan antaranya roti canai, roti telur dan ada kalanya mi goreng dan maggie goreng atau sup. Minuman kebiasaanya air barli suam atau teh-O suam.
Selalunya saya akan berhenti di stesen petrol.Saya akan beli 2-3 bungkus roti Gardenia seperti Twiggies dan roti berinti perasa vanilla, coklat,jagung dan ikan bilis.Air pula saya akan beli air soya atau teh  lemon botol.
Ada juga saya singgah di RnR di lebuh raya dan menu kesukaan saya ialah nasi lemak campur mi goreng dan lauk paru dan telur mata kerbau.Kadang-kadang saya makan juga lontong.

Makan tenghari
Sejak saya mula kerja sendiri.Tiada apa yang tetap dan saya hanya ambil apa yang buatkan saya rasa cepat kenyang.Menu saya bercampur-campur daripada nasi campur biasa kepada makanan-makanan segera seperti KFC dan pizza.Ikut mana mana sempat dan bergantung kepada apa yang saya buat dan di mana saya berada ketika itu.Kebiasaannya saya akan makan nasi agak banyak dengan lauk-lauk yang biasa seperti ayam goreng,gulai dan sayur masak. Airnya seperti biasa, kegemaran saya ialah 1-2 gelas teh-O ais limau.

Makan malam
Saya makan apa saja yang isteri saya sediakan.Kebiasaanya, jika terasa lapar atau ada keinginan nak makan apa-apa lagi saya akan keluar ke kedai mamak juga biasanya. Menunya tetap yang biasa.Roti telur atau canai, mi goreng atau maggie goreng.
Kalau makan bersama keluarga di luar(kebiasaannya pada hari-hari hujung minggu), menunya makanan-makanan laut Thai seperti tomyam,paprik,sup tulang atau ekor dan lain-lain lagi.Jika tidak pun makanan-makanan di restoran makanan segera.
Selain daripada itu, saya juga suka makan ketika lewat malam sama ada ketika di luar rumah atau ketika menonton TV di rumah.

Secara ringkasnya,pertimbangan dengan makanan-makanan yang sihat ialah yang terakhir sekali. Cuma di antara pemakanan sihat yang biasa saya amalkan ialah saya tidak suka makan makanan atau minuman yang terlalu manis dan saya juga suka makan buah-buahan di luar atau di rumah. 

Pemakanan saya sekarang
Ia bukanlah satu perubahan yang mudah. Mind set saya sebelum itu ialah saya mesti makan nasi setiap kali masa makan tengahari dan malam. Berdasarkan pembacaan saya, saya mula kurangkan pengambilan nasi pada sebelah siang dan kurang atau tidak ambil langsung pada sebelah malam. Selain daripada kurangkan makanan-makanan yanh banyak lemak, saya juga terus hentikan makan lewat malam. Saya akan cuba elakkan makan apa-apa selepas jam 9 malam.
 Minuman pula, saya mula kurangkan minuman yang bergula atau yang terlampau manis.Saya elakkan minuman-minum berkarbonat dan minuman-minuman yang manis yang lain yang saya selalu beli dalam tin atau botol sebelum ini.

Pada masa saya mula-mula berlari, saya langsung tidak buat perubahan pada  diet saya sangat. Saya cuma kurangkan makanan-makanan yang doktor nasihatkan untuk baiki bacaan-bacaan yang tinggi sebelum ini. Maksudnya saya, tidak ada diet yang akan bantu saya dalam larian  atau aktiviti-aktiviti fizikal saya. 
Kemudian saya mula buat sedikit kajian di internet.
Mula melihat anggaran kalori setiap jenis makanan.Seterusnya saya mula mencuba makanan-makanan lebih sihat yang saya tidak pernah makan sebelum ini sebab macam tak menyelerakan saya.


Kemudian mula menyesuaikan diet harian untuk persediaan sebelum menyertai acara-acara larian. Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum larian, saya amat berkira dengan apa yang saya makan kerana antara objektif setiap acara larian yang saya sertai ialah untuk memperbaiki prestasi saya berbanding sebelumnya. 

Saya juga kongsi cara pemakanan saya di Facebook kerana selepas melihat perubahan saya, ada juga kawan-kawan yang bertanya.Tak sangka ada juga banyak anggapan yang kadang-kadangnya lucu juga. Ada kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa saya ingatkan saya sudah kurus sebab saya sakit macam kencing manis dan sebagainya.

Ada yang ingat saya ambil pil atau makan makanan tambahan yang tertentu untuk kurus.Tak kurang juga ingat saya ni memang dah jadi hantu diet dan langsung tak makan dah benda-benda yang biasa kita makan.



 
Salah satu cara menyampaikan mesej-mesej cara hidup sihat saya dengan senaman dan pemakanan yang diseimbangkan kepada kawan-kawan saya di Facebook

Bagaimana running mengubah cara hidup saya?
Apa yang saya lakukan pada mulanya ialah saya tetapkan apakah motivasi saya untuk mula berlari dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin.
Secara mudahnya ialah....kenapa saya berlari? 
Adakah saya mahu atau saya terpaksa berlari selepas ini?
Saya rasa saya mesti jawab dulu soalan-soalan itu dari dalam hati saya sendiri kerana saya memikirkan saya mahu jadi lebih sihat untuk lebih lama dan bukan sekejap-sekejap sahaja.
Saya saya jelas tentang semua jawapan untuk persoalan-persoalan itu, saya tetapkan dalam hari saya yang THIS FOR REAL and I WANT TO MAKE THIS CHANGE LAST LONG IN MY LIFE!

Permulaan untuk berlari
Laluan  atau track larian saya yang pertama ialah di Dataran Nilai. Sebelum itu, ia hanya menjadi tempat berehat santai dengan keluarga sahaja pada hari cuti atau hujung minggu.
Saya mula berlari lebih kurang pada bulan Mei secara rutin dan terancang dalam tahun 2015.Sejak penghujung bulan Mac saya mula berlari sedikit demi sedikit selepas mendapat keputusan pemeriksaan perubatan dan sebab utamanya kerana bacaan tekanan darah saya yang agak tinggi. Saya lakukan secara santai dengan ditemani keluarga.Ketika itu saya masih dalam proses mempertimbangkan pilihan-pilihan aktiviti fizikal yang ada untuk menjadi rutin saya seterusnya.





Mac 2015: Dataran Nilai.Larian santai bersama keluarga
Masa larian pada mulanya ialah pada sebelah petang pada hujung minggu.Bila halangan-halangan yang sama sebelum ini perlu saya hadapi lagi dan bila saya telah tetapkan berlari sebagai langkah saya untuk jadi lebih sihat seterusnya,saya ubah masa larian saya kepada waktu sebelum pergi bekerja. Saya  mula berlari lebih kurang pada pukul 7.00 pagi selepas menghantar anak-anak ke sekolah dengan pakaian untuk berlari yang lengkap dari rumah.Pada mulanya semua ahli keluarga saya tengok dan rasa semacam saja tetapi saya buat-buat tak tahu saja.


Mei 2015:Dataran Nilai.Mulakan rutin larian pagi sebelum pergi kerja
Saya tetapkan saya mesti habiskan larian pada pukul 7.30 pagi dan akan keluar rumah untuk mula bekerja selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.

Sebelum itu saya terus bertolak ke tempat kerja atau pejabat saya di Kota Damansara selepas menghantar anak-anak saya ke sekolah.Kami biasanya bertolak dari rumah pada lebih kurang jam 6.30-6.45 pagi.
  
Satu pusingan dataran Nilai lebih kurang 400 meter dan pada awalnya saya hanya mampu berlari hanya sehingga 4-5 pusingan sahaja setiap kali.Itu pun sampai sesak-sesak nafas untuk habiskan setiap pusingan.

Mula-mula rasa sakit dipergelangan kaki semasa dan selepas berlari. Selepas 2-3 minggu saya mula rasa sakit-sakit pada betis dan pergelangan kaki masih terasa sakitnya. Ada ketikanya saya rasa tak mahu berlari dah sebab sakitnya terasa juga bila saya bergerak untuk bekerja.Tapi cuma saya yang tahu dan diamkan saja.

Perlahan-lahan saya mula boleh berlari di dataran Nilai sebanyak sekurang-kurangnya 6 pusingan setiap kali pada kadar laju yang sama. Saya juga masih boleh mengekalkan masa saya habiskan larian dan masa untuk bersiap-siap untuk  pergi bekerja.

Saya tetapkan sasaran untuk berlari sekurang-kurangnya 3 kali pada hari-hari bekerja dan sekurang-kurangnya 1 kali pada hari Sabtu atau Ahad.Pada hujung minggu saya tetapkan saya akan berlari 2 kali ganda daripada jarak biasa harian saya pada hari-hari bekerja. 

Pada peringkat ini, saya masih tidak ada ramai kawan yang sama-sama berkongsi aktiviti berlari ini.Saya hanya berbalas pertanyaan dengan kawan saya Nazir dan kawan-kawan lain yang masih aktif bersukan bila saya rasa sakit-sakit pada kaki saya masih tidak hilang selepas 3-4 minggu berlari. Mereka ada beri beberapa tip untuk hilang rasa sakit berdasarkan pengalaman mereka.Saya juga sudah mula lebih banyak mencari maklumat daripada internet tentang sakit-sakit begitu dan apa yang perlu saya buat.

Antara perkara pertama yg saya ubah ialah saya cuba dapatkan kasut berlari yang baru.Rupa-rupanya anggapan saya bahawa semua kasut sukan yg saya ada selama ini sesuai untuk berlari adalah salah.Kaki kita sebenarnya berlainan dan pemilihan kasut yang betul akan membuatkan kita boleh berlari dengan lebih selesa dan juga mengelakkan rasa sakit dan kecederaan ketika berlari. Saya juga temui ada online tools untuk memilih kasut mengikut tinggi, berat, kategori pelari baru atau yang sudah lama,cara kaki kita mencecah permukaan dan lain-lain lagi.

Saya gunakan panduan itu untuk mula mencari kasut yang baru. Saya kasut baru, jenama Puma dalam RM200++.Budak yang jual tu kata kasut tu ringan dan ramai orang yang baru mula-mula berlari beli. Betul, kasut tu memang ringan dan rasa macam selesa masa cuba tetapi selepas saya berlari lebih daripada 3km, sakit kaki saya mula terasa balik selepas saya cuba dalam 3-4 kali sesi berlari.




Julai 2015: Berlari semula sebaik sahaja selepas balik cuti Hari Raya Aidilfitri.Dengan kasut baru tetapi masih terasa sakit kaki dihujung dan selepas larian.
  
Seterusnya saya cari lagi kasut yang lain dan kali ini saya habis masa yang lebih lama bertanya kepada budak yang jual tu dan cuba beberapa jenis kasut. Dia cadangkan saya ambil kasut Asics dengan tapak gel untuk kurangkan hentakan masa berlari.Dengan harga diskaun, saya beli kasut tu dengan harga lebih kurang hampir RM300.


Masa beli kasut-kasut tu juga  saya nampak dan sedar yang harga kasut untuk berlari yang high end ni pun mahal sungguh rupanya. Kiranya yang saya beli tu pun antara yang lower end atau termurahlah tetapi itu bukan masalahnya. Saya rasa berbaloi untuk saya mula melabur demi kesihatan yang lebih baik selain banyak perkara-perkara lain yang saya telah berbelanja lebih banyak sebelum ini sepanjang hidup saya.

Selepas itu saya rasa lebih selesa berlari dan saya sudah kurang memikirkan tentang kaki ketika berlari. Saya mula tumpukan kepada larian saya dan bagaimana saya mahu menyelesakan diri saya ketika berlari.

Julai 2015:Ketika mula berlari dengan kasut baru yang buatkan saya rasa lebih selesa

Hasilnya?
Nampak jelas. Berat saya turun bawah sedikit daripada 80kg pada penghujung bulan Julai.Pada masa yang sama saya dapat rasakan yang saya makin cergas dengan pergerakan yang lebih selesa.
Hasil-hasil inilah yang telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi lebih sihat berbanding apa yang telah saya capai kerana saya yakin, banyak lagi yang saya boleh capai jika saya teruskan usaha saya.


Perbandingan ketika saya masih pada berat 88++kg pada Feb 2015  dan ketika sudah mencapai 75++kg pada Okt 2015
 

Pada masa yang sama, keadaan fizikal badan saya juga telah dapat dilihat berubah dengan agak ketika dengan pakaian bekerja dan juga dengan pakaian santai atau sukan.Saya sudah mula perlu membeli seluar dan baju yang  baru yang bersaiz lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz badan saya yang baru.

Ketika ini juga ahli-ahli keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan  mula bertanya apa yang telah terjadi kepada saya. Kebanyakan nada pertanyaan mereka juga seolah-olah mereka berfikir yang saya sedang ada masalah atau ada penyakit yang membuatkan berat badan saya turun dengan begitu mendadak sekali.
Setelah saya jelaskan, mereka mula faham matlamat saya dan semuanya memberi galakan dan ada yang juga kagum dengan apa yang saya telah lakukan dan capai. Antara yang mengkagumkan mereka ialah disiplin dan komitmen saya menetapkan rutin dan sasaran larian saya setiap minggu ketika hari-hari bekerja. 

Mengukur prestasi untuk meneruskan motivasi
Pernah ada kawan-kawan yang berpesan yang lama-lama saya akan jadi bosan jika berlari bersendirian lama sangat. Saya setuju dan saya  bimbang juga saya akan jadi begitu dan berhenti untuk kembali dengan cara hidup yang lama.
Saya perlu  mencari sesuatu yang boleh saya lakukan untuk terus memberi motivasi agar saya terus berlari.
 
Kawan saya cadangkan saya menyertai acara-acara  larian. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir akan saya lakukan kerana first impression saya tentang itu ialah tentang perlumbaan dan saya bukannya mahu berlumba dengan sesiapa.

Akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba dan acara larian yang dicadangkan oleh kawan saya Hj. Nazir ialah One Asean Unity Run 2015 di Kuala Lumpur. Saya daftar lebih kurang sebulan sebelum larian itu bermula.Rasa berdebar-debar tetapi tidak berapa ada orang-orang terdekat yang saya boleh kongsi debaran  saya.Saya sertai 10km dan setelah daftar  baru saya sedar yang seelok-eloknya bagi permulaan, saya sepatutnya cuba jarak 5km dulu.

Persediaan latihan larian
Saya cuba cari dan cipta laluan sendiri untuk berlatih berlari di atas jalan raya.Saya masih berlari di Dataran Nilai pada hari-hari bekerja dan mula berlari di laluan yang saya tetapkan pada hujung minggu.Saya akan mula berlari seawal jam6.30 atau 6.45 pagi.
Anggaran masa larian pertama saya untuk jarak 5km iaitu satu pusingan laluan itu ialah selama lebih kurang 45 minit. Saya rasa macam dada saya nak pecah untuk tamatkan larian itu.Namun saya yakin, keadaan akan jadi lebih baik bila saya sudah biasa.Jarak 5km itu saya tamatkan tanpa saya berjalan  dan minum air langsung sehingga tamat. Saya hanya berlari perlahan jika saya rasa sudah tidak larat sangat.

Secara jujurnya, memang saya sangat berdebar untuk sertai larian 10km pertama saya.Seingat saya ketika itu,kali terakhir saya menyertai pertandingan sukan yang rasmi ialah ketika saya mewakili pasukan bola tampar sekolah U18.Itu sudah lebih 20 tahun dulu.
Pada masa yang sama saya rasa teruja juga.


Julai 2015: Laluan larian untuk latihan acara larian yang dipilih
 



Persediaan Pemakanan
Saya dapatkan panduan makanan sebelum larian di internet.Saya cuba ikut diet yang dicadangkan untuk 2 minggu sebelum larian.Pada peringkat inilah saya mula mendapatkan maklumat dan mempelajari lebih lagi tentang cara pemakanan yang lebih sihat untuk saya yang seterusnya.

Acara larian pertama yang saya sertai ialah One Asean Unity Run 2015 pada9 Ogos 2015 yang bermula dan berakhir di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Saya sampai di tempat larian lebih kurang jam 5.30 pagi bersama anak lelaki sulong saya.Dia saya minta temankan saya dan juga tolong mengambil gambar-gambar sekali. 


Larian One Asean Unity Run ini akan saya ingati sampai bila-bila pun dalam hidup saya.Saya Berjaya tamatkan larian dan membuktikan kepada diri saya sendiri bahawa saya boleh menghabiskannya. Dengan tempoh masa yang tidak dikira sebagai teruk dan saya tidak tergolong dalam kelompok yang tercorot juga dalam penyertaan pertama. Larian ini banyak memberi saya pengalaman yang amat bermakna bermula daripada persediaan hingga ke tamat larian.



Saya memang terasa amat berdebar-debar selama lebih kurang sepanjang 1-2 minggu sebelum tarikh larian ini. Ada perasaan yang pelbagai seperti segan dan sebagainya jika saya gagal menamatkan larian atau berada ditempat yang tercorot di kalangan yang peserta. Semua itu baru bagi saya memandangkan saya bukanlah seorang yang biasa dengan apa-apa acara sukan kompetitif sejak zaman sekolah hingga sekarang.

Hendak bertanya pun tidak ramai kawan-kawan yang saya boleh rujuk untuk dapatkan panduan. Saya simpulkan persediaan saya adalah hampir 100% berdasarkan kajian saya di internet dengan melihat laman-laman web larian untuk mendapatkan tips.
Dua perkara yang paling saya tumpukan ialah tips kecergasan dan pemakanan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu sebelum larian.

Antara yang saya pelajari ialah carbo loading untuk persediaan tenaga daripada makanan sebelum larian, cara-cara memanaskan badan sebelum memulakan larian seperti Mattock Dynamic Warm-Up Workouts, strategi pernafasan ketika berlari, anggaran pace atau jumlah km per minute bagi pelari baru seperti saya dan lain-lain lagi.


Walau bagaimana pun rasa debaran tetap tidak hilang sepenuhnya dan pada masa yang sama saya mula berkongsi perasaan tentang persediaan saya dengan kawan-kawan di Facebook. Mereka hampir semua memberi sokongan moral dan ada yang menyatakan rasa kagum dengan semangat saya untuk menyertai larian dan persediaan-persediaan yang saya buat dan kongsi dengan mereka.

 







Saat-saat yang paling manis dan mengesankan ialah sebaik sahaja saya sampai ke garisan penamat, dihulurkan medal dan seterusnya merakam gambar di tempat penamat itu.






Satu perkara lagi yang  paling menarik ialah saya dapat bertemu dan berbual dengan kawan-kawan yang baru yang lebih muda, lebih kurang sebaya dan yang lebih tua daripada pelbagai bangsa.Rupa-rupanya ramai juga yang menyertai acara-acara larian mempunyai tujuan yang sama macam saya iaitu atas sebab-sebab mahu lebih sihat dan cergas.




Kawan yang bernombor C4011 hanya setahun lebih tua daripada saya daripada Shah Alam.Beliau telah mula menyertai acara larian setahun sebelumnya juga atas sebab mahu lebih sihat dan mengurangkan berat badan.Kami mula-mula terserempak ketika sama-sama solat Subuh sebelum larian bermula pada jam 6.30 pagi.

Keputusan dan masa larian rasmi saya dalam kategori terbuka 10km dalam lebih kurang 1600 lebih peserta lelaki dalam One Asean Unity Run 2015.
Sebaik sahaja tamat larian itu, sendi-sendi dan otot-otot di bahagian buku lali saya terasa sakit-sakit selama lebih kurang 3-4 hari.


Larian kedua yang saya sertai ialah Larian Amal USIM. Larian yang saya daftar sebelumnya ialah pada minggu sebelum tetapi gagal saya sertai kerana terpaksa bertugas di Johor Baru pada hari yang sama iaitu Larian Hari Malaysia di Putrajaya.


Larian Amal USIM ialah larian yang pertama saya memakai seluar tight panjang.

Lama saya memikirkan sebelum memakai seluar untuk berlari begini
Ini ialah sesuatu yang pada masa dahulu saya tidak akan terfikir akan memakainya dan saya juga ada mengata dalam hari mereka yang berpakaian macam itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk sahaja. Selepas acara larian yang pertama saya dapat rasakan sendiri bagaimana bila memakai seluar track yang biasa menyukarkan saya untuk berlari sejauh 10km. 

Rupa-rupanya ketika saya berlari, air peluh daripada badan saya akan mula berkumpul di bahagian bawah seluar track itu dan ia akan menambah berat dan menjejaskan setiap langkah saya ketika berlari terutamanya saya sudah mula terasa amat penat di penghujung 3-4 km larian. 

Selain daripada itu, saya padankan seluar tight saya dengan running short yang rupa-rupanya ada tempat letak kunci juga ketika berlari.Ketika membeli running short, saya juga terpengaruh dengan jurujual untuk beli juga baju ketat dalam hitam. Katanya ia akan buatkan peluh kita tak diserap oleh t-shirt larian dan akan buatkan kita rasa lebih selesa ketika berlari.Saya beli saja dan cuba pakai semua itu ketika larian ini.

Memang amat terasa perbezaannya bila saya memakai outfit yang berbeza ketika larian Amal USIM sejauh 7km itu. Saya rasa lebih selesa walaupun tahap kecergasan saya masih belum cukup baik untuk saya berlari lebih laju.Larian ini juga memberi pengalaman yang berbeza kerana ia dilepaskan lebih kurang jam 7.30-8.00 pagi dan ketika itu sinaran matahari sudah agak kuat berbanding permulaan pada masa matahari belum terbit ketika larian pertama saya.



Membiasakan diri dan mula menikmati larian-larian saya
Semakin lama, saya semakin belajar daripada pengalaman-pengalaman menyertai larian-larian sebelumnya. Pada masa yang sama, saya mula terasa biasa dan mula terasa seronok setiap kali saya berlari walaupun ketika larian-larian rutin keseorangan.

Menyertai acara-acara larian menjadikan aktiviti berlari saya menjadi seronok. Setiap kali menyertai acara larian saya akan mula menjadi teruja sebaik sahaja saya mendaftar menyertainya.
Seterusnya tidak sabar menunggu untuk mengambil race pack yang biasanya mengandungi t-shirt rasmi larian, running bib atau nombor dan barangan-barangan cenderahati sampingan  yang lain. Sesetengah acara pula,para peserta juga mendapat baucar istimewa untuk produk-produk larian daripada para penaja.

Selain daripada itu, yanag paling mengujakan ialah saya mendapat kawan-kawan baru melalui media sosial dan ketika menyertai acara-acara larian. Saya diperkenalkan oleh salah seorang peserta selepas larian One Asean Unity Run tentang kumpulan Facebook Running Kaki Malaysia.

Sejak October 2015, saya juga mula gunakan applikasi mudah alih untuk merekod larian Nike Running.Ia merekod setiap jarak,km/minit, kalori yang dibakar, laluan dll yang memboleh saya melihat dan menilai prestasi peribadi saya dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, yang paling ketara sekali ialah saya rasa makin selesa dengan keadaan fizikal dan pergerakan-pergerakan anggota badan saya serta dengan diet lebih sihat yang saya sudah mula amalkan setiap hari.


Ini ialah antara gambar yang amat mengejutkan kawan-kawan saya bila saya kongsi di FB dan Whatsapp tentang perubahan fizikal saya yang saya sendiri pun agak terkejut dan rasa seolah-olah tidak percaya yang saya akan nampak begini dan dalam pakaian begini.
Pengekalan prestasi dan penambahbaikan
Selepas menyertai acara-acara larian saya mula menetapkan sasaran untuk larian-larian seterusnya.Penunjuk-penunjuk prestasi yang saya telah tetapkan ketika menyertai acara-acara larian ialah:


1.Masa yang saya akan rekodkan pada setiap larian dan pace (min/km) yang dapat saya capai;

2. Bagaimana "susahnya" saya ketika larian dari segi pernafasan dan ketika saya melangkah serta membuat stride ketika berlari;

3.Adakah saya rasa lebih selesa iaitu kurang rasa sakit-sakit otot atau sendi selepas larian.
 
Setelah acara larian pertama, saya telah tetapkan sasaran sertai sekurang-kurangya satu acara larian setiap bulan.Ia bermula sejak bulan Ogos 2015 dan hingga sekarang.
Saya juga mula menjadikan berlari sebagai salah satu rutin yang wajib dalam seminggu dengan memantau prestasi berat dan larian saya dengan applikasi Nike Running di telefon pintar saya.

Mempelbagaikan masa dan tempat larian 
Saya juga mula memikirkan bahawa saya akan mula berasa bosan dan terlalu selesa berlari di tempat-tempat yang sama.Daripada pembacaan-pembacaan dan perkongsian di kalangan runners di internet, saya mula menambah variasi kepada tempat,masa  dan cabaran larian-larian secara  perlahan-lahan. 


Laluan  5km Taman Rimba Riang,Kota Damansara, Petaling Jaya

Laluan 10km

Pada hari cuti atau hujung minggu, saya akan mula berlari seawal jam 6.30-6.45 pagi.Ini juga satu perubahan yang besar dalam rutin hidup saya dan amat sukar dan rasa mustahil saya lakukan pada mulanya namun keinginan saya untuk menjadi lebih sihat akhirnya menghapuskan halangan minda saya itu.



Ada ketikanya saya cuba berlari pada waktu malam bermula pada jam 9.00 malam
Dengan kerjaya saya yang selalu melibatkan traveling di luar kawasan rumah dan pejabat saya, saya cuba tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk saya meneruskan rutin larian saya.Mungkin kerana keyakinan saya yang semakin bertambah dengan perubahan-perubahan fizikal yang telah mula saya rasakan, saya sudah boleh ketepikan apa yang orang lain mungkin kata jika saya berlari di mana-mana saja.
Jadi, setiap kali saya mencari hotel untuk menginap di luar kawasan, saya juga akan cuba cari laluan larian yang sesuai agar saya boleh berlari pada masa-masa yang mahu dan boleh berlari.

Tepi pandai tidak jauh dari Banda Hilir di Melaka



Tepi Sg. Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, Lembah Sireh Kota Bharu

Taman Hutan Bandar Johor Bahru

Lembah Sireh Kota Bharu



Tepi pantai Batu Burok, Kuala Terenggganu
 Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berlari
"Saya akan berlari di mana-mana saja!""
Untuk itu saya sentias perlu bersedia.Jadi saya telah sediakan satu set lengkap pakaian dan lain-lain benda untuk saya berlari di dalam kereta saya. Ini membolehkan saya mencuba mana-mana tempat atau terus berlari secara spontan dalam ketika bila-bila masa mengizinkan.Ada ketikanya, saya terus mencari tenpat untuk berlari apabila saya tahu saya akan membazirkan masa di dalam kesesakan lalu-lintas ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.


Mula mencari latihan-latihan fizikal untuk menambah kecergasan selain daripada berlari 
Saya banyak merujuk dan mendapatkan panduan di internet.Antara yang saya berikan tumpuan ialah bagaimana saya boleh mengempiskan perut saya dan bagaimana mahu membakar lemak dengan lebih cepat di bahagian itu bila melakukan senaman badan.

Dengan penurunan berat badan saya yang sudah nampak dan terasa agak ketara, kulit saya pun mula mengendur pada sesetengah bahagian badan yang lemaknya sudah tiada atau semakin kurang. Saya dinasihatkan oleh kawan-kawan yang ada pengalaman dalam menurunkankan berat badan agar muka membina otot-otot dengan senaman-senaman fizikal yang lain selain berlari.


Abs workouts untuk membakar lemak lebih cepat pada  bahagian perut


Core workouts untuk menguatkan otot-otot utama seperti perut yang akan memberi kekuatan dan kestabilan ketika berlari dalam jarak yang jauh dalam jangka masa lama



Sentiasa mengikut aturan yang betul seperti panduan-panduan dalam daripada internet tentang sebelum dan selepas larian dan bila melakukan latihan-latihan fizikal

Warm-up

Mengamalkan Mattock  Dynamic warm-up sebelum setiap larian lebih kurang selama 5 minit.

Abs fat burning  and core workouts

Mula mengamalkan beberapa gerakan untuk membakar lemak dengan lebih cepat pada bahagian perut selepas setiap larian atau ketika saya tidak berlari pada mana-mana hari.



Salah satu workout yang baru bagi saya dan agak sukar pada mulanya ialah untuk melakukkan plank yang paling baik untuk menguatkan otot-otot core pada badan. Saya hanya dapat bertahan selama 60 saat untuk full plank dan mula variations plank yang lain selepas lebih kurang 3-4 bulan melakukannya secara berterusan selama 4-5 kali seminggu.


Namun semua itu berbaloi kerana saya dapat merasakan perbezaan ketika setiap kali saya berlari dan hasilnya larian saya menjadi semakin pantas.
Pada masa yang sama, saya juga ada mencuba teknik-teknik larian yang lebih baik dengan mempertimbangkan elemen-elemen sains daripada kajian-kajian sains sukan yang saya temui di internet.

 
Aplikasi teknik-teknik larian yang betul dengan maklumat kajian-kajian sains sukan

Peringkat seterusnya ialah saya mendapat tips daripada internet dan cadangan kawan-kawan yang pernah menjalani proses menurunkan berat badan ialah saya perlu juga membina otot-otot saya agar penurunan berat badan dan pengurangan lemak akan nampak lebih seimbang dengan bentuk fizikal tubuh saya. Jika tidak, kulit saya akan menjadi semakin kendur dengan pengurangan jumlah lemak berbanding sebelum ini.

Itu juga satu halangan minda pada saya pada mulanya kerana mereka mencadangkan saya pergi ke gym.Mereka juga agak hairan dan ketawakan juga saya bila saya kata saya memang  tidak pernah pergi ke gym untuk bersenam sebelum itu.
Isteri dan anak-anak saya pun pernah pergi ke gym tetapi saya memang tidak pernah dan memang tidak pernah berminat.

Selama ini saya memang telah ada sedikit alat asas untuk bersenam di rumah yang telah agak lama saya tidak sentuh seperti dumb bell dan exercise mat.



Jadi, akhirnya saya pergu juga ke gym dengan ditemankan oleh isteri saya. Memang saya rasa janggal. Yang pertama memang suasananya memang baru dan yang kedua ialah saya tidak tahu menggunakan dengan betul peralatan-peralatan senaman yang ada.Semuanya selama ini saya cuma tengok atau tonton orang di gym dalam majalah atau TV saja. Senang cerita memang saya rasa gayat la bila masuk gym buat pertama kali dalam hidup saya untuk bersenam.




   
Membina persekitaran sihat dan cergas dengan sistem sokongan sosial
Keluarga terdekat
Ketika permulaannya, saya terangkan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya isteri saya kenapa dan apa yang akan saya lakukan agar mereka faham dan menyokong saya sepanjang saya lakukan perubahan.













Berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan kerjaya, santai dan jiran tetangga,Facebook dan Whatsapp
Saya suka kongsikan setiap perkembangan dan aktiviti kecergasan dan pemakanan saya.Semua mereka menyokong walaupun ada kawan-kawan yang merasakan agak janggal pada mulanya untuk berkongsi perubahan-perubahan fizikal saya.Walau bagaimana pun kata-kata semangat dan sokongan moral yang kebanyakan mereka berikan mengubah persepsi saya.

Dengan Abang Salman yang sudah berusia hampir 60 tahun yang menyertai saya ketika larian awal pagi di sekitar kawasan   taman perumahan kami

Kemudian saya mula mendapatkan idea untuk menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam telefon pintar untuk berkongsi setiap pencapaian saya dengan pelbagai cara yang berbeza. Mungkin memang kena dengan sikap saya yang memang selama ini suka mengambil dan mengumpulkan gambar-gambar dalam aktiviti-aktiviti biasa dan kerjaya saya.Bila idea datang, gambar-gambar yang ada memang saya boleh manfaatkan untuk membentuk cerita-cerita yang berkaitan dengan apa saja yang saya lakukan termasuk transformasi kesihatan dan kecergasan saya ini.

Perubahan sebelum dan selepas saya kurangkan berat badan





Bila kita berkongsi cerita daripada pengalaman sebenar, mungkin tanpa kita sedari perubahan-perubahan positif yang kita tunjukkan akan memberi inspirasi atau semangat kepada orang lain untuk mencuba juga.

Rasa seronok dan teruja bila jumpa kawan-kawan baru  secara in-person pada setiap acara larian setelah berkongsi cerita perubahan masing-masing secara maya dalam media-media sosial.

Rasa terkejut juga bila ada penganjur acara larian yang menggunakan cerita pengalaman saya yang saya kongsi di page FB Running Kaki Malaysia tentang bagaimana saya menjadi lebih sihat dan menurunkankan berat badan dengan berlari.

 
The Biggest Losers Challenge(TBLC)

Pada masa yang sama, secara kebetulan ada sekumpulan kawan-kawan lama semasa belajar di UKM Bangi dulu membuat satu kumpulan untuk mengurang berat badan untuk mereka yang berminat. Mereka juga menbuat satu kumpulan Whatsapp untuk berkongsi tips , memantau berat dan memberi semangat di antara satu sama lain. 

Mereka namakan inisiatif sesama kawan-kawan itu The Biggers Losers Challenge dan bermula pada 8 Oktober 2o15.Saya di jemput menyertainya dan tempoh yang mereka tetapkan ialah selama lebih kurang 1 bulan di mana setiap peserta perlu self declare berat masing-masing dan timbangan yang akan disaksikan oleh semua peserta dibuat pada akhir bulan yang ditetapkan.



Banyak lagi nak share pasal TBLC ni sebenarnya tetapi kisahnya amat panjang untuk dikongsi dalam entry ini dan saya rasa saya akan tulis satu entry yang berasingan untuk TBLC kerana ia banyak juga menyumbang dalam memberikan sokongan moral dalam transformasi kesihatan dan kecergasan yang saya cuba lakukan untuk diri saya.
Saya menyertai TBLC ketika berat saya sudah mencecah 75+kg dan dalam TBLC, saya telah diamanahkan secara tidak rasmi memainkan peranan sebagai coah untuk berkongsi apa yang telah lakukan dan  panduan-panduan yangs amalkan berdasarkan pengalaman saya sendiri  menurunkan berat badan dengan  berlari.


Menyertai running community
Untuk tujuan berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman.Mula-mulanya saya diperkenalkan oleh kawan-kawan baru yang saya kenal ketika acara larian kepada FB Running Kaki Malaysia.Seterusnya saya dijemput sertai pula FB Anonymous Runner.

Kedua-duanya menyediakan manfaat yang sama kepada saya yang berfungsi sebagai support   groups kepada saya secara tidak langsung dengan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti dan perkongsian sesama mereka di FB  masing-masing.
The best part is...saya telah meluaskan lingkungan kenalan saya yang sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan berlari. 




Pencapaian setakat ini


i) Penurunan berat badan
Berat badan saya telah turun dengan agak ketara cuma dalam masa enam bulan sahaja.Kesan-kesannya agak ketara  daripada segi rupa fizikal saya dan juga meningkatkan tahap kepantasan and agility  saya dalam  melakukan aktiviti-aktivi fizikal seperti berlari. 

Secara keseluruhannya, sehingga penghujung tahun 2015, saya telah berjaya melebihi sasaran yang telah tetapkan iaitu kepada 70kg. Saya telah berjaya mencapai berat bawah 70 kg iaitu sehingga 68.7 kg.


7 Disember 2015

November 2015







ii) Prestasi Larian 

Pada acara larian pertama pace yang saya rekodkan ialah lebih kurang 8 minit 30 saat untuk setiap kilometer. Pada acara larian kedua, saya berjaya kurangkan kepada lebih kurang 7 minit lebih bagi setiap km.

Sebelum itu saya hanya bergantung kepada catatan rekod masa rasmi daripada penganjur dan secara manual dengan jam digital biasa yang saya pakai ketika berlari. Bermula pada lebih kurang awal bulan Oktober 2015, saya mula menggunakan aplikasi Nike Running untuk memantau tempoh masa dan jarak larian saya setiap kali berlari.

Secara keseluruhannya saya telah pun berjaya berlari dengan pace di bawah 7 minit dengan selesa  menjelang tamatnya tahun 2015.Ada ketikanya pace saya telah pun hampir kurang daripada 5 minit per km.



Acara-acara larian dan jumlah jarak larian yang sempat saya sertai dan rekodkan dalam tahun 2015.

Dengan apa yang telah saya capai sehingga berakhirnya tahun 2015, saya telah bertekad akan teruskan usaha-usaha dan komitmen saya untuk kekal sihat dan cergas untuk sepanjang masa hidup saya yang akan datang.

Saya membuat satu azam  dalam diri saya tentang apa yang saya akan lakukan sepanjang tahun 2016 untuk kekal sihat dan cergas.


Jadi, to stay healthy and fit in 2016, apa yang akan saya lakukan ialah...

1. Berlari sekurang-kurangnya 20km seminggu dan 500km dalam tahun ini;



2. Menyertai sekurang-kurangnya 1 acara larian setiap bulan;



3. Jika cukup persediaan, akan menyertai sekurang-kurangnya satu acara larian half marathon dan satu larian 5km-10km trail(off road);



4.Teruskan dengan menu makanan-makanan yang lebih sihat;



5. Menyertai apa-apa acara atau aktiviti sukan dengan kawan-kawan sekolah lama dan jiran-jiran yang santai seperti futsal, badminton dan boling;



6. Mempastikan ahli-ahli keluarga saya juga mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan cergas secara beransur-ansur.



Jadi untuk memulakan dan menyambut kedatangan tahun baru 2016, saya telah membuat sesuatu yang saya langsung tidak terfikir akan buat selama ini.

Untuk ucapan tahun baru kepada semua kawan saya dimedia-media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, saya sertakan juga gambar-gambar transformasi diri saya hasil daripada cara hidup saya sepanjang tahun 2015.

Semuanya menjadi lebih lancar, mudah, seronok dan yang paling mengujakan ialah saya rasa semakin yakin dari segi dalam dan luaran kerana kerjaya sebagai seorang pakar perunding dalam bidang saya, saya memang amat-amat memerlukan semua itu.



Saya menyertai acara larian pada hari pertama tahun baru 2016.KL New Year Run 2016 yang bermula dan tamat di Dataran Merdeka.









Impak peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan saya  ke atas kerjaya dan tugas-tugas yang saya lakukan seharian
  • Semuanya menjadi lebih lancar, mudah, seronok dan yang paling mengujakan ialah saya rasa semakin yakin dari segi dalam dan luaran kerana kerjaya sebagai seorang pakar perunding dalam bidang saya, saya memang amat-amat memerlukan semua itu.










The Way Forward...
Saya takkan berhenti setakat ini saja! Itu satu cabaran yang lebih besar selepas ini.Kesihatan dan kecergasan bukanlan satu projek yang saya mahu nikmati pada masa-masa tertentu saja.Saya ingin menikmatinya sepanjang hidup saya jika boleh tetapi ia perlukan komitmen dan usaha saya sendiri yang berterusan.

Saya tidak mahu kembali semula kepada cara hidup saya yang ada banyak yang tidak berapa sihat sebelum ini.Perubahan dan pencapaian kesihatan dan kecergasan yang saya telah nikmati sekarang telah menyedarkan dan membuka mata saya tentang banyak lagi perkara yang telah saya sama-sama nikmati from this newly found health and fitness level.

Saya berazam untuk teruskan.Bagi tahun-tahun seterusnya saya telah merancang...
1.Menikmati lebih lagi larian-larian 10km saya dan akan meningkatkan jarak acara yang saya akan sertai berdasarkan prestasi saya yang seterusnya;

Mencapai masa larian 10km dalam 1 jam atau kurang dalam acara larian dalam tahun 2016 (pencapaian terbaik sehingga November 2015 ialah 1 jam 8 minit)


Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan kecergasan yang maksimum ialah satu nikmat yang tidak ternilai dan ia merupakan cara hidup yang menyeronokkan sebenarnya.
Pada 7 Januari 2016, sesuatu yang agak memeranjatkan saya juga kerana saya telah berjaya mencapai tahap BMI dan berat ideal untuk sihat bagi  diri saya.


Perjalanan dan cabaran untuk kekal sihat dan cergas akan tetap saya teruskan kerana ia adalah antara cara yang sebaik-baiknya kita menghargai nikmat kehidupan yang masih dianugerahkan oleh Allah Yang Satu di dunia ini.
Untuk kita terus meneroka kehidupan agar dapat memberi dan membuat lebih banyak kebaikan dengan memaksimakan potensi-potensi dan kehebatan yang setiap daripada ada memilikinnya. Bezanya, semua itu mungkin terhalang atau tersembunyi dengan keadaan dan tahap kesihatan kita yang kita tidak pedulikan sama ada benar-benar sihat dan cergas selama ini.

Kesihatan dan kecergasan itu milik semua tetapi hakikatnya kedua-duanya tidak akan datang bergolek atau melayang kepada kita pada bila-bila masa kita mahukannya.

Hanya kita yang mampu menjadikannya milik kita dan ianya bermula dengan langkah dan tindakan kita yang pertama. Walau bagaimana perlahan pun kita melangkah pada mulanya, kita masih tetap mendahului mereka yang langsung tidak berbuat apa-apa dan masih leka.

Kononnya masa mereka masih ada pada esok hari untuk mengubahnya walaupun pada hakikatnya tiada sesiapa yang boleh menjamin apa-apa pada esok hari kecuali Dia.

TIDAK BOLEH ialah cara yang paling selalu kita gunakan untuk menyatakan kepada diri kita dan orang yang lain secara tidak langsung yang sebenarnya kita TIDAK MAHU melakukannya sebenarnya.Malah untuk mencubanya sekali pun. 


Menjelang hari jadi saya yang ke-42 dan padapada 10 Februari 2016, saya telah pun melengkapkan transformasi diri saya untuk menjadi lebih sihat dan cergas dengan mencapai dan melebihi semua matlamat yang telah saya tetapkan iaitu:

1. Berat badan saya telah berada pada lingkungan ideal iaitu antara 68-70kg dengan bacaan BMI bawah daripada 25 sejak bulan November 2015.


2. Secara fizikal saya telah menjadi lebih sihat dan cergas.

3. Pencapaian prestasi larian saya juga telah jauh lebih baik pada masa yang lebih awal daripada yang saya jangkakan. 
Saya telah berjaya memecahkan tembok masa bawah 1 jam untuk larian 10km dalam acara larian Shah Alam Night Run pada 17 Januari 2016. Tempat ke-14 daripada lebih kurang 70 lebih pelari-pelari dalam kategori veteran juga satu pencapaian yang memeranjatkan saya sendiri.

Keputusan rasmi masa larian saya dalam kategori veteran 10km dalam Shah Alam Night Run 2016.



Saya juga  telah berjaya mencapai pace di bawah 6 minit/km untuk larian rutin 5km  dalam masa kurang 30 minit pada pagi hari hari ulang tahun kelahiran saya.

The following photos show how my 10th February this year started and unfolded in totally more healthy and different ways where I feel much better than years before.
 








To be healthier and fit,running has been my best way to do it.

NO EXCUSES, JUST DO IT!

PERUBAHAN UNTUK JADI LEBIH SIHAT DENGAN CERGAS BERMULA DENGAN TINDAKAN ATAU LANGKAH PERTAMA DAN BUKANNYA HANYA DENGAN HARAPAN  DAN KATA-KATA.

BUATLAH ATAU MULAKAN SESUATU SEKARANG SEBELUM ANDA KEHILANGAN PELUANG-PELUANG UNTUK BERBUAT SESUATU ATAU MEMULAKAN APA-APA BILA KITA SUDAH SAKIT ATAU LANGSUNG TIDAK SIHAT LAGI NANTI MACAM SEKARANG. 

 

Saturday, 20 April 2013

Lama dah...banyak yang dah berubah

Lama sungguh dah tak menulis di blog sendiri...facebook yang telah mengambil lebih banyak tempat untuk berkongsi cerita dan perkembangan.Mungkin kerana mekanisme FB atau twitter lebih mudah.untuk luahan-luahan kata yang ringkas dan pantas.

Banyak yang telah berlaku dalam hidup ni sejak 2010...
Kerja pun dan bertukar dari Suruhanjaya Tenaga ke Kementerian, kemudian ke SEDA Malaysia dan akhirnya kembali ke sektor swasta semula mulai  bulan Feb 2012.

Anak pun dan bertambah seorang lagi...Muhammad Zakwan Nur. Dah lasak pun bergumpal dengan dia sekarang.

Secara umumnya ...hidup masih bahagia dan tenang  walaupun agak berat diuji dengan berubahnya tempat kerja dari satu tempat ke satu tempat.

Banyak yang mahu dituliskan di sini...yang penting sekali ialah untuk rujukan diri sendiri pada suatu masa nanti dan sebarang kebaikan yang boleh dikongsi bila dibaca oleh orang lain, itu sudah kira bonus.
Suka menulis kerana ia juga akan mengingatkan kita tentang kesilapan yang tidak perlu kita terus lakukan atau ulangi dan juga kebaikan yang perlu kita terus lakukan dan perbanyakkan untuk terus mencari redha Allah ketika hidup di dunia ini.

Mohon di berikan Allah ketenangan dan kelancaran fikiran untuk menulis semula di  sini.
Amin!

Tuesday, 17 August 2010

Mendidik anak-anak

Sekarang dah tahun 2010...
Sekejap saja rasanya anak-anak aku dah berumur 11, 9 dan 5 tahun...the next one, insyaAllah bulan Januari 2011 nanti.
Anak aku yang sulong, nama dia Muhammad Zaim Nur...alhamdulillah...Allah makbulkan doa aku untuk dapat anak sulong lelaki.
Yang no. 2, Nur Aini Sofiyya dan yang no. 3 Nur Fareesya Naquiah...dua orang puteri aku setakat ni yang tiba-tiba je aku tengok dah besar.

Masa berlalu begitu pantas aku rasakan...Zaim dan Sofiyya pun dah dekat sama tinggi dengan isteri aku. Selalu isteri aku cakap yang kawan-kawan dia ingat kita orang kahwin masa tengah belajar sebab nampak anak-anak yang dah besar panjang especially bila diorang nampak anak-anak aku kadang-kadang ikut Umi dia orang pergi sekolah.

Dalam hal mendidik dan membesarkan anak-anak ni, banyak lagi yang aku perlu belajar sebenarnya. Surely kalau nak dibandingkan dengan zaman aku dulu, keadaannya terlalu jauh berbeza.

Aku besar dalam suasana yang sangat tradisional...kampung yang aku pernah guna pelita untuk baca buku waktu malam. Jalan kaki 5km pergi dan 5km balik sekolah. Paling teruk aku buat masa dalam perjalanan balik sekolah pun, baju basah mandi sungai atau saja -saja kebas buah-buah kat tepi pagar rumah orang. Lepas tu kelam-kabut kena ligan kat tuan rumah...hujung-hujung bila jumpa dia orang lepas tu, tak marah apa pun. Budak-budak makan, bukan luak mana pun. Lagi pun kampung aku tu ada 12 buah rumah je.

So, dengan suasana persekitaran yang macam tu, kalau nak besarkan anak-anak gunakan pendekatan yang ayah aku guna kat aku adik-beradik dulu sepenuhnya, memang tak menjadi punya.
Tapi, bila aku ingatkan balik, ada cara tersendiri ayah dan mak aku besarkan aku dulu.

Ayah aku taklah garang, tapi tengok muka dia aku cukup takut dalam sesetengah hal. Ayah aku tak banyak cakap dan yang selalu keluar suara pun mak akulah.
Yang aku tau ayah aku keluar kerja pagi-pagi lagi sebelum nampak tanah dan balik pun masih tak nampak tanah. Ringkasnya, aku lebih selalu nampak mak daripada ayah. Ayah aku akan naik berang dalam hal-hal tertentu je kat anak-anak dia. Antaranya ialah:
1. Lambat mandi lepas main petang.
2. Lambat masukkan kambing dan kerbau dalam kandang.
3. Terlupa kasi ayam dan itik makan.
4. Malas atau lambat nak pergi mengaji.
5. Kerja sekolah tak siap atau dapat report daripada cikgu yang anak-anak dia buat hal kat sekolah.
6. Liat nak pergi sekolah.
7.Lambat kemaskan tempat tidur atau sapu sampah kat luar rumah masa cuti sekolah.
8. Melawan cakap mak, Uwan atau saudara-mara aku yang tua yang lain macam makcik dan sepupu aku.

Pernah aku kena rotan sampai mak aku merayu-rayu suruh ayah aku berhenti. Dekat setengah mati aku kena rotan yang ayah aku ambik sendiri dari dalam hutan. Lebam birat seluruh badan aku sampai tak boleh baring hanya sebab aku terlewat dan main-main nak pergi mengaji atau lambat mandi lepas main petang.

Ayah tak pernah tanya mana aku pergi main-main lepas balik sekolah atau apa aku buat masa cuti sekolah. Pada masa tu, tempat mainan aku ialah hutan atau belukar, sungai dan sawah kat sekeliling kampung aku atau kat kampung-kampung sebelah. Pergi lastik burung, jala ikan atau memancing jauh mana sekali pun dia takkan marah.

Barang-barang mainan masa aku kecil dulu rasanya tak costly. Layang-layang buat sendiri guna buluh, gam nasi dan kertas surat khabar. Yang kena beli ialah tali layang-layang je. Itu pun jimatkan daripada duit belanja sekolah. Kalau nak main gasing, beli tali je, gasing tu, aku tebang pokok limau, bentuk jadi gasing guna parang dan licinkan dengan kertas pasir, then pasang paku. Jadilah gasing lepas tu. Kalau nak memancing kena beli tali pancing dan mata pancing tu je. Joran je buat sendiri guna buluh atau guna pelepah pokok bertam yang berduri tu. Lastik pun buat sendiri.Cari ranting kayu senduduk yang bercabang, kulit daripada kasut lama dan getah tiub basikal. Lepas tu banyaklah burung yang jadi mangsa kita orang. Habis kuat pun ayah akan tanya kat mana je bila dapat bawa balik ikan atau kaki kena apa kalau berdarah. Mode transport hanyalah kaki ayam selalunya sebab aku hanya ada basikal masa aku darjah 5.

Pernah jugak kaki dan tangan aku luka sampai darah meleleh masa balik rumah dan ayah aku tak pernah marah sikit pun. Kena sengat tebuan, kena sengat ikan keli, kena duri pokok rotan, kaki terseliuh jatuh pokok, jatuh basikal dan macam-macam lagilah yang jadi kat aku sebab perangai aku yang suka merayau masuk-keluar belukar dan hutan. Namun ayah aku tak pernah marah. Paling tidak pun dia tanya sakit tak lepas balik klinik atau hospital kalau kena jahit atau pergi cuci luka.

Selalunya kalau hari ayah cuti, dia akan ajak aku sekali pegi jaga dan masukkan semua binatang yang kita orang bela masuk reban atau kandang. Ada jugak dia tunjuk cara anyam dan repair jala, buat layang-layang dan simpul tali mata pancing. Yang paling best ikut dia sekali pergi memancing atau menjala ikan. Yang selalu sedih dan menangis ialah mak aku bila tengok aku balik rumah kalau dalam keadaan luka atau terseliuh lepas balik daripada bermain atau mana-mana tempat lain . Kalau nak cakap pasal luka, sampai dresser kat klinik kampung aku tu dah kenal sangat aku sebab selalu sangat dian kena jahit atau balutkan luka kat tangan, kaki dan kepala aku.

Bila aku fikir balik, ada banyak benda yang ayah aku nak aku belajar daripada cara dia besarkan aku dulu. Bila dia marah sebab tak buat atau lambat buat sesuatu benda tu, aku rasa dia sedang terapkan disiplin dalam hidup anak-anak dia sebab dalam hidup ni ada benda-benda rutin yang kita mesti buat sebagai asas untuk menjadikan hidup kita lebih teratur.

Sebagai budak-budak masa, itu adalah di antara perkara-perkara biasa dalam hidup sehari-hari yang mesti aku buat. Kita mungkin rasa disiplin dengan benda-benda yang kecil ni tak penting tapi itulah asas untuk kita buat perkara yang lebih penting atau besar nanti.

Ayah tak pernah marah pasal masa luar daripada waktu sekolah dan dia biasanya biarkan saja aku cari ubat sendiri kalau setakat luka dan sakit sikit-sikit saja walau pun ada yang sampai berdarah. Apa yang aku belajar masa tu bila aku fikirkan sekarang, ada masanya terutamanya bila kita makin besar, kita ada hak atau bebas buat apa yang kita suka.Namun pada masa yang sama kita perlu berani ambil  dan tangani risiko itu sendiri.

Tak ada orang yang akan halang atau marah tapi kita perlu bersedia hadapi apa saja akibat perbuatkan kita. Kalau masa tu aku berani ambikl risiko masuk hutan belukar , sungai dan lain-lain tempat lagi yang mungkin ada bahaya, sepatutnya aku dah fikirkan semua tu sebelum ambil risko tu.

Dalam apa keadaan pun, kalau kita kreatif sikit, banyak benda yang boleh kita buat walaupun dalam sesetengah hal, kemampuan sebenar kita mungkin terhad.Jadi tiada sebab sangat untuk kita selalu mengeluh jika kita ada kekurangan berbanding orang lain.

In general, rasanya ayah dah mak aku dah terapkan tiga perkara dalam hidup aku sejak aku kecil lagi.

Satu, hidup kena ada disiplin dan semuanya bermula daripada perkara-perkara yang kecil dan dengan perkara asas seharian yang kita buat.

Yang kedua, kita akan ada kebebasan dalam hidup kita dan kita boleh pilih setakat mana risiko yang berani kita ambil dalam kebebasan itu kerana akhirnya kita yang akan menanggungnya.

The last one ialah surviving skills yang secara tak langsung aku belajar daripada kecil disebabkan kesempitan hidup dari segi duit masa tu. Walaupun masa tu susah nak minta apa daripada ayah untuk barang-barang mainan, aku tetap nikmati zaman kanak-kanak aku dengan macam-macam permainan yang di buat sendiri. Kalau cakap pasal memancing, tempayan kat rumah akau dulu jarang kosong dengan ikan darat sampai mak aku tak larat nak masak kadang-kadang tu. Kalau dah sampai macam tu, kadang-kadang aku jual atau kasi je kat sapa-sapa kat kampung aku tu.

At the end aku sedar dengan perkara-perkara yang ayah marah kalau aku tak atau lambat buat dulu, it shows that semua orang ada peranan dalam satu keluarga walaupun masih budak-budak. Anak-anak yang masih kecil pun boleh sama-sama ringankan tugas mak dan ayah dalam mengurus dan menjaga rumah sendiri. Di samping tu boleh belajar secara hands-on tentang buat kerja-kerja rumah. Takle tunggang langgang bila dah ada rumah sendiri masa dah besar.

Nilai-nilai atau values yang ayah terapkan aku tulah yang rasanya banyak buatkan aku lebih cepat adapt dan survive masa kau masuk asrama penuh lepas habis sekolah rendah sebab lepas tu, aku dah jarang jumpa atau habiskan masa dengan dengan ayah.


So, camna pulak cara aku nak bimbing anak-anak aku. Lepas kahwin, aku dok terfikir jugak ayah macam mana aku nak jadi. Diam tak diam, sekarang aku dah jadi ayah kat 3 orang anak pun.


At the end aku pilih pendekatan leading by example untuk keluarga aku macam ayah buat dulu. Pada masa yang sama aku terapkan juga secara tak langsung cara nak berdisiplin dan survival  skills yang ayah aku ajar masa aku kecil dulu.

Mungkin aku taklah sehebat mana pada mata orang lain tapi cukuplah kalau anak-anak aku sendiri menghargai dengan rasa hormat atau respect yang lahir daripada dalam hati mereka sendiri.

Aku selalu katakan dalam hati aku, kalau boleh, jika anak-anak aku mencari contoh yang baik atau role model yang mereka nak ikut, I really hope they will pick me and my wife dalam semua atau banyak perkara.

Alhamdulillah, setakat ini anak-anak aku membesar dalam keadaan bagaimana yang aku mahukan walaupun mungkin tak 100% tapi memadailah. Aku amat-amat bersyukur kepada Allah setakat ini. Nakal budak-budak tu biasalah. May be perbezaan yang paling ketara ialah dari segi kemampuan aku untuk memberi kehidupan yang lebih selesa kepada mereka berbanding aku dulu.

Pada usia sekarang Zaim dan Sofiyya dan pun boleh diharapkan tolong mengemaskan apa-apa yang patut di rumah. Yang paling aku terkejut sekali ialah apa yang berlaku beberapa minggu lepas. Masa tu baru je balik daripada Family Day office aku dalam pukul 2.00 petang. Masa itu, semua dah orang naik atas mandi dan solat...then terbaring tidur kepenatan. Dalam aku nak terlelap tu tiba-tiba aku terdengar bunyi pinggan mangkuk kat dapur. Terfikir juga aku siapa yang ada di bawah sedangkan yang aku tau semua orang sudah naik ke atas. Aku cuba terus lelapkan mata tapi lepas beberapa minit aku turun. Laaaaah! Zaim rupanya kat bawah... yang buat aku tergelak dan ada jugak rasa bangga dalam hati aku ni ialah keadaan Zaim masa tu.

Dengan pakai apron Umi dia, dia angkat sampah nak buang kat tempat sampah depan rumah. Aku tengok meja makan dah siap kemas dan lap dengan liquid pencuci lagi dengan bau wanginya. Aku pergi jenguk dapur, sinki pun dah siap cuci dan semua pinggan mangkuk dan kemas tersusun kat tempat masing-masing. Bila aku tanya sapa buat semua, dia selamba je jawab dia dah siap buat semua dah dan ayah dan umi pergilah naik rehat. Katanya lagi lepas tu dia nak masukkan semua baju kotor dalam washing machine, basuh dan nak tengok TV. Lepas ampai pakaian nanti baru dia nak naik atas rehat dan tidur.

Tak tau macam mana aku nak gambarkan perasaan aku masa tu. Bila aku cakap pada isteri aku lepas tu, both of us terdiam namun dalam hati betapa bersyukur dengan apa yang berlaku, cuma Allah je yang tahu.

Mungkin perkara tu tak sebesar mana namun aku tetap bersyukur sebab aku tahu aku boleh harapkan anak-anak aku sama-sama jaga rumah sendiri. Alhamdulillah sebab aku rasa keputusan aku untuk berhenti gunakan maid dulu sedikit sebanyak membantu anak-anak aku lebih bertanggungjawab terhadap hal-hal dalam rumah sendiri.

I guess we are more independent in that sense and more privacy in our own house by not having maid now. Masing-masing tahu tanggungjawab masing dalam rumah daripada mula bangun tidur sampai masuk tidur. Aku dan isteri cuma selalu ingatkan kalau sesiapa terlupa dan buat mana-mana yang boleh kalau tak ada orang atau terlupa nak buat sesuatu.
Life di asrama daripada sekolah menengah sampai ke U pun ada yang aku terapkan dalam elemen disiplin anak-anak aku kat rumah.

It was difficult at the beginning for them and for me to let them doing it themselves but in the end, everyone knows it would be good for each of us. Just tell and show to them exactly how to do it and then let them do it bit by bit.

Dihujungnya mereka akan belajar cara nak buat dengan betul dan sepanjang masa tu, mereka juga akan belajar apa faedahnya jika tahu buat sesuatu perkara tu. Yang paling mustahak sekali, kita juga buat sama-sama mereka.

Itu sebablah aktiviti berkemas such as melipat baju dah jadi routine family activities. Sekarang ni kalau isteri aku kat dapur, Sofiyya dan Fareesya dah mula join buat apa-apa yang patut. Kalau aku buat landscape atau cuci kereta kat depan, masing-masing tau apa yang boleh dibuat kalau nak tolong aku.

Buat kerja rumah pun satu kemahiran juga bagi aku selain tumpuan anak-anak aku untuk belajar. Dalam akademik pula, aku selalu pesan pada anak-anak aku yang " Ayah takkan tengok result dulu, Yang ayah mula-mula sekali tengok ialah usaha anak-anak ayah untuk dapat result tu. Yang ayah akan marah atau tegur ialah tentang usaha dan bukan result akhir tu"

Ilmu agama aku pun tak seberapa tapi seboleh-bolehnya anak-anak aku akan dapat ilmu yang secukupnya untuk mereka mula melakukan ibadat kepada Allah. Aku juga sama-sama amalkan mana-mana yang termampu bersama-sama mereka supaya apa yang mereka belajar tentang agama di sekolah atau mana-mana sekali pun taklah bertentangan dengan apa yang mereka lihat diamalkan oleh Umi dan ayah mereka di rumah.

I just want them to be a GOOD children dalam definisi good atau baik yang lebih luas dan mereka tahu dan faham makna baik yang aku maksudkan sebab aku selalu ingatkan mereka perkara tu. So far kat sekolah pun they are doing fairly good and I have no complaint so much since they will always have the time to keep improving as they move on. Aku guna pendekatan yang hampir sama dengan ayah aku dulu. Pasal belajar ni, aku hanya tekankan kepentingannya untuk masa depan mereka nanti and giving them the supports needed. The rest is on them since that is for their own future and the time will come one day where they have lead their own life.

Aku selalu pesan supaya buat sebanyak mungkin perkara yang sepatutnya kita lakukan sekarang untuk masa dengan yang lebih baik daripada menyesal tentang apa yang kita tak buat sekarang pada masa akan datang. Aku harap mereka akan ingat semua tu perlahan-lahan dan kekal dalam hidup mereka sampai bila-bila.


Aku cuma sentiasa berdoa agar Allah terus permudah dan beri jalan untuk aku mendidik anakp-anak aku sebaik-baiknya. Moga-moga mereka semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan soleh pada masa aku masih hidup ni dan juga bila aku dah di alam barzakh nanti. At least mereka akan menjadi manusia yang boleh bertanggungjawab terhadap Allah lebih daripada apa yang aku mampu lakukan masa aku masih hidup ni. In sha Allah.

Wednesday, 14 April 2010

Cikgu-cikgu aku...sekolah rendah

Dalam ramai-ramai cikgu yang pernah mengajar aku... beberapa orang yang betul-betul aku ingat sebab kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup aku. Sebenarnya aku tak pernah prefer atau suka kat mana-mana cikgu sebab dia baik atau sebagainya.
Yang paling aku ingat ialah kesan-kesan yang yang cikgu tu tinggalkan dalam hati sama ada yang positif dan negatif dalam hidup aku masa dia pernah ajar aku suatu masa dulu.

Masa sekolah rendah, susah aku nak ingatkan mana-mana cikgu yang tinggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Masa tu masih budak-budak lagi. Datang sekolah, belajar, jumpa kawan-kawan dan main je. Yang aku selalu ingat, hujung tahun aku mesti naik pentas ambik hadiah sebab results akademik aku yang kira ok jugak le. Mungkin sebab tu je kot cikgu-cikgu aku kenal aku masa tu. Yang aku tau, ada cikgu-cikgu aku yang kenal mak ayah dan sedara-mara aku. Mana tidaknya..sekolah kat kampung, hampir semua orang kenal orang dalam kampung tu atau kampung-kampung sebelah.
Cikgu yang pertama sekali yang aku mula-mula kenal ialah cikgu sekolah "makan" atau tadika aku ,Cikgu Halimah. Dialah yang mula-mula kenalkan kat aku ABC sampai aku boleh mengeja masa umur aku baru je masuk 6 tahun. Aku selalu kena suruh baca dalam kelas sebab aku cepat ingat huruf dan ejaan. Masa tu semua orang masuk tadika masa umur 6 tahun dan tak mcm sekarang yang 4 tahun pun dah kena belajar kat tadika. Aku masa tu masuk tadika Kemas kat kampung nenek sebelah ayah aku. Kampung Legong Hulu, Kota, N.S.
Nak dijadikan cerita, sekarang pun aku masih boleh jumpa dengan cikgu Halimah ni sebab dia sekarang tinggal kat satu kawasan rumah mak dan ayah aku. Selalu jugakle aku jumpa dia setiap kali aku balik kampung.


Masuk sekolah rendah, cikgu yang mula-mula ajar aku ialah Cikgu Zaharah. Kebetulan pulak dia ada anak yang sebaya dengan aku kat sekolah yang sama. Kadang-kadang masa cuti sekolah atau lepas sekolah, aku dengan anak dia pegi tangkap ikan sama-sama kat sungai. Kadang-kadang ada jugak pergi rumah dia sebab dia ada banyak bela burung. Tapi masa kat kelas Cikgu Zaharah ni garang sikit. Aku pulak jarang kena marah sebab biasanya aku tak buat hal dalam kelas dan kerja-kerja sekolah aku selalu settled. Kalau tak silap, dia ajar aku Ilmu Hisab dan Bahasa Malaysia. Sampai sekarang aku masih lagi jumpa cikgu Zaharah ni sebab dah jadi sedara lah pulak bila anak dia kahwin dengan sepupu aku.

Masuk darjah dua, cikgu Saadiah yang jadi cikgu kelas aku. Dia ni yang buatkan aku hafal sifir 1 hingga sifir 12. Mana taknya, setiap kali dia masuk kelas, semua orang kena baca sifir setiap seorang. Kalau tak hafal ,kena berdiri. Lepas satu sifir dah hafal, dia akan catatkan dalam carta kat dalam kelas dan semua kena hafalkan sampai habis. Selagi tak hafal, selagi tulah akan kena baca setiap kali dia masuk. Kesannya, sampai sekarang aku hafal sifir-sifir tu...he he he.

Cikgu Noordin Ibrahim pulak ajar aku masa darjah tiga. Masa ni aku kena jadi ketua darjah dan masa ni jugaklah muka aku dapat kesan parut sebab kena air sungai yang tercemar sisa buangan kilang. Cikgu No0rdin ni masuk mengajar kat sekolah aku masa tahun tu jugak. Dia ajar Bahasa Inggeris iaitu antara subjek yang aku paling tak berkenan masa tu. Mana taknya, perkataan pun aku tak faham dan nak beli kamus pun tak dapat. Tapi dia suka mengajar dengan bercerita dan selalu buat lawak sambil tu. Kita ok jugak le walaupun dia ni garang jugak kalau budak-budak bising sangat dalam kelas. Yang aku respect kat dia ni, dia ni fasih betul cakap English masa tu(pada pandangan aku masa tu le). Nampak macam senang je dia cakap dan tu yang buatkan aku makin tension tu. Tapi kesannnya, aku mula rajin tengok dan dengar betul-betul kat television bila dapat tengok cerita orang putih. Mastu cerita Sheriff Lobo, The Greatest American Hero dan Chips la yang glamor. Itu yang buat aku mula minat nak cakap English tapi tak keluar-keluar dari mulut. Malu le, apa lagi. Cikgu Noordin ni jugak yang ikut kita orang masa sunat ramai-ramai kat Hospital Tampin masa darjah 4. Dia jugak le yang tenangkan aku dan budak-budak lain sebelum masuk bilik "potong" tu...ha ha ha!

Last sekali, Ustazah Jamilah. Dia ni memang ramai yang suka pun sebab dia baik sangat tapi yang paling berkesan pada aku ialah, dia yang buatkan aku hafal semua bacaan-bacaan untuk aku mula sembahyang. Kalau tak silap, dia mula mengajar kat sekolah aku masa aku darjah lima. Ingat lagi bila aku kena marah dengan dia bila aku silap baca bacaan masa tahiyyat bila dia suruh aku baca dalam kelas. Mana tak kalut aku, suruh baca kuat-kuat dan semua orang dalam kelas dengar...merah padam le muka dan telinga aku.
Dah lah masa tu aku memang phobia kalau kena bangun dan cakap depan orang ramai walaupun dalam kelas aku je. Cepat je badan aku rasa ringan dan suara pun tak keluar.

Ada jugak cikgu-cikgu yang aku tak berapa berkenan perangai diorang seperti hisap rokok dan suruh beli rokok untuk dia tapi takpelah. Itu untuk ingatan dan peringatan aku sendiri je. Kalau tulis kang, buka aib orang pulak. Dalam apa keadaan sekali pun, setiap cikgu yang pernah mengajar aku ada sumbangan baik masing-masing dalam membentuk diri aku sekarang.In general aku sangat pandang tinggi semua cikgu aku sebab tu sepanjang hidup aku, aku rasa aku tak pernah nak berkasar dengan cikgu aku. Kena rotan pun aku diam je. Kalau kena hari tu, lepas sekolah aku dah lupa sebab aku akan sibuk dengan kehidupan kampung aku dan macam tu setiap hari sampai aku tinggalkan sekolah Kebangsaan Astana Raja pada tahun 1986. Aku ingat lagi macam mana cikgu-cikgu aku ucapkan tahniah dan seronok sangat bila aku dapat 5A masa darjah lima.
Mungkin balasan aku sikit je dengan 5A tu dan lepas tu aku dapat sekolah berasrama penuh tapi aku selalu doa pada Allah selagi ada kebaikan yang aku buat atas apa pun ilmu yang dia orang ajar aku dulu, semoga sampai pahala tu pada setiap cikgu aku sama ada yang masih hidup atau yang dah pergi dulu.

Tuesday, 13 April 2010

Landskap sendiri...Bahagian 1










Memang sudah banyak kali aku duduk rumah sewa. Bermula dengan rumah teres setingkat tiga bilik ketika lepas nikah sampailah akhirnya pada tahun 2005, aku dan Ayu beli rumah. Rumah yang ke-7 sejak mula hidup bersama dulu dan akhirnya...rumah sendiri.

Memang sejak dari dulu lagi aku memang nak buat lanskap aku sendiri kat rumah. Dengan tangan aku ni . Kat sini aku nak share dengan korang macam mana evolusi bahagian depan rumah aku ni dengan kerja kasar tangan aku yang ikut je apa idea yang datang dalam kepala aku masa tu.

Ayu pun dah takleh nak kata apa-apa sebab bila aku just buat je. Lagipun anak-anak aku seronok jugak tengok aku buat kerja-kerja landkap ni especially bila aku mula bancuh simen dan pasir sendiri.

Lama jugak aku nak siapkan kerja-kerja tu. Semuanya bergantung kalau aku tak penat atau rasa relax sikit masa weekend. Kalau takde mood, aku biar je sampai mood datang balik and thay may take weeks or months.

Ada masa yang aku buat kerja-kerja menyimen batu-bata tu sampai tengah malam sampai jiran-jiran tengok pelik je.

Hasilnya takle nampak macam kerja orang pro pun tapi aku seronok buat semua tu...puas hati beb!

Kadang-kadang anak-anak aku pun pelik mana aku belajar buat semua tu. Aku tak pernah belajar pun. Abis kuat pun ingat balik macam mana ayah aku buat masa aku kecik dulu. The rest, just common sense! Kalau salah atau tak berapa jadi pun...sapa nak marah kan. Ini rumah aku kan...he he.







Kat luar pagar pun banyak space. Memang intentionally cari unit yang tak ada rumah orang kat depan rumah aku. Simply because ada sikit privacy bila keluar pintu depan. Tak payah nak mengadap rumah orang terus dan sedang kalau sesiapa nak datang rumah aku. Parking would not be an issue at all sebab tak halang pintu rumah sesapa pun.


Wednesday, 17 February 2010

Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-11 tahun

13 Februari 1999 dah lama dulu dan 13 Februari 2010 baru saja berlalu...sempat habiskan masa menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami di Pulau Pangkor...just a day trip but it was far more meaningful in our marriage.

Lebih kurang 11 tahun yang lalu aku ke Pulau Pangkor bersama isteriku. Mac 1999, lebih kurang sebulan selepas selesai majlis perkahwinan. Hanya aku dan Ayu...berdua berbulan madu di Pulau Pangkor. Percutian yang indah dan hanya kenangan-kenangan manis yang mampu aku ingati setiap saat aku teringatkan Pulau Pangkor selepas itu.

Dan aku aku kembali semula ke Pulau Pangkor bersama Ayu selepas 11 tahun dan pastinya kali ini bukannya berdua lagi. Datang semula bersama anak-anak ke tempat yang pernah mencatat kenangan manis pastinya mencipta suasana yang lebih bermakna dan membahagiakan.
Tiada apa yang lebih membahagiakan lagi selain daripada memikirkan bahawa rumahtangga yang aku bina bersama Ayu masih kukuh dan kekal sehingga saat kami kembali semula ke sini.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berbulan madu yang pertama. namun tiada yang lebih indah ketika aku datang semula pada kali ini. Ketawa riang anak-anak yang begitu seronok memberi makna yang berbeza dalam hidup aku dan juga Ayu. Masih teringat lagi ketika aku dan Ayu naik bas di hentian menaiki komuter dari Rawang ke hentian Pudu Raya. Naik bas ekspress ke Jeti Lumut dan kemudian balik dengan beg yang sarat dengan barang-barang naik bas semula, kemudian komuter dan ambil teksi "sapu" balik ke rumah.
Alhamdulillah segala-galanya lebih mudah dan selesa selepas 11 tahun. Apa yang akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat ialah semua perkara indah dan menyeronokkan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya rasa kesyukurann yang tidak terhingga yang mampu aku ucapkan dalam hati aku kepada Allah dengan segala rahmat dan berkat-Nya sepanjang 11 tahun aku melayari kehidupan dalam perkahwinan bersama Ayu.

"Ya Allah. Aku mohon agar Engkau kekalkanlah kebahagiaan dalam rumahtangga kami. Aku bersyukur dengans sebagala apa yang Engkau telah berikan sehingga hari ini.Aku mohon agar kami mampu hadapi apa sahaja dugaan dan terus menikmati rezeki yang Engkau kurniakan untuk kami. Aku mohon agar kami mampu terus tunaikan tanggugjawab kami di dalam perkahwinan kami ini dan mendapat keredhaan-Mu sehingga akhir hayat kami sebagai suami isteri. Amin"
Apa lagi yang aku mahukan dalam perkahwinan? Segala-galanya Allah telah limpahkan kepada aku selama ini dan semuanya itu akan kekal menjadi tanggungjawab yang aku mahu tunaikan selama-lamanya.
Pernah satu ketika aku ditanya " Apakah makna cinta?"
Jawapan aku agak mudah. Cinta atau sayang ialah tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Jika aku berani melafazkan cinta kepada Ayu sejak lama dulu...ia datang dengan setiap tanggungjawab yang mahu aku laksanakan satu persatu selama-lamanya. Dengan hadirnya zuriat dalam kehidupan aku, makin bertambahlah tanggugnjawab yang mesti aku tunaikan juga. Aku yakin, sekiranya kita mahukan sesuatu yang baik untuk sesiapa pun terutamanya untuk keluarga kita, insyaAllah akan berikan kita jalan selagi kita terus berusaha dan berdoa memohon pada.Nya. Banyak perkara yang berlaku banyak bergantung kepada kita. Jika kita mahukan perkahwinan kita bahagia dan kita lakukan apa yang termampu dengan ikhlas..insyaAllah bahagialah yang kita akan nikmati.


Bukan kecil cabaran dalam perkahwinan tetapi setiap ujian yang dillalui bersama itulah yang akan menguatkan lagi perkahwinan kita.
Cinta dan sayang perlu diluahkan sama ada dengan kata-kata dan perbuatan...
Apalah makna cinta yang dilafazkan andai tanggungjawab diabaikan dan apalah nilainya kebahagiaan pada akhirnya jika hidup kita makin jauh dari berkat dan rahmat daripada Allah.
Bagi seorang isteri, dia boleh memilih untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu asalkan dia taat perintah suami, solat, puasa dan menjaga kehormatannya. Macam mana pulak sebagai suami? Bukan mudah juga untuk seorang suami untuk memimpin isteri dan anak-anak ke arah yang diredhai Allah.

Selepas 11 tahun...semoga Allah berikan aku lebih kekuatan dan jalan untuk terus menunaikan tanggungjawab aku sebagai suami. Masih banyak perkara yang perlu aku lakukan agar perkahwinan yang aku bina selama ini terus mendapat rahmat dan berkat-Mu.
Aku takkan mungkin menjadi suami yang sempurna tetapi memadailah bagi aku sekira mampu menjadi suami yang tidak akan merelakan isteri dan anak-anaknya lalai dan leka dengan perintah Allah. InsyaAllah.

Tuesday, 9 February 2010

Semalam yang aku tinggalkan

semalam dah berlalu...takkan datang semula...esok hari yang baru...tetap baru walaupun aku mungkin masih buat perkara yang sama...tapi sudah pada hari dah tarikh yang lain.

Aku berubah? memang aku berubah....rasanya banyak juga sebab aku sendiri dapat melihatnya. Setiap saat aku berubah sebab setiap saat yang datang takkan sama dengan sestiap saat yang berlalu.

36 tahun...itulah umur aku esok..insyaAllah kalau dipanjangkan umur oleh Allah. Apa agaknya yang telah aku lakukan dalam tempoh selama itu...
siapa yang dapat menilau semua itu?
Berapa banyakkah kebaikan dan juga kesilapan yang telah aku buat?

Adakah aku lebih baik daripada semalam...jika makin baik pun...daripada kaca mata siapa?
Jika makin tak baik sekali pun..siapakah yang boleh menilainya.

Menginjak usia ke lewat 30-an...aku pun mahu berada di mana yang sepatutnya aku berada pada masa ini. Adakah memadai apa yang aku sekarang. Rasanya masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu aku tangani.

Anak-anak aku makin besar dan makin pandai menilai apa yang mereka lihat ...apa saja yang aku tunjukkan dan lakukan.

Isteri makin lama hidup bersama aku dan semakin banyak perkara tentang aku yang dia makin dapat lihat dan mengerti. Hakikatnya setiap langkah aku sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh insan-insan yang paling hampir dengan aku dalam hidup aku ini.

Mak dan ayah semakin hari semakin dapat menilai berbaloikah pengorbanan mereka melahirkan dan membesarkan aku hingga aku mampu berdiri begini sekarang.


Adakah aku makin menjadi seorang ayah, suami dan anak yang baik? Bukan pada aku jawapannya cuma aku mengharap aku dapat menjadi seorang yang membahagiakan hidup mereka.
Semalamn yang aku tinggalkan hanya mampu aku kenang dan renungkan. Takkan mampu aku mengubah apa yang telah aku tinggalkan.

Andai aku berdosa , hanya ampun yang mampu aku pohonkan. Andai tidak elok perbuatan aku, semoga aku tidak akan mengulanginya lagi kerana aku hanya mampu mengubah apa yang akan berlaku esok. Aku cuma mampu mengusahakan agar sesuatu yang lebih baik akan berlaku dengan izin Allah.

Banyak yang telah aku nikmati...mungkin terlalu banyak berbanding mereka yang selalu aku perhatikan. Banyak juga yang masih aku tidak ada atau nikmati lagi tetapi itu bukanlah yang terlalu merisaukan hati aku sendiri.

Lumrah hidup...kita menilai dan dinilai sesama manusia. Selain itu, yang pasti setiap apa yang kita buat juga dinilai oleh Allah.

Dalam banyak perkara, kita mungkin lupa, penilaian Allah yang lebih penting daripada segala-galanya walaupun perlakuan kita sebaliknya.
Diakhirnya...setiap apa yang ditinggalkan semalam tetap juga dinilai. Apa yang kita tinggalkan juga akan "mengikut" kita selagi kita bernyawa.
Biasanya....andai kebaikan yang kita tinggalkan..kebaikan jugalah yang akan bersama kita. Andai " najis" yang kita tinggalkan...bau itulah yang akan melingkari kita selamanya-lamanya.


Merenung kembali secara ringkas laluan yang aku tempuhi dalam hidup...bila berkawan...sukar aku memikirkan untuk aku khianati kawan aku sendiri namun pada masa yang sama aku sedar...tidak semua yang aku kenal sebagai kawan akan berfikir seperti aku. Mungkin juga aku begitu rapat dengan ramai sangat kawan tapi cukuplah kiranya aku tak pernah mengkhianati seorang pun daripada mereka. Sakit juga hati mendengar atau bila mengetahui kawan-kawan mengkhianati atau berprasangka dengan kita tapi aku rasa tidak mungkin dapat mengawal apa yang mereka fikir. Mungkin takkan semua mampu mendapat penjelasan aku namun kemaafan aku tetap ada dan selama-lamanya aku akan memaafkan.

Apa yang aku tinggalkan semalam juga akan menentukan hala perjalanan aku untuk esok. Pada tahap ini atau sampai bila-bila pun, hakikatnya aku takkan dapat semua yang aku mahukan.
Cuma harapan aku dan azam aku agar aku dapat capai sesuatu yang lebih baik daripada semalam. Dugaan sudah pasti dan halangan akan ada sepanjang masa namun itu jugalah hakikat hidup sesiapa pun.

Sebagai manusia, aku cuma mahu jadi hamba yang makin takutkan Allah dan cuba elakkan perkara-perkara ke arah dosa kepada-Nya.

Sebagai anak , semoga aku tetap sihat untuk terus menunaikan tanggungjawab aku kepada mak dan ayah aku.Paling tidak pun aku masih ada mak dan ayah yang masih mampu mendoakan sesuatu untuk aku dalam aku meneruskan hidup aku.

Sebagai suami, aku mahu terus menjadi seseorang akan terus membahagiakan isteri aku.
Sebagai ayah, semoga anak-anak aku mendapat kehidupan yang lebih baik dan capai apa yang mungkin aku tak pernah capai pada masa dulu.

Aku punyai banyak kelemahan namun itu takkan lemahkan semangat aku untuk mencapai seuatu yang lebih hebat dalam hidup aku. Biarlah aku tinggalkan lebih banyak "wangian" semalam untuk aku kenang keharumannya pada esok hari kerana bau wangi itu akan hilang juga.

Hidup didunia ini hanya untuk mencari keredhaan-Nya dan aku berharap agar semua insan yang aku sayangi berkongsi perkara yang sama. Kebahagiaan hidup aku adalah suatu perjalanan yang aku mahu nikmati pada setiap langkah yang aku hayunkan. Telah terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan untuk aku syukuri berbanding apa yang masih tidak dapat rasai.

Semoga Allah panjangkan lagi umur aku untuk aku teruskan lagi membuatkan kebaikan yang mungkin aku masih lalai untuk melakukannnya semalam. Aku mohon Allah jauhkan aku daripada apa juga kemungkaran yang akan menghumbankan aku ke dalam neraka.

Amin.