Kita tak tau apakah peluang akan ada lagi untuk kita esok. Macam-macam boleh berlaku kerana nyawa kita ini hanya Allah saja yang boleh tetapkan sampai bila ia akan terus ada dalam tubuh kita.
Pernah juga terdetik dalam hati aku sendiri cukup ke kebaikan yang aku buat pada mak dan ayah masa mereka sihat dulu untuk mereka nikmati sebagai manusia yang sihat dan normal. Cukup ke apa yang telah aku buat untuk menggembirakan mereka.
Kini bila mereka dah jadi tak sihat macam biasa seperti sekarang...rasanya banyak lagi yang aku patut lakukan dulu yang kalau aku lakukan sekarang takkan sama cara mereka menikmatinya.
Apa yang kita ada pada masa sekarang...itulah yang sepatutnya lebih dihargai dan syukuri kerana apa yang kita harapkan esok masih belum pasti akan bawa kita ke mana.
Jangan mencari alasan untuk tidak berubah sekarang sebaliknya carilah kekuatan agar kita boleh lakukannya secepat mungkin kerana saat yang berlalu takkan sama dengan apa yang ada sekarang atau akan datang. Berubah kepada perkara yang lebih baik hanya akan membuka pintu kepada lebih banyak kebaikan pada kita. Jika ditangguhkan, mungkin kita akan leka, lupa atau hilang terus kekuatan dan peluang untuk melakukannya.
Pernah jugak terjadi dalam diri aku sendiri...bila buat benda yang kita rasa betul dan baik di sisi agama, ia takkan dihargai. Malah kadang-kadang diperlekehkankan atau dihalang terus. Persepsi negatif akan tetap ada andai kita mahu berubah.
Pernah dulu pakcik aku sendiri memperlekehkan cita-cita aku untuk sampai ke universiti ketika aku bergelumang dengan lumpur dan bermain dengan kerbau di sawah.
Pernah kawan-kawan aku sendiri mempertikaikan aku kerana aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan di UKM sedangkan aku pelajar kejuruteraan. Anggapannya, engineering students are too busy dan takkan ada masa untuk semua tu and none of them expected that I can balance the two. I went against all that negative thoughts and proved to myself all that have contributed so much in my personality development until now. Memanglah it was not an easy journey tapi aku dapat rasakan betapa ruginya aku sekarang kalau aku tak ambil langkah itu dulu.
Hidup di dunia bukannya lama. Masa yang ada sekarang inilah untuk kita putuskan banyak perkara baik yang boleh kita lakukan. Kalau kita leka buat dosa sekarang, itu jugaklah bekalan yang kita akan bawa bertemu Allah di akhirat nanti. Peluang untuk berubah mungkin kita akan nampak dengan jelas kadang-kadang tapi selalunya kita tak sedar bahawa masa yang ada itulah sebenarnya peluang yang Allah beri untuk kita. Sayanglah kalau kita sia-siakan sedangkan kita mungkin sedar dengan semua kemungkaran yang kita telah biasa buat selama ini.
Sama-samalah kita fikirkan..ingatlah 5 perkara sebelum datang lagi lima perkara yang mungkin kita takkan ada kesempatan langsung untuk berubah pada esok hari...
1. Hidup sebelum mati
2. Senang sebelum susah
3. Lapang sebelum sibuk
4. Sihat sebelum sakit
5. Kaya sebelum miskin
...tak sure accurate atau tidak all that five but the point is...kita tak patut tunggu untuk berubah jadi baik sebab kita tak pasti walaupun kita mampu buat sebanyak-banyak kebaikan esok, cukupkah semua tu atau sempatkah kita untuk melakukannya sehingga mampu menghapuskan segala kemungkaran dan dosa yang kita telab buat sebelum tu....
Renungan hadis untuk peringatan dan panduan kita sesama kawan-kawan.
Tajuk : |
Pilihan terbaik |
Hadith : |
“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim |
|
No comments:
Post a Comment