Thursday, 18 June 2009

Bahagia ...satu perjalanan .


Mungkin sudah terlalu biasa aku dengar...mencari kebahagiaan. Banyak perkara yang kita buat atas nama untuk mencari atau menuju bahagia.
Adakah ada bahagia diakhirmya...jika ada , di mana? Jauh ke perjalanan kita tu..? sempat ke kita sampai?
Ada keadaannya seolah-olah telah jumpa bahagia..akhirnya hancur juga. Musnah setelah bahagia yang dirasai sekian lama yang selama ini rasanya sudah ditemui.

Pandangan aku agak berbeza. Aku tidak mencari kebahagiaan di hujung perjalananan. Aku tidak mimpikan kebahagiaan yang aku tidak pasti akan aku jumpa atau tidak.

Bahagia bagi aku bukanlah satu penghujung atau titik pertemuan yang aku impikan atau cari. Aku mahu bahagia di sepanjang perjalanan yang aku lalui dalamhidup aku. Bahagian bagi aku ialah satu perjalanan, bukannya satu destinasi yang perlu aku sampai pada satu masa yang entah siapa pun tidak pasti.

Aku mahu bahagia menikmati apa sahaja yang aku perolehi sepanjang perjalanan hidup aku ini. Kebahagiaan yang hanya aku dapat rasai dan hargai dengan setiap perkara yang aku lakukan. Biarlah sekecil mana pun...aku tahu dan Dia yang Maha mengetahui. Paling kurang pun, kehadiran aku dalam dunia ini membahagiakan mereka yang penuh ertinya dalam hidup aku. Mak dan Ayah, isteri dan anak-anak aku, adik-beradik aku dan sesiapa sahaja yang menyayangi dan tahu menghargai setiap apa yang aku lakukan.

Alhamdulillah...bahagia yang aku rasai selama ini dan pada masa ini dapat aku kongsi dengan mereka yang aku sayangi tanpa ragu-ragu. Kebahagiaan yang mampu aku selimutkan pada mereka datanng tanpa sebarang syarat. Aku bahagia membahagiakan insan-insan yang aku sayangi. Susah perit macam mana pun, keikhlasan aku untuk membahagiakan melampui segala-galanya.

Pernah aku bertanya pada diri sendiri..apa yang aku lakukan untuk membahagiakan diri aku sendiri? untuk kepuasan diri aku sendiri?...jawapan yang aku cukup pasti..ialah..AKU CUKUP BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN MEREKA.


Apa lagi yang aku mahukan dalam hidup selaian daripada menjaga sebaik-baiknya apa yang aku ada sekarang ini. Hati aku rasa tenang dan tenteram pada kebanyakan masa. Cabaran atau dugaan yang Allah jadikan memang aku sedari, namun alhamdulillah...aku ada segala-galanya untuk bersama-sama aku mencari penyelesaian dan jalan yang perlu.
Tiada hidup yang boleh kita panggil sempurna tetapi aku percaya dengan cukup yakin masih terlalu banyak kebahagiaan dalam ketidaksempurnaan yang dijadikan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya.

Tiada siapa yang pasti sejauh mana kita akan mampu berjalan di atas bumi-Nya ini. Siapalah kita untuk menduga atau menetapkan takdir. Takdir-Nya akan datang dalam macam-macam cara. Ada yang kelihatan seolah membawa derita dan ada yang cukup menyenangkan. Pernah aku dengar bahawa Allah hanya akan menguji hamba-hamba-Nya dengan apa yang mampu untuk dihadapi oleh setiap hamba-Nya itu kerana Allah tetap adil kepada semua. Aku hanya pegang kepada hakikat itu.


Tak perlu kita menafikan takdir yang seolah-olah menyiksa kita dan tidak pada orang lain. Kita selalu memikirkan apa yang kita tidak ada berbanding banyak lagi yang Allah telah berikan kepada kita selama ini. Kita selalu lupa betapa banyak yang kita nikmati dalam hidup disebalik segala kemungkaran yang selalu kita lakukan. Aku tidak mahu merasa yang aku berhak ke atas segala-galanya tetapi aku cuma mahu redha sepenuhnya dengan setiap apa yang dijadiakn untuk aku. Jika derita atau susah, itu ujian Allah dan jika senang dan kenikmatan, itu juga ujian daripada-Nya. Bagaimana kita bersyukur dan menilai apa yang terjadi, itu yang akan dikira oleh -Nya. Paling kurang pun, kita masih diberi nafas untuk bernyawa untuk melihat dunia pada saat ini.


Hari, masa dan zaman sekali pun akan berubah...kita juga akan berubah sama ada kita sedari atau tidak. Jika kita ingin berubah untuk kebaikan demi untuk menikmati kebahagian yang kita mahu atau impikan, cara terbaik yang yang dapat aku fikirkan untuk diri aku sendiri paling kurang ialah...

1. Mulai dengan diri aku sendiri...kerana aku telah terlalu banyak kali kecewa mengharapkan orang lain berubah.

2. Mulakan perubahan aku dengan perkara-perkara kecil yang aku mampu lakukan bermula dengan diri aku. Semoga Allah memberi aku jalan dan panduan untuk aku membuat perubahan yang lebih besar.

3. Mula berubah pada saat ini, hari ini! esok masih belum pasti untuk aku dan sesiapa pun. Aku tidak mahu menyesal esok untuk apa yang tidak aku lakukan pada saat ini.

Hidup aku, amalanku aku saban hari...sekecil apa yang mampu aku lakukan...aku lakukan semampu kudrat aku di sepanjang perjalananan ini hanya untuk mencari keredhaan-Nya kerana itu sahajalah bekalan KEBAIKAN aku di sana nanti.InsyaAllah.



Petikan hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu"

Huraian:
1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.

2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.

3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.

No comments: