Wednesday 15 October 2008

Diri aku yang aku lihat(2)


Banyak yang telah aku lihat dan rasai sejak zaman asrama aku di Kuala Pilah dulu.
Walaupun STJ langsung tak pernah aku dengar dan tahu sebelum itu, di situlah aku mulakan satu proses yang teramat baru dan tempat yang asing dalam pembentukan diri aku. Segala-galanya asing dan teramat sukar untuk manusia seperti aku ketika itu kerana kehidupan aku sebelum itu langsung tidak pernah keluar dari kampung dan keluarga langsung.
Aku hanya teringatkan pesan mak dan ayah ketika itu. Belajarlah rajin-rajin kalau aku hendak berjaya.

Bila aku tengok diri aku sekarang, betapa bersyukur rasanya aku kerana sempat berada selama 5 tahun di sana. Sukar untuk aku coretkan satu-persatu apa yang aku pelajari dan alami di sana. Cukuplah kalau aku katakan pada diri aku, kehidupan di sana banyak mempengaruhi pembentukan personaliti dan sikap aku sampai sekarang. Persepsi aku tentang hidup banyak berubah di sana dan perkara yang paling menggembirakan aku ialah aku berjaya akhiri hidup aku di STJ dengan kejayaan yang tidak pernah aku impikan di sebalik semua cabaran getir yang aku lalui saban hari di sana. Aku sendiri pun hampir tak percaya bila nama aku tersenarai sebagai best student untuk SPM dengan kawan baik aku.
Di STJ aku kenal makna kawan, makna pengorbanan mak dan ayah....maksud sebenar persaingan walaupun mungkin diri serba kekurangan dalam beberapa hal dan yang paling terkesan dalam hidup aku...makna self discipline untuk aku kekal berjalan di laluan yang betul.

No comments: