Thursday 25 June 2009

One part of my life...

Mulai ahad lepas, mak dan ayah tinggal dengan aku semula kat rumah aku di Nilai. Dulu pernah diorang tinggal sekali dengan aku masa rumah aku di Rawang, tapi hantar semula balik kampung sebab mereka tak selesa..nak jugak duduk kat rumah diorang sendiri kat kampung.

Kali ini mereka tak ada pilihan sebab adik aku yang no. 5 yang tinggal dengan dia kat kampung dah nak bersalin anytime soon. We have explored all options and finally we decided they will stay with me sampai kak cik selesai berpantang bersalin nanti. Lagi pun mak dan ayah memang selalu datang kat rumah aku sebab aku masih bawak mereka pergi berurut di Serdang. Paling kurang pun sekali sebulan atau sekali dalam dua minggu. Kadang-kadang adik aku saja bawak diorang datang berehat kat rumah aku pada hujung minggu.

Bermula lah semula rutin harian yang perlu aku buat dengan mak dan ayah sebab diorang pun bukan sihat sangat. Officially , they have declared as Orang Kurang Upaya disebab keadaan fizikal dan emosi mereka sejak kena angin ahmar.

Mak kena angin ahmar sejak awal tahun 2000 dan ayah pula kena awal tahun 2005.
Generally keadaan mereka agak stabil dan much better berbanding awal -awal mereka kena dulu.
Mak was fully bedridden selama lebih kurang 45 hari sejak dia kena. Langsung tidak boleh bercakap walaupun suaranya masih keluar. Kemudian boleh duduk dan tak boleh bangun serta berjalan hampir setahun. Lepas pergi treatment kat hospital dan urutan tradisional...dia boleh berjalan tapi very weak. After 2 years...she is getting more stable walaupun masih tak boleh bercakap tapi boleh uruskan diri dia sendiri seperti mandi, ke tandas, makan dan berjalan dengan perlahan.

Kemudian ayah pula kena. Masuk ICU lebih kurang 2 minggu, then HDU dekat sebulan. Ayah kena stroke tu masa dia tengah naik motor dan terus accident dengan satu motor lain.Masa ayah kat wad hospital Seremban, aku dan adik-adik aku take turn untuk temankan dia kat hospital. Aku akan ke hospital lepas kerja dan tidur di hospital jaga ayah. His conditions was a little bit more complicated due to the trauma of the accident. Dia tak kenal orang atau faham apa-apa langsung bila sedar. Ada satu masa tangan dia terpaksa diikat di palang katil supaya dia tak rosakkan kelengkapan hospital dekat dengan katil dia. Ayah terpaksa makan guna liquid melalui salur plastik ke dalam hidung dia. Kami terpaksa beri dia susu khas as recommended by the doctor for almost six month. Other than that, buang air kecil pun terpaksa guna salur getah dan masuk dalam bekas tiub getah yang kena buang dan di basuh semula bila dah penuh. Mungkin pengalaman menjaga mak buatkan kami adik beradik lebih bersedia untuk menjaga ayah. Everything is discussed in depth and decided together as a family although most of the time, my sisters expect me to decide in many things.

Actually sampai sekarang ayah dan mak masih tak boleh bercakap dengan normal but after years of taking of them, sounds that they make slowly become more difahami by everyone of us.

So, macam biasalah. Bila aku balik kerja, aku akan check ayah dah mandi ke belum. Kalau aku mula rasa badan dia dah berbau peluh, aku mandikan dia dan cuci dengan shower cream with body brush. Then gunting rambut shave misai dan janggut dia kalau dah panjang sikit. Dia memang suka kalau aku gunting rambut dan shaving dia. Berbanding masa dulu, sekarang ayah dah boleh cuci air kecil dan air besar sendiri. Rasanya tak susah nak jaga sangat kecuali kena perhatikan pergerakan diorang takut-takut kalau tergelincir atau terjatuh. Mak dah boleh berjalan sendiri but ayah boleh berjalan very slowly dengan tongkat dia.

Bila aku kat rumah, aku selalu jugak sembang-sembang dengan mak dan ayah walaupun mereka tak boleh reply tapi faham apa yang aku cakap. Syukur jugaklah..anak-anak aku pun rajin jugak lawan sembang dengan dengan atuk dan uwan diorang. Kadang-kadang diorang sama-sama merajuk dan bergaduh macam budak-budak dengan anak-anak aku.

Dulu aku ada maid dan dia boleh settle kan urusan kemas-mengemas rumah but no more now. Luckily anak-anak aku pun dah boleh diharap nak mengemas mana yang boleh dan jaga bilik masing-masing. Lepas our last maid left in 2006, slowly aku ajar anak-anak aku mula buat kerja rumah. Mula-mula kemas katil dan pastikan bilik diorang tak bersepah. Then lipat dan susun kain dalam almari pakaian dalam bilik masing-masing. Sekarang dah boleh harap kumpulkan baju dan cuci dalam washing machine sebelum atau atau wife aku sidai di ampaian. Bila balik sekolah diorang angkat baju yang dah kering dan lipat pakaian masing-masing. At sekarang dah banyak perkara diorang sendiri dah boleh buat termasuk kemas meja makan, basuh pinggan dan cawan masing-masing lepas makan, buatkan susu adik diorang, vacuum bilik sendiri dan lately ni Zaim dan berani offer vacuum kereta pulak. So, aku tengok hasilnya...not bad. Boleh la untuk budak umur macam dia. Rasanya the only thing yang anak-anak aku tak buat lagi ialah ironing their own shirts sebab aku rasa not safe yet to allow them. I'm still doing it for their school uniforms and mine as well. Since last year, diorang jugak dah kena cuci toilet diorang sendiri at least sebulan sekali. Kira ok.lah masa aku kat asrama dulu, semuanya kena kemaskan setiap hari dan cuci dorm seminggu sekali.

So, wife aku boleh concentrate prepare meals je lepas balik kerja. Cuma sekarang kena masak extra sikit dan prepare meal untuk lunch mak dan ayah awal pagi sebelum pergi kerja. Kadang-kadang kalau aku tengok dia pun penat sangat, aku ajak je makan kat luar dan tapau je untuk mak dan ayah.

Syukurlah sebab memang sejak dari mula mak dan ayah sakit lagi, wife aku tak pernah sekali merungut atau timbulkan apa-apa masalah bagi aku. Maklumlah, jaga orang sakit kadang-kadang memberi tekanan dan menguji kesabaran. Sesekali dia mengadu penat dan aku akan buat apa yang perlu untuk ringankan apa yang dia kena buat. Aku amat-amat hargai dan sentiasa bersyukur dengan komitmen wife aku sama-sama jaga mak dan ayah. Semua ahli keluarga aku juga merasai yang sama yang betapa bersyukur dan bertuahnya mereka ada kakak ipar yang begitu memahami seperti dia.

Mungkin ini juga cara Allah nak beri peluang kepada kami semua untuk mendapat pahala dengan menjaga mak dan ayah sendiri. Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang tapi demi Allah, aku tak pernah sedikit terasa ia membebankan. Mungkin ini jugalah caranya cara aku dapat membalas walaupun mungkin tak seberapa berbanding segala apa yang mereka dah lakukan untuk membesarkan dan mendidik aku adik-beradik selama ini.

Harapan aku juga agar anak-anak aku dapat melihat sendiri apa juga yang aku lakukan untuk mak dan ayah aku. Semoga mereka dapat memikirkan sendiri suatu hari nanti dan lakukan apa yang perlu.

Dalam menguruskan rumahtangga, aku lebih selesa dan membimbing isteri dan anak-anak aku by showing some examples by myself. Rutin harian yang aku tunjukkan seboleh-bolehnya akan selari dengan apa yang aku mahu dan harap mereka ikut.
Dalam sesetangah hal, aku make it very clear that my wife boleh tegur aku dengan cara yang patut kalau aku tunjukkan contoh yang tak baik walau pun secara tak sengaja and vice versa. Selalu jugak aku kena tegur sebab sikap panas baran aku yang tak semena-mena dan kadang-kadang terkeluar dalam kata-kata sebab aku marahkan benda lain tetapi depan anak-anak aku.
Lagi pun kalau boleh aku nak juga rumahtangga aku jadi contoh kepada adik-adik aku.

Kalau aku buat salah atau buat tak kena, aku akan mintak maaf walaupun pada anak-anak aku. And now...aku boleh lihat anak-anak juga cepat-cepat minta maaf kalau ada apa-apa yang tak kena.
A very simple rule as well. Yang salah tetap salah walaupun aku yang buat. Same rules applies to everyone.

Selalu jugak aku tengok mak dan ayah perhatikan saja cara dan tabiat aku dalam hidup aku seharian. Kadang-kadang mereka sedih jugak bila anak aku kena marah dan kadang-kadang kena rotan juga kalau salah besar but they never stop me. Sebab mungkin diorang pun sedar ada elemen-elemen yang aku amalkan sekarang adalah apa yang aku lalui dulu dan itulah yang mendidik aku sampai sekarang.

Hopefully kali ni mak dan ayah tak "buat hal" sebab nak balik kampung semula. Sebabnya kadang-kadang diorang ni bukan ingat sangat apa yang aku cakap.Macam malam tadi, mak ingat dia nak balik dah this coming sunday but dia je diam bila aku kata yang kak cik dah nak bersalin dan dia kena tinggal kat rumah aku sementara waktu.

Sejak mak dan ayah sakit banyak hal tentang keluarga dan adik-adik bergantung kepada aku. Kalau ada apa-apa hal, adik-adik aku akan refer kat aku sebab mak dan ayah dah tak macam dulu. Ada jugak masanya adik-adik aku mengeluh dan rasa tertekan sebab masing-masing pun ada tanggunjawab dan tekanan dalam rumahtangga masing-masing. Namun syukurlah, setakat ini, semua perkara dapat dibincangkan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan mak, ayah dan adik-adik aku yang masih di sekolah menengah. We compliment each other mana yang boleh dan hakikatnya akulah yang jadi jadi "ayah" sekarang.

Mungkin itu satu tanggungjawab yang terlalu besar untuk seorang manusia seusia aku tapi aku redha inilah yang Allah tetapkan untuk aku tunaikan. Rasanya apa yang aku perlu hadapi tak seberapa kalau nak dibandingkan mereka yang berada dalam keadaan lebih sukar daripada aku.
Sekurang-kurangnya Allah mudahkan aku dalam banyak perkara lain seperti kesihatan yang baik, kerja yang agak settled dan rumahtangga yang cukup untuk rasa bahagia menikmati hidup aku.

Mungkin nampak di mata manusia masih tidak cukup dengan apa yang telah aku lakukan pada mak dan ayah namun aku tahu dan aku yakin Allah mengetahui segala-galanya...hanya keredhaan dan berkat-Nya saja yang aku harap kerana itulah yang memberi aku kekuatan untuk terus tunaikan tanggugjawab aku pada mak dan ayah.
Setidak-tidaknya aku tidak pernah sekali pun berpaling langkah untuk mengambil mudah atau cuba lari daripada kenyataan dan tanggungjawab yang ada untuk aku.
Biarlah Allah yang menilai segala-galanya dan cukuplah bagi aku untuk aku kongsi bahagia hidup aku dengan insan-insan yang teramat penting dalam hidup aku...

No comments: